Bukan saja hidangan untuk Hari Raya saja yang banyak rencahnya. Kehidupan kita seharian juga penuh dengan rencah dan ragam. Semua pergerakan kena pantas sebelum tetamu datang untuk berziarah. Apa lagi setelah lebih dua bulan bapak tidak ada di kampung tetamu bapak berkunjung sedari kami baru mahu menyiapkan hidangan sarapan pagi sehinggalah malam kami mahu melelapkan mata. Tetapi beruntungnya sebab bapak dikurniakan anak-anak perempuan yang ramai. Masing-masing juga sudah menjadi mummy/mak/mama melainkan Mak Zah yang masih sendirian.
Kunjungan sahabat-handai-rakan-taulan bapak termasuk saudara-mara yang jauh dan dekat tidak menjadi masalah buat kami. Masak tidak boleh sedikit. Sebab sudah menjadi tradisi bapak tetamu datang bukan saja dijamu biskut raya tetapi kena makan berat tidak kisah walau sekadar makan nasi berlauk sayur tumis dan ikan goreng. Oleh itu kami anak-cucu bapak kena pantas. Masing-masing sudah tahu apa perlu dibuat. Kalau ada yang sudah menggoreng beehoon, seorang lagi boleh membuat nasi lemak, perintah anak-anak blend cili, kopek bawang, siang taugeh, potong sawi dan sebagainya. Sebahagian yang lain pula boleh siap-siaga masak untuk makan tengahari. Sebab itu sebaik hidangan sarapan siap, hidangan untuk makan tengahari juga siap. Mudah bila tetamu datang semua sudah sedia.
Sepupu - Ini sebahagian saudara kami dari Brunei dan Singapore yang datang berkunjung. |
Bapak/atok - Biarpun selera makan bapak sangat berkurang tetapi dengan anak-cucu-menantu selera berkasih-sayang tidak pernah luntur. Peluk-cium buatnya tidak pernah putus. |
Keluarga - Nun dari Perlis sehingga ke JB tahun ini semua berkumpul. Ini sebahagian yang sudah siap pada pagi raya pertama sebab masih ada yang di bilik air dan di dapur. |
Setiap apa juga yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tahun ini merupakan tahun paling ramai saudara-mara baik yang dekat mahupun yang jauh datang ke rumah kampung kami. Ruang parking kereta sentiasa penuh sehingga ada ketika terpaksa menanti kereta yang mahu keluar baru boleh masuk dengan mengundur. Tahun ini juga tahun paling lumayan untuk bersedekah buat kami yang mampu menghulur dan terbaik buat anak-cucu-cicit untuk menambah wang simpanan.
~~ Kelangsungan hidup kena teruskan terutama dalam soal beribadah tidak kira sihat ataupun sakit. Semua ada tanggungjawab untuk merealisasikannya.~~
Begitu lah eratnya silaturrahim kan kakzakie..
ReplyDeleteTak kira jauh dekat saudara datang ziarah..
Hendaknya bila saudara ada yg sakit..
Macam rumah saya tahun lepas raya kak..
Penuh yg datang saudara mara..
Menziarah arwah mak yg sakit..
Bila anak perempuan ramai ..
Mudah kerja-kerja didapurkan kak..
Macam saya pun 6 adik beradik perempuan 3 lelaki..
Tu lah yg bergilir2 menjaga arwah abah dan mak sakit..
Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga..
Kehidupan perlu diteruskan..
alhamdulillah semua saudara mara berkumpul di hari raya kan kak
ReplyDeletetak kisahlah raya ke berapa janji tetap kunjung mengunjung
singgah syawal
ReplyDeleteBila anak perempuan ramai boleh tolong-menolong kerja rumahkan, senang kerja dibuatnya bila saling membantu.
ReplyDeletemeriah raya dengan kehadiran saudara mara jauh dan dekat tu kan kak.
siapalah yang tak sedih jika terpaksa meninggalkan orang tua yang tidak sihatkan,apatah lagi bila khidmat kita diperlukan.
Seronokkan...
ReplyDeletenak hari² hari raya boleh..hihihi
baru dapat tengok wajah mak zah..muda lagi yer kak..zee dok terbayang dah berumur sebab akak tulis 'mak'..hehee
ReplyDeletekak reen cantik..cerah skit tona kulitnya..
untung bapak ramai saudara mara anak beranak datang melawat..
Untungnya bila beradik ramai...kerja jd cepat n pantas
ReplyDeleteMcm Nur kak zakie...ada sorang mak saudara yg kira rapat dgn famili kami pun uzur...kunjung mengunjung pasti skrg ni...
Meriahnya yg jauh dekat dtg tgk bapak..ank2 pasti hepi ramai yg hulur sedekah kat mrk
bila pulak la dapat menziarah akak pulak ni..hehe..selamat hari raya kak
ReplyDeleteNampak kemeriahannya kak. Kami tahun ni tak berjalan sangat. Mak mertua tak sihat
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteselamat hari lebaran.
seronoknya ada keluarga besar
ERATNYA IKATAN PERSAUDARAAN KELUARGA KAKZAKIE..SANGAT MESRA N SENTIASA BERKONGSI RASA KASIH SYG N KESUSAHAN BERSAMA...SYUKUR ALHAMDULILLAH...WALAU SEDIH DGN KEUZURAN ATOK NAMUN ATOK JUGA GEMBIRA DGN SAUDARAMARA/ANAKCUCU YG SENTIASA INGATKANNYA.
ReplyDeleteseronok raasnya bila dapat berjumpa sanak saudara,,,
ReplyDeleteSeronok kan musim Raya ni sebab dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Yang jauh dirapatkan, yang rapat didekatkan :)
ReplyDeleteMeriah.nya raya penuh.saudara mara jauh dekat. Abah nmpk makin kurus. Moga abah sihat sedia kala.
ReplyDeleteAdik dah makin tinggi. Kejap je adik dah remaja
Saya pernah duduk dgn makcik saya kawen dgn org jawa, mmg terasa meriah sambutan syawal, masa tu arwah nyai ada lagi, jadi ank cucu semua berkumpul di rumah nyai, beratur panjang semua utk bersalam dgn nyai, lepas tu pegi marhaban dari rumah ke rumah..
ReplyDeleteRamai betul saudara mara jauh dekat datang utk ziarah bapak, tentu bapak terasa gembira dan bahagia walaupun dlm keuzuran.
Saya pernah duduk dgn makcik saya kawen dgn org jawa, mmg terasa meriah sambutan syawal, masa tu arwah nyai ada lagi, jadi ank cucu semua berkumpul di rumah nyai, beratur panjang semua utk bersalam dgn nyai, lepas tu pegi marhaban dari rumah ke rumah..
ReplyDeleteRamai betul saudara mara jauh dekat datang utk ziarah bapak, tentu bapak terasa gembira dan bahagia walaupun dlm keuzuran.
Alhamdulillah.. di beri ruang dan peluang utk berkumpul, ziarah menziarahi saudara mara kan kak.. Jauh datang nya. Terasa meriah raya.! plg penting dapat erat kan lagi silaturrahim =)
ReplyDeleteUntung adik beradik perempuan ramai. Berkerjasama menyediakan juadah. Teringat saya, kalau dgn mertua pun begitu. Masing2 ada tugasan masing dan tetamu mesti dijamu nasik atau makanan berat sebelum pulang.
ReplyDeleteUntung juga ada makzah yang takde komitmen keluarga ye kakzakie. Bolehlah menjaga bapak sepenuh masa.
Setiap kejadian itu sudah ada hikmah disebaliknya.
Alhamdulillah ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah bapa kakzakie. Mesti meriah melayan tetamu.Semoga bapa kakzakie pulih seperti sediakala.
ReplyDeleteAlhamdulillah ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah bapa kakzakie. Mesti meriah melayan tetamu.Semoga bapa kakzakie pulih seperti sediakala.
ReplyDeletePasti meriah bila dapat bersama keluarga dan sanak-saudara jauh dekat.. ;)
ReplyDeletebestnya...Alhamdulillah,,,yg jauh kita dekat2kan..yg dekat kita erat2kan..silaturrahim
ReplyDeletemeriahnya raya..ziarah menziarahi...selamat hari raya kak zakie.
ReplyDeletemmng begitu la kalau org tua kita dah uzur mmng akan ramai yg melawat..sedih tengok ayahanda kak zakie begitu.. : ( ...moga disembuhkan kesakitan
ReplyDeleteMeriahnya kak zaki.
ReplyDeleteUntung ada adik beradik perempuan ramai.
Alhamdulillah, meriah sungguh sambutan hari raya tahun ini.
ReplyDeleteTradisi hubungan kekeluargaan yang perlu dicontohi.
Semoga semuanya dipermudahkan.
Assalamualaikum kak, selamat hari raya aidilfitri.
ReplyDeletekemeriahan aidilfitri bukannya terletak semata-mata pada pakaian baru, juadah yang penuh di meja tetapi apabila dapat berkumpul beramai-ramai dan menyambung silaturrahimi di antara yang dekat dan jauh. yang tidak kenal menjadi kenal, yang kenal menjadi mesra....
memang seronok berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara, berkongsi dan bertukar cerita, bermaaf-mmafaan. alhamdulillah :)
ReplyDeletehari raya mcm ni.. seronok bila gather dgn sanak saudara.. slm singgah :)
ReplyDeleteMeriahnya Kak Zakie beraya.
ReplyDeletePasti byk meninggalkan kenangan manis.
salam kz ..
ReplyDeleteadat kita wong jowo ..
angger ono wong tuo@seng berumor, memang ramei batir wong tuo kuwi akan teko berziarah, opotah wong tuo wes orak iso ngowo diri ndewei, mesti ditemani anak atau putu utk melaku2, kuwi seng dadi ramei dayoh ..
untong sek ono wong tuo ..
kiro umah kuwi egek dadi tumpuan batir karo sedulur ..
kok egek umpetan ..
kapan arek weroh kay gambar dewey..
Syukur Alhamdulillah ramai kunjungan.
ReplyDeleteHujung minggu ini pun mesti masih sibuk kunjung mengunjungi.
Beruntungnya akak dapat beraya bersama keluarga dan saudara-mara yang lain. Tahun ni tak berapa nak rasa kegembiraan dan kebahagiaannya raya itu sendiri. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang medical staff... terpaksa menyelamatkan pesakit yang memerlukan rawatan lanjut.
ReplyDeleteRindu sangat menyinggah rumah saudara-mara, makan kuih raya and masakan berat yang dijamu mereka. Dah dua tahun terlepas raya, kak. Hopefully tahun depan masih ada peluang lagi...
Nisa'
Tahun ni SA x beraya langsung...rindu saudara Mara..tp demi Mak yang sedang bertarung nyawa do hospital, SA gagahkan juga ketepikan rasa tak enak sebab x beraya..ujian buat SA tahun ni kak...
ReplyDeleteMeriah ! Aidilfitri sememangnya merapatkan hubungan antara satu sama lain ;)
ReplyDeleteSungguh meriah sanak saudara kak zakie ye...bagus eratkan silaturrahim mcm ni...
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...seronoknya berhari raya...semuanya ada...:)
ReplyDeleteseronokkan berkumpul ramai2 kak...
ReplyDeletealhamdulillah
Kalau makbapak masih ada, memang meriahlah raya ni. Sanak-saudara pun tak putus-putus datang mengunjungi. Memang dari celik mata sehinggalah nak lena, tetamu masih lagi berkunjung. Dulu macam ni juga keluarga saya tapi sejak emak dah tak duduk di rumahnya, kurang sikit kunjung-mengunjungi ni. Siapa yang tahu rumah kakak saya tentulah akan datang tapi pada siapa yang tak berapa tahu memang takdalah sesi kunjung mengunjung ni.
ReplyDelete