Tuesday, August 23, 2016

Akhirnya dia pergi jua - 2

Dua hari sebelum dijemput ke alam barzakh bapak di bawa ke rumah kakak ku yang anak-anak panggil Mama Leha. Sebelum ini juga selain rumah aku, rumah Mama Leha merupakan tempat yang bapak agak selesa sebab sudah berpuluh tahun Mama Leha tidak bekerja sejak business MLM dia menjadi tumpuan utama. Mak Zah dan Abah Din biasanya akan mengikut saja di mana bapak berada di situlah dia akan berada.

Pagi 16-08-2016 bapak masih seperti biasa sehinggalah hampir menjelang asar. Sebelum solat asar itulah Mama Leha dan Mak Zah tersedar yang bapak terkencing dan ada sedikit najis. Maka bapak dibawa ke bilik air dan dimandikan seperti biasa sebab ini tidak pernah terjadi. Sewaktu memandikan bapak Mama Leha sedar lubang najis bapak sudah agak besar oleh itu selepas dibersihkan bapak dipakaikan pampers yang sebelum ini tidak pernah lagi pun sebab bapak masih boleh memanggil bila mana dia mahu membuang air. Selepas solat asar ketika berbaring itulah bapak bercakap dengan jelas dia dahaga. Mak Zah memberi air minum dan ada sedikit kelegaan sebab biasa bapak bila minum agak susah mahu menelan tetapi waktu itu bagaikan mudah untuk bapak menelannya. 

Tetapi kelegaan yang disangkakan adalah petanda Izrael sudah sedia akur perintah Allah. Bapak pula memang selalu beristighfar dan menyebut Allah-Allah-Allah oleh itu pada kami anak-anak langsung tidak terfikir yang bapak sebenarnya sudah nazak. Sakratulmaut sudah hampir menjemputnya. Bila melihat bapak agak sesak bernafas barulah Mak Zah terus bisik pada bapak untuk istighfar, syahadah dan menyebut Allah. Awalnya masih jelas didengar telinga tetapi akhirnya hanya kelihatan lidah bapak yang bergerak sehingga akhirnya bapak sudah tidak bernafas lagi. 

Memandangkan waktu itu sudah hampir benar dengan waktu solat maghrib terpaksalah membuat urusan report ke Balai Polis dan pengesahan doktor selepas maghrib. Kemudian barulah jenazah dibawa pulang ke Pontian. Kami bersyukur juga bapak pergi pada hari orang bekerja/sekolah jadi jalan sangat lengang dan mudah walaupun jauh. Traffic light juga sepanjang beratus-ratus kilometer semuanya bagaikan hormat ada van jenazah lalu kerana dari berpuluh-puluh ditemui hanya satu saja ditemukan lampu merah. Satu yang sangat-sangat membantu dipercepatkan perjalanan. Tidak sampai tengahmalam jenazah bapak sudah tiba di rumah kampung kami.

Beruntungnya bapak punya ramai anak, menantu dan cucu. Semua boleh mengambil urusan terbaik. Memandangkan rumah bapak kosong aku merupakan anak terdekat (JB) balik dulu sebaik mendapat berita. Abah Din mengurus van jenazah. Abang ipar mengurus report ke balai dan hospital untuk mendapat pengesahan doktor. Papa pula berurusan dengan asrama MRSM adik untuk menjemputnya dengan Kak Reen memandangkan sudah malam. Aku, Kak Meen dan Kak Meera balik dulu mengemas rumah bapak apa yang patut. Tiba rumah semua lampu-lampu aku on. Bagaikan Hari Raya terang-benderang. Sambil mengemas sambil membaca yasiin sebab kami hafal. Sofa-sofa semua kami usung masuk ruang rumah tengah dan dapur. Aku sediakan sekali tilam saiz kecil dan alaskan dengan kain ihram bapak. Bantal juga aku sarungkan dengan warna putih. Semua ruang rumah kami bersihkan. Apabila semua adik-beradik-anak-cucu-cicit berkumpul itulah kami sepakat agihkan setiap seorang membaca satu/dua juzuk Al-Quran seorang untuk disedekahkan pahalanya buat bapak. Khususan untuk bapak/atok kami selepas selesai kami semua bertahlil anak-beranak. Syukur sebelum menjelang subuh 30 juzuk selesai kami hadiahkan buat bapak/atok kami di selang-selikan dengan bacaan Yasiin. Moga Allah terima amalan kami khas buat bapak.

Selepas subuh satu-persatu keluarga kami sepupu-saudara-mara-rakan-taulan-sahabat-handai-jiran-tetangga datang berziarah. Sebaik mereka mengambil alih membaca ayat-ayat suci barulah kami pergi mandi (kerana kami tidak tidur pada malam itu) dan bersedia menanti untuk jenazah bapak dimandikan. Alhamdulillah jenazah bapak siap disemadikan lebih kurang jam 10:30 pagi pada 17-08-2016.

Sesungguhnya kami redha walau airmata tetap luruh tapi sebelum ini kami sudah puas mengalirkan airmata setiap kali melihat bapak bersolat, mandi, berzikir, makan-minum, bergerak ke sana-sini dengan bantuan kami. Setiap kali melihat kami solat berjemaah dia tidak mampu mengikut sebab solatnya memerlukan bantuan kami mengampu belakang juga moment yang sangat menyayat hati. Solat berbaring bapak tidak selesa walau hakikatnya dibolehlah dalam rukhsah solat. 

Malam - Selepas tahlil bila semua tetamu semua sudah balik barulah anak-cucu-sepupu-sepapat yang lelaki makan di ruang tamu.
Ahad - Hampir menjelang maghrib tiba di rumah sendiri baru aku teringat untuk membelek telefon. Beribu whatsapps, berbelas emails dan 2 messages tidak aku lihat. Mohon kemaafan kepada sahabat-handai-saudara-mara semua termasuk teman blogger yang tidak sempat aku singgahi sehingga kini.

~~ Bersemadilah bapak sementara di sana kerana kami semua juga pasti akan menyusul dan semoga kita disatukan semula olehNya di syurgaNya kelak. Ameen.~~


62 comments:

  1. Al-Fatihah...
    sesungguhnya Allah SWT lebih myayanginya...
    semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.. amin

    ReplyDelete
  2. Al fatihah..

    smoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  3. Allahu..
    Moment terakhir kita kan kak bersama arwah..
    Hakikat yg perlu kita terima dan redha..
    Setakat itu bersama kita..

    Bapak akak meninggalkan anak cucu cicit yg soleh solehah..
    Semoga segala amalan anak cucu cicit smpi pahala kepada arwah bapak kakak..

    ReplyDelete
  4. Allahu..sedih falsya bile baca kisah arwah bapak..tiba2 falsya terbayang situasi di saat perginye arwah auntie falsya..sedih sgt..

    semoga amalan anak2, cucu2 dan cicit2 smp ke arwah bapak..insyaAllah..amin..betapa untungnye arwah bapak kakak..

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah merahmatinya menyayanginya dan menempatkannya bersama para solihin kakzakie
    Bawa bersabar ya kerana kita jugak akan kesna suatu hari hanya menunggu masa dijemput

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bapak dari rumah Mama Leha sampailah ke Pontian.
    Gitulah perjalanan seorang yg bernama hamba Allah ye kanda....
    Huhu ....

    ReplyDelete
  7. Saat2 kehilangan memang tak akan dilupakan sepanjang hayat...Semoga kakzakie bertabah .Insyaallah roh arwah sentiasa dirahmati kerana punya anak2 yg soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  8. Saat2 kehilangan memang tak akan dilupakan sepanjang hayat...Semoga kakzakie bertabah .Insyaallah roh arwah sentiasa dirahmati kerana punya anak2 yg soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  9. SAAT KEHILANGAN YG TERSAYANG SGT DIRASAI...JADI INGATAN SELAMANYA..BAPAK KAKZAKIE MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR DGN TENANG..SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  10. Al-Fatehah.
    Semoga rohnya dilimpahi rahmat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, urusan pemergian arwah bapak kakzakie dipermudahkan Allah. Berkat arwah dikurniakan keturunan yg soleh solehan. Semoga dijanjikan syurga untuknya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. takziah akak, semoga allah mencucuri rahmat kepada arwah..

    ReplyDelete
  13. alfatihah

    salam takziah kak.

    arwah abah saya dah genap setahun ergi kak. tarikhnya tak jauh.. 19 ogos...

    semoga mereka tenang di alam sana... kita bakal menyusul...

    ReplyDelete
  14. Al fatihah...senangnya bapak menghadap ilahi
    Moga arwah tenang disana...
    Kehilangan yg amat dirasai semua insan disisinya

    ReplyDelete
  15. Takziah kak

    Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan
    bertuah bapak akak ramai anak cucu menantu semuanya baik2...

    ReplyDelete
  16. Sebak pula saya baca kerana terasa pilu disetiap perkataan walaupun hati redha.

    Alhamdulillah kerana semua "kesempitan" bapak di dunia telah berakhir dan saya doakan moga bapak/atuk tenang disana dan bahagia di samping YANG MAHA ESA.

    ReplyDelete
  17. Sebak baca coretan ini. Teringat mak dan ayah dekat Kuching.

    ReplyDelete
  18. Salam takziah kakZakie, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Sedih baca kak. Teringat masa kehilangan arwah ayah dulu :-(

    ReplyDelete
  20. beruntunglah bapak yg punya anak hafaz ayat suci..semoga rohnya tenang di sana

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan pengkebumian...allahumma firghlaha warhamha waafihi wa'fuanha..moga tenanglah arwah ayah kak zakie menemui Penciptanya..

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah segala urusan pengkebumian arwah bapak kak zakie di permudahkan... kita hanya merancang Allah yg menentukan... semoga roh arwah bapak tenang di sana... insyaAllah

    semoga kak zakie dan keluarga tabah dan mendoakan kepada arwah selalu...

    ReplyDelete
  23. Al fatihah. takziah kak. moga roh abah akak dicucuri rahmat. moga akak sekeluarga tabah menghadapi hari2 mendatang

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah berkat muafakat adik beradik semua kerja dipermudahkan.Semoga arwah bapak kakzakie ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

    ReplyDelete
  25. Al fatihah dan salam takziah dari saya skeluarga..

    ReplyDelete
  26. Ya Allah! Tabahnya akak sekeluarga menguruskan jenazah. Sayu hati jadinya saya membaca saat akak mendapat tahu bapak sudah tiada sehingga jenazah selesai dikebumikan.

    Masa saya dulu (berbelas tahun sudah), juraian air mata aje yang mengiringi kami adik beradik. Sedih sebab tak dapat bersama di saat akhir, bertambah sedih bila pulang ke kampung hanya mampu melihat jenazah bapak sahaja.

    Semoga roh bapak ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    Alfatihah!

    ReplyDelete
  27. Allahurabbi..
    kita kehilangan ayah dalam jarak yg dekat ,kan kak zakie

    semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  28. Takziah buat kakak sekeluarga.
    Yang dah pergi iringi dengan doa moga aman di sisinya, kita... akan tiba masanya jua sebab janji Allah itu pasti, cuma saat dan ketikanya tidak kita ketahui.

    ReplyDelete
  29. Salam takziah kak...semoga arwah bapa kak ditempatkan bersama orang-roang yang beriman....

    ReplyDelete
  30. salam takziah buat akak sekeluarga..moga terus tabah

    ReplyDelete
  31. Entri ni akk tulis begitu santunnya, tiada ketara sgt riak sedih akk, walaupun kami sahabat2 di sini, jauh di sudut hati akk terasa amat kehilangan..
    Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan perjalanan bapak, itulah tanda kasih sayang dan redha Allah terhadap bapak.
    Slp ni hanya untaian doa dan bacaan ayat suci sbg penghubung yg tk pernah putus.

    ReplyDelete
  32. Allahumma aamiin.InsyaAllah bertemu dengannya di sana nanti =)

    ReplyDelete
  33. Semoga bapak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
    bagusnya ahli keluarga akak, saling membantu.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah semua sudah selesai...allah permudahkan pemergian arwah bapak akak..pergi dengan senang dan sempurna...moga arwah ditempatkan dikalangan umat terpilih..amin...

    ReplyDelete
  35. alfatihah..moga allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

    sungguh mudah urusan allahyarham pergi menemui penciptaNYA kak..moga2 bahagian kita juga begitu nanti...

    ReplyDelete
  36. Alfatihah kak. salam takziah buat akak sekeluarga...
    Alhamdulillah selesai sudah urusan. Semoga arwah di tempat kan di kalangan org2 yg beriman. Semoga akk dan keluarga terus kuat dan tabah. amin

    ReplyDelete
  37. Alfatihah...tamat sudah urusannya di dunia, kita jg akan menyusul kemudian..

    Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan olehNya, dengan bantuan ahli keluarga..

    ReplyDelete
  38. Al-Fatehah.
    Semoga rohnya dilimpahi rahmat.
    Takziah buat kakak dan keluarga.

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah,semuanya dipermudahkan kak...moga akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini,

    ReplyDelete
  40. Al-Fatihah untuk arwah bapak, salam takziah dari saya buat akak dan keluarga.

    ReplyDelete
  41. salam takziah kak, maaf saya baru tahu berita ni...

    semoga arwah bapa akak ditempatkan bersama orang2 yang beriman...amen...
    semoga akak dan keluarga tabah ye...

    kalau dekat, mmg saya nak peluk2 akak...huhu...

    ReplyDelete
  42. salam takziah kak... dkna baru singgah baca entry akak..

    ReplyDelete
  43. Lama jugak KN tak singgah kedini..agak terkejut dan simpati juga dengan keluarga KZ...

    Apa pun Allah lebih menyayangi almarhum,sama2 kita berdoa agar almarhum diletakkan bersama2 mereka yang beriman... aamiin....

    Salam takziah dari KN.... tiba2 sayu.. teringat bapak kat kampong...

    ReplyDelete
  44. Lama jugak KN tak singgah kedini..agak terkejut dan simpati juga dengan keluarga KZ...

    Apa pun Allah lebih menyayangi almarhum,sama2 kita berdoa agar almarhum diletakkan bersama2 mereka yang beriman... aamiin....

    Salam takziah dari KN.... tiba2 sayu.. teringat bapak kat kampong...

    ReplyDelete
  45. Takhziah buat KakZakie Purvit dan seluruh kerabat

    indahnya,tetap menyebut nama Allah sehingga ke akhir Allahyarham bapak
    Kita ini semua semoga tetap menyebut kalimah Allah
    pada detik terakhir seperti itu...

    ReplyDelete
  46. Innalillahiwainnailayhirojiuun..
    Takziah Kak Zakie..
    Moga kita semua dapat berjumpa semula insan2 yg tersayang di dlm Syurga yg abadi. Aamiin.

    ReplyDelete
  47. kisahnya sama cam waktu kitorang kehilangan moktok kak..tapi alhamdulillah, allah permudahkan semua urusan..
    al-fatihah buat bapak..

    ReplyDelete
  48. Assalammualaikum kak, saya antara BlogWalker yang menjadikan blog Akak sebagai blog inspirasi saya, saya juga letakkan URL blog akak di blog saya Kinaka Honey. Mohon diizinkan. Dan salam Takziah kepada akak serta ahli keluarga. Semoga seluruh ahli keluarga akak dicucuri rahmat. Stay strong kak!

    ReplyDelete
  49. salam takziah nuat zakie sekeluarga..
    alfatihah..
    ky pun baru kehilangan bonda tercinta..belum pn 100 hari, masih sebak dn tak dpt lagi nak menahan air mata dri berguguran..saat terkenangkan arwah..

    ReplyDelete
  50. al fatihah.

    smoga bapa akak ditempatkan dikalngan org beriman. amin. inshaAllah arwah tenang disana.

    ReplyDelete
  51. al-Fatihah.. Semoga tenang disisi Allah...

    ReplyDelete
  52. AL-FATIHAH.

    Kuatkan semangat ya Kak.

    ReplyDelete
  53. takziah.

    kekadang terfikir tentang saya yang punya 3 anak sahaja.

    ReplyDelete
  54. salam takziah kz ..
    moga arwah ayah kz ditempatkan bersama roh2 orang yg soleh..

    ٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
    Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

    ReplyDelete
  55. Salam takziah untuk kak Zakie serta keluarga..

    ReplyDelete
  56. Bila baca entry ni terus teringatkan ayah saya.

    ReplyDelete
  57. al-fatihah
    alhamdulillah semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  58. dari Allah kite datang dan kepada Allah la kite kembali...salam takziah utk seluruh keluarga akak...moga arwah di tempatkan bersama golongan orang2 yg beriman...

    ReplyDelete
  59. Salam takziah kak..
    Al fatihah..
    :(

    *teringat mak abh yang jauh..

    ReplyDelete