Setiap hari pergi-balik kerja pasti aku akan melewati tempat ini tetapi aku tidak pernah terlintas untuk singgah. Dulu sewaktu aku kerja di Austin Hills Golf Resort tempat ini belum ada lagi. Bagaimanapun naluri mama tua ini tidak ada keinginan untuk mandi-manda atau bermain di situ sehinggalah adik bersuara teringin untuk pergi. Bijak juga perancangan adik dengan mengajak dua kawan tumpang mama pergi kerja dan balik bila mama balik kerja. Tetapi aku pula kurang senang untuk pergi mengambil anak-anak itu waktu pagi untuk pergi kerja. Oleh itu pada hari Sabtu lepas aku pergilah menjemput dua orang kawan adik dan hantar mereka bertiga ke sini. Sementara mereka mandi-manda dan bermain aku pergi menjenguk anak buah aku yang koma sambil bersembang dengan Mama Leha di HSI yang berhampiran dengan tempat ini. Pemanduan mungkin dalam sepuluh minit saja sebab jalan di sini sentiasa jem. Rasa aku kalau mengayuh basikal lebih dulu sampai berbanding memandu kereta.
Selfie - Mereka sibuk selfie bertiga tanpa sedar mama sudah menunggu dan mengambil gambar mereka |
Penat - Mereka berkongsi locker. Locker yang murah tidak muat untuk meletakkan pakaian dan barang lalu berkongsi locker yang agak besar dengan charge dikenakan RM40/- |
Gelang - Seperti water park yang lain di sini juga sebaik membayar tiket masuk akan diberi gelang ini. |
Menurut adik kerana waktu ini cuti sekolah tiket masuk hanya RM53/- saja. Jika harga untuk hari-hari biasa rasanya lebih RM80/-. Tetapi lebih murahlah jika dibandingkan di Legoland. Tetapi dari pemerhatian aku di sini lebih ramai warga Singapore yang berkunjung sebab aku lihat di kawasan parking kereta rata-rata plate kenderaan dari sana.
~~ Aku benarkan adik ke sini berbanding bercuti ke pantai. Bimbang ombak kuat dan keadaan kesihatan adik buat masa ini.~~
water park at least ramai yang menjaga keselamatan pengunjung kan kak :D
ReplyDeleteAlhamdulillah bersantai adik dengan kawan-kawan ya...peluang untuk rehatkan sedikit minda dan emosi..tahun hadaoan dah nak ke tingkatan 2 pasti pelu lebih fokus terutama untuk PT3 thun berikutnya...
ReplyDeleteX pernah dengar lagi tempat ni.
ReplyDeleteketinggalan zaman betulah, walaupun dekat.
Anak-anak memang suka waterpark berbanding drypark kan kakzakie..
ReplyDeleteSaya pun baru aje memenuhi permintaan utk pergi ke Goldcoast Morib tu..
Tak sempat lagi nak update blog hihihi..
p/s masih koma lagi ke anak buah kakzakie tu.. semoga segera sembuh..
tiket nak masuk mahal jugak ye..
ReplyDeletemahal nya tiket...cuti sekolah orang ramai harga murah la kan sikit
ReplyDeleteWah sukanya adik n kawan2nya mandimanda bersantai rihatkan diri di situ..tentu menarik tempatnya.
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...seronok adik dapat bermandi-manda di sini yer...cuti sekolah sesekali nak berhibur juga kn...:)
ReplyDeletemcm best ni kak..
ReplyDeleteBudak2 memang suka lah tempat macam ni, bagi pelajar dapat rehatkan minda..
ReplyDeletetak jauh juga dari rumah anak sedara tempat ni kakzakie....banyak juga tempat2 yang boleh dikunjungi di tempat kita ni ya .
ReplyDeleteAnak sedara kakzakie masih lagi koma ke?....mudah2an cepat pulih semula.
seronoknya adik dan kawan-kawan..glamer pulak tu masuk blog mama hihihi
ReplyDeleteseronok la adik pergi dengan kawan2 dia...musim sekarang ni noe pun tak prefer pergi kawasan pantai...
ReplyDeletelea tak pernah lagi bawa adli ke wwater park..kalau bawa mau tak nak kuar tu kak
ReplyDeletebestnya
ReplyDeleteassalam kak zakie,
ReplyDeletetempat ni di belah johor ya..1st baca
kalau belah selatan..mmg ramai pelancong dari singapura
oklah tu kak, nk menunggu mls pulak bila ada kwn2 boleh la di tinggalkan kejap sbb ada peneman...
ReplyDeletealah kak, kt johor tu mana tmpt yg takde org singapura kak... lagi2 ujung minggu penuh ngn org sana saja
ooo baru saya tahu wujud tempat ni kak...first time dengar..besar tak theme park dia kak?
ReplyDeleteseronoknya
ReplyDeletenama sgt lua negara bunyinyer..hehe
ReplyDeleteadventure sgt ke dlm tu..huhu
rege pon bole tahan
Saya pon tak sampai lagi...hahahahahahha...
ReplyDeletebestnya mcm BFF trip la ni yee
ReplyDeletebestnya..budak2 mesti suka..
ReplyDeletebestnya! mesti budak2 sangat suka! :)
ReplyDeletePandai dah adik berjalan dgn kengkawan yea.
ReplyDeleteSaya kalau masuk tempat2 macam ni..jadi penunggu sajalah. Memang tak mandi pun..
ReplyDeleteSeronoklah adik dapat main air dengan kawan kawan :)
ReplyDeleteBila hujan mmg hampa sgt...tak blh mandi beria
ReplyDeleteMahal gak tiketnya kak..
Betul tu dr mandi kat laut...baik kat sini..tak risau
Cam menarik jer..
ReplyDeleteSeram tengok harga pas masuk kanda....Kalau pergi sekeluarga tu kenyang le keluarkan duit haha...Seronoklah adik dapat bermandi mandi dengan kengkawan dia. Lama tak berjumpa katanya...
ReplyDelete