Thursday, September 15, 2016

Aidil-adha berlalu pergi

Hari ini merupakan hari tasyrik yang ke tiga. Sayu hati setiap kali mendengar mahupun mengalunkan takbir raya. Hari ini masih ada peluang untuk kita bertakbir raya sehingga sebelum menjelang maghrib. Gunakan peluang yang masih bersisa ini dan sama-sama kita berdoa semoga kita dipertemukan lagi di tahun-tahun yang akan datang.

Sudah berlalu - Semoga menjadi tunggangan di sana kelak
Bermangkuk-mangkuk - Lihatlah semuanya menggunakan mangkuk besar dek tulang gear-box yang besar-besar belaka
Abang - Abang ipar dan Abang aku (abah Din) sengaja minta kami ambil gambar mereka berdua. Dua-dua abang ini sama usia. Sudah 60 tahun.
Nikmat - Masing-masing mencari lokasi selesa. Ambil sendiri di dalam periuk bawa mana saja ruang rumah yang ada. Anak remaja biasalah mencari depan tv sambil makan sambil menonton.
Bujang - Belum ada calon. Siapa mahu merisik bolehlah haha... duit sudah sedia cuma anak daranya belum ada.
Licin - Beginilah pengkahirannya dari setiap tulang.
Hujan - Biarpun hujan mencurah-curah lebatnya tetapi masing-masing tetap dengan misinya. Alhamdulillah semuanya tiba di rumah aku ketika sup sudah hampir sedia untuk di makan. Sebelum makan aku hidangkan dulu ketupat dengan ayam masak merah, gulai kari daging, sambal kacang dan lain-lain lauk pauk yang kakak-adik-abang bawa dari rumah mereka.
Sebenarnya boleh dikatakan setiap tahun apabila tiba hari raya Qurban aku tidak dapat balik kampung sebab hubby menjadi tukang sembelih. Oleh itu kakak-abang-adik- anak-buah semualah yang akan datang berkunjung ke rumah kami. Apa lagi ini kali pertama bapak tidak bersama kami. Kalau tidak pasti bapak pun sama menikmati sup hasil tangan aku. Sedih. Moga bapak tenang di sana. 

~~ Cuti bertambah indah apabila bertepatan dengan cuti sekolah. Kurang indah bila masuk pejabat banyak kerja menanti di depan mata.~~

40 comments:

  1. Alhamdulillah... masih diberi peluang untuk bersama sambil mengirim doa kepada yang sudah tiada di mata...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Selamat hari raya kak ! Nikmatnya mkn sup gearbox rmai2.

    ReplyDelete
  3. sup gear box akak nampak mengancam :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat semuanya...seronok dpt bertakbir, dpt menjamu selera bersama-sama

    ReplyDelete
  5. Fuhhh mmg berpeluh kak pekena smgkuk besar tulang lembu tu.,,Eiduladha mubarak taqabbalallahu minna waminkum

    Jejaka tu bujang ye kak,nti nor suruh dibah dtg meminang 😅😅😅😅

    ReplyDelete
  6. Teringin saya satu hari nanti nak jejakkan kaki ke rumah akak..terasa "dekat" benar dengan akak.

    ReplyDelete
  7. Assalam. Subhanallah kak...salam takziah, hrp belum terlambat...moga roh arwah ayahanda kak zakie ditempatkan bersama golongan para solihin.Amiin.

    ReplyDelete
  8. selamat pagi....
    hari ini mood malas dah ada la...
    nak buat keje pun rasa suam² kuku je...
    sebab esok dah cuti..hihihi...
    Selamat hari raya aidiladha akk sekeluargaaaa...:)

    ReplyDelete
  9. Kalau balik kampung mmg tak lepas dari sup gear box atau tulang, tapi sebab raya tak balik kami raya beramai-ramai di surau saja, rewang masak daging korban dan makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..moga ukhuwah ini terus harum sepanjang hayat dikandung badan...amin.

    ReplyDelete
  11. seronoknya makan gear box beramai2 ye kak
    kita kat sini tak buat qurban. tapi rezeki jiran2 ada yang buat. masjid pon ada bagi. ada la 4 plastik daging dalam fridge tu. bulan ni pakat makan daging lah ye

    ReplyDelete
  12. Salam aidiladha buat kak zakie sekeluarga...
    Best nya dpt sup gearbox yg fresh tu...
    Saya mmg tak berani la nak sembelih lembu..hihihihih

    ReplyDelete
  13. terliur pulak falsya tgk sup kakak tuh..letak cili kicap, lagi power..heheheh..

    ReplyDelete
  14. Salam aidil adha kak zakie..
    Sedap tgk sup gearbox tu..
    Makan ramai2 dgn adik beradik lg berselera kan..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sedap nyer sup gear box...masing2 dpt menikmati masakan dr kakzakie yer...Al-Fatihah buat arwah abah akak...

    ReplyDelete
  16. bila aidiladha berlalu pergi, maka mulalah asyik makan daging dan segala menu berasaskan lembu/kerbau hihi...

    kakzakie, tag akak tu dah sempurna saya jawab tp tak cukup syaratlah ya. T/kasih tag saya w/pun semput nak fikirkannya T_T.

    ReplyDelete
  17. wAH HEBAT SEKALI HUBBY KAKZAKIE MAMPU MENJADI PENYEMBELIH KURBAN...WALAU DIRINYA SORANG BISNESMEN BERJAYA TAPI XKEKOK MENUNAIKAN FARDU KIFAYAH...TAHNIAH...SEDAPNYA SUP GEARBOX BERSERTA LAIN2 HIDANGAN SEMPENA IDILADHA WALAU MSH TETAP SEDIH KERNA KEHILANGAN AYAH TERCINTA...INSYAALLAH ALMARHUM AYAH KAKZAKIE BERBAHGIA DI SISI-NYA

    ReplyDelete
  18. salam aidiladha kak..

    kemain memasing mkn.. khusuk sungguh.. mesti sedap nie! hihi..

    kat jb pun hujan haritu..

    ReplyDelete
  19. Uikkk, siapakah gerangan si bujang itu, wajahnya tak jelas kelihatan, haha..
    Saya pun ada adik ipar bujang dah 30 an takde calon lagi, huhu

    ReplyDelete
  20. belum terlambat untuk SB ucapkan selamat hari Raya Aidiladha untuk Kak Zakie dan keluarga

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya aidiladha kak zakie

    ReplyDelete
  22. seleranya makan berjemaah.. daging korban pulak tu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  23. Semoga segala amal, doa dan ibadah Qurban kita diterimaNya.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  24. Semoga amalan yang bai di rahmatiNya.Amin..

    ReplyDelete
  25. salam kz ..
    sup tu klu kena dengan sambal cili padi kicap,
    memang beringus hidung ..
    apapun , terbaek dr kak ..
    moga ibadat qurban keluarga kak di terima Allah swt

    ReplyDelete
  26. bukan calang2 orang boleh jadi tukang sembelih kambing ni.
    abah sy cakap, kena org yg takde bau badan.. ye ke?
    hehehe..

    ReplyDelete
  27. Sedap tu dapat hirup sup tulang... bagi mereka belah utara sana..biasanya selain dari buat sup mereka juga buat mihun sup ... yang warna kuning tu... siap ngan sambal nya lagi.. KN suka tu.. puas rasanya bila makan ngn mihun...

    ReplyDelete
  28. sabarlah kak. Semua ada hikmahnya. Moga arwah dicucuri rahmat. Btw, selamat hari raya haji, maaf zahir n batin ;)

    ReplyDelete
  29. raya tahun ni 1st time x balik kampung... kg sendiri x balik, kg isteri pun x balik...

    ReplyDelete
  30. Salam aidiladha juga buat kakzakie..
    Baru berkesempatan berkunjung kesini..

    Sedapnya sup gear box tu kak..
    Tahun ni saya sekeluarga membuat korban melalui ezy-qurban..
    Negera pilihan en suami Bangladesh..
    katanya biar kita pilih negara yg sukar utk merasai nikmat daging ini..

    InsyaAllah tahun depan buat di sini pula itu perancangannya..

    Saya pula pun raya haji kedua tanpa mak dan abah..
    terasa juga kehilangan di pagi raya tu..
    Alfatihah buat mereka semua yg telah pergi menemui Pencipta nya..

    ReplyDelete
  31. Salam Aidiladha kak. Harini baru start keja lepas sminggu cuti. Sedapnya sup gear box tu.

    ReplyDelete
  32. Terliur tengok sup gear box tu kanda...sedapnya....
    Abg din mesti yg pakai kopiahkan....

    ReplyDelete
  33. Saya tak makan sup gearbox tu tapi kalau sup biasa tu, bedal jangan tak bedal. Samalah Kakzakie dengan Ngah saya. Sekarang ni kalau Aidil Adha, memang semua bertumpu ke rumah Ngah. Kali ni pun saya tak balik kampung tapi beraya dengan Ngah sekeluarga dan juga emak.

    ReplyDelete
  34. alhamdulillah
    dapat nikmati sup gear bersama sama.
    alfatihah

    ReplyDelete