Berlalulah sudah Syawal 1437H. Hari ini sudah 1 Zulkaedah 1437H. Sana-sini sudah bermula undangan ke majlis saudara-mara, rakan-taulan yang mahu ke tanah suci pula yang tidak kurang meriah seperti juga rumah terbuka di hari raya. Memandangkan rumahku dekat dengan lapangan terbang seringkali dijadikan persinggahan buat saudara yang mahu ke tanah suci sebelum ke lapangan terbang. Syukur sangat sebab bila ada peluang ini hati aku meronta bagaikan mahu berangkat sama. Detik itu bagaikan menerawang kembali dalam ingatan. Sayu terasa sebaik azan dilaungkan di depan pintu pagar sebelum semua bertolak ke lapangan terbang.
Setengah balang - Lihat ini masih banyak. Sebelah kiri aku beli yang kanan Kak Reen buat |
Bekas kecil - Masukkan ke dalam balang-balang kecil. Yang tengah itu Kak Reen buat lainnya beli dan orang sedekah |
Telungkup - Semua sudah bersih. Set untuk meja di dalam pun sudah dicuci. Set meja di luar juga dicuci sama. Tunggu tahun depan boleh digunakan lagi. Bekas ini juga sudah 3 kali raya kami gunakan. |
Semoga keindahan syawal yang dirai mendapat redhaNya. Bergembira, berkunjung, bersedekah, menjamu tetamu hatta berbaju baru semuanya ada ganjaran. Apa yang penting jangan melanggar syariat. Panjang umur bertemu lagi Syawal tahun hadapan.
~~ Tarikh 10 Zulhijjah akan menyusul dengan kemeriahan Hari Raya Haji yang berbeza pula.~~
sekejap jer syawal berlalu kan kak.. semoga allah panjangkan usia kita semua untuk ketemu ramadhan dan syawal tahun depan.. kat opis dkna pun dah ramai yang ke tanah suci tunaikan haji
ReplyDeleteSyawal sudah berlalu...Zulkaedah menjelma dgn seruan Labaikallah..syahdu menusuk kalbu..subhanallah bertuahnya jemaah haji yg dpt bertamu ke tanah suci didoakan segala yg terbaik buat para jemaah haji semua.
ReplyDeletesamalah saya pun kak, kuih raya masih banyak. takpelah, boleh buat jajan anak2
ReplyDeleteNieyl hari sabtu baru kemas² semua kak...
ReplyDeletekarpet² semua kena simpan smula...
cawan²,bekas kuih.. :)rindu ramadhan..rindu syawal...
Rumah dinda bekas kuih tu ada sebahagiannya masih lagi atas meja kanda hihi.... Yang makannya dinda sorang kalau kat rumah tu, manalah nak habis. Biarkan ajelah dulu, kadang kadang lepas Raya ni sedap jugak tau kanda sambil sambil tengok TV tu.
ReplyDeletesalam khamis kak..banyak sungguh biskut raya akak tu..kat umah ada belen gak lagi tapi tak banyak dah..harapnya abis la..
ReplyDeletesekejap jer masa berlalu..nak lagi sekarang..pejam celi pejam celik dan nak akhir tahun..
lagi 2 bulan akan masuk tahun baru 1438H
ReplyDeleteInsyaAllah, moga kita dipanjangkan untuk bertemu dengan Syawal tahun depan.
ReplyDelete#dipanjangkan umur
Deletedana dh mule bwk sekut raya ke opis dh kak... mana2 yg tinggal kepek2 je...
ReplyDeletemoga sama2 kita bertemua ngn syawal thn hadapan
Banyak lagi kuih raya kak zakie ya?.Kat rumah saya bekas2 kuih dah lama saya basuh dan simpan,lagipun kuih pun dah takde.
ReplyDeleteInsyaallah panjang umor kita jumpa lah syawal tahun depan.
Banyak lagi kuih raya kak zakie ya?.Kat rumah saya bekas2 kuih dah lama saya basuh dan simpan,lagipun kuih pun dah takde.
ReplyDeleteInsyaallah panjang umor kita jumpa lah syawal tahun depan.
semoga kita dipanjangkan umur bertemu syawal yang akan datang..
ReplyDeleteSamalah kat rumah Nur...biskut2 raya byk lagi...sibuk dok paksa ank2 makan..sayang kalau tak habis kan kak..
ReplyDeletekak zakie dah telungkup bekas, teringat saya punya yg masih blm dikemas..hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah Ramadhan dan Syawal 1437H sudah melabuhkan tirainya.Moga kita berpeluang untuk merai nikmatnya Ramadhan dan Syawal 1438H tahun hadapan.Dan sekarang kita sama2 berdoa agar para jemaah haji yang bakal berlepas sekamat pergi dan balik di samping memperoleh haji yang mamrur..
ReplyDeleteSaya pun tak banyak beli kuih raya kakzakie..
ReplyDeleteMembuat sendiri langsung tidak hihihi..
Macam tak mood nak buat kuih raya sendiri..
Memang kan kakzakie..
Bila tiba musim org pergi haji..
Hati kita mcm melonjak-lonjak nak ke sana lagi..
Semoga dapat lah lagi menjadi tetamu Allah utk haji sekali lagi..
Bercadang nak pergi sekeluarga dgn anak-anak..
Saya ank2 masih kecil kot, kuih raya ، kerepek semua dah licin, kuih raya yg org bagi saya bukk sbl raya lagi, sekali hadap dah habis.
ReplyDeleteKita menunggu musim haji plak.
Kemerihan berbeza lepas syawal kan kakak. Tengok saudara dan kawan-kawan ke tanah suci pula.
ReplyDeleteBerakhir sudah Syawal tahun ni, insyaAllah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.
ReplyDeleteTengok TV berkisar kesibukan umat manusia nak menunaikan haji pulak, terasa sekejapnya masa berlalu. Macam baru aje berkisar tentang musim haji rupa-rupanya sudah setahun berlalu!
Saya ank2 masih kecil kot, kuih raya ، kerepek semua dah licin, kuih raya yg org bagi saya bukk sbl raya lagi, sekali hadap dah habis.
ReplyDeleteKita menunggu musim haji plak.
Wah....dah nak mula musim haji.....Kalau saya dulu, sekarang ni dah mula kalut prepare international menu untuk jemaah yang berjumlah 1500 orang mainly UAE, Qatar, Europe dan USA......cepat sungguh waktu berlalu!
ReplyDeletein sha Allah..andai umur panjang, tahun depan berjumpa lagi...
ReplyDeletekemas dah kak..
Dah sebulan kita beraya kak zakie
ReplyDeleteDalam balang masih ada kuih
Kuih lama belum habis ditbah lagi dgn jajan baru
Semoga sempat jumpa syawal tahun depan...isnhaAllah...aamiin
ReplyDeletebanyak tu lagi kuih raya aka, kat rumah saya ni pulak mmenag gemar makan kuih raya, jadi memang tak berbaki lagilah kuih raya kami. silap2 kami beli lagi untuk makan sendiri
ReplyDeleteSyawal dah berlalu pergi..tapi kat taman kak ni masih diteruskan lagi acara minggu ini. Acara rumah terbuka dijadikan kenduri kesyukuran saja sebab sebelum ni asyik tertunda tarikh..queue..terlalu ramai org buat rumah terbuka dan kenduri kahwin. Akhirnya minggu ini baru free... makmur sungguh rakyat Msia dengan makan..
ReplyDeleteKakzakie.. kuih raya langsai dah.. tinggal serbuk. Tak sabar tunggu panggilan haji.. semoga kita semua diberi rezeki.. insyaAllah
ReplyDeletecepat je masa berlalu. semoga kita jumpa raya 1438h.")
ReplyDeleteSemoga panjang umur kita akan lalui lagi ramadhan dan syawal akan datang...InsyaAllah...
ReplyDeleteirda doakan kak zakie sihat dan panjang umur..dan sentiasa menguupdate entry untuk bacaan kami..amin..
ReplyDeletebulan utk pergi haji plak..
ReplyDeletealangkah sronoknya dpt pergi mekah..
cepatnya masa berlalu kan.. baru kejap rasa kita start nak berpuasa, dah habis sebulan raya.. yang tak habisnya biskut raya. huda pon dalam proses nak habiskan jugak, makan sambil tengok tv. takpe la akak nanti ada rezeki insyaAllah akak dapat pergi jugak :)
ReplyDeletesalam bakyuku
ReplyDeleteDikesempatan akhir ini
Luputi seng akeh akeh dingapuro yo angger ono komen nyong iki orak semenggah.....
Banyak lagi kuih tu sis......
masa2 ni la terasa sedap biskut raya...masa raya langsung tak sentuh pun..
ReplyDeleteKlu dkt boleh bgi nor..nor mmg takde kuih raya tak smpt nk buat menyopping pun tak smpt..semua yg ada pun org bagi..alhamdulillah ada juga..kn
ReplyDeleteSekejap je masa berlalu kan..kadang tanpa kita sedar dah nak pengakhiran tahun dah.
ReplyDeleteHi hi hi... ni petanda dah habis syawal ni kak ...
ReplyDeletesemua masuk kotak balik
Kejap lagi keluar semula sekejap, masa berlalu pantas pertengahan bulan depan dah Raya Haji pula.
ReplyDelete