Wednesday, December 28, 2016

Cuti di kampung yang indah - 1

Keluar rumah tanpa bersarapan. Oleh itu sekeluargalah kami singgah bersarapan di tempat biasa. Selesai semua masuk ke perut kereta terus membayangkan suasana kampung yang sudah dirindui. Tetapi sebaik saja masuk ke lebuhraya nasib kurang baik kereta tidak bergerak. Sesak yang melekat tidak boleh dielak. Mahu berundur masuk jalan persekutuan sudah tidak boleh sebab beberapa kereta juga sudah terjebak sama. Jenuhlah menanti giliran. Melihat mereka yang melalui lorong kecemasan mahu saja papa mengikut sama tetapi si isteri dan anak-anak mengingatkan kalaupun di dunia lepas tapi akhirat kita tidak tahu. Orang yang bersusun menanti giliran pasti tidak senang melihat bila berpusu kereta melalui lorong kecemasan. Biarlah akan tiba masa mereka pun akan sedar. Atau mungkin benar mereka ada kecemasan. Lihatlah saja.

Marak - Lebih kurang jam 10:00 pagi kereta kami masuk ke lebuhraya hampir jam 3:00 petang baru tiba di rumah sedangkan biasanya belum tengahari kami boleh tiba. Buka kunci sebab tidak ada siapa di rumah, masing-masing terus menuju ke bilik air. Selesai solat apa lagi sementara parut pun masih kenyang mama tidak perlu masak. Kami terus ke belakang rumah. Membakar apa yang patut.
Basah - Ada juga yang tidak mempan dengan api dek kerana masih lembab. Di Batu Pahat pun hujan turun selalu sama seperti di JB juga. Berkali-kali cuba juga untuk dibakar tapi sebahagian saja yang terbakar.

Bukan selalu kami mendapat peluang bermain dengan api begini. Apa lagi melihat longgokan daun-daun kering yang sudah dilonggokkan oleh abahDol aka bapa saudara anak-anak ku. Seronok apabila melihat api membakar habis setiap yang kami bakar. Anak-anak tidak kurang menjelajah kawasan belakang rumah peninggalah almarhum mak/abah mertua aku. Aroma kampung yang banyak pokok lain nikmatnya. Bermandi peluh kami anak-beranak tetapi sesekali ditiup angin terasa sangat nyaman.

Peninggalan - Masing-masing gelak besar apabila papa mengatakan ini dulu adalah jamban sewaktu papa masih bersekolah rendah lagi. Tempatnya adalah dalam 500 meter jarak daripada rumah. Itu yang membuat anak-anak ketawa sebab mereka membayangkan kalau mahu membuang waktu malam dan kalau sakit perut tidak tahan alangkah jauhnya mahu ke sini.
~~ Duduk di rumah sendiri teringat kampung, balik kampung pula rindu kepada mak-abah yang sudah pergi buat selama-lamanya. ~~


33 comments:

  1. kdg2 mcm teringat tandas rumah kg kat luar tp x berapa clear sgt ingatn..
    mungkin masa tu kecil sgt..
    tp rsa mcm tahu lokasi tandas asal kat mna..
    dulu2 memng org buat tandas jauh dr rumah.
    rumah guna telaga, takut air berbau..

    ReplyDelete
  2. Bila musim cuti panjang..
    Semua dok pakat balik kampung..
    Jadi jem tu dah biasa ye kak..
    Janji dapat balik kampung..

    Betul tu kak..
    Bila balik kampung mula merindui arwah mak/abah yg telah tiada..
    Alfatihah..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kak...benda yg jarang kita buat tu bila dapat..happy je kan rasa...Sally masa kecik dulu je pernah rasa tandas/jamban kat luar..mandi kat telaga

    ReplyDelete
  4. Suasana kampung ni ada satu aura yang susah nak dijelaskan la kak...lagi-lagi bangun awal pagi...hirup udara kampung..

    ReplyDelete
  5. kalau di kampung mertua,makan apa sahaja begitu mnyelerakan kak..dan waktu pagi begitu nyaman suasana.owh rindu rasanya

    ReplyDelete
  6. Rajinnya kanda, bersihkan sekeliling rumah.... memang acara bulanan ye?
    Hihi dinda pun terkenang jamban dinda dulu kanda, kalau nak buang air besar malam malam, abahlah jadi mangsa meneman.....walaupun dah anak dara. Mak mmg tidaklah...

    ReplyDelete
  7. hahhah..rumah dulu2 memang tandas kal luor kan..umah moyang kami pun sama...dan kami pun fikir benda sama..camna la gaknya kalau nak ke tandas malam2...haha

    ReplyDelete
  8. dulu2 toilet umah dana pun jauh kak, jauh nun di belakang umah bila dh dpt dapur baru baru dekat skit, 2-3 langkah sampai lah tp skrg dh dlm rumah je toiletnya...

    balik ke kampung kite, mmg ada je yg nk di buat...

    ReplyDelete
  9. Seronok balik kampung musim cuti sekolah ni bersama famili banyak kerja yg perlu dibuat tu...rumah pusaka peninggalan emak ayah kita perlu dirawat sebaiknya agar tidak cpt usang.

    ReplyDelete
  10. Seronok kan sekali sekala balik kampung, jauh dari suasana bising dekat bandar. Nani pun baru ni balik duduk kampung. Hehe. Dulu dulu sempat jugak merasa bilik air dekat luar rumah. Mandi pun guna air kolah. Best, sejuk aje :)

    ReplyDelete
  11. Org tua2 dulu mana ada buat tandas dlm rumah, bila nk ter..... kenalah berteman bila waktu mlm tu, hihi.
    Bau daun2 kering yg dibakar pun sedap aromanya, suka.
    Saya cuti kali ni tak blk kg arwah mak, musim hujan ni takut tersangkut banjir, saya biasa blk masa cuti pertengahan penggal bln 3 camtu.

    ReplyDelete
  12. dulu-dulu
    merasa juga jamban kat luar...
    jenuh angkut air..hihi

    ReplyDelete
  13. Saya ni duduk kampung kakzakie tapi kerja2 memerun tu anak2 pun tak biasa lakukan apatah lagi mereka pun jarang balik.
    Betullah orang dulu mana ada tandas dalam rumah....bila sakit perut tengahmalam mula lah nak berteman .Pengalaman saya masa budak2 dulu nak ke tandas waktu dinihari ,kena gigit lipan otw nak ke tandas belakang rumah....huhuu.

    ReplyDelete
  14. Saya ni duduk kampung kakzakie tapi kerja2 memerun tu anak2 pun tak biasa lakukan apatah lagi mereka pun jarang balik.
    Betullah orang dulu mana ada tandas dalam rumah....bila sakit perut tengahmalam mula lah nak berteman .Pengalaman saya masa budak2 dulu nak ke tandas waktu dinihari ,kena gigit lipan otw nak ke tandas belakang rumah....huhuu.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kakzakie...seronoknya dpt balik kg sekali sekala...teringat semuanya peninggalan arwah..

    ReplyDelete
  16. Banyak kenangan yang terimbau kalau balik kampung kan...

    ReplyDelete
  17. seronok kan kakzkaie balik kampong
    suasana kampong memang menghiburkan
    sejak kedua nya dah takde kaknoor pun mmg jarang balik kampong
    huhu sedih lahh

    ReplyDelete
  18. umah kampung dulu toilet memang jauh....dalam semak kadang...syukur sekarang dah ada di dalam rumah masing masing...

    air pun nak kena isi dalam baldi

    ReplyDelete
  19. itu lah anak-anak...tak pernah nak alami jamban kat luar... mengekek ketawa fikir kan kalau nak membuang air besar time malam..mahu kena berteman.

    ReplyDelete
  20. sayunya bila tengok umah pusaka di kg yg terbiar selepas kematian ibu sy. Bapa kahwin lain n tinggal d umah mak tiri. jrg2 je balik tgok umah tu.

    ReplyDelete
  21. Bila balik kampung memang seronok. Macam-macam boleh buat.

    ReplyDelete
  22. rindu suasana kampung..kalau boleh nak duduk kampung je..jauh dari bandar...menghirup udara kampung tu satu nikmat yang takde kt bandar kan kak..

    ReplyDelete
  23. saya pun sekarang ini jika terpaksa buang air kat jamban luar rumah... takuttt...

    tak macam masa kecil dulu...

    ReplyDelete
  24. Rindunya pada kampung. Tak dinafikan sesekali balik kampung memang best. Pagi2 hirup udara segar, tak payah nak hadap jalan sesak. Tenang je rasa. Minggu ni siqah balik kampung sebab cuti lama. Yeayyy! :) Happy new year kak :)

    ReplyDelete
  25. saya rindu bau asap..bau rumput..bau tanah kak zakie..

    ReplyDelete
  26. tandas di luar rumah..kenangan masa kecik2..

    ReplyDelete
  27. Jamban di rumah kampung nenek asal dulu memang jauh nak pergi membuang.
    Malam-malam memang takutlah nak pergi.

    ReplyDelete
  28. bes nya kak zakie balik kg...aktiviti membakar sampah ini biasanya dilakukan pada waktu petang...supaya senang nak halau nyamuk

    ReplyDelete
  29. rindu suasana kampung..

    kelakala last part pasal jamban tu. hahaha

    ReplyDelete
  30. Org kampung jamban dia memang bertangga dan tinggi kan kak...SA merasa zaman tu..bila tunjuk kat anak..katanya x logik la..hahaha

    ReplyDelete
  31. hihi. merasa jugak lah jamban luar rumah, n jauh dr rumah dlu. masa tu zaman sklah rendah. siap kena angkut air dalam baldi yg tak tahan tu. huhuhu

    ReplyDelete