Thursday, October 27, 2016

Nikmat selera bersama keluarga - 2

Balik makan malam itu kami menyusuri pasar malam yang meriah. Sekali lagi jelas di mata kami 100% mereka yang menjual adalah orang bangsaku. Tabik hormat sungguh! Tidak tahulah kalau mungkin aku terlepas pandang. Tetapi dari apa yang mampu kaki-kaki kami satu keluarga berjalan tidak dipertemukan dengan mereka yang bukan bangsaku.
Jumaat - Malam itu kami menyusur di satu tempat yang sangat meriah. Bagaikan expo tetapi menurut penduduk tempatan ia adalah pasar malam. Jalan utama di tutup. Lihat apa yang papa kepit itu? Tikar mengkuang kami beli hanya RM25/- saja. Papa membeli juga lekar rotan RM15/- untuk jadi tempat ayam bertelur. Anak-anak biasalah baju-baju-baju.







Hidangan semua - Bukanlah di JB tidak ada semua ini tetapi yang pasti harga sudah pasti jauh lebih murah.
Satu juga yang aku lihat rata-rata mereka yang menjadi peniaga adalah menjual makanan. Tidak perlu bimbang kelaparan jika berada di bumi Terengganu. Dengan membawa duit RM10/- pun perut akan puas kenyang menikmati makanan dengan selesa. Malam itu balik hotel dengan cerita masyarakat Terengganu yang kami kagumi. 

~~ Anak-anak yang mengaji bila aku sarungkan tudung sebagai ole-ole semuanya senyum gembira. Itulah budak, Tudung RM15/- pun mereka sudah rasa puas.~~

30 comments:

  1. Pernah sampai sekali ja kak kat Terengganu ni.. rindu nak kesana lgi..makanan memang murah..tak perlu risau ttg status hal, sebab yg berniaga majoriti melayu kita..Alhamdulillah, makanan pun sedap2 ye kak...

    ReplyDelete
  2. kak tak pergi pasar payang ke
    sy kalau balik kg, pergi pasar payang, pasar basah kat bawah tu. geram tengok sayur2, ulam yg tak pernah tengok. yg meniaga majoriti org2 berumur tp nampak cergas je

    ReplyDelete
  3. Lea kalau g mana2 kalau terjumpa pasar malam seronoknya sebab kadang2 benda yang tak pernah makan pun jumpa.

    ReplyDelete
  4. Terengganu.. Nur belum smpai lg kak...mmg betul dgn 10 hinggit mcm2 bole makan..murahkan

    Menu yg biasa kita order tp jauh lebih murah di tmpt kita sendiri..

    ReplyDelete
  5. Terengganu dan Kelantan - mewah dengan makanan dan harganya sangat 'mampu milik'... :)

    ReplyDelete
  6. singgah pagi khamis...
    InsyaƁllah day akan sampai ke terengganu dn kelantan...
    teringin jugak selalu baca je org kata kat sana best...makanan pun best.. :)

    ReplyDelete
  7. Nak pergi lagilah ke Terengganu ni. Sebelum ni pergi tergesa-gesa, langsung tak dapat menikmati indahnya Terengganu ^_^

    Next time memang nak penuhkan poket untuk makan-makan dan shopping-shopping ^_^

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat berjalan ke negeri orang kan kak? tapi satu yg saya kagum dari dulu tau.. mereka memang rajin berniaga...

    ReplyDelete
  9. ikan bakar nampak sedap sungguh...yg best gi pantai timur, makanan murah dan sedap..

    ReplyDelete
  10. Seronok jalan-jalan makan-makan kat sana. Dapat hadiah ikhlas juga dari akak untuk anak-anak mengaji.

    ReplyDelete
  11. bestnya jalan2 dekat terengganu. yup jauh lagi murah n ramai rakyat malaysia. :)

    ReplyDelete
  12. mmg betul kak, seronok... dana kalu balik kerteh pun suke ajak edy pg psr malamnya...
    sbb ada makanan lain yg kite tak biasa jumpa di pasar mlm kt kl or kt johor

    kebanyakkannya mmg org kita je yg menjual, jarang la ada bangsa lain mcm kt sini...

    ReplyDelete
  13. Lama dah tak ke sana, sedapnyaa semua tu :)

    ReplyDelete
  14. bestnya kak, ada macam-macam.
    murahlah tikar tu.

    ReplyDelete
  15. kurang la pahala pose duk tenung makanan2 neh...adehhh...

    ReplyDelete
  16. Bestnya kak jalan2 trengganu tu ye..
    Macam teringin nak pergi ajak anak2 dan keluarga..

    Kakzakie untuk saya tak ada ole-ole tudung dari Trengganu ke :)

    ReplyDelete
  17. Seronok nya jalan2 Terengganu kan...saya tak sampai lagi .Tak de tujuan nak ke sana buat masa ni.Nanti lah kot2 dapat menantu orang Ganu...hahaaa.

    ReplyDelete
  18. Seronok nya jalan2 Terengganu kan...saya tak sampai lagi .Tak de tujuan nak ke sana buat masa ni.Nanti lah kot2 dapat menantu orang Ganu...hahaaa.

    ReplyDelete
  19. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit.... melihat makanan yang enak-enak itu teringat zaman belajar di Kelantan dahulu, selalu juga ke Terengganu. Kat sana memang mewah dengan makanan yang murah. Insya Allah, satu hari nanti akan kembali ke sana bersama anak-anak pula. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
  20. belum pernah ke sana lagi.. Inshaallah dalam masa terdekat, ada merancang ke sana..

    ReplyDelete
  21. Bestnya kanda dapat jalan jalan pasar malam kat Terengganu. Mesti rambang mata tengok banyak makanan tradisional Terengganu ye kanda...
    Lekar rotan tu apa ke bendanya kanda.

    ReplyDelete
  22. Tertarik pula dengan tikar mengkuang akak tu, lama tak jumpa..'rare' bak kata orang sekarang :)

    ReplyDelete
  23. uish...lapar terus perut ni ha...sedapnya semua tu

    ReplyDelete
  24. Selalu gak ke Terengganu ni sebab banyak kenalan di sana.
    m
    Masa WP duduk dekat dengan Kenyir dulu, ikan air tawarlah yang paling murah. Orang Terengganu X berapa minat ikan2 air tawar ni.

    ReplyDelete
  25. Bangga2 jadi org teganu. Mmg kak, kalo jalan2 di bandar, jumpa org india kami rasa pelik, tapi org cina kt sana cakap pun slang teganu tau. Tapi kat sana pun dah ada pekerja asing, cuma tkla seramai di tempat yg lain.

    ReplyDelete
  26. seronok sekali sekala berjln ke tempat org

    ReplyDelete
  27. rata-rata kalau ke Tganu atau Klantan, mmg kebanyakkan bangsa kita yg berniaga ya kak. Seronok dpt jln-jln ke pasar macam tu. ada byk pilihan barang boleh pilih-pilih.

    anak2 mengaji yg tak pergi pun dapat ole-ole Tganu. untung mereka!

    ReplyDelete
  28. Tu dia kakkkkkk.....makananannnnn diaaaa....lapaqqqqq kita tgk

    ReplyDelete