Tuesday, November 29, 2016

Siddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah

Hari: Ahad
Waktu :Petang selepas habis waktu melawat pesakit di HSI
Lokasi: Perjalanan dari HSI balik rumah

Ketika dalam perjalanan pulang dari menziarahi anak buah aka sepupu anak-anakku di dalam kereta tanpa papa. Biasalah hari Ahad mama cuti tapi papa bekerja. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak yang mempunyai mama/papa jika salah seorang bekerja swasta atau kakitangan awam. Jumaat pula jika berjalan dengan papa tanpa mama. Cerita-ceriti tiba-tiba boleh keluar isu business on-line.

Kak Meen: Dia ni buat business bagus mama, berlandaskan syariat. Papa dia tu jenis yang apa tu. Ada janggut, pakai serban ala... wali eh?

Kak Reen: Wali tu syarat nak sah nikah (masa itu semua sudah mula gelak).

Mama: Eh.. ada juga wali macam wali songo, ulama dipanggil wali juga.

Kak Meen: Bukanlah.. ala ingat tapi susahnya nak sebut.

Kak Reen: Tabligh? (Sebab ramai kawan papa kalangan orang Tabligh)

Kak Meen: Bukanlah..

Adik: Ala... kalau bukan tabligh, siddiq, amanah atau fathonahlah.

Semua: Hahaha... apa-apalah adik ni kan. (semua sudah gelak😁😁😁😁😁)

Habis pecah berderai gelak kami di dalam kereta. Mama yang memandu pun sudah terikut gelak tidak tahan. Sebenarnya apa yang mahu Kak Meen katakan jenis orang warak yang macam ahli Sufi. Kelakar juga sebab siapalah yang boleh menilai orang itu ahli sufi. Mata kita ini memandang dari luaran. Tetapi buat mama boleh diterima juga apa yang Kak Meen buat tanggapan. Sebab biarlah beranggapan orang itu baik daripada beranggapan yang sebaliknya. Walaupun pakaian bukan melambangkan iman seseorang, tetapi sekurang-kurangnya pakaian melambangkan sejauh mana dia menghargai cara berpakaian agama yang dianuti.


Hiasan entri - Jagung rebus (Mak Zah bawa dari kampung) dan sukun goreng cecah sambal kicap menjadi hidangan petang kami ahad lepas.

~~Siddiq (jujur), amanah (dipercayai), tabligh (menyampaikan) & fathonah (cerdik/cerdas). Buat anak-anak inilah 4 sifat terpuji baginda rasullullah. ~~







19 comments:

  1. Bila semua berkumpul..masing-masing pandai beri ideakan kak..betul..daripada bersangka yang bukan bukan baik bersangka baik...kesihatan adik macam mana kak...

    ReplyDelete
  2. aduhla adik ni jujur kak... betul jgk tuh... mmg kalau siddiq, msti ada amanah tabligh n fathonah sekali kan hehehhe...

    sedapnya nengok jagung rebus ngn sukun grg tuh kak oi... terasa2 kt tekak sukun yg lemak2 manis klu yg dh nk lembik tuh

    ReplyDelete
  3. Keempat-empat perlu ada dalam diri kita kan kakzakie..
    Untuk menjadi mukmin sejati..

    Kekadang bila nak mengingatkan perkataan tu..
    Maka macam2 lah perkataan yg keluar hihihi..

    Sedapnya sukun goreng..
    Dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  4. Perbualan santai yang mengeratkan kasih sayang dan berisi ilmu... :)

    ReplyDelete
  5. hahahha.. perbualan singkat yang mbawa kegembiraan!! btw sedap jagung tu

    ReplyDelete
  6. hihihi....saya macam kakzakie juga. Bila kak Meen sebut..wali, terlintas di fikiran wali songo jer ^__^.

    kami sekeluarga pun baru lepas makan jagung bakar semalam, beli kat pasar malam.

    ReplyDelete
  7. Tudia dengan wali wali songo keluar. Heheh. Sedapnya jagung :)

    ReplyDelete
  8. seronok bila bergabung idea dan suara ni... mcm2 idea ada... bestnya jagung...

    ReplyDelete
  9. Walau kita xsebaik mana tapi pakaian tetap melambangkan keperibadian kita...sukar pula nk cari istilah yg sesuai ya kak reen tapi wali mmg sesuai digunakan yg mewalikan nikah je..wali tu ada tapi disembunyikan Allah siapa dia

    ReplyDelete
  10. Cuma kita perlu berhati2
    Kadang2 ada orang yang hanya mengambil kesempatan

    ReplyDelete
  11. perbualan penuh ilmu..tapi gambar last tu mengecurkan...

    ReplyDelete
  12. Hehe..kelakar lah anak akak! mesti semua terhibur kan dengar explanation die tuh. Sedap nampak jagung tu kak. Musim hujan macma ni sesuai sangat...nyumssss!

    ReplyDelete
  13. Tengah imejin muka Kak Meen memikirkan apa ke parkataan yang sesuai tu..hehehehe

    ReplyDelete
  14. Sifat wajib bagi Rasul, yg wajib kita contohi kan..

    Jagung dan sukun, dua2 pun saya suka, lebih2 lagi dimakan panas2x,...ermmmmm..

    Maka nikmat Tuhanmu yang manalah kamu dustakan...?

    ReplyDelete
  15. hahaha comel smua..dah besar2 camni seronok plak berbual kan kak..

    ReplyDelete
  16. Adik dah sihat ye kanda? Seronok dengar adik dah boleh buat lawak tu hihi ...Alhamdulilah!

    Kalah jagung mutiara kat CH tu kanda...

    ReplyDelete
  17. seronok baca sembang akak anak-beranak...luhur sekali jawapan adik..

    tersusun cantik biji jagung tu..sedapnya..

    ReplyDelete
  18. Mcm tu la bila semua ada..ada saja citer
    Kita dgr aja dlm pd tuh ketawa gak..
    Nmpk sihat dh adik, alhamdulillah

    ReplyDelete
  19. seronok bila anak-anak dah boleh dibawak berbual macam ni kan kak..

    jagung madu kan tu? sukun!!! nak jugak.. susah nak cari kat sini..

    ReplyDelete