... kalau dicampak di mana pun hasilnya baik juga.
|
Tua - Punyalah tidak ada masa Mak Zah sehingga ulam raja ini rancak berbunga tidak dicantas. Sudah sama tinggi dengan pokok bunga kantan dan lengkuas. |
|
Benih - Biarkan yang satu ini menjadi tua tapi bila ditabur di atas tanah akan meriah jadinya. |
|
Satu lagi - Ini pun di simpan untuk dijadikan benih. |
|
Menjalar - Pokok labu air ini walaupun sekadar bergayut/menumpang pokok mangga dia masih mampu memberikan tuannya hasil. Sewaktu kecil kelihatan bagaikan buah mangga sebab duduknya di atas pokok mangga tetapi bila sudah sebesar buah kelapa lihatlah di bawah. |
|
Harapan - Sengaja ditinggalkan sebiji ini tidak dipetik kerana mahu dijadikan benih juga. Semua sudah menempah mahu benihnya. |
|
Tuai- Yang muda ini sudah menjadi hidangan. Sebiji kalau dimasak tidak boleh masak semua. Sebahagian di masak lemak, sebahagian pula masak tumis air pun sedap juga. Boleh diagih ke jiran juga. |
|
Segugus - Ikut kata adik segugus ini jangan dipetik tunggu sehingga dia balik. Bersyukur jugalah sebab ia tidak menjadi perhatian anak-anak yang selalu ada dan burung yang selalu hinggap. Memang rezeki adik yang ini terlindung di sebalik daun. Dapatlah adik merasa sebaik balik bercuti sekarang. |
~~ Seperti juga kita manusia untuk mendapat anak yang baik kita sendiri sebagai ibu-bapa juga kena jadi baik dahulu. ~~
Semoga benih yang baik itu terpelihara pula dari gangguan keburukan di sekelilingnya...😊
ReplyDeleteBetul tu kakcik..
DeleteKeburukan disekeliling menjadi cabarannya skrg ini..
Benar tu kakzakie..
ReplyDeleteBuah yg baik dari hasil benih yg baik juga..
Ibubapa lah teladan kepada anak2..
Besar sungguh buah labu air tu kak..
ulam raja tu buat ulam sedap..nyumm
ReplyDeletep.s hahaha tadi tu sy salah publish la sis, patutnya itu untuk esok punya entri. banyak sangat entri draft sy pun dah salah publish hehehhe sorry. #malu
segugus tu buah ke? tak prnah jumpa..ingt buah mata kucing
ReplyDeletebetul tu kakcik... semua bermula dari didikan kita, dr kita sebagai contoh...
ReplyDeletesuke tgk tanaman akak, semua subur2...
tp kan kadang kalau kt kampung di campak2 pun hidupnya subur....
geram tgk mata kucing tuh... mcm yg di jual kt kedai besar2nya
Betul kak..kadang kita harapkan hasil yang baik sedangkan benihnya kita tidak pelihara..
ReplyDeleteAlhamdulllah ada rezeki adik..tambahan adik dah ampak..kalau tidak dapat merasa mungkin terkilan sedikit adik nanti..
Baik benihnya baiklah hasilnya. Yang last tu buah mata kucing ker kak?
ReplyDeleteOrang dulu2 ada berbidal : Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
ReplyDeletewah!rezeki....seronoknya tengok semua hasilnya
ReplyDeletewaktu untuk menuai selepas berbudi kepada tanah
ReplyDeleteBerbudi pada tanah, begitulah hasilnya..
ReplyDeletebetul tu kakzakie, inginkan anak2 yang baik, ibubapa perlu tunjukkan cotoh yang baik dahulu kan
wahhh, meriahnya kebun akk..
ReplyDeletesetuju ngn akk, ibubapa adalah contoh terbaik utk anak2
cantik bunga ulam raja...
ReplyDeletesuka labu air masak tumis air, manis rasanya..
mcm mcm ada tu..
ReplyDeleteberbudi pada tanah..
Kat kampung bapak ke ni? Meriahnya. Seronok ada tanah boleh bercucuk tanam.
ReplyDeleteBetul kak. Benih yg baik, jatuh ke tanah menjadi jua, tapi kenalah dipelihara agar tidak binasa oleh anasir luar yg menunggu masa saja ...
Semuanya dah mengeluarkan hasil. Rezeki berbudi kepada tanah.
ReplyDeleteSeronoknya ada tanaman sendiri.. nk makan petik je..
ReplyDeleteBetul tu kak.. kita kene jd baik dulu, baru ank2 ikut..
ulam raja memang senang tumbuh. sifat dia macam weed. kalau dia start tumbuh, banyaknya tak terkawal. tapi untungnya oleh la kita makan ulam banyak banyak. hehehe
ReplyDeleteCantik bentuk labu air tu..belum pernah tengok lagi
ReplyDeleteBerbudi kepada tanah, Insha Allah akan mendatangkan hasilnya kak.
ReplyDeleteKalau dibiarkan cantik jugak bunga2 ulam raja tu kan....tapi ulamnyer dah tualah tak berapa sedap lagi. Labu air tu sama ke dengan buah kundur?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBenar, hasil yang dari benih yang baik dan memerlukan penjagaan yang baik. Namun, bimbang juga anasir di sekeliling yang sentiasa menanti peluang untuk merosakkannya. "Semoga kita diselamatkan daripada fitnah akhir zaman...."
Fuhhhh!! segar bugar hasil ladang akak! Syok nye tengok. Macam ni memang sihat lah kak kan? kurang juga pencemaran terhadap alam sekitar. Yerla, kalau pegi pasar or market, bila beli sah2 kena masuk plastik. Palstik tuh pun kena make sure recycle. Baru lah kita digelar khalifah di muka bumi ALLAH ini. ( ini saya baca kat buku "green deen" ) Salam Jumaat kakak! muashhh!!!! :)
ReplyDeleteseronok bila tngok hasil berbudi pada tanah kan kak
ReplyDeletesemua pokok dah keluarkan hasil...kalau buat benih...bertambah la pokok dan hasilnya nanti...itu la untungnya berbudi pada tanah
ReplyDelete