Monday, August 15, 2016

Kampung vs bandar

Membeli telur kampung di pasaraya brand Nutriplus kelihatan putih mulus. Kepada yang telah menjejakkan kaki ke Mekah/Madinah pasti ingat yang rata-rata telur di sana berwarna putih tidak seperti telur di tempat kita yang agak coklat sedikit cengkerangnya. Melihat putih itulah aku  terpikat untuk membeli. Tercatat pula diluar kotak "telur kampung omega". Tiba di rumah jelas telur kampung omega ini jauh lebih besar dengan telur ayam kampung yang aku bawa dari rumah bapak.
Telur kampung - Putih itu telur kampung omega yang aku beli. Dua lagi telur kampung origin dari kampung ku nan damai:)
Mencuba - Hari minggu sendirian aku mencuba untuk makan telur setengah masak.
Berbeza - Duduk di dalam alat stim dengan masa yang sama. Putih telurnya mempunyai kekentalan yang sama tetapi kuning telur ayam kampung ku nan damai sudah bulat dan isi di dalam cair. Nikmat lemak. Omega di pasaraya bagaikan telur biasa yang aku buat kek.
Bersatu - Apa pun dua-dua aku telan sebaik curah sedikit kicap tanpa pepper pun boleh saja. Saja-saja mahu membuat perbandingan rasa dan saiz antara keduanya.
Besar dan kecil tidak menjadi soal tapi nikmat dan kelazatan tetap berbeza. Untuk aku yang berasal anak kampung pasti dapat merasa perbezaan antara telur kampung dan bukan. Begitu juga ayam kampung dan ayam bandar buat kami lidah anak kampung dapat merasa perbezaannya.

~~ Kampung atau bandar tetap ada kelebihannya. Hanya yang terbaik jika dapat menikmatinya tanpa kos itulah lebih indah terasa. ~~



45 comments:

  1. Assalamualaikum Bakyuku


    Telur ayam kampong memang terbaek....OmegaPlus juga baik
    Bagi saya ada kelebihan masing-masing.
    Lama dah saya tak makn telur ayam kampong...teringin juga bila Nampak post bakyu ni


    P/s lawatan isuk dino senen...monggo sarapan bakyu...jumpot..kambek sambel bilis

    ReplyDelete
  2. telur kampung yang dah dikomersialkan pasti berbeza. Tak silap harga telur ayam kampung setengah masak di hwa Mui dalam RM2++.. lebih baik buat telur setengah masak sendiri kan

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaaaaah sedapnya bt tlr separuh msk gitu kak...

    yelah yg original tlr kampung msti rasanya lg sedap kan

    ReplyDelete
  4. terliur pulak dkna tengok telur akak ni. teringat waktu nak bersalin mikhail, singgah kedai mamak mkn telur masak separuh sebab mak pesan, katanya bagi tenaga kuat sebelum bersalin.. sepatutnya makan telur ayam kg, tapi kat putrajaya mana nak jumpa kan..hahaha.. gigih telan telur, air ketuban dah pecah waktu tu ..

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak makan telor ayam kampung. Ayam kat kampung tu tak tau dah hilang ke mana

    ReplyDelete
  6. Da lama x mkn telur separuh masak..
    Seronok kan duduk kg..
    Dulu2 saya duduk kg masa cuti sekolah je.. seronok pegi kutip telur ayam kampung kat bawah rumah.. hihi..
    Kalau ada ibunya, x berani la saya..

    ReplyDelete
  7. dari segi cngkerang nampak lebih putih kan kak..yg terbaik sebenarnya yg ori..

    ReplyDelete
  8. Telur kampung original lg sedap dari kita g beli kat kedai kan

    ReplyDelete
  9. sedapnya telur separuh masak berkicap..xkiralah mana asalnyakan kakzakie rezeki Allah dapat nikmatinya dgn syukur

    ReplyDelete
  10. Adoi hai.. sedap lah pulak tengok.. nanti nak g beli telor ayam kampong nak rebus setengah masak ..

    ReplyDelete
  11. Ketara bezanya ya kak walau hujungnya kampung..kalau telur ayam kampung dibuat telur dadar pun best kak..warna kuningnya cantik sangat.Kita anak kampung..sudah sebati dengan kampung namun tetap mensyukuri setiap nikmat yang diberi walau di mana berada.

    ReplyDelete
  12. teringin pulak nengok telur setengah masak tu kak

    ReplyDelete
  13. salam...
    yaya ni tau makan je..pe beza telo kg dgn telo 'bndo' ni xtaula..
    hehe =p

    ReplyDelete
  14. singgah pagi...
    nieyl asal kg juga kak..Tapi nieyl mmg x makan telur kg...
    x diajar kot masa kekecil dlu...hihi..(salahkan pulak x ajar ye)

    ReplyDelete
  15. seronok kan duduk kampung...ambik rumput2 kering buat tempat ayam bertelur, lepas tu mengintai ayam bertelur...berebut-rebut nak kutip telur ayam..panas2..hihi..

    teknologi moden..telur kampung dah jd putih, lbh besar...tak pernah makan lg..

    ReplyDelete
  16. terliur pulak nak makan telur separuh masak. telur ayam pun nampak kebesaran Allah. telur ayam di negara mat saleh memang putih macam orangnya putih di sana. telur kita sama juga macam kulit kita.

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat mkn telur ayam kampung..
    Dah lama tak makan..
    Buat pula separuh masak tu kak..
    Sihat badan kan..

    Nampak sungguh perbezaan telur ayam kampung original dan bandar kan kakzakie..

    ReplyDelete
  18. Dulu masa arwah bapak saya ada lagi kalau balik kg ,kami mengangkutlah telor kg bwk balik .Arwah bapak rajin bela ayam .Kalau tau kami nk balik pasti dia simpankan untuk suami dgn anak2 yg suka telor ayam kampung.Sekarang ni kalau nk makan kenalah membeli.Tak tau pulak ada telur ayam kampung omega.

    ReplyDelete
  19. Dulu masa arwah bapak saya ada lagi kalau balik kg ,kami mengangkutlah telor kg bwk balik .Arwah bapak rajin bela ayam .Kalau tau kami nk balik pasti dia simpankan untuk suami dgn anak2 yg suka telor ayam kampung.Sekarang ni kalau nk makan kenalah membeli.Tak tau pulak ada telur ayam kampung omega.

    ReplyDelete
  20. tertelan-telan air liur tgk telur separuh masak tuuuu!! huwaaaa...

    ReplyDelete
  21. kekadang bila tengok telor yang cantik dan besar ni seriau juga nak beli.

    mana tau ianya tiruan...

    ReplyDelete
  22. ish sedapnya lama tak makan telur separuh masak dgn kicap ni
    tp pilihan yg best mesti la telur ayam kampung kan hihi

    ReplyDelete
  23. bestnya akak dpt dr kampung sndiri kak..skrng nak beli telur yg betul2 asli kampung mmng kena masuk ke kg..susah nak carik dan mahal..huhu

    ReplyDelete
  24. Lama Sgt tak mkn telor ayam kg..

    Emmm...

    ReplyDelete
  25. Khasiat telor ayam kampung memang berbeza dengan telur ayam bandar. Mungkin kak Zai makan telur separuh masak mcm yg kakzakie buat tapi tidak mcm hubby dan anak2 kak Zai makan.Telur kuningnya pun cair lagi.

    ReplyDelete
  26. kalau nampak cengkerang putih mesti assume telur ayam kampung..buat ubat

    ReplyDelete
  27. Zaman kegemilangan saya makan telur ayam kampung dah tak ada. Dulu boleh kata tiap2 hari telur ayam kg saja sbb bapak byk bela ayam.

    Bulat dan kental aja kuningnya tu.

    ReplyDelete
  28. belum pernah cuba lagi telur ayam kampung omega tu, ada jual ek kak

    ReplyDelete
  29. sedap nya telur half cook ni! huhuhu aina suka campur dengan madu.
    lama tak makan. ok balik ni nk buat la. tp telur ayam kampung mmg win n the best kak =)

    ReplyDelete
  30. Alahaiii.. terliur pulak nak makan telur separuh masak.
    tapi kuning telur ayam kampung cantek kan warna dia.
    khasiat telur ayam kampung pon lebih bagus berbanding telur ayam bandar kan~

    ReplyDelete
  31. Apa sahaja hasil dari kampung memang sedap. Yang kampung lagi segar dan lazat akak kan.

    ReplyDelete
  32. kaknoor jarang jumpa telur kampong ni
    nanti nak cari lah lepas tu nak buat macam kakzakie ni
    mesti lebih dpt tau beza nya

    ReplyDelete
  33. Lazatnye telur ayam kampung.
    telur organik.

    ReplyDelete
  34. Mmg berbeza saiznya..
    Skrg ni klau beli telur bukan Omega byk ketulan darah or apa tah namanya kak...kena buang dulu sblm goreng
    Anak2 Nur kalau buat separuh masak telurnya tak cukup 2 biji sorang..nk lebih

    ReplyDelete
  35. saya kan kak, sampai sekarang tak boleh telan telur separuh masak...huhu...
    padahal itu lah yg suami dan anak2 suka, tapi saya pulak x reti...

    ReplyDelete
  36. pose2 ni tengok telo rebus pon cam tengok hidangan buffet antarabangsa...hahaha...takpe2 iman sy masih kuat...cecece...telo ayam kampong tetap the best kan kak...dulu masa kekecik puas makan...ni jam kalau nak makan kene beli...sebiji singgit kalau kat tempat sy ni...nangisss T__T

    ReplyDelete
  37. Sayapun suka telur ayam kampung..

    ish terliur pula tengok telur masak separuh, nak buatlah..

    ReplyDelete
  38. terliur pulak saye tgk. dulu mmg selalu makan telur ayam kampung sparuh masak :)

    ReplyDelete
  39. Yelah....sebab telur kampung asli tu kecik ek, tu yg cepat kental jadinya tu...

    Teringin pulak nak makan telur separuh masak kanda, esok nak buatlah. Kalau dinda, kena ada lada sulah hitam ngan putih tu kanda baru pergh!! Hihi...

    ReplyDelete
  40. Entahlah Kakzakie. Saya tak tahu apa bezanya. Saya jarang makan telur ayam kampung. Maklumlah sayakan orang 'bandar'. Hahaha!

    Saya suka telur besar-besar Gred A ni sebab sebiji wallop masuk mulut dah kenyang!

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum kakzakie....sedapnya tengok telur setengah masak tu...kenyang perut mkn telur...:)

    ReplyDelete
  42. Sedap ni kak zakie...aduyaiiiiiiii terliur dah julia tgk rasa esok pagi nak buat telur setengah masak lah haha

    ReplyDelete
  43. ade pulak ye telur ayam kampung omega..selalunya payah cikit nak dapat kt kedai telur aym kmpung ni, tak pernah nmpk pun kt kdai.

    ReplyDelete
  44. sedapnya kakak telur separuh masak. buh kicap ... lagi lah perhhh

    dah lama tak makan.

    encik abah tak berapa bagi...

    hi hi hi

    ReplyDelete