Friday, November 18, 2016

GA - Happy 21st Anniversary dinda Hainom

Maaf aku dilanda penyakit duniawi seperti entri sebelum ini. Sibuk dan lelah! Tetapi Gegar Vaganza GA sempena anniversary ke 21 adinda ku tetap ku redah jua. Lalu ku kuak sedikit ruang masa untuk mencatat satu hikayat sang permaisuri sehingga terpahat indah hidup bersama sang arjunanya.



Sudah tercatat di dalam satu hikayat bukan dahulu kala tetapi 21 tahun yang lalu. Maka ada satu ceritera indah akan terpetrinya satu ikatan suci antara dua anak Adam di bumi Muar, bandar maharani. Seorang gadis comel-molek tertunduk, tersipu malu tetapi jauh di sudut hatinya bergejolak menanti sang adiwarnanya menggenggam erat tangan seorang qadi bagi melafaz dan aqad untuk menjadikannya permaisuri di hati. 

Riun-rendah suara sanak-saudara mahu meraikan si puteri bongsu diraikan sedikit pun tidak melelahkan seisi keluarga. Masing-masing tersenyum gembira meraikan majlis gilang-gemilang. Debaran  sang arjuna untuk disatukan dengan adinda pujaan hati pula membuatnya tidak mampu untuk lena barang sepicing. Gemuruh sudah dirasakan semalaman sehinggalah menjelang pagi. Namun kegagahan harus dibuktikan dengan keluarga di sana. Sebab itulah sebaik qadi menggoncang tangan lalu disambut dengan lancar sang arjuna "Aku terima nikahnya......" dan disambut dengan sambutan para saksi, "Sah..Sah". Mengalirlah airmata kegembiraan sang permaisuri yang bersimpuh ayu.

Kini sudah 21 tahun berlalu..
Seorang putera gagah perkasa persis sang arjuna pujaan hatinya dan dua puteri selayaknya mengikut jejak si ibu berbahagia menghuni mahligai bahagia. Semoga itulah pengabadian yang indah sehingga kekal abadi di syurga firdausi.

~~ Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 21 buat dinda Hainom.~~



Khas buat Hainom Haryani:-
"Ojo dipilih entri kanda iki. Serious kanda tulis khas tapi udhu utk GA. Kanda agak sibuk pasal dugaan pangeran nang keluargo kanda. Tapi pasal dinda terluah entri iki. Mugo diparengi seng apik-apik. Amin."



38 comments:

  1. semoga bahtera rumahtangga yg dilayarinya kekal bahagia hingga ke hujung usia-Hainom

    ReplyDelete
  2. speselnya kak.... suke dana baca....
    akk mmg ada bkt menulis@ mengarang cerita mcm kakcik Nur jgk

    ooooh nsb dana phm tulisan jawa tu

    ReplyDelete
  3. Lama kak Zaki tak up entry..busy ye kak...
    SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 21 buat kak Hainom... moga bahagia hingg ke syurga..
    **special ucapan bahasa Jawa tu :)

    ReplyDelete
  4. wow..menarik entry ni.Saya vote kakzakie untuk menang..hihi

    ReplyDelete
  5. Wow! Hebatnya Kakzakie mengarang entri. Habis semua adijurna, adiwarna keluar nih!

    Tapi yang lagi hebat dah tentulah bahasa Jawa di bawah tu. Saya tak fahamlah Kakzakie...

    ReplyDelete
  6. pandainya akak mengarang. Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  7. amboi.... eh..bahasa jawa..
    faham ckit² je..hihihi

    ReplyDelete
  8. Yang last tu win kak..hihi...inshaAllah..

    ReplyDelete
  9. Ha3, baca sikitpn dah tergelak sakan.. jap, saya sambung baca...

    ReplyDelete
  10. Ha3, baca sikitpn dah tergelak sakan.. jap, saya sambung baca...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kanda sudi buat entri khas untuk dinda walaupun katanya dinda sendiri pun dalam kedukaan. Moga Allah melapangkan kanda sekeluarga. Moga cepat terungkailah masalah kanda yang kusut dengan bantuan kasih sayang Allah. Insyaallah....

    ReplyDelete
  12. Happy anniversary..


    Anddd good luck buat akk..

    ReplyDelete
  13. selamat ulangtahun prkahwinan yang ke21.

    semoga berbahagia sekeluarga sampai syurga ya.

    ReplyDelete
  14. Eah, molek sungguh bahasamu, terbayang mcm kzakie pun join kenduri masa tu, haha.

    ReplyDelete
  15. Loorhhh.. kakZakie guna bahasa Jawa.. Good luck kak :)

    ReplyDelete
  16. amboi ayat bawah tu siap bahasa ibunda lagi.. hahaha gd luck kak!

    ReplyDelete
  17. Ya allah kak lma naw tak jenguk sini..lama ke ye hahhah
    Amboi bhgia sgguh dik non kita tu...semoga bertmbh bhgia byk doa2 dri kwn...

    All the best..

    ReplyDelete
  18. Semoga berjaya kakzakie..

    Entri yg menarik utk dibaca juga.

    Semoga akak sekeluarga tabah dan redha dengan ujian yang mendatang.

    ReplyDelete
  19. kagum rietta ngn ceritera akk....rietta suka sastera...and arts...

    ReplyDelete
  20. ayak kat zakie mesti terkesan dihati..
    gud luck kak..
    lama tak lawat sini..

    ReplyDelete
  21. good luck kak, bestnya baca tulisan akak..hikayat dua sejoli..

    ReplyDelete
  22. Indahnya nukilan kak zakie...gud luck akak

    Moga dipermudahkn segala urusan akak...

    ReplyDelete
  23. Ramainya orang komen 😍 semoga dimurahlan rezeki

    ReplyDelete
  24. haha.. tergelak2 sy baca la, smpi keluar ayaq mata

    ReplyDelete
  25. Comelnya akak.

    Macam biasa... penulisan akk adalah terbaik

    ReplyDelete
  26. Moga berjaya kakzakie menarik sekali tulisannya.

    ReplyDelete
  27. Semoga dileraikan segala kekusutan.
    Dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  28. Saya keliru. Macam ada satu lagi blog yg serupa macam ni.
    Kesah pun anivesari.

    Apa2 pun happi anibesari.

    ReplyDelete
  29. Saya keliru. Macam ada satu lagi blog yg serupa macam ni.
    Kesah pun anivesari.

    Apa2 pun happi anibesari.

    ReplyDelete