Minggu lepas merupakan minggu yang agak padat buat aku. Biarpun telah di susun dan dicatat cantik waktu dan tarikhnya tetap ada ketikanya Allah tidak izinkan seperti yang dirancang. Ternyata kita hanya manusia kerdil yang mampu merancang tetapi kelangsungan dan kesudahannya tetap di atas Qudroh dan IrodahNya juga. Niat untuk membeli kasut baru buat aku dan hubby pun hingga kini masih tergendala. Harap sebelum 23/10/2016 ini sempatlah.
Namun bersyukur juga pada satu itinerary yang satu ini. Temujanji dengan Surveyor dan dua sepupu aku berjalan dengan lancar. Kata sepakat dapat dicapai walaupun kami sekadar sepupu tetapi kami akrab. Sebaik pihak surveyor memberitahu bila pecah geran dipotong secara menegak banyak keluasan tanah akan diambil untuk rezab jalan, kami sama-sama setuju untuk tidak mengikut plan A. Ikut saja plan B sebab untuk masa akan datang ianya lebih memudahkan dan tidak melibatkan banyak tanah terpotong hanya kerana pembinaan jalan baru.
Plan A - Jika mengikut yang asal sebelah kiri itu milik almarhum bapak yang sudah menjadi milik aku. Sebelah kanan pula milik sepupu aku yang di letak atas dua nama mereka adik-beradik. |
Plan B - Akhirnya kami bertiga setuju mengambil yang ini. Keluasan tanah lebih besar. Plot 1 aku punya, Plot 2 dan 3 masing-masing sepupu aku dua beradik itu. |
Berkaitan hasil yang ada kini kami sepakat tidak perlu diambil kira. Kami juga sebenarnya bukanlah tinggal di sini. Untuk milik aku sekarang lebih banyak Mak Zah dan abah Din yang tinggal. Manakala sepupu aku masih ada mak dia (makcik ipar aku) tinggal dan mengambil hasilnya. Oleh itu sekiranya dipotong menegak atau melintang pun kami sudah sepakat "aku ambil hasil kau, kau ambil hasil aku berdasar dari ukuran tanah yang sudah ditanda". Senang.
~~ Selesai pecah geran ini aku akan terus letakkan atas nama anak-anak aku. Ikut langkah alamarhum bapak sebelum dijemput Izrael letak dulu nama anak. Manalah tahu aku mati mudah buat anak-anak.~~
Kalau nak pecah geran atau nak tukar nama ni nak kena pergi mana ye kak? tak pernah buat lagi benda2 ni, manalah tau masa akan datang.
ReplyDeletememang perlu juga pecah geran ni. senang nak diwarisi juga kan kakzakie.
ReplyDeleteSenangnya urusan jika ada kesepakatan...biasa nya urusan pecah tanah ni memakan masa bertahun2 baru selesai.
ReplyDeleteTanah yg ayah nieyl bagi utk kami adik beradik belum lagi pecah geran cuma dah buat pembahagian sama rata...kata ayah pembahagian tanah penting sebelum ayah pejam mata supaya tidak ada pertengkaran bila ayah xde nanti...
ReplyDeleteSepakat membawa berkat. Muafakat.
ReplyDeletenampak plan B mcm lgi senang di urus...betul tu akk, siapkan penama,jika tidak susah plak nak faraid...mcm mcm hal...
ReplyDeletePersetujuan dicapai secara bersama menguntungkan yg terlibat...moga urusannya segera selesai.
ReplyDeleteMacam rumah pusaka Mak saya tu masih tak pecah geran lagi, kak. Sebabnya dua tanah tu dah jadi milik emak dan satu lagi kakak saya Chik. Manakala dua lagi milik jiran merangkap sepupu juga. Susah juga ya dulu-dulu mereka bagi harta ni. Lagi susah bila masuk zaman sekarang ni. Nak pecah geran kena sepakat. Kalau orang ni nak, orang tu tak nak, susah juga kerja.
ReplyDeleteUntung akak sekeluarga sebab masing-masing sepakat dalam hal harta pusaka. Takdalah kecoh sekampung asyik tak bersetuju.
plan B nampak cantik, bentuk lot baru semua 4 segi..tanah bila ada byk nama, sebaiknya dipecahkan supaya mudah urusan di masa depan..
ReplyDeleteMerasa juga kak zakie, Nur bab gini..lps arwah abah meninggal..urusan serah itu ini dibuat..
ReplyDeleteKami semua bersetuju walau sblm arwah meninggal tiada sebarang pembahagian yg dibuat
Alhamdulillah dh diuruskan dengan baik
ReplyDeleteBijak jugak langkah kakak terus letakkan nama anak2..mudah nanti tak byk kali nk lalui prosuder tukar nama..
Dah sebulan lebih dah kakak zakie sy naik kerja.Aryan pun dh nak mashk 4 bulan. Masa sekarang berjalan pantas.hehe
Alhamdulillah dh diuruskan dengan baik
ReplyDeleteBijak jugak langkah kakak terus letakkan nama anak2..mudah nanti tak byk kali nk lalui prosuder tukar nama..
Dah sebulan lebih dah kakak zakie sy naik kerja.Aryan pun dh nak mashk 4 bulan. Masa sekarang berjalan pantas.hehe
Dalam keluarga Nani pun macam ni jugak settle dulu siap siap. Ye lah kematian ni tak tahu bila kan :)
ReplyDeleteharta2 ni memang kena clear up, senang untuk ahli keluarga yg lain di kemudian hari nanti
ReplyDeletePecah geran ni ada kosnya juga kan? Alhamdulillah selesai..
ReplyDeletemudah kalau dah selesai... maalumler harta pusaka ini jangan dibuat mainkan... arwah atuk saya juga telah menyelesaikan urusan pertukaran nama sebelum dia meninggal kepada emak ... emak pulak lepas bapak meninggal dunia juga telah selesaikan urusan pertukaran nama kepada kami adik beradik termasuk hak dia... jadi dia kata kalau dia meninggal semua dah tau bahagian masing2..
ReplyDeleteSenangkan kakzakie kalau berurusan dgn orang yang tak berkira-kira ni. Asalkan selesai sudahlah ya.
ReplyDeleteSenangkan kakzakie kalau berurusan dgn orang yang tak berkira-kira ni. Asalkan selesai sudahlah ya.
ReplyDeleteUntung dapat ahli keluarga yang dpt kata sepakat. La ni SB tak penah pecah geran sebab takda geran bagai. Tanah kampung pun tunggu jam mengundi je baru ada janji indah nak bagi geran. Lepas tu hilang mcm tu je janjinya
ReplyDeletecantik potongan lot yang baru....
ReplyDeletexde la membazir nak buat jalan kalau sepakat mcm tu...
Yg penting semua sepakat, senang keje :)
alhamdulillah dipermudahkan, sepupu2 akak pun jns yg mudah... senang bila sepakat
ReplyDeleteAlhamdulillah, urusan pecah geran dipermudahkan ye kak..senang supaya tidak ada perkara berbangkit di belakang hari.. sama mcm kami kak, sblm arwah ayah meninggal, beliau siap2 pecah geran tanah utk kmi adik beradik...
ReplyDeletealhamdulillah..ikutkan nak pecah tanah nie boleh jadi senang je urusannye kan kakak kalau semua org bersepakat..
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSng kalau begini bersepakat ..
Taklah disana susah.
Alhamdulillah berkat hidup. Dan arwah juga tenang di sana. Ada juga di kalangan umat yg saya lihat semasa kecil menyebat semua harta pusaka. Dia dapat semua..Dan cara yg tak betul. Ini berlaku sebulan selepas kain dgn suami Indon dia. Kemudian dia lesap setahun duk jb. Ikut laki dok rumah kongsi. Tanah tu seluas taman Tun.
ReplyDeleteDapat tahu bila kakaknya yg tinggal sebelah rumah maknya nak.bayar cukai tanah ianya sudah dibayar. Dari situ tahu.
Lepas tu mereka balik.
Nak suruh kakak sulung keluar mereka buat apa?? Hantar hantu raya polong segala benda..
Akhirnya kakaknya keluar duduk dan anak menantu.
Sibu tua tinggal dan anak bongsu tapi menumpang di tanah sendiri dan duduk dalam rumah ibu yg di guna sebagai kui padi.
Anak bungsu dan laki Indon duduk di rumah milik ibu.
Menantu Indonesia duduk rumah dpt ic biru dan mlm mlm main judi dan semak berhampiran. Bini kena separuh matI mcm diperbodohkan.
Tanah antara sumpah dan berkah.
Mereka ada tanah seluas taman Tun. Prime utk di bangunkan. Bila de eloper dapat tahu ianya adalah diberi kepada nya atas dasar kasih sayang semua back out.
Dan akhirnya...gitu..
Hidup mereka anak anak berderet tapi hidup susah macam fakir..
Di kampung tersebut penduduknya masih jahil. 2 ,3 keturunan.
Cuma kongsi pemerhatian utkrenungan.
Ianya berlaku....Di 85 dan masih wujud... cuma separuh pelakon utama dah pun meninggal.
Dah sama sama setuju senang ye kanda...tak ada yg tak puas dikemudian hari. Banyak jugak pakai duit tukan kanda, nak upah surveyor, nak pecah geran....cecah 7k jugak tu rasanya
ReplyDeleteTk pernah tengok geran tanah kakzakie
ReplyDeleteKetinggalan dan tak ambil tahu jugak kknoor Ni
Keluarga kakzakie mmg keluarga contoh
Semuanya berpakat dalam semua perkara
Alhamdulillahhh
Alhamdullilah... Diberi family yg baik2 dan bersepakat... Semoga Allah SWT merahmati family ini
ReplyDeleteSemoga semua urusan akak dan family dipermudahkan. aminn
ReplyDeleteInsyaallah semoga dipermudahkan urusan kak zakie dan keluarga...
ReplyDeleteSaya pun arwah dah tukar nama saya sebelum meninggal..
ReplyDeleteSenang mcm ni kan kak..
Saya pun nak letak nama anak saya 3 orng pulak.. dapatlah dorang 1 lot seorang dari 1/4 bahagian yg saya dapat tu..
Alhamdulillah... Proses berjalan dengan lancar.
ReplyDeletesemua jd mudah bila capai kata sepaakat alhamdulillah dipermudahkan semuanya
ReplyDelete