Monday, July 25, 2016

Remaja kini vs telefon bimbit

Zaman kanak-kanak dulu untuk aku membeli pensil warna jenama Luna yang saiz kotak kecil sekadar 6-8 warna pun mengambil masa berbulan. Bila sudah dapat pula, kena berkongsi adik-beradik. Ikut jadual sekolah masing-masing hari apa yang memerlukan membawanya ke sekolah dialah yang boleh membawa. Kami tidak ada rasa iri hati atau marah kerana almarhumah mak sangat pandai mendidik kami untuk saling bertolak-ansur. Mungkin juga sebab kami semuanya perempuan. 

Anak hari ini seperti adik, telefon J7 yang baru dibelikan selepas UPSR tempohari hilang sibuk mahu membeli yang baru. Tercicir di shopping mall pada cuti sekolah sebelum puasa tempohari. Terpaksa papa ke Celcom membuat laporan untuk menghentikan transaksi nombor itu. Beli simkad baru tetapi masih mengekalkan nombor yang sama sebab kami sekeluarga menggunakan sistem subsidiary yang semuanya post-paid. Masukkan simkad baru ke dalam telefon S3 Kak Meen yang sudah tidak digunakan lagi tetapi masih boleh berfungsi. Kak Meen kini menggunakan iphone. Melihat seorang kakak menggunakan iphone dan seorang lagi menggunakan Oppo mestilah S3 sudah jauh ketinggalan. S3 Kak Meen ini adalah hadiah atok sewaktu Kak Meen darjah enam dulu lalu sedia maklum sudah terlalu lama.

Melihat telefon lama itulah adik bersuara "kalau keputusan periksa adik ok mama belikan adik telefon baru ye mama". Mama tidak mahu berjanji sebab rasanya mungkin adik belum sesuai membeli telefon macam kakak-kakak. Oleh itu sewaktu shopping mencari kasut raya, akhirnya hati mama/papa cair juga lalu membelikanlah juga buat adik telefon baru. Bimbang pisang berbuah dua kali belikan saja yang setanding dengan usianya tidak lebih dari RM1300/-.

OPPO - Inilah telefon adik bagi menggantikan J7 yang hilang.  Walaupun lebih banyak tinggal di rumah tanpa digunakan tetapi sekurang-kurangnya dia tahu ini hak dia.  Melihat icon digunakan semuanya minion. Sesekali aku buka melihat  dan charging bila bateri sudah hampir habis. Sesekali saja bertemu tuannya.

~~ Tidak hairanlah statistik menunjukkan setiap rakyat Malaysia dianggarkan mempunyai satu hingga dua telefon. Jumlah telefon dimiliki lebih banyak dari jumlah penduduk. Fantastik!~~


29 comments:

  1. Budak sekarang kak.. Semua dengan phone. Kalau di kedai makan pun, siqah perhatikan mostly mesti pegang phone. Sebagai keperluan juga sebenarnya phone ni untuk kecemasan. Asalkan dapat monitor apa yang anak buat, siqah rasa okay je :)

    Budak sekarang pun dah pandai nak smartphone. Hehe. Bijak daripada kita semuanya :D

    ReplyDelete
  2. anak anak sekarang memang terlebih advance dari kita kak..kita tegas camaner pon kadang cair jugak..tak sampai hati pon ada..huhuu..
    last last beli jugak..

    anak zee pon dok mintak nak handphone tu..konon duit raya banyak nak beli guna duit sendiri..aishh kecik lagi kot..tunggu lah besar skit..

    ReplyDelete
  3. Sekarang dh jadi satu keperluan.
    Kita sebagai ibu bapa ke pantaulah.

    ReplyDelete
  4. Anak2 saya yg ppuan dah abis sekolah asrama baru ada telefon sendiri.Yang lelaki dah ada sejak sekolah rendah lagi tapi yang murah2 je.Azim jenis susah nk keluar duit sendiri ,lebih rela guna telefon secondhand dari kakak abang dia selagi boleh :-).
    Yalah kakzakie zaman kita dengan anak dah begitu berubah.Kecanggihan IT seperti telefon ni dh jadi satu keperluan.

    ReplyDelete
  5. Anak2 saya yg ppuan dah abis sekolah asrama baru ada telefon sendiri.Yang lelaki dah ada sejak sekolah rendah lagi tapi yang murah2 je.Azim jenis susah nk keluar duit sendiri ,lebih rela guna telefon secondhand dari kakak abang dia selagi boleh :-).
    Yalah kakzakie zaman kita dengan anak dah begitu berubah.Kecanggihan IT seperti telefon ni dh jadi satu keperluan.

    ReplyDelete
  6. bila hp dh jadi keperluan xdpt nk dielakan anak2 juga menggunakannya...anak2 la ni terdedah sejak kecil dgn tampilan gajet2 canggih komunikasi...hp kak dh lama rosak xganti pun heh..heh..

    ReplyDelete
  7. Saya ada satu hp oppo standby dengan tab incase kalau Zarif dengan Zara nak guna..Elok dan molek lagi. Saya mmg tak bagi guna sekarang sebab takde keperluan sebab semua diuruskan tapi kalau emergency memang saya akan bagi guna. S3 tu saya pun phone lama pun ada lagi kak saya sayang sangat tapi ada banyak nak kena repair.

    ReplyDelete
  8. Kakcik belikan J5 saja untuk sibongsu. Itu pun dah RM800 lebihkurang. Minggu ini kakcik pula tak ada telefon sebab telefon abang terjun ke dalam air (dibaling Qaid), jadi abang guna telefon kakcik... sabar je la...

    ReplyDelete
  9. budak skrg x mcm kita dulu kak... brg kena kongsi dgn kakak dan adik2... skrg ni fon nak sorang satu... anak teruna saya berzikir kt telinga saya kak..nak fon baru... x der nya saya layan... guna jer la tab samsung yang lama tu... boleh lagi gunanya... boleh jer tgk fb.. main game dan ber wassup dgn kawan sekolahnya... saja nak yg baru...

    nak main sekali sekala boleh ja guna yang mama dan abahnya...hehee

    ReplyDelete
  10. Bila ckp tentang hp nie....
    anak² nieyl yg lelakinya...penuh ngan game...yang perempuan nya biasa la dgn chatnya,fb nya..whatsapp nya..kdg² tu risau..pelajarannya..Itu kalau mak ayah tak awasi betul²..memang ke laut...

    ReplyDelete
  11. sekarang mmg jd keperluan jugak kak..cuma utk remaja/kanak2 kna ada batasannya.. lg pon hp skarang byk y mampu milik..klo dulu2, nokis 3310 tu pom 800++..skarang nk andoir hrga 300 pom ade kan.. lg satu dulu klo topup xde y rm5, rm10... topup paling murah rm50..nk beli simkad pom smpai hampir 100 jgk.. skarang no simkad blh beli dgn hrga below rm10...

    ReplyDelete
  12. begitu bezanya kak anak2 zaman kita ngn zaman skrg nih...
    dana tgk bdk2 seawal tadika atau sekolah rendah dh di mewahkan ngn smartphone...

    kite dulu lbh banyak permainan di dunia nyata, dpt beli color pecil luna ke stabilo dh best sgt dh kan kak

    ReplyDelete
  13. Memang jauh berbeza kak anak-anak dulu dan sekarang. Saya yang menjadi kesayangan abah ni pun takut sungguh nak minta apa-apa dari abah. Mengidam walkman pun bertahun lamanya sampai nak masuk Tingkatan 4 baru dapat. Takut punya pasal.

    Anak-anak sekarang tak macam kita dulu-dulu. Anak saya yang kecil pun dah pandai merengek minta telefon satu!

    ReplyDelete
  14. Sekarang telefon dah jadi satu keperluan kan kak. Mana mana nak guna telefon.

    ReplyDelete
  15. lain dah zaman kita dgn anak2 sekarang. Dulu jgn kan hp, apa2 saja yg teringin susah betul nak dapat. Saya pegang hp pun masa dah kerja kak, itu pun terkial-kial nak guna.

    kami belikan hp utk anak2 taklah mahal mana, ikut kemampuan mama/papa mereka saja.

    ReplyDelete
  16. zaman berubah. saya pakai hphone masa masuk matrik lepas spm. masa tu pakai phone polyphonic rasa canggih habis haha. pakai sampai rosak hpone tu. pastu masuk uitm ayah beli lain. dah kerja, beli sendiri hihi

    ReplyDelete
  17. kak..anak dkna yang usia 2 tahun pun dah pandai memilih. Kita bagi tengok cerita kartun kat tepun murah, dicampaknya..nak jugak tepon ibu..pandai memilih kualiri gambar..pasrah ibu dan redha kalau kena campak telepon hahahahaa

    ReplyDelete
  18. mmg budak zaman skang nie xleh berpisah dgn henfon kakak..contoh terdekat anak2 buah falsya..henfon tinggal dh mcm nyawa sendri yg tinggal..mati kutu xtau nak buat ape..belum cite charger xpenah lekang bile keluar gie memana..;)

    ReplyDelete
  19. Bdk2 skrg phone x leh tinggal...asyik bersama
    Kadang2 Nur bebel gak kat anak sulung tu kak...asyik berwasap n lain2 lagi...
    Apa2pun tetap kena check isi dalamnya...takut buat yg bukan2

    ReplyDelete
  20. dh jadi macam keperluan untuk anak2 pulak kak...tktau lagi mcmana dengan budak2 ni..tp setakat ni mmng babah dorang tak bagi pegang..bila berkumpul dgn sepupu2 tu yg masing2 mcm tak penah jumpa hp

    ReplyDelete
  21. Anak2 saya berkongsi hp dgn saya kak zakie..
    Senang saya nak pantau cerita wasap dia dgn kawan...

    Utk mrk bermain game saya belikan tab jenama cap ayam hihihi..

    Betul tu kak zakie..
    Dahulu pensil warna luna mmg mahal bg keluarga saya..
    Mmg kena kongsi..
    Begitu juga calor air sewaktu sek.menengah.. kena berkongsi adik beradik..

    ReplyDelete
  22. Budak umur 5 tahun pun dah pandai nangis minta tab kak dengan pakcik makcik sebagai hadiah periksa dapat nombor satu...alahai...

    ReplyDelete
  23. J7 adik tu lebih kurang sebaya dgn J7 dinda kan.... Dah hilang kanda. Alahai...mesti galat adik tu.

    Adik rajin belajar, tak perlah pun, mama belikan baru. Kan kanda...

    ReplyDelete
  24. J7 adik tu lebih kurang sebaya dgn J7 dinda kan.... Dah hilang kanda. Alahai...mesti galat adik tu.

    Adik rajin belajar, tak perlah pun, mama belikan baru. Kan kanda...

    ReplyDelete
  25. huhu..rasanya aorg dewasa lagi berat..asyik dgn hp jer..huhu..

    hati mak ayah mmg cair dgn anak2 ni..

    ReplyDelete
  26. hp anak bongsu saya jugak tercicir entah dimana..pakai tak sampai setahun ja..
    so kesian kat dia..abg nya menghadiahkan Lenovo..

    ReplyDelete
  27. asaalamualaikum kakzakie
    hatta budak 3 tahun nak ada tefon sendiri
    kalau tak bagi mmg dia konker kita punya lah haha kann

    ReplyDelete
  28. saya tak boleh berpisah dengan hp. hehe

    ReplyDelete
  29. Bukan sahaja seorang 1~2 handphone sekarang.
    Tapi 1 handphone boleh ada 2 simkad hehehe....

    ReplyDelete