Friday, September 2, 2016

Berkongsilah selagi mampu

Pagi hari cuti kemerdekaan tidak kemana-mana pun aku. Selepas membelek bunga yang kian merudum bersiap-siap untuk keluar membeli keperluan rumah dengan en hubby saja sebab anak-anak balik kampung. Sekarang mudah buat mereka bergerak sejak anak buah aku, Kak Meera tinggal bersama kemana pergi dengan kereta comelnya Axia. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kalau Mak Zah tinggal sendirian aku minta mereka balik kampung jenguk dan temankan Mak Zah.
Pink - Sebenarnya banyak pokok bunga aku yang berkongsi pasu. Seperti juga kita tidak salah berkongsi negara yang dicintai ini. Tetapi jangan sesekali cuba membuat onar. Kerana akibatnya semua akan rugi.
Kuning - Walau mempunyai warna yang berbeza tapi ia tetap species bunga raya juga. Seperti juga kita biar warna kulit tidak sama kita sama-sama lahir di negara bertuah ini,  janganlah buat onar demi keamanan yang ada. Kita pupuk dan jaga kehormonian bersama. 
Bunga ros - Lihatlah daunnya daun bunga raya tapi keluarnya bunga ros. Jangan terkejut sebab ini jelas akibat berkongsi pasu. Bunga rayanya tidak kelihatan sebab tinggi di atas, yang di bawah celahnya keluar menjulur bunga ros. Boleh berkongsi dengan aman. Mata memandang pun tenang terasa.
Anggerik putih - Begitu juga walau putih wangi tetap tunduk bersatu dengan orkid jengking lain tapi tidak berbunga cuma duduknya bersebelahan. Aku sangkutkan bunga ini di atas pokok bunga puding. Menumpang tetapi mampu memberi jasa.
Orkid - Begitu juga dengan orkid ini. Aku lekatkan pada batang pokok betik yang kian dimamah usia. Bila-bila masa saja akan mati memandangkan daun-daun kian kuning dan luruh. Sudah berbelas tahun pokok betik ini memberikan hasil. Tetapi tua-tua pokok betik ini masih mampu memberi sokongan kepada orkid aku untuk terus berbakti menghasilkan bunga buat tuannya. Hargai jasanya selama berbakti memberi tumpangan untuk orkid hidup megah. Pergi yang tua memberi jasa bukan perginya dengan sia-sia.
Usah dipertikaikan kemampuan orang lain di atas jasanya kepada negara. Kita nilai sejauh mana kemampuan diri kita membuat jasa. Selebihnya kita berdoa kepada Allah semoga keamanan negara kita terus tidak diganggu-gugat. Buat yang rakus meratah hak orang lain, kita serahkan kepada Allah kerana janji Allah itu benar. Berbuat salah pasti ada balasannya. Tidak di dunia yang pasti akhirat Allah itu ada. Syurga dan neraka Allah itu benar.

~~ Kemerdekaan yang dikatakan bebas biarlah bebas dari kekeliruan, kejahilan dan kemurkaanNya. Kita merdekakan hati kita yang kecil ini dari dijajah syaitan.~~


38 comments:

  1. Assalammualaikum kak,

    Cantik-cantik bunga akak :) nampak sungguh betapa "sejuk" nyer tanga akak menanam.

    ReplyDelete
  2. sejuk mata memandang tengok pokok2 menghijau dengan baik..bilalah dapat menanam kat rumah tu..hihi

    ReplyDelete
  3. As-salam kak zakie,

    indahnya bunga-bunga tu.. indah juga pengisian dalam entry kak zakie ni.. sangat mendalam maksudnya.. sangat santun tegurannya..

    ReplyDelete
  4. sekarang ini jarang nampak orang tanam pokok bunga raya.

    kat kampung masa kecil dulu, pokok bunga raya seperti mwsti ada di setiap kampung dan tepi jalan...

    ReplyDelete
  5. teruja betul tengok bunga2 hasil tanaman akak ni

    ReplyDelete
  6. Entri tulisan nya..
    Disebalik yg tersirat dan tersurat tu Kakzakie..
    Berkongsilah dengan baik utk kesejahteraan ye kak..
    Jangan terus onar melingkari..
    Semoga keamanan terus berkekalan..
    Bagi yg rakus atas jawatan dan kuasanya..
    Biarlah disana perhitungan Nya..
    Janji yg benar..
    "Yang Memiliki Hari Pembalasan"
    Itulah ikrar kita 17 kali sehari ..
    Didalam solat kita kan kak..

    ReplyDelete
  7. cantiknya bunga-bunga akak.. segar bugar semuanya.. saya ni minat menanam. tapi menjaganya tu kadang2 asyik tak sempat je.. nak siram, bajakan.. sampai pokok keembong yg senang hidup dan mudah dijaga tu pun boleh mati kak..

    ReplyDelete
  8. Penuh makna entri ni, hidup dimuka bumi ini hanya sementara, berkongsi segala yang disdiakan Allah..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    cantik indah segar semuanya.
    ambo punya pokok semua dah tinggal ranting...tak mampu dah nak membelai bagi kuntum2 berkembangan semula.

    rindunya dengan pokok2

    ReplyDelete
  10. salam jumaat...
    nieyl singgah sini...
    cemburunya tgk bunga² akk tuh...

    ReplyDelete
  11. entri akak mmg selalu ada nilai2 kisah di sebaliknya

    ye kan kak, berkongsi boleh asal sama2 bertolakansur

    ReplyDelete
  12. Assalam kak zakie..apa khabar sihat..lama acik tak kemari..
    Cantik2 bunga kak zakie..sejuk.mata memandang.
    Kak zakie doakan acik ye moga sihat kembali seperti biasa

    ReplyDelete
  13. Assalam kak zakie..apa khabar sihat..lama acik tak kemari..
    Cantik2 bunga kak zakie..sejuk.mata memandang.
    Kak zakie doakan acik ye moga sihat kembali seperti biasa

    ReplyDelete
  14. BUNGA RAYA ROS DAN ORKID MENGHIAS LAMAN CERIA WARNA WARNINYA...HARMONI MOGA NEGARA KITA AMAN SJHTRA SELAMANYA.

    ReplyDelete
  15. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini. Mg akak sihat selalu yer. Cantik2 nyer bunga ni kak zakie. KA mmg suka bunga2 raya yg bermcam versi ni.

    ReplyDelete
  16. Blogwalking sini.. Ya Allah kak,, geram tengok bunga.. Betul tu kak,, banyak lagi benda yg belum merdeka hiii

    ReplyDelete
  17. cantik2 warna bunga tu kak...betul bunga pun boleh berkongsi pasu apatah lagi kita..usah dibezakan warna kulit dan rupa, asalkan dapat hidup dengan aman itu sudah baguskan

    ReplyDelete
  18. wah... seronok tengok bunga-bunga cantik... subhanallah (^___^)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaijum san slam jumaat kakzakie
    Bestnya berkongsi2 pasu kan
    Asalkan yg berkongsi redho ok je save dah pasu tu kann, orkid jengking akak pun banyak toi tulah dah dkt tanam dkt pagar jdi terpinggir la pulak

    ReplyDelete
  20. Salam kak zakie...
    walaupun perkongsian tentang bunga tapi ada mesej disebaliknya..

    perkongsian yang hebat

    sayangi negara

    ReplyDelete
  21. Cantiknya bunga kak zakie..
    I feel it.....

    ReplyDelete
  22. banyak bunga2 akak...seronok mata memandang..

    ReplyDelete
  23. pokok bunga ros tu sihat-sihat belaka . saya suka tanam pokok tapi sikit malas nak menyiram ... adeh .

    ReplyDelete
  24. Jangan tanya apa yg negara sumbang pd kita, tapi tanya pd diri kita sendiri; apa yang kita dah sumbangkan utk negara? Gitu, kak Zakie? ^_^

    cantik bunga.. hai bilalah nak ada halaman sendiri? boleh jugak mencontohi kak Zakie & kak Mar tanam pokok bunga banyak2.. buat masa sekarang, bela bunga plastik je la.. hik3 ^_^

    ReplyDelete
  25. Hayatilah maksud yang tersirat dlm n3 ini.
    Syabas kak.

    ReplyDelete
  26. Salam merdeka utk Kak Zakie sekeluarga :)

    ReplyDelete
  27. indah sungguh bunga di laman,hidup subur mewangi,rajin sungguh kak zaki bercucuk tanam,itu tanda orangnya sungguh berseni :)

    ReplyDelete
  28. warna dan jenis2 bunga yang mendalam maksudnya..

    ReplyDelete
  29. salam kz ..
    berbudi dengan tanah,
    tanah akan membalas dengan hasil tanaman yg baik2 belaka ..
    cantik2 bunga kt kak tanam tu

    ReplyDelete
  30. amboiii gebunya dan cantik bebunga akak semua :D

    ReplyDelete
  31. Cantik bunga-bunga akak.
    Betul tu akak. Sama-sama berdoa. semoga nikmat merdeka ini berterusan.

    ReplyDelete
  32. ky dapat rasakan yg kawasan tepi rumah Zakie merimbun penuh dgn tanaman..sejuk persekitarannya..
    betul tu..jangan pertikaikan jasa sesorang kepada negaranya..tanyalah apa jasa kita pula. menjadi rakyat yang cergas..sihat fisikal dan mental pun sudah dikira menyumbang jasa kepada negara.. :)

    ReplyDelete
  33. Bestnyaaa bila tengok tanaman berbunga..
    Hilang rasa penat tu :)

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum kakzakie...wah seronok kalau lihat pokok yg ditanam membesar dan berbunga...

    ReplyDelete
  35. Tanaman pun pandai berkongsi ya, kak!

    Rajin betul akak bertanam walaupun katanya tanah sekangkang kera aje. Kalaulah saya ni, beri halaman luas pun belum tentu datang rajinnya, kak!

    ReplyDelete
  36. Kanda mcm tau tau aje bunga tu yg dalam rumah tu semuanya bunga bunga yg sedang berkembang hihi....

    ReplyDelete
  37. Menjadi bunganye, rumah cikna langsung xde bunga,huhuu... bkn malas tapi xminat...;-)

    ReplyDelete