Tuesday, September 27, 2016

Airmata syahdu sebelum subuh

Bunyi dari telefon bimbit di hujung kepala mengejutkan tidurku. Jam sudah menghampiri pukul 5:00 pagi adalah waktu biasa mata aku sudah mula terbuka. Sekadar menanti bunyi mengejut saja tetapi apabila bunyi kali ini adalah kerana panggilan telefon, membuat aku cergas dan berdebar. Kedengaran di hujung talian adik aku meminta bantuan segera. Siapa sangka mak mertuanya yang sepatutnya pulang dari tanah suci tiba di Lapangan Terbang pada jam 10:10 pagi tetapi belum pun jam 5:00 pagi sudah membuat panggilan mengatakan dia sudah berada di airport. Cepat saja aku katakan "ok". Kak Meera anak adik yang duduk dengan aku adalah cucu kepada nenek itu. Segera aku kejutkannya. Minta Kak Reen temankan sebab waktu subuh pun belum masuk lagi. Pergilah mereka berdua menjemput nenek tersebut. Sementara itu aku sediakan apa yang sepatutnya di dapur.

Rumah aku dengan airport agak dekat. Keadaan jalan sangat lancar sebab waktu itu hanya beberapa motor yang ada di jalanan, mungkin untuk ke masjid atau surau. Tidak sampai setengah jam nenek itu tiba di rumah aku. Menangis teresak-esak buat aku tidak dapat menahan airmata ini untuk luruh sama. Aku peluk erat tubuhnya yang bergoncang dek esakannya. Aku pula dalam pada memujuk luluh juga hati seorang perempuan yang lama ketandusan kasih seorang ibu. Sama-sama menangis. Setelah agak reda baru aku tahu flight dipercepatkan. Apa yang buat aku terkilan mengapalah anak-cucu semua tidak ke website melihat tarikh dan masa terkini. Aku memujuk nenek itu yang anak-cucunya semua tidak sengaja. Aku juga memberitahu adik aku, ipar dan semua anak-cucunya meminta maaf kepada nenek mereka. Sementara menanti anak-cucunya tiba aku bagi dia sarapan. Selesai solat subuh minta dia berehat dan sambung tidur di bilik. On kipas sebab dia tidak tahan aircond. Sebaik dia tidur baru aku keluar untuk pergi kerja. Kak Meera cuti sebab tahu neneknya akan balik. Dialah yang dirumah menanti mak-ayahnya tiba.

Tidak terbayang kalau ada mak atau ayah yang terbuang. Sedangkan seorang mak yang penuh dengan kasih dan sayang bila terlewat begini sudah terkesan bagaikan tidak dihiarukan, apa lagi mereka yang terabai. Pengajaran dari kisah ini sebaiknya anak-cucu yang punya keluarga yang akan balik dari tanah suci rajin-rajinlah melihat website waktu dan tarikh ketibaan keluarga yang akan dijemput. 

Beg - Nasib baik nenek ini juga bijak kerana banyak barangannya yg dibeli sudah diposkan dulu. Balik hanya membawa beg ini saja. Itupun menurut adik aku ada satu bungkusan tersalah alamat ke rumah jiran. Tetapi jiran yang menerima tahu nama penerima dan yang menghantar dari Mekah itu nama nenek itu lalu setelah diterima dihantar ke rumah adik.
Jajan - Naluri seorang insan bernama nenek. Jauh di mana pun ingatan kepada anak-cucu tetap di hatinya. Ole-ole buat cucu-cucunya di Malaysia. Biskut pun dibelinya. Membuat kami sangat terharu.
Adalah terbaik untuk menunaikan ibadah haji ketika usia muda, punya kudrat yang baik dan sihat tubuh-badan. Pergi bersama mahram. Buat pendaftaran pada tarikh yang sama Insya-Allah dapat perginya juga pada musim yang sama. Aku mendaftar untuk pergi menunaikan haji lagi sebaik balik dari menunaikan haji pada awal Januari, 2009 tapi dijangkakan hanya boleh pergi lagi pada tahun 2024. Bayangkan waktu itu aku sudah pencen! Kepada yang belum mendaftar sebaiknya buat dari sekarang. Bukan semua bernasib baik, sekejap mendaftar terus dapat. Jika tidak tertahan rindu buatlah umrah dulu selagi giliran menunaikan haji belum tiba lagi. Sungguh sekali kita menjejakkan kaki di sana rasa rindu pasti ada.

~~ Luruh airmata pagi ini mendengar berita di radio IKIM yang ustaz Fadzli Al-Yamani meninggal dunia di Guangzhou tengah malam tadi. Perginya ke sana untuk berdakwah akan dikebumikan di sana juga. Aku pasti akan merindui tazkirahnya yang sering berkumandang setiap pagi Khamis dalam rancangan Tahsinul-ibadah. Al-fatihah.~~


40 comments:

  1. betul.. kalau ikut tarikh giliran haji mcam dah tak logik, panjang ke umur kita.. tp tu lah..
    urusan allah. kadang tu, tb2 boleh pergi je haji..

    ReplyDelete
  2. Allahu...
    Kesian nenek tu ye..
    Alhamdulillah rumah kakzakie berdekatan dgn airport boleh diusahakan menjemputnya..
    Betul kak kena rajin semak website .. dah ada kemudahan..
    Teringat saya waktu arwah abah dan mak pergi haji tahun 1995..
    Bila kepulangan selalu menghubungi tabung haji melalui telefon..
    Masa tu kemudah yg ada..
    Tu pun delay juga..
    Tapi tak mengapa bagi kami yg menunggu di airport tu..
    Bila melihat kelibat mereka..
    Luruh airmata kegembiraan..

    Tu lah saya ni tak sempat mendaftar lagi utk pergi kedua kali.. ingat nak daftar bersama2 anak2..

    ReplyDelete
  3. Salam kak... sebak plak bila baca.. yelah mesti nenek agak terkilan sebab anak-anak semua tak tahu waktu ketibaan.. nasib rumah akak dekat dgn airport... alhamdulillah selamat kembali ke tanah air.. ingatan pada cucu mmg takkan lari dr diari seorang nenek...

    ReplyDelete
  4. Saya juga turut bersedih dgn kepergian al fadhil ustaz fazli. Selain ilmu yg dikutip di radio ikim, arwah juga mentahnik cucu saya yg pertama. Berkatnya, umor 2 tahun lebih dah boleh baca fatihah.

    ReplyDelete
  5. Alahai, kasihannya nenek pulangnya takda yang menyambut. Bukan disengajakan anak-cucu tapi perkara dah terjadi. Tentu sedih di hati bila kepulangannya difikirkan tiada yang menanti.

    Saya yang membaca pun terasa sebak tapi kalau kita di tempat anak-cucunya pun mesti terasa kesal amat kerana kesilapan kecil begini.

    Saya ni pun belum dapat peluangnya lagi nak ke tanah suci. Berharap sangat dapat menunaikan haji sebelum dimamah usia tua!

    ReplyDelete
  6. Saya juga mengesyorkan agar jika berkemampuan, laksanakanlah tanggungjawab tersebut sewaktu usia masih muda.

    ReplyDelete
  7. anggaplah anak cucu tak sengaja..bkn tidak sudi hjadir utk menjemputnya tp disebabkan masalah teknikal..

    ReplyDelete
  8. sedih pulak bila baca mgkin boleh jagi pengajaran kepada yg lain

    ReplyDelete
  9. JM dah lama berniat nak ke 'sana' menunaikan UMRAH tetapi belum ada rezeki dgn ALASAN tiada MAHRAM...skrg dgr harga VISA makin tinggi sbg bagi mengurang kan jemaah ke sana...hurrmm

    ReplyDelete
  10. ALHAMDULILLAH...SYUKUR DH SELAMAT KEMBALI...SEDIH BACA N3 KAKZAKIE NI TERKENANGKAN SAAT KEPULANGAN MAK N ALLAHYARHAM BAPA DARI TANAH SUCI MCM YG DIBELI SBG HADIAH KPD ANAK CUCU N KWN2.

    ReplyDelete
  11. sape2 takut kan sampai2 xde org mari ambik..tapi itu masalah bkan segaja..

    bgus kak bertindak cpt jempt nenek tersebut..

    ReplyDelete
  12. Aduh sebak baja entry ni.seakan merasa perasaan nenek yg sayu.pulangnya sepatut dengan kegembiraan dah jadi drama air mata mula. Apa pun Alhamdulillah selamat sudah ibadah haji nenek..jari pengajaran jugabkan kisah ni

    ReplyDelete
  13. sedihnya kak... mcmne lah perasaaannya kan dok tunggu2 tp tak tiba2 anak2 yg di nanti utk amik nya... sedangkan org lain ada yg menanti...

    nsb lah dekat ngn umah akak...
    Alfatihah bt arwah ustaz, moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, kak zakie tlh melepaskan kesulitan nenek yg dlm kerisauan...mudah2an Allah menpermudahkan sebarang urusan harian kakzakie...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah....
    Tiba dengan selamatnya...
    hati seorang ibu kak...
    cerita akk nie,memberi satu peringatan kepada kita semua supaya sentiasa update dan tgk jadual mak ayah kita...

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah... dh selamat kembali..
    itulah, hati org tua..bila tiba msti mgharap insan tsyg dh mnunggu kan...

    mmg..klo ada rezeki usia muda ni.. mmg nk sgt pergi.. cuma skaran queue menunggu tu... huhu.. apa2 pom moga dipermudahkan setiap impian y nk ke tanah suci..

    ReplyDelete
  17. Yelah akak terharu plkkk.
    Mungkin faktor usia..sensetif byk sikit dri biasa..

    Alhamdulillah dh slmat sampai ketanh air.

    Bygkn klu tak punya anak,hrpkn belas kasihn org lain..hidup ni ada rezeki masing2..Allahuakbar

    ReplyDelete
  18. agaknya kan kak, nenek dah rindu sangat kot ngan family dia..bila tetiba jadi camni terus perasaan sebak/sedih tu datang..laju la airmata mengalir..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah.. slamat semuanya..
    azam insyaAllah tahun depan nak buat umrah.

    ReplyDelete
  20. Kesiannya nenek. Siapa tak sedih bila tak der anak cucu yang sambut. Alhamdulillah... nenek selamat sampai.

    Moga ada rezeki saya dan keluarga untuk jadi tetamuNYA nanti.

    ReplyDelete
  21. moga jadi peringatan buat kita kisah nenek balik haji takde yang menjemput ni kan.. tersentuh pula hati mengenangkan nenek :)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.
    Selamat kembali ke tanah air.

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah...
    insyallah ada rezeki tak ke mana

    ReplyDelete
  24. Allah, sedeh pulak sy baca cerita akk ni.. mesti nenek tu panik sekejap.. ingat bila sampai airport akan disambut, lain pulak jadinya..


    Baru tahu ustaz tu meninggal..sorang2 alim ulama' meninggalkan kita.. :)

    ReplyDelete
  25. alfatihah
    seorang demi seorang alim ulama meninggalkan kita

    sayunya.. awal dan cepat sampainya kan.
    nasib lah rumah kakak dgn airport tak da lah lama menanti

    ReplyDelete
  26. Pergi dengan selamat,pulang pun dengan selamat, itu yg sebaiknya kita harapkan

    ReplyDelete
  27. Sayunya hati...kepulangan x disambut insan tersayang

    Al fatihah..
    Moga arwah tenang disana

    ReplyDelete
  28. Mungkin anak cucunya pun tak sangka flight boleh dipercepatkan pula. Selalunya, flight delayed kerap berlaku tapi bila dipercepatkan saya pun terkejut. Biasalah, perasaan orang tua kan sensitif sikit.. Huhuhu.. Mungkin dia penat, sejuk lagi.. :')

    Al-fatihah buat Ustaz Fadzli.
    Rugi pula rasa sebab saya tak pernah dengar ceramahnya.

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah, mak mertua adik akak selamat tiba di tanahair...sedihkan, pagi2 subuh, keseorangan di airport.

    Al-fatihah buat Ustaz Fadzil Yamani...meninggal ketika berdakwah, Subhanallah..

    ReplyDelete
  30. Saya yang membacanya juga turut terkesan bila nenek itu menangis, x dpt bygkan ibu bapa yg ditinggalkan oleh anak

    ReplyDelete
  31. Mesti rasa sayukan kanda bila sampai airport tak de sapa yg sambut....rupanya anak cucu tak tau yg masanya dipercepatkan.
    Nasiblah jugak rumah kanda dekat dengan airport, bolehlah jugak jadi tempat transit. Kalau tidak dah kena duduk kat airport nampaknya....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah nenek dah selamat kembali walaupun tidak mengikut jadual. Apa pun, mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur yang tiadalah balasannya melainkan syurga.
    Terkejut dan sedih mendengar berita pemergian fadhilatul ustaz Fadzli al-Yamani. Semoga Allah SWT mengampuni semua kesalahannya dan menerima semua amal kebaikannya...

    ReplyDelete
  33. sy sedih membacanya kk.entahlah klu bb org tua sy akan syu sikit..sy doakan keluarga akk sentiasa bhgi dn dmai selalu dn nenek sentisa sihat sellu.insyaAllah doakn sy murah rezeki.teringin nk.hantar mak ke mekah ...;)

    ReplyDelete
  34. Huhu betullah perasaan akan sedih bola smpai2 je xde org yg tersyg.. Sdgkn dh lma berjauhan 😭

    ReplyDelete
  35. touching nenek ni. Kesian dia sorang2.
    Nk salah anak cucu sgt pun x blh juga
    Tapi awal sangat tu kol 10 pg ke 5 pg.TH patut bgtau waris.

    Saya balik haji dulu pun flight landing awal beberapa jam.

    Sama lah xde org tgu.
    Kihkihkih.
    Tp xde lh lama sgt sbb nk clear kastam imigresen pun ambil masa.

    Tapi iyalah nenek tu sorang2,pasti sedih hatinya.

    ReplyDelete