Friday, September 23, 2016

Makanan dan obesiti amat sinonim

Perdana Menteri pun maklum hobby rakyat Malaysia adalah makan. Inilah salah satu yang beliau katakan sewaktu memberikan ucapan pada Hari Malaysia tempohari. Kami juga keluar makan di luar pada hari tersebut. Rasa bagaikan tersindir sama. Namun apa yang sedihnya statistik menunjukkan, Malaysia menjadi salah satu negara yang mencatat ranking tertinggi punya rakyat yang obesiti. Suatu yang tidak boleh dibanggakan. 
Papa punya
Mama dan Kak Meen punya citarasa sama
Kak Reen dan adik membuat pilihan sama
Kak Meera memilih yang ada nasi
Kami membeli dua set ini. Mak Zah punya mee kari lambat sampai sehingga kami semua sudah kenyang baru sampai. Itu yang lupa mengambil gambarnya.

Betul, bersyukur di negara kita beraneka resepi dan hidangan boleh diperolehi. Apa lagi buat golongan pertengahan yang makan gaji apabila sudah keletihan, alternatif yang selalu dipilih adalah makan di luar. Risiko dihinggap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung juga amat tinggi bukan saja disebabkan makanan terhidang, bahkan kekangan masa untuk beriadah juga terhad. Itulah salah satu penymbang obesiti di negara kita. Sebenarnya bukan tidak boleh makan, tetapi kena ada keseimbangan dengan kemampuan diri mengamalkan gaya hidup sihat. Aku sendiri merasakan aku amat culas dalam hal ini.

~~ Telah dikatakan penyakit seseorang dikaitkan dengan cara pemakanan atau gaya hidupnya.~~

* Aku sekarang berada di kampung - sepakat semua anak-cucu-cicit buat kenduri almarhum bapak .


42 comments:

  1. hehe saya pun suka makan makan dan makan...

    ReplyDelete
  2. salam jumaat...
    nieyl kalau pergi makan SR biasanya akan amek tomyam kung tu..sedappp!

    ReplyDelete
  3. hehe..terliur tgk menu pilihan keluarga kak zakie..

    ReplyDelete
  4. huhuhu dana slh sorang penyumbang pada statistik tuh kak kih3....

    puas lah niat diet tp selalu kelaut...cemana tuh

    sedapnya nengok menu2 tuh kak...

    ReplyDelete
  5. setuju sangat tu kak zakie, penyakit datang tak kira umur sekarang...sama-samalah kita saling ingat mengingati untuk beringatlah selalu.

    ReplyDelete
  6. Akn dtg camanelah yek rakyat msia...? Semua gumuks2 ker?

    ReplyDelete
  7. Akn dtg camanelah yek rakyat msia...? Semua gumuks2 ker?

    ReplyDelete
  8. Family saya ni kakzakie yang mudah naik berat badan saya dgn fateha lah.Jeles dgn hubby makan,makan,makan tapi tetap kurus ....
    Sedap nampak menu2 pilihan keluarga kakzakie tu...

    ReplyDelete
  9. Family saya ni kakzakie yang mudah naik berat badan saya dgn fateha lah.Jeles dgn hubby makan,makan,makan tapi tetap kurus ....
    Sedap nampak menu2 pilihan keluarga kakzakie tu...

    ReplyDelete
  10. Kerajaan tahu rakyatnya ramai obes tapi masih promote tentang Malaysia syurga makanan.

    Sepatutnya kerajaan buat sesuatu supaya boleh atasi masaalah obes rakyat.

    Contohi Jepun dalam membina rakyatnya daripada dulu bentuk tubuh yang kecil berbanding kita kini dah setara. Mebina sahsiah anak anak sejak kecil semasa di sekolah dan mengekalkan budaya serta warisan di kalangan mereka sendii.

    ReplyDelete
  11. saya dah insaf dengan gemuk ni kak. alhamdulillah berhasil turunkan berat badan. masalah org malaysia, makan banyak sangat dan bergula yang tinggi. Selain tu suka amik processed food. Jom sapa nak kurus boleh join dgn saya.

    ReplyDelete
  12. Kalau bab makan memang semua suka kan tapi masuk bab nak bersenam apa semua fuhhh !

    ReplyDelete
  13. Bab makan ni susah nak cakap kan Kak..makan di luar juga dah jadi budaya sesetengah kita.. kekangan masa & tenaga.. apa pun terpulang dr kita..kena bijak amalkan gaya hidup sihat..:)

    ReplyDelete
  14. sedapnya tgk yg memula dan last tu.. eh tengok semua sedap la... hehe.. makan kat mana ni kak?

    tang obesiti tu setuju kak.. kita tak jaga makan.. :'(

    ReplyDelete
  15. betul kak...masa yang takde nak beriadah tu...erm...kalau ada masa pun lebih sanggup main2 bergumpal dgn budak2 ni je kak...

    ReplyDelete
  16. bila dah ade diabetis pulak kebarangkalian besar penyakit buah pinggang, dan kerabunan menyusul.

    ~semoga kenduri untuk almarhum bapak akak berjalan lancar ye~

    ReplyDelete
  17. bila dah ade diabetis pulak kebarangkalian besar penyakit buah pinggang, dan kerabunan menyusul.

    ~semoga kenduri untuk almarhum bapak akak berjalan lancar ye~

    ReplyDelete
  18. takpe, byk makan tapi kena byk exercise jg....huhu..

    ReplyDelete
  19. Rezeki
    Esok sakit2 dh tak lalu nak mkn...
    Makan jgn ikut nafsu...boleh bawa penyakit klu berlebih2..
    Punca sakit dri apa yg masuk dlm perut..

    Nor paling byk masak,paling kurang makan..hihi....😅😅

    ReplyDelete
  20. menu mmbuka selera
    betul tu kakak
    kena berjaga jaga bab pemakanan

    semoga kenduri almarhum bapak berjalan lancar hendaknya

    ReplyDelete
  21. Lagipun kat Malaysia ni makan 24-7 sehari. Selagi tak tidur, selagi tulah makan. Sebab itulah kadar obesiti pun tinggi. Kalau nak terasa, saya pun terasa juga sebab kami ni memang rajin alahai makan di luar. Kalau masak di rumah pun, yang kadar-kadar semuanya jauh dari seimbang ^_^

    ReplyDelete
  22. Begitulah kan kakzakie..
    Bila dah ada kekangan masa terpaksa mencari alternatifnya..
    Bila nak beriadah pun tertangguh ajer..
    Saya ni cukuplah beriadah didalam rumah..
    mengemop, mengemas dan naik tangga turun tangga tu je..

    Semoga majlis tahlil arwah berjalan lancar.
    Alfatihah

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. memang ada macam-macam makanan nak pulak kita ni berbilang kaum.
    Makanan semunya tinggi lemak dan kolestrol tapi nak buat macam maner... tulah yang sedap :)

    ReplyDelete
  25. Couldn't agree more. I pun nowadays..nak makan beringat2 sket. Kalau dulu, pagi dah teh tarik, petang nak nescafe panas pulak. So, sekarang, if pagi dah teh tarik then, petang air kosong. Takpun..you can have teh tarik pagi and petang tapi half cup - half cup and kurangkan gula. Apa yang I tengok di Jepun..if pegi restoren derang kat sana, air yang dihidangkan air green tea , juice and bicarbonat. Kita Malaysia ni memang terlebih creative..air teh buih smpi jatuh meleleh...air teh 3 layers..hahah! tapi sedap kan?? ais krim pun depa nak goreng. Eh ! Fengsanlah ahkak...

    ReplyDelete
  26. Hehehe....makmur sungguh malaysia...sebut ja nk mkn apa semua ada..italian, western, japanese, arabian etc2...pilih ja...hebat m'sian..

    ReplyDelete
  27. makan tak salah, yg salah bila terlalu banyak makan sampai timbul penyakit. aiyarkkk... konsep saya pula, selagi boleh makan; makan aje laaa.. hahaha ^_^

    ReplyDelete
  28. Buat kenduri nasi ambeng lah tu ye
    Semoga kenduri berjalan lancar.

    ReplyDelete
  29. betul kak...banyak sangat makanan sedap di Malaysia

    ReplyDelete
  30. makanan sedap2 melimpah ruah disana sini kakzakie
    tulah macamana tak gemukkan
    kalau ikut selera anak2 mmg yg bercheese jadi pilihan

    semoga semuanya berjalan lancar lah kakzakie ya

    ReplyDelete
  31. Semuanya sedap2 kak zakie...terlebih makan pun susah..elok berwaspada...penyakit senang datang

    Semoga urusan berjalan lancar...

    ReplyDelete
  32. salam kenal sis,,singgah sini ye,sudi2 singgah blog saya,,tq ^_^

    ReplyDelete
  33. Betul tu kanda.....kanda mmg patutlah, bekerja, dinda ni yg tak bekerja, hujung minggu mmg makan luar aje kerjanya. Entah bila nak berubah agaknya

    Dinda ni alas betul nak bersenam kanda.....

    ReplyDelete
  34. Betul tu kanda.....kanda mmg patutlah, bekerja, dinda ni yg tak bekerja, hujung minggu mmg makan luar aje kerjanya. Entah bila nak berubah agaknya

    Dinda ni alas betul nak bersenam kanda.....

    ReplyDelete
  35. Semua orang suka makan..memang malaysia ni kaya dengan makanan!to tylah bak kata kak zakie..kita ni selalu culas

    ReplyDelete
  36. saya pun suka makan kak. sanggup g jauh2 asalkan sedap. hahaha

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah kita masih bisa mendpt makanan di sini kn...kesian kat rakyat di negara yg mengalami kemiskinan dan kekurangan makanan...

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah, negara kita memang kaya dengan makanan. kita pun tergoda sekali nak makan macam2.. hihi

    ReplyDelete
  39. JM jenis badan cepat naik..kalau mkn menu2 seperti dlm gambar tu..get ready lah semua baju x muat huhu

    ReplyDelete