Selagi bergelar perempuan atau wanita walau dalam usia berapa pun ianya tetap rapat kehidupannya dengan airmata. Biar tegas, keras atau hebat bagaimana pun akan ada ketikanya airmata tidak dapat dibendung atau dipisahkan. Ada ketikanya emosi bagai diganggu sehingga mudah benar airmata akan tumpah. Apalagi kalau yang jenis manja. Itulah yang terjadi pada anakku Kak Meen baru-baru ini.
Ketika aku sedang memasak di dapur dia datang sambil membantu mencuci apa yang patut di sinki dia berkata. "Kenapa sehari-dua ini Meen rasa macam nak menangis aje mama." Aku menyatakan mungkin sebab ABC (Allah bagi cuti) hormon tidak seimbang akibatnya emosi kita terganggu. Tidak ada sambungan cerita selepas itu sehinggalah azan maghrib berkumandang aku biarkan Kak Meen yang mengemas sebab dia ABC. Keluar dari dapur terus berwudhuk sebab waktu solat sekarang agak cepat. Cepat selesai solat boleh cepat juga selesai mengajar anak-anak yang datang mengaji. Tiba-tiba baru saja aku mahu menyarung telekung Kak Meen masuk bilik aku dengan airmata berjuraian. Mestilah aku terkejut dan bagaikan mahu menangis sama. Tahu apa terjadi? "Mama, tomyam semua habis tumpah." Masya-Allah!! Hanya kerana seperiuk tomyam tumpah di atas alas kaki dapur menangisnya bagai budak kecil tidak dapat susu. Aku sangkakan terkena pada kaki dia tetapi tidak, alhamdulillah. Untuk memasak lagi pastinya sudah tidak ada masa. "Allah... mama ingatkan kenapalah tadi. Dah bersihkanlah semua. Nanti lepas solat minta tolong papa beli ajelah tomyam di Kesuma (restoran belakang rumah kami)".
Sebaik aku memberitahu pada papa, selepas solat terus sajalah papa pergi membelinya. Maklumlah tidak pernah anak dia menangis begitu sejak sudah remaja. Takut dan macam-macam ada dalam fikiran kami. Semakin dekat peperiksaan mungkin juga satu sebab emosinya tertekan. Alahai anak mama.
~~ Ada ketikanya bila emosi terganggu tetapi tidak dapat sujud di sejadah kerana uzur syar'ei, dengan berzikir terasa bagaikan tidak puas berdoa. ~~
alahai sy baca pun nak nangis ni kak.. anak2 baru nak stabil hormon memang gitu kan..saya ingat dulu2 pun gitu jgak.. tak tau sebab je nangis.. btw, sedap nya nasi ayam tu..
ReplyDeletesian kak meen....tpi kdg kdg mmg masa masa sebegitu, emosi cepat terusik....
ReplyDeletePS : rietta xtahu plak bleh ubat migrain, boleh la dcuba nnti...kaki rietta xapa apa...tapi kaki mak rietta, mak cepat lenguh2 akibat kencing manis kata doktor...tpi xboleh rendam air panas, tunggu dah agak sejuk bru boleh...
Teringat plak kt ank saya Muhd Danish di asrama, jumaat lps si abah bwk si ank yg sorang lagi ke asrama si abang ni, ada bacaan yasin. Smp kt umh si ank bercerita lah baju melayu abang berkedut teruk, saya yg mendengar terus rasa sembilu kt sudut hati, tapi yelah dah duk asrama, bukan boleh gosok baju selalu. Tak lama spm menjelang tiba, harap2 ank kita boleh menempuhnya dgn baik
ReplyDeleteTeringat plak kt ank saya Muhd Danish di asrama, jumaat lps si abah bwk si ank yg sorang lagi ke asrama si abang ni, ada bacaan yasin. Smp kt umh si ank bercerita lah baju melayu abang berkedut teruk, saya yg mendengar terus rasa sembilu kt sudut hati, tapi yelah dah duk asrama, bukan boleh gosok baju selalu. Tak lama spm menjelang tiba, harap2 ank kita boleh menempuhnya dgn baik
ReplyDeleteKesian kak mee..mgkin juga hormon tgh tak stabil tu kak sbb ABC.. mgkin jg strees nak exam kan.. takpelah tomyam tumpah tu boleh beli @ ada masa nti masak lain.. yg penting kuah panas tak kena kaki..
ReplyDeletealahai sian kak meen..mungkin sebab ABC. biasalah perempuan,benda kecil pun boleh buat emosi terganggu
ReplyDeletehormon ABC lah tu agaknya...mudah tersentuh jiwa remajanya.Yalah kakzakie dah nak pekse kan ,mungkin juga agak stress .
ReplyDeletehormon ABC lah tu agaknya...mudah tersentuh jiwa remajanya.Yalah kakzakie dah nak pekse kan ,mungkin juga agak stress .
ReplyDeleteBesar pengaruh hormon kan kak?
ReplyDeleteHarapnya kak Meen baik2 aje bila dah boleh solat nanti :)
Bila ABC ni hormon selalu tak stabil kan kakzakie..
ReplyDeleteLagi2 anak akak tu mengingatkan exam semakin hampir tu..
Kesian tak dapat makan tomyam hasil tangan mama..
terpaksa makan tomyam kedai ye kak..
Tak apalah dah tak da rezeki kan..
Semoga Meen cemerlang dalam peperiksaannya..
Ada masa memang macam tu kak. Tetiba emosi rasa tak stabil. Dan tetiba jugak air mata mudah sangat mengalir. Kalau ABC datang lagilah. Sian plak kak meen.
ReplyDeleteMungkin die tertekan nak exam kan...
ReplyDeleteapa² pun..semoga semuanya berjalan dengan lancar...
Betul kak. Ada masanya memang akan rasa sedih sangat-sangat. Tapi tak tahu sebabnya apa
ReplyDeleteMau tak menangis, tumpah seperiuk tomyam tu kak...kak meen menangis sedih dgn berbaur rasa besalah kan...
ReplyDeleteadakalanya pun saya ada perasaan macam tu...mungkin juga hormon..
ReplyDeleteSetuju sangat dengan kanda....
ReplyDeleteBukan Kak Meen jer yg mcm tu, dinda yg dah hampir menapouse ni pun ada masanya rasa nak menangis tak kira masa, kanda. Dinda rasa mmg betullah kata kanda sebelum dan semasa ABC mmg semakin menjadi jadi pulak emosinya tu
Takut kena marahlah tu kak..biarlah nangis laju2 dulu...hihi,bila mamanya panik ,tak jadilah nk marah...
ReplyDeleteTakde rezeki
Rezeki kedai blkg rmh tulah..kn..alhamdulilah mujur tak kna yomyam pns kaki tu..
Allah! membaca sahaja membuatkan kakcik turut sebak...
ReplyDeleteAllah..membaca pun terasa sedih..emosiii..emosiii..huhu
ReplyDeleteSebak pulak saya baca..dia tak sengaja plus terkejut plus emosi bercampur baur..sian pulak.
ReplyDeleteBila ABC. Macam-macam perasaan yang datang. Saya tak pernah merasa, cuma dapat melihat.
ReplyDeletemungkin mmg tgh emosi boleh pulak tomyam tumpah lg lah emosi tak tertahan2 itu yg trs menangis tuh kak
ReplyDeleteBukan rezekilah namanya tu.
ReplyDeleteNasib baik X kena tomyam panas.
assalamualaikum kakzakie....cian adik....x pe dik kalau ada masalah cpt2 bagitahu ibu yer...hormon ABC yer kak..;)
ReplyDeletealahai sayangnya tomyam tertumpah. Agaknya Kak Meen tu terkejut dan panik...itu sebab dia boleh menangis tersedu-sedan.
ReplyDeleteMujur mamanya sabar. Setengah emak dah melenting marahkan anak!
Iyaalah bukan rezeki...tak mengapa..atas kehendak Allah jua
ReplyDeleteIyaalah bukan rezeki...tak mengapa..atas kehendak Allah jua
ReplyDeletebila irda baca...alangkah manjanya anak gadis akk..menolonh di dapur...baiknya dia..irda doa anak gadis irda yg batu darjah 2 ni close dengan irda juga...semoga anak akk meen maju jaya dalak exam.amin
ReplyDeleteAlaahai.. bunda pun rasa nak nanges jugak Kak Meen..
ReplyDeletePengaruh hormon nih memang dasyat kak Zakie, saya pun kalau period tak semena-mena suka bebenor emosi. Kadang-kadang tuh tengok filem hindustan pon boleh menangis beriya-riya. Itu belum lagi rasa nak marah je 24 jam, sabar aje lah. Kena zikir banyak2 waktu nih. Maklumlah, bila kita dlm keadaan kotor, tak solat, takleh baca Quran; senanglah syaitan nak cucuk-cucuk kita kan.
ReplyDeleteALLAH zakie..akak baca jadu sebak pulak..terus menangis
ReplyDeletebetullah..bila kita dalam emosi tak menentu..sedih sikit berjuraian airmta..
Dulu-dulu pun saya macam tu. Ada masanya tetiba rasa hati sayu, nak menangis tapi tak tahu apa sebab. Tomyam tumpah tu menjadi sebab aje mungkinnya. Dah namanya anak, bila tengok dia bersedih, hati kita pun jadi sedih dan tak keruan dibuatnya!
ReplyDeletealahai kak meen..bila perasaan bercampur aduk memang tak boleh nak tahan tahan lagi air mata dari tumpah..dah lepaskan semua baru lega..
ReplyDeleteGood luck Kak Meen.Huhu..mesti tngh berperang dgn emosi tu..rapat dngn kakZakie kan ank2..klo sy ad mslh segan nk nngis dpn fmily huhuhu
ReplyDeletetomyam tumpah sbab aje kak meen nak menangis. dah lepas lah tu kan bila dpt menangis.. baru lega rasanya..
ReplyDelete