Semalam sejak azan subuh lagi hujan lebat sudah menyimbah bumi JB. Tetapi tidak sampai jam 6:30 pagi hujan sudah mulai reda. Namun sebaik keluar menuju ke tempat kerja titisan hujan kembali lebat. Merenung meter minyak kereta sudah ada tanda tidak boleh bertahan hingga balik. Singgah jugalah ke stesen minyak sebelum kehabisan. Siapa sangka pada hari Rabu dengan keadaan hujan lebat ramai pula yang mahu mengisi tangki minyak seperti juga aku. Biasanya keadaan begini terjadi pada hari Isnin. Mahu tidak mahu sudah menyusur masuk ikutlah beratur sama.
Sebaik tet mengunci kereta menapak menuju ke kaunter membayar. Tunggu punya tunggu sebaik tiba giliran tangan pun menghulur bonus kad dan duit. "Pam 6, lima-puluh ye." Apa jawapan yang keluar dari wanita itu. "Oh.. pam 6 rosak ya. Ambil dululah duit ni." Subhanallah. Pagi-pagi Allah sudah menguji kesabaran aku. Tetapi ada satu uncle berbangsa Cina berkata. "Tadi saya sudah kena kenapa tak mahu letak itu kon? Letaklah bagi orang susah pagi-pagi." Aku senyum kerana dia sudah terkena dulu sebelum aku tanpa aku ketahui. Perempuan itu diam tidak menjawab sebaliknya dengan muka masam cuba swap bonus kad seoarng lelaki yang beratur di belakang aku berkali-kali tidak menjadi. Datang satu remaja perempuan membantu. Sekali swap saja lepas. Giliran aku jadi terkebelakang. Hujan di luar makin mencurah. Terasa tempiasnya hingga ke kawasan kami beratur.
Dari kejauhan tempat pam mengisi minyak ada jeritan lelaki mahu mengisi tangki motor. "Hoi! duit dah ambil minyak tak keluar ni!". Ada juga yang membunyikan hon kereta kerana masalah yang sama. Sebaik lepas membayar ke pam minyak tetapi minyaknya tidak keluar. Datang semula ke tempat kami beratur. Sungguh semalam adalah detik yang membuat mood pagi aku diganggu. Mahu terus pergi juga tidak boleh sebab kereta di depan sudah bersusun menanti giliran untuk keluar. Hampir pukul 7:00 pagi itu baru aku meninggalkan perkarangan stesen minyak tersebut dengan rasa jengkel. Tetapi sedikit dilegakan dengan doa pagi dari radio IKIM fm. Bismikallahumma nada'u... hingga innataqwallah hinurun wathorikullil falah.. Ikut juga membacanya.
~~ Sesekali ditagih dengan kesabaran pasti adalah silap diri aku ini. Usah mencari silap orang kerana mungkin silap seseorang adalah ujian Allah untuk menguji diriku sebenarnya. ~~
Betul kak, kadang bila kita tersepit senang sangat nak kaitkan orang lain yg punca masalah....tapi sebenarnya perlu renung diri kita sendiri dulu....semoga diberi kesabaran dalam menghadapi ujian.
ReplyDeleteDugaan awal pagi menuntut kesabaran tinggi tu kakzakie.
ReplyDeletekesabaran adalah kunci hati kita kan kak
ReplyDeletesinggah pagi....
ReplyDeletebetul² menguji kesabaran tu kak...
klu nieyl,dah mula la mulut x berhenti membebel...
susah sgt ke la nak letak kon dekat situ....
aish...nasib baik lah ati kembali tenang bila dapat makan mee goreng ya kak :)
Bila pepagi sudah diuji kadang timbul rasa jengkel. nasib kesabaran diri masih menguasai kan kak.. malas sbnr nya pagi2 nak rosakkan mood.. hehe.. tapi betul jg kata uncle tu, knp depa tak letak kon tanda rosak kan?? musykil...
ReplyDeleteOh ,di JB semalam pagi hujan lebat ya kakzakie ? Patutlah kat sini gelap dan berangin kuat masa Iman nak pergi sekolah tu...hujan sikit je.
ReplyDeleteAgaknya mood pekerja tu pun down bila terpaksa menangani pelanggan yang ramai pagi2 pulak tu.
Pagi2 dah di uji ya kakzakie.
Oh ,di JB semalam pagi hujan lebat ya kakzakie ? Patutlah kat sini gelap dan berangin kuat masa Iman nak pergi sekolah tu...hujan sikit je.
ReplyDeleteAgaknya mood pekerja tu pun down bila terpaksa menangani pelanggan yang ramai pagi2 pulak tu.
Pagi2 dah di uji ya kakzakie.
semalam angin sangat kuat.dah macam duduk kat tepi pantai..sangat menakutkan...subhanalllah..nak pergi kerja pun tunggu hujan sedikit redha...
ReplyDeleteDugaan betul kalau di pagi hari sudah diduga begini. Saya ni kalau pagi-pagi hari tengok orang bekerja dengan muka masam, terasa pelik juga dalam hati. Apalah yang tak kena ya, hari pun baru aje nak bermula...
ReplyDeleteTapi kak, selalu juga tau kalau pepagi dah berlaku hal tak best, sampai ke petanglah jadi tak best! Nasib baik akak terjumpa mi goreng sedap. Dapatlah juga hilangkan rasa tak best tu kan ~_^
Betul juga kata uncle china..
ReplyDeleteJgn terus menyusahkan org lain..
Kalau dah tahu masalahnya..
Tinggal tulang ayam tu kak zakie..
Tentu sedap sangat tu :) 😊
mmg nampak sedapnye tu kak, sampai licin akak mkn heheheehe...
ReplyDeletetu la kak, bende2 mcm ni boleh menguji kesabarn...jadi plak pagi2 waktu nak pergi kerja...kalo tak kuat iman mmg sehari suntuk boleh jadi bad mood...same la kak,semlm putrajaya pun hujan....
pagi-pagi lah dah menguji kesabaran. Bikin panas hati saja ya kakzakie. Kalau saya terkena begitu pun, mesti dah bebel2 sendiri dalam kereta.
ReplyDeleteDalam marah2 tu, ada juga penyejuk hati. baca doa dan makan mee, alhamdulillah reda juga kemarahan sebelum memulakan tugas.
Macam baca cerpen aje.
ReplyDeleteAyat2nya macam dalam buku.
Boleh jadi penulis akak sorang ni.
Macam macam pulak hal nya ye kak pepagi hari macam tu. Dugaan sungguh la.
ReplyDeletekadang mmg tak terjangka kan kak....
ReplyDeleteutk menguji kesabaran kita
Luar jangka bagi kita insan namun sudah terancang olehNYA..tiada yang sia-sia bila Allah izinkan satu satu perkara itu berlakukan kak..PC sendiri pun kak terkena..memang jengkel je..tapi bila fikir balik mungkin Allah nak topup pahala kita.
ReplyDeleteBetul menguji kesabaran macam tu. Uncle tu dah bagi amaran nampaknya. Kasihan juga. mungkin tak cukup kakitangan agaknya tak sempat nak letak kon.
ReplyDeleteKisah pagi yg memberi pengajaran.memang kita manusia tak lepas dr sifat marah.klu semua org fikir positif dan boleh kontrol perasaan macam kakak kan bagus!hehe
ReplyDeleteKisah pagi yg memberi pengajaran.memang kita manusia tak lepas dr sifat marah.klu semua org fikir positif dan boleh kontrol perasaan macam kakak kan bagus!hehe
ReplyDeleteKadang2 kita terlepas pandang, merungut dan menyesali keadaan yang menimpa kita.
ReplyDeleteBila kita renungkan semula pasti akan terfikir ada ujian dan pertanda atau amaran agar kita selalu redha dan menerimanya dengan positif.
sedap sgt tu....sampai licin
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit...
ReplyDeleteAllah selalu menguji kita sebagai tanda sayang kerana mahu mengaugerahkan sabar di hati kita dan pahala yang besar dari sisi-NYA. Memang menjengkelkan perasaan saat berlakunya kejadian itu ya. Bila dikenang ada hikmah semuanya. Kak, saya suka cara akak memuji ibu yang menjual mee goreng tersebut dengan mengirimkan foto di atas. Satu cara menghargainya dan pasti ibu tersebut akan termotivasi untuk memasak yang lebih sedap lagi. Semoga rezeki beliau di perluaskan Allah. Aamiin.
Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
Dugaaannn....
ReplyDeleteSabar..sabar.. itu yang payah kak.. memang susah nak bersabar... yang jadi kes pelik2 sekarangni ialah sifat kurang sabar nak marahjer.. tapi yang sebelah pihak lg janganlah membakar kesabaran org lain... jadi dua2 pihak kena jd elok
ReplyDeleteSabar..sabar.. itu yang payah kak.. memang susah nak bersabar... yang jadi kes pelik2 sekarangni ialah sifat kurang sabar nak marahjer.. tapi yang sebelah pihak lg janganlah membakar kesabaran org lain... jadi dua2 pihak kena jd elok
ReplyDeletebetul tu, pagi2 menguji kesabaran. ragam setiap hari kakzakie
ReplyDeletehuhu..betul menguji kesbrn tu..sedap tu kak smpai licin tu..hihi
ReplyDeletememang menguji kesabaran tu kak.
ReplyDeletelicin mee goreng tu kak, lain kali bolehlah beli lagi.
Teasa juga kesabaran diuji.. Namun Allah sayang pd kita kan kak zakie...
ReplyDeletememang menguji sungguh tu..
ReplyDeletenasib lah mee goreng penyelamat..
alhamdulillah.
semoga bisnes ibu anaak itu makin lancar dan bertambah rezekinya.aamiin
kalau irda tu kak..mesti kening dah berkerut...aduhai..apalagi pagi2 rushing p kerja
ReplyDeleteHabis licin gitu memang 100% sedap menjilat jari.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteHmm, sangat menguji tu...lebih-lebih apabila pula kita mahu cepat dan mengejar masa. Kalau tidak sabar, mungkin ada juga keluar sesuatu yang tidak enak didengar...Apa pun, sarapan tu telah pun menstabilkan semula keadaan hehe...Alhamdulillah.
uiii..mmg betul2 menguji mood pagi tu...huhu...
ReplyDeletedah tahu rosak, nape lah tak letak kon tu awal2...grrrrr...
spoil mood satu hari camni,.
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeleteklu pam dengan kaunter dekat tk apa tp klu jauh ..
mau menyumpah dalam hati ..
psl kadang2 keno jugak ..
enggo 4WD pump disel adoh ..
angger orak mentu minyak arek mareng kaunter meneh ..
panas waeh rasanay
Hujan pun tak mampu nak sjeukkan keadaan kan kak..bertabahlah.
ReplyDeletebetul tu Zakie..
ReplyDeletejangan sesekali menyalahkan orang lain bila kita di uji dengan pelbagai ujian..
allahu kesabaran teruji dipagi hari...bila tak mampu nak buat apa2 istighfar jela..nak marah2 pun tak guna jugakkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih kak..dlm cerita yg menjengkelkan, rupanya ada tazkirah. Terbaik kak zakie! Menyedarkan diri saya.
ReplyDeletetula kadang2 sikap dan kecuaian org lain yg xda kena mengena dgn kita bole turut sama ruin kan mood kita. tapi bagus kak at least berlapang dada :)
ReplyDeletedugaan betul.. kekadang boleh menguji kesabaran jugak.. huhu
ReplyDeleteBetul jugak kat uncle tu, dah tau rosak, letaklah kon. Adoiyai....
ReplyDeleteKekadang benda benda gini pun nak kena cakap ye kanda.
Tulah..... bila kita memandang sesuatu ujian tu dgn bersangka baik kpd Allah, barulah terasa tenangnya ye kanda.