Sejak Rabu petang aku sudah tidak sedap badan. Seketika Allah menguji kekuatan diri. Demam dengan menggigil tidak tahan petang jam 3:30 aku sudah tutup komputer dan kunci bilik dan balik terus menuju ke klinik. Pecah rekod untuk tahun ini aku dapat cuti sakit yang tidak dapat dielakkan. Biasa walaupun mendapat cuti sakit aku masih gagah ke pejabat, tetapi semalam aku benar-benar lembik apa lagi bila ulang-alik ke bilik kecil. Semoga hari ini dan seterusnya akan lebih baik.
Paparan hari ini aku masak nasi lemak pada hari Ahad lepas di rumah kami. Masak bukan untuk sarapan pagi tetapi untuk hidangan makan tengahari. Hanya mama dan papa yang makan waktu pagi. Anak-anak semua makan hampir menjelang tengahari. Pagi semuanya bersarapan dengan buku, majalah, lap-top dan handphone. Bila lapar baru sarapan tetapi sudah hampir tengahari.
Paparan hari ini aku masak nasi lemak pada hari Ahad lepas di rumah kami. Masak bukan untuk sarapan pagi tetapi untuk hidangan makan tengahari. Hanya mama dan papa yang makan waktu pagi. Anak-anak semua makan hampir menjelang tengahari. Pagi semuanya bersarapan dengan buku, majalah, lap-top dan handphone. Bila lapar baru sarapan tetapi sudah hampir tengahari.
Gandingan 1 - Hirisan timun dan ayam goreng. |
Siap - Nasi lemak aku tanak biasa dengan meletakkan sedikit halba dan halia. Masukkan juga serai dititik dan daun pandan. Garam dan santan sudah pastilah - itu saja. |
Memasak akan lebih mudah apabila ada permintaan dari ahli di dalam rumah. Selain memudahkan minda berfikir mahu masak apa, apabila hidangan sudah sedia di atas meja pasti mereka yang masuk ke dapur dengan lebih ceria. Tidak perlu lagi bertanya "Mama masak apa hari ini?"
~~ Terlalu banyak resepi bangsa kita sehingga pening tidak tahu mahu masak apa.~~
Salam Jumaat Zakie...amboi terliurnya tengok...pagi2 ni duk balas comment tertengok menu ni..nyum2...belum sarapan lagi ni..hahaha...
ReplyDeletesyafakillah kak.. sekarang saya dah suka sambal sotong tu, dulu-dulu tak makan.. alah lapar pulak baca entry akak ni..hihi.
ReplyDeleteAkak. Akak tlg pos nasilemak sambal sotong ni ke umah saya kak. Ni faveret saya ni...
ReplyDeletelengkap lauknya kak. esok nak buat nasi lemaklah.boleh skip masak tengahari. hihihi
ReplyDeletemoga akak cpt sembuh
ReplyDeletemenyelerakan betul ns lemak akak tuh
lagi2 ngn sambal sutun tuh
Salam Jumaat kak..moga makin sihat hendaknya.. sesekali di uji dgn sakit utk rehatkan badan tu kak.. hehe
ReplyDeletesenang sikit nak masak bila ada request, memang tak pening dah nak fikir.. nasi lemak sllu jadi pilihan.. :)
Lengkap set nasi lemak Zakie ni... terliur kakcik. :)
ReplyDeleteAnak-anak sekarang macam itulah. Sarapan dengan hp, iPad, laptop dan yang sewaktu dengannya...
Salam jumaat kakzakie
ReplyDeleteAlahaiii tak sihat ke ni??
Takpe ujian sedikit sakit yg Allah beri kan
Moga kakzakie lebih sihat lepas2 ni ya
Btw nasi lemak yg mengancam lah sbb ada sambal sotong fav kaknoor
Salam jumaat moga kakzakie cpt sembuh berehat n mkn ubat..sedapnya nasi lemak lengkap lauknya kenyang sehari kalau mkn tu.
ReplyDeletesedapnyeeee nampak nasi lemak smbal sotong tu. Fevret husbnd sy. Moga cpt sembuh ye :)
ReplyDeleteweekend ni akak masak nasi lemak lagi tak, saya nak datang breakfast dekat rumah ni :p
ReplyDeletesama la kak..pagi ni saya masak nasi lemak
ReplyDeletenasi kalau ditanak dengan halba, paling SB suka..harum pastu dengan rasa lemak santan lagi.
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...sedapnya menu nasi lemak tu berselera nya rasa...sambal sotong tu yg bestnya...:)
ReplyDeletealahai...
ReplyDeletegagah lagi akk memasak walau tak sihat?
semoga cepat sembuh ya.
Aroma nasi lemak tu...subhanAllah...dah boleh buka selera...
ReplyDeleteSEDAP NYER sambal sotong!
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh kak.
sakit tu phampus dosa2 kecil..moga cepat sihat...
ReplyDeletebliur tgk nsi lemak
Get well soon kakak... wani baru2 ni dah stop dah makan sotong kembang, sedap tu memang sedap ... huuu.. tambah lagi dgn nasi lemak ..
ReplyDeleteSaya pun sama kak zakie..
ReplyDeleteBila masak nasi lemak smpi ke tengahari lah makannya :)
Anak2 suka kan.. hendaknya ada ayam goreng tu..
Semoga kakzakie terus diberikan kesihatan yg baik.. Aamiin
Yang statement last sekali tu saya setuju sangat. Terlalu banyak sangat resepi sampai tak tahu nak masak apa. Balik-balik masak menu yang kita dah biasa masak hari-hari.
ReplyDeleteSaya pun buat sambal sotong semalam sebab teringin alahai nak makan. Masak nasi putih aje. Itu pun kalau di rumah, segala seafood ni saya aje yang bedal seorang sampai BP naik! Yang lain tu tak makan!
Singgah petang...:)
ReplyDeletepagi tadi bz x sempat nak singgah...
sedapnya nasi lemak...tapi nieyl x makan sambal sotong kembang tu...
esok nak buat jugak la nasi lemak.. :)
Moga akak diberi kesihatan yg baik, amin...
ReplyDeleteNur klau masak nasi lemak hingga ptg makannya...sekali masak kak
Malam kita fikir lain pulak...suka sambal sotong kembang tuhhh
moga cepat sembuh kak...sedapnyaa sotong tu
ReplyDeleteRajinnya kakZakie lorek2kan sotong tu
ReplyDeleteamboi sedapnya kak... terliur tengok ni :D
ReplyDeleteAlhamdulilah, lega sikit saya hari ni.
ReplyDeleteSaya pun sama kak, kalo masak nasi lemak tu, masak bebanyak sekali utk mkn tghari, kalo cukup smp ke petang, haa, mkn je, senang kerja ibu, malas naw nak masak bebanyak kali ni.
Demam virus ke kak, anak tadika saya ramai kena demam virus.
Moga cepat sembuh ye kak
Dah lama tak buat nasi lemak..
ReplyDeletesemoga kesihatan kak zakie pulih sepenuhnya...musim2 hujan mcm ni..cepat ja penyakit menyerang..
ReplyDeleteKak..semoga cempat sembuh yer. Anyways, saya tak pernah masak sambal sotong tuh. Kena rebus dulu yer. Kalau tak sure gigil2 kan nak gigit! Hahaha...Anak2 saya pun sama. Selalu tanye...mama masak ape today?
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletepodo karo aku .
2-3 hari kiyer orak sihat , pilek + meriang ..
tp kerjo dewei yor orak ono MC.. mangan bubur McD waeh.
selera makan orong ono la ..
weroh panganan opo pun orak selera la ..
Lama tk jenguk blog...moga akak dah kembali sihat..
ReplyDeleteSedapnya nasi lemak..tgk sambal sotong dipotong cantik..terliur plk
feveret ni nasi lemak ..lg2 klu ada kacang..blh xsedar mkn..
ReplyDeleteanyway moga cepat sihat kak..
Sdp tu nasi lemak..
ReplyDeleteDimakan pulak dgn ahli kluarga..
sedap nasi lemak kakzakie. semalam pun kami buat nasi lemak, tapi tak sempat makan sebab berkejar ke sekolah anak ada sukan sekolah. semoga cepat sembuh kak
ReplyDeletepagi-pagi breakfast majalah, laptop, handphone ye kak. kelakar ayat tu.
ReplyDeleteAmy pun suka nasi lemak sambal sotong ni.
sedapnyaa! sotong tu favourite!
ReplyDeleteSedapnya..budak2 Gen Y mcm tulahh kan..anak saudara sy pun mcm tu jg..mak dia pun dh malas masak breakfast..hihi..
ReplyDeleteSedapnya..budak2 Gen Y mcm tulahh kan..anak saudara sy pun mcm tu jg..mak dia pun dh malas masak breakfast..hihi..
ReplyDeletebetul kak lebih mudah jika orang beritahu nak makan apa dari kita terpaksa fikir nak masak apa
ReplyDeleteSamalah kanda kat rumah ni, budak budak pun tak suka kacang tanah tu tapi dinda suka, kalau makan dgn nasi lemak hihi....Macam macamlah pulak kan haha....
ReplyDeleteOhh kanda rebus dulu ye sotong tu. Dnda lebur aje terus senang..haha dasar pemalas .....
Teringin pulak nak buat nasi lemak.
Fuhhh sedapnya kak :)
ReplyDeletewahhh time hujan sejuk sekarang sinonim sangatlah dengan nasi lemak sambal sotong pulak tu tak kira pagi ke tengahari ke petang or malam pon saya on je akak :)
ReplyDelete