Wednesday, October 26, 2016

Seketika berada di Hotel Tanjong Vista

Sebenarnya kami lebih suka tinggal di Homestay berbanding di hotel. Tetapi memandangkan banyak tempat yang kami cuba booking sudah tiada atau ada tetapi tiada pendingin hawa akhirnya anak-anak memilih Tanjong Vista sebagai penginapan kami selama 3 hari berada di Kuala Terengganu.
Penuh - Untuk menikmati sarapan pagi begini rasanya adalah setahun 3-4 kali buat aku ini. Kesudahannya pun karipap itu aku berikan kepada Mak Zah. Potato itu satu diberikan pada adik. Tapi belum jam 12:00 perut sudah lapar semula.

Lobby Tanjong Vista Hotel - Ini sarapan kami di hari pertama berada di bumi Kuala Terengganu . Hari kedua ada nasi minyak lengkap dengan acar dan gulai ayam. Begitu juga nasi goreng, mee goreng, bubur nasi dan sebagainya. Roti dan cereals sama saja .
Papa - Selepas mandi, solat suboh mata sudah terkebil-kebil menanti anak-anak bersiap. Setiap kali intercom "sekejap lagi mama". Tetapi akhirnya hampir 8:30 pagi baru kami turun ke lobby menikmati hidangan.

Banyak - Seperti biasa mana-mana hotel pada aku lebih kurang saja hidangan sarapan paginya. Apa yang membezakan hidangan harian bertukar itu saja. Memandangkan hari-hari biasa inilah sarapan aku, oleh itu hanya pada hari terakhir saja aku ambil roti oat bakar.
Sedap - Hari pertama ada sup kwee-teow begini manakala hari kedua meja ini menghidangkan set bubur ayam.
Kupon - Kak Reen booked tiga bilik. Satu untuknya dengan Mak Zah. Satu untuk dua adik-adiknya dan satu untuk mama-papa. Apa yang melucukan balik JB baru sedar kami makan tidak serahkan kupon pun pada kaunter.   
Berenang - Selepas sarapan mereka mandi. Waktu ini Kak Reen masih di Gym bagi menghilangkan kalori. Kak Reen lebih awal berada di sini memandangkan dia kena menghadirkan diri untuk rehearsal. 
Bukanlah suatu yang mudah untuk mengumpulkan semua anak pada masa yang sama apabila anak-anak sudah meningkat remaja. Cuti kali ini berkebetulan adik dapat cuti sakit kerana kakinya. Bertambah lagi kaki adik kelihatan sudah kian baik, peluang ini diambil bersempena dengan majlis konvokesyen Kak Reen.

~~ Mama tahu satu masa mama-papa pasti akan merindui saat-saat kita bersama. ~~



26 comments:

  1. sebelah tanjung vista ada restoran asia signature. kitorang kalau balik kg selalu lepak situ

    ReplyDelete
  2. Wah, banyak homestay yg penuh eh kak?
    Padahal rasa banyaknya homestay area UnisZa ni...

    Tak pernah lagi ke Tanjing vista....

    Hahaha, boleh pula makan tapi lupa serahkan kupon...

    ReplyDelete
  3. Woww! Kotiau sup tu jugak la yg menarik perhatianku :)

    ReplyDelete
  4. hihi tak serah kupon tak apa kak, janji bilnya sudah dibayar...
    seronok kan bila dapat kumpul semua anak-beranak begitu.

    ReplyDelete
  5. Saat bersama anak2 begini yg perlu kita ambil peluang kan kakzakie..
    Masa terus berlalu dan tak berulang lagi..
    Menu biasa bila dihotelkan kan..
    Anak2 ni pun dah bertanya bila nak tido hotel huhuhu..
    Yg mereka paling suka kolam renang tu lah kan..
    Konon tahun ni macam nak ke JB pulak..
    Tak pernah sampai ke sana..
    Boleh akak bagi cadangan tempat mana yg best selain Legoland tu.. :)

    ReplyDelete
  6. betul kak, bila anak2 dah besar memang susah nak kumpul. nanti bila dah berkeluarga camne la gamaknya kan kak.

    ReplyDelete
  7. Mujor adek cuti sakit ya kakzakie,kalau tidak tentu sedih adek tak ada sama.Haritu pasti nya jadi kenangan terindah pada keluarga kakzakie.

    ReplyDelete
  8. Mujor adek cuti sakit ya kakzakie,kalau tidak tentu sedih adek tak ada sama.Haritu pasti nya jadi kenangan terindah pada keluarga kakzakie.

    ReplyDelete
  9. Itu yg syok tido kat hotel ni kak...makanannya pelbagai
    Alhamdulillah..semua ikut..itu yg best

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kakzakie....betul tu satu masa kita akan mengingati saat manis bersama anak2 kn kak...itulah yg akan jadi memori terindah satu waktu nanti...:)

    ReplyDelete
  11. fuh..kak dtg terengganu..

    suka jrg2 mkn breakfast di hotel2..hehe

    ReplyDelete
  12. Bestnya tengok hidangan mcm ni..kalau dapat, semua SB nak cuba..

    ReplyDelete
  13. Memang di mana-mana hotel di Malaysia ini, hidangan sarapan pagi nampak sama je, kan? :)

    ReplyDelete
  14. Yelah. Baru perasan menu sarapan hotel mana pun lebih kurang sama. Agaknya orang Malaysia memang suka sarapan jenis macam ni je kot ye ;)

    ReplyDelete
  15. Yelah. Baru perasan menu sarapan hotel mana pun lebih kurang sama. Agaknya orang Malaysia memang suka sarapan jenis macam ni je kot ye ;)

    ReplyDelete
  16. sarapan kat sana melayu jugak kan kak..kalau tak asikla western aje..seronok dapat berkumpul anak2 semua untuk konvo kak reen ye..tahniah kak reen..dah tamat belajar lepas ni boleh carik pengalaman kerja pulak

    ReplyDelete
  17. Tahniah kak.
    Kalu gie Teganu, WP mesti carik nasi dagang dang kepok leko.
    Pernah 4 taung dok Teganu nie.

    ReplyDelete
  18. btol kak..

    bkn mudah nak kmpul semua sekali tmbhn bila dh bsr n ada yg kerja jauh.

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah tengok je pun makanan2 tu rasa kenyang tiba2..hihihi

    tapi betul la xleh lawan menu sarapan org melayu pure..always win!

    ReplyDelete
  20. Tengok makanan banyak gini ,, comfirm tak tahu mana satu nak makan hiii ... sekali sekala berkumpul sesama family,, eratkan hubungan

    ReplyDelete
  21. Duk teganu tapi saya tk penah nginap mana2 hotel di teganu tu, balik umh mak jr., Walau tak ber-acon pun, rmh arwah mak ttplah yg terbaik..
    Sedap2 nmpk semua makanan tu. Mestilah sedap kan, nk hidang kat hotel.

    ReplyDelete
  22. Oh rupanya kakzakie gi jenjalan trengganu
    Syok kan berjalan dengan anak-anak outing makan2 berenang mmg fav semua kanak2
    Anak2 kaknoor time kecik dulu2 pun smaa nk book hotel mesti yg ada kolam renang

    ReplyDelete
  23. dah konvo?

    tahniah.

    singgah sini jap.

    ReplyDelete
  24. Tiba2 rasa lapar tgok makanan sedap2

    ReplyDelete
  25. Oh, Kakzakie sekeluarga ke KT kerana menghadiri konvo Kak Reen rupanya ya! Ingatkan saja-saja makan angin bila terfikir penat bekerja ^_^ Mujurlah timing pun elok dan kebetulan Adik dapat cuti juga. Seronoklah akak suami isteri dapat berkumpul dengan anak-anak.

    Semakin anak-anak membesar, semakin susah nak berkumpul bersama ya, kak. Oh, tak boleh bayangkan saat itu terjadi nanti. Sedih pulak...

    ReplyDelete
  26. SA suka kalau booking hotel ada sekali breakfast..kalau takde rasa macam x lengkap plak...

    ReplyDelete