Dulu sewaktu alamarhumah mak mertua hidup lagi, monyet tidaklah semeriah sekarang. Bila mak sudah dijemput Izrael, musim buah tidak terkawal lagi. Setiap pagi kelihatan di bawah pokok rambutan penuh dengan kulit rambutan bagaikan karpet merah/kuning. Buah mata kucing langsung tidak dapat merasa. Beruntung lagi kami yang tinggal di JB ini buah mata kucing masih meriah lagi sebab yang memetik tidak akan mengambil mana yang muda. Sebaliknya jika monyet yang makan habis semuanya dipukul rata, bersih menjadi habuan dia bersama anak-cucu-cicit.
|
Cempedak - Sebiji ini mampu menghasilkan semangkuk besar cempedak goreng. Nasib baik ramai anak-anak mengaji yang tolong makan. Kalau kami makan sendiri sudah pasti tidak habis. Siap potong dulu bimbang sampai rumah isinya tidak banyak sebab sebelum ini Kak Reen bawa balik dua biji isinya sedikit dan kurang manis. |
|
Merah - Makan suka tapi yang membuat malas semut punyalah banyak mengharung. Kena tuang di dalam sink dan siram dengan air banyak-banyak baru selesa mahu makan |
|
Manggis - Agak kurang sekarang berbanding ketika almarhumah mak mertua ada. Berkongsi dengan tupai dan monyet yang tidak terkawal terutama di siang hari tidak ada sesiapa di rumah. |
|
Keladi - Ini membeli di Air Hitam |
|
Durian - Monyet tidak mengganggu tetapi tupai berjoget lambak dengan durian ini. |
~~ Musim buah juga buat ramai anak-anak mengaji yang batuk dan demam.~~
Malaysia kaya dengan pelbagai buah-buahan... tinggal pilih shj. Atie dgn Pae suka manggis dgn rambutan kak... durian jarang2 makan.. hehe.. tapi tulah bila terlalu byk mkn, batuk plak... :)
ReplyDeleteDah musim buah di JB ye kakzakie..
ReplyDeleteDisini dah makin kurang..
Hendaknya buah manggis tu..
Durian pun dah tak meriah..
Betul tu kak , kena redha berkongsi rezeki dengan si haiwan ni..
tetapi kekadang kita tak dapat langsung huhuhu..
Hendaknya buah rambutan tu belum sempat merah dah di makannya..
Kulit berterabur atas tanah..
Kita tukang sapu sampah jer lah..
Makin menjadi2 banyak si Monyet ni ..
Dulu2 masa almarhum abah hidup boleh lah disesah dengan penyapu lidi..
Sekarang anak2 kakak takut sebab bilangan monyet yg banyak tu..
Kenduri sakan monyet-monyet tu kak bila tak de yang menjaga :)
ReplyDeleteMonyet x usik durian sebab berhati-hati dgn kulit durian yg tajam tu..hihihi..
ReplyDeletebestnya...dlu masa kecil² ada la rumah kawan² dekat kampung pokok manggis,pokok jambu merah macam² ada..skrg nie xde dah kak..semua kawasan tu dah buat perumahan da...
Bestnya kak. Macam-macam buah boleh main petik aje gitu. Lama dah tak makan manggis. Hari tu ada juga ternampak tapi entah kenapa sampai terlupa nak membeli. Malaslah kalau nak suruh berpatah-balik!
ReplyDeleteMinggu lepas balik ke BP dapat merasa makan durian sedap dan besar-besar isinya, murah pulak tu. Kenduri durian kami ^_^
sgt bertuah kita rakyat malyasia boleh dpt mkn buah2an tempatan yg sgt berbeza dgn Negara lain... unik sekali buah2an kita kan...
ReplyDeletebila tiba musim buah memang seronok sangat..macam-macam buah boleh makan..durian rambutan...adui..tapi semua tu perlu dikawal pemakanannya sebab buah manis-manis mengndang gula
ReplyDeleteBuah-buahan tempatan - bagi kakcik memang tak jemu dimakan... :)
ReplyDeleteBuah²an tempatan malaysia laa paling sedap..hehehe
ReplyDeleteKat rumah mertua adek pun buah cempedak kongsi dengan monyet.Tak sempat nak masak abis di kerjakan nya.Tapi tak boleh nk salahkan monyet juga kan sebab banyak tempat tinggal mereka dah kena tebang...mereka cari makan tu.
ReplyDeleteWah banyak buah2an kat kampung ya...masak ranum pulak tu.
Kulit cempedak tu sedap juga buat mandai kakzakie...makanan esotik org banjar.
Kat rumah mertua adek pun buah cempedak kongsi dengan monyet.Tak sempat nak masak abis di kerjakan nya.Tapi tak boleh nk salahkan monyet juga kan sebab banyak tempat tinggal mereka dah kena tebang...mereka cari makan tu.
ReplyDeleteWah banyak buah2an kat kampung ya...masak ranum pulak tu.
Kulit cempedak tu sedap juga buat mandai kakzakie...makanan esotik org banjar.
Berkongsi rezeki dgn mergastua-Nya tak apalah. walau apa saja yg menikmati rezekitu pahalanya akan sampai kepada yg menanamnya..syukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteplg suka cempedak dan manggis tu..sdpnyaaa.
ReplyDeleteMusin buah-buahan tempatan dh hampir ke penghujung.
ReplyDeleteMeriah dgn buah-buahan ... rambutan klu terlebih mkn mmg batuk akan menyinggah ๐
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...seronok balik kg kalau ada musim buah-buahan ni...kenyang makan tak payah susah2 nak membeli..
ReplyDeletewahh manggis.. dah lama tak makan sejak ayah tebang pokoknya, takut tumbang ke rumah sebab dekat sangat dengan rumah hihi
ReplyDeletedah hujung-hujung musim ni,walau dah jenuh makan, tengok balik gambar-gambar gini mesti rasa nak lagi..tak puas-puas, hebat penangan buah-buahan tempatan kita ni.
ReplyDeleteMmg hantu buah..pntng nmpk org juai mesti nak beli...
ReplyDeleteDurian tu my fev ngcess
saya dengan anak saya si abang dari bulan lepas teringin kan manggis, tapi tak nampak orang jual pun kat tepi jalan....sedihnyaaaaa....
ReplyDeletemeriahnya tanaman arwah mil akak...
ReplyDeletetp yelah kalu dh terbiar tak berjaga mmg monyet ngn tupai lah punya rezeki kan...
durian tu nsb la monyet tak dpt layan kalu tak mmg nampak kulit je lah
Cempedak tu. Dari haritu mencari. Tapi tak dapat2 lagi :-(
ReplyDeletewahh..bestnya..huhu..segar dari ladang..
ReplyDeletemanggis bonda akak dah meninggi.. tengok je la dari bawah... merasa yang gugur sendiri je..
ReplyDeletesedapnya..nak makan buah2an lg..T_T nk blik kg..wuwuwu..
ReplyDeleteBuah tempatan, mmg takde tandingan, saya suka sgt rambutan, dari dulu smp skrg, dari kecik dok curi rambutan kat kawasan istana singgah sultan Pahang di kampung abah kt Pahang, hihi..kenangan betul., Sampai skrg dah tua ni suka lagi rambutan, lagi-lagi kokah je kulitnya.
ReplyDeleteBuah tempatan, mmg takde tandingan, saya suka sgt rambutan, dari dulu smp skrg, dari kecik dok curi rambutan kat kawasan istana singgah sultan Pahang di kampung abah kt Pahang, hihi..kenangan betul., Sampai skrg dah tua ni suka lagi rambutan, lagi-lagi kokah je kulitnya.
ReplyDeleteBuahan tempatan yg tiada tandingannya kak..semua terbaik
ReplyDeleteSekarang ni rumah mak cu Nur kat teluk intan, byk pokok buahan...tak de sapa nk makan..monyet je la yg rajin kutip
Saya rindu cempedak goreng, kadang terpaksa goreng kurma sbg ganti.๐๐. walau rasa dia jauh panggang dari api. Sian kan saya Kak Zaki.
ReplyDeletebuah2an tempatan mmg sedap dimakan..tp tu la..banyak pulak kesan sampingannya..yg darah tinggi takleh ikut selera sgt pulun durian..yg batuk2 takleh makan moktan ikut selera..
ReplyDeleteSedap semua buah-buah tempatan kita. Bila sampai musim dia. Memang selalu nak balik kampung aje. Tupai memang suka durian akak.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kebaikan dan rahmat-Nya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, bertuahnya tinggal di negara ini yang kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Seronok dan meriah bila tiba musim buah. Kalau yang ada dusun lagilah meriahnya. Tapi tulah makan banyak-banyak, batuklah, demam pun juga...hehe
Teringat pada dusun buah lama di kampung tapi tanahnya telah pun dijual oleh abah. Galak sungguh buahnya berbuah, rindu betul pada kenangan silam zaman kanak-kanak.. :")
ReplyDeleteHati-hati kak Zakie, jangan sampai Opet pulak datang mencurik durian. Hehe.
seronoknya macam2 buah yang ada tu ha
ReplyDeleteSedap semua buah-buahan tempatan ni. hmm pokok kat kg saye pun xberbuah dah lagi
ReplyDeletetu lah. musim buah kayu. tak ketinggalan rania, nk juga merasa. sudahnya batuk batuk 2 minggu. gara gara terlebih makan rambutan, dokong, duku, langsat, durian. tak dibgi diminta minta dah bagi merasa nak lagi, lagi dan lagi..
ReplyDelete