Tuesday, November 1, 2016

Mee kari di cuti Deepavali

Cuti Deepavali baru lepas semua anak-anak ada di rumah. Termasuk seorang lagi anak buah aku bermakna ada empat anak dara di rumah aku cuti baru ini. Kalau mahu memasak lebih sedikit sekurang-kurangnya berbaloilah sebab ramai yang boleh menikmatinya. Membuat mee kari kerana sebelum ini kami mendapat semangkuk mee kari dari ibu salah seorang anak yang mengaji dengan aku. Tidak puas sebab ramai ahli di rumah, itulah yang mama mereka ini masaklah untuk memberi kepuasan mereka.

Mee - Celur mee sebungkus. Bilas air masak supaya tidak melekat.

Kuah - Blend serai, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit & buah keras. Kemudian tumis kari dan semua yang diblended itu bersama daun kari & 4 sekawan (bunga lawang, pelaga, kayu manis dan cengkih). Masukkan cili blended sehingga betul-betul masak. Masukkan santan cair dan hirisan daging yang sudah diempokkan (sebenrnya biasa guna ayam tetapi ayam belum disembelih). Masukkan kentang dan carrot.  Masukkan juga asam keping. Bila sudah mendidih baru masukkan santan pekat dan masukkan fish-cake & asam keping. Sebaik mendidih baru masukkan tomato dan daun sawi. Tutup api sebab tomato dan sawi walau api sudah ditutup sebab kuah masih mengelegak tetap akan masak juga.
Iringan 1 - Tauhu goreng dihiris. Daun sup juga untuk mendapatkan aroma sedap.
Iringin 2 - Telur rebus dipotong dua. telur ayam kampung yang sudah sedia comel biarlah bergolek satu hihi... Limau kasturi juga sebagai menyedap hidangan.
Iringin 3 - Taugeh dan hirisan cili. Kalau tidak ada taugeh bagaikan tidak ada krup-krap dan kurang menyengat jika tidak bercili. Tetapi adik  makan tidak perlukan cili pun.
Sedia - Ambil mee, Letak sedikit taugeh dan potongan tauhu. Curahkan kuah. Taburkan bawang goreng, hirisan cili dan daun sup.  Letak telur dan limau. Sepinggan siap sedia untuk disantap. 
Secara kebetulan ada pula tetamu datang menjelang tengahari itu. Sepupu aku datang untuk menandatangani dokumen berkaitan pecah geran tanah milik kami bersama. Dapatlah mereka menjamah apa yang ada di rumah waktu itu. 

~~ Sebaiknya menggunakan ayam bukan daging seperti yang aku buat ini. Tetapi anak-anak pula suka dengan daging.~~




44 comments:

  1. sedapnye kak zakie...pagi2 nampak mee kari...lieya pun suke buat mee kari nih...tapi dah lama sgt2 tak membuatnyer....sedap nie...husben plak suke....bile2 free nanti nak buat lah....

    mee kari akak ni kalo jual semangkuk boleh letak rm6 heheeheh penoh bahan hah...puas hati dibuatnyer....

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Mee kari akak buat. Mudah nak buat, boleh nak cuba juga.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak...subhanAllah sedapnya la...terliur pulak PC kak...lama tak masak mee kari ni..sedapnya mkn ramai-ramai kan kak...kuah lebih..boleh hirup..hehe...

    ReplyDelete
  4. sedapnya....

    menitis air mata.

    hihihihi...

    ReplyDelete
  5. sedapnya mee kari akak! puas makan kalau masak sendiri, kan.
    kalau saya suka juga letak daging dan air rebusannya daripada ayam...hihi

    ReplyDelete
  6. bestnya, kalau kak ni jiran saya lama dah saya pi makan

    ReplyDelete
  7. alahai sedap nya lah kak... lama tak makan mee kari.. tak pernah lagi masak sendiri.. hihi.. rezeki lah dpt makan beramai2....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...masak sendiri, puas makan. Apatah lagi makan beramai-ramai, seronok tidak terkata... :)

    ReplyDelete
  9. Amboi...Meriahnya bahan² dia...
    nieyl pun suka ayam berbanding daging..

    ReplyDelete
  10. Menggoda selera pula dipagi hari ini bila tengok mee kari kak zakie ni..
    Sure dah habis kalau nak minta sepinggan hihihi..

    Betul tu kak, bila buat sendiri boleh makan puas-puas.. berulang kali pun tak apa kan..

    Saya pula suka dengan daging, pastu saya tambah dengan tulang.. emmm terasa manis tulang tu berbanding ayam..

    Macam nak buat juga lah ni :)

    ReplyDelete
  11. Sedapnya mi kari kak! Ok juga tu sesekali guna daging ni kan, tukar2 selera :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnya mi kari kak! Ok juga tu sesekali guna daging ni kan, tukar2 selera :)

    ReplyDelete
  13. nampak sedap mee kari kakzakie
    anak-anak kaknoor mmg suka habis kalau jenis mee macam ni
    yang pasti yang ada kuah2 merah gini
    boleh try resepi kakzakie pulak lepas ni

    ReplyDelete
  14. menitik air liur huhuhu udahla tak sarapan lg nih kak...

    dana suke mee kari tp mls nya nk msk sndiri kt umah heheheh
    kalu megi kari laju lah

    ReplyDelete
  15. sedapnye....dah lamajuga xmakan mee kari, ssah nk jmpa yang berkenan dengan selera....

    ReplyDelete
  16. Nany pun suka mee kari. Lepas tuh suka lagi kalau buat sendirik. Takpun yang org masak. Makan kat rumah dia. Haha..lain rasenya. Lepas tuh buh kerang ..uishh..sedap nya.

    ReplyDelete
  17. Saya memang suka mee kari.
    Bila teragak nak makan tu beli mee maggie je.

    ReplyDelete
  18. kalau sy buat mee kari saya suka guna daging kak. lagi2 yang tetel. uih sedap. kolestrol btol hehehe

    ReplyDelete
  19. Sedapnya mee kari...
    Tak pernah lagi masak mee kari...
    Nanti kalau teringin, boleh rujuk entry kakak :)

    ReplyDelete
  20. melelehhhh...sedapnya mi kari kak..memang salah satu fav amie ni...buat aje yg malas ..hehe

    ReplyDelete
  21. lamanya tak makan mee kari.. berliur tgk

    ReplyDelete
  22. Sedap kak, saya suka mee kari tapi mee tu saya tukar bihun.

    ReplyDelete
  23. Cantik toge tu bersih je kena potong ekor, hihi..terkenang plak arwah makcik kawen dgn arwah pakcik org johor, kalo toge tu kena siang buang ekor, satu, satu.
    Kak, sedap nmpk mee kari tu, lama dah tak makan..

    ReplyDelete
  24. sedapnya mi kari..lama tak makan mi kari kak..
    teringat telemovie kari sanjana

    ReplyDelete
  25. sedapnya mee kari tu..bila dapat makan dari air tangan akak ni...

    ReplyDelete
  26. Lamanya Nur x buat mee kari...makan ramai2...seronoknya
    Rezeki tetamu yg dtg tu...

    ReplyDelete
  27. Tapi betullah kanda.....antara daging dengan ayam rasanya lagi sedap kalau guna daging. Kalau ayam, dinda ni pun dah naik jemu.

    Tp betullah kanda, nak buat benda benda gini kena tunggu umat manusia ramai sikit barulah berbaloi rasanya kan...

    ReplyDelete
  28. Yummy yummy, perut lapar nengok mi kari akak

    ReplyDelete
  29. Sedapnya kak zakie, cam nak masak mee kari jugop..

    ReplyDelete
  30. sedapnya mee kari tambah mendung gini memang kena sangat lah, nk try resepi akak la, lain sket bahannya dari yang dok pernah buat

    ReplyDelete
  31. lapar balik malam-malam ni.. terima kasih Kakak kerana respi yang dikongsikan..

    ReplyDelete
  32. Allahuuuu mee kari!! sedap nyer..laksa johor pun..sambal jawa pun..aaa johor banyak nyer makan sedapppp..

    ReplyDelete
  33. Sedapnyaaa kak. Nani pun baru ni balik kampung makan mee kari. Heheh :D

    ReplyDelete
  34. adoiiii kakak..sedapnyeeee mee kari..falsya suke letak taugeh byk2 kalau mkn mee kari..ranguup2 bile gigit..;D

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum kakzakie...sedapnya kak bila tengok mee kari ni...rasa nak buat juga la...;)

    ReplyDelete
  36. Amboi sedapnya kak...lama plak SA x makan mee kari air tangan mak SA...rindu plak rasanya

    ReplyDelete
  37. salam kz ..
    langkah kanan sepupu kz tu !!!

    ReplyDelete
  38. Yang sebenarnya saya pun suka mi kari letak daging berbanding ayam. Kalau kari ayam tu, saya lagi suka meratah gitu aje daripada jadi kuah mi kari ^_^

    Lamanya tak makan mi kari. Patutkah saya buat mi kari juga di rumah? Oh, satu persoalana yang sendiri aje dapat menjawapnya. Silap pulak pura-pura bertanya ^_^

    ReplyDelete