Makan malam pada hujung minggu bersama anak-anak. Bila mendapat tahu ada tempat baru yang belum disinggahi pasti ada suara-suara yang merayu mahu merasa. Apabila ketiga-tiganya sudah sepakat mama/papa akan ikut saja. Melangkah masuk restoran saja disambut oleh gadis ala-ala pramugari. Di sudut cahiser pula berdiri gagah seorang 'pilot' itu yang menambah bagaikan berada di dalam kapalterbang. Menu juga diambil dan dihantar oleh 'pramugari'.
Sambil makan kami tersenyum menikmati bagai berada di dalam kapalterbang.
Kak Mira punya |
Untuk semua |
Adik dan papa sama |
Kak Reen minta ini |
Mama makan ini - spaghetti tuna. |
Gambar salad sendirian tidak ada. Yg ada muka dia bersama dgn saladnya |
Air adik dengan air papa |
Air siapalah ini😉 |
Air Kak Reen |
Kak Mira punya |
Inilah alamat restorannya |
Bukanlah special sangat pun hidangannya, biasa saja dan mama rasa boleh saja mendapatkan menu yang sama di mana-mana restoran. Hanya yang berbeza sebab interior dia dibuat ala-ala duduk di dalam kapalterbang. Tingkap-tingkap bercermin dengan gambar awan kelihatan bagai di dalam kapalterbang. Begitu juga di atas tepi di buat seperti ada tempat untuk menyimpan luggage yang kelihatan bagaikan betul. Tidak dapat mengambil gambar sebab ramai yang makan waktu kami masuk. Malu jugalah jika kita sibuk mengambil gambar bimbang terambil gambar mereka yang sedang berselera makan di angle tersebut.
~~ Cuti sekolah dengan keadaan mama kurang sihat memang sesuai sangatlah buat anak-anak mencari lokasi baru untuk menikmati hidangan. ~~
Masa mula mula baca tajuk post nil Maznee ingatkan makan tas flight.
ReplyDeleteHehe.
wah..sdapnya..:)
ReplyDeleteWaduh...ini gara2 drama Mr Pilot ke ni?
ReplyDeleteTapi bagus juga ada kelainan hiasan walau tiada kelainan dari segi hidangan... :)
tak dapat bayangkan lagi macam mana keadaan cafe ni... mesti cantik kan kak..
ReplyDeleteMahu feling2 atas kapalterbang ye kakzakie..
ReplyDeleteKalau lama makan dalam tu..
Boleh bayangkan hendak menuju ke Kota London.. hihihi..
Wlpn makanan nya biasa tapi kelainan tu yang luar biasa kan kak..
Semoga akak cepat sihat ye :)
ramai kawan2 dah pergi..saya je tak pergi lagi
ReplyDeleteWah lazat sekali nampaknya semua hidangannya mmg mengait selera.
ReplyDeleteok juga tu ada kelainan tmpt ni kan..
ReplyDeleteanak sis ke tu? cantik orangnya..
ReplyDeletewahhh sedapnya menu nyummyy
Sedapnya lahai nengok menu, kecur liur ha..hehehe
ReplyDeleteInterior memang ada klass kan kak..
Pandai tokey kedai hias.. :)
p/s : Kak, alhamdulillah maira dah sampaikan kiriman akak masa ada disana, tapi betullah kak, rindu sangat.. rindu yg tak terungkap.. :)
nasib baik falsya baru lepas lunch..kalau x, mmg kompom terliur tgk gambar2 nie..hehehe
ReplyDeleteLollll mati2 saya ingatkan kak zakie & keluarga sudah terbang jauh dari sini...
ReplyDeleteingatkan dlm flight..baru nak tanya g bercuti ke mana..hehehe
ReplyDeletela ingt atas flight td... sedapnya semua.. bliur jgk tgk
ReplyDeletekalau tgk bolognisenya mcm kuahnya `njeblih` gitu kak... selalu kan pekat likat warna merah nya...
ReplyDeletekadang restorennya dia punye interior nya je yg cantik tp hidangannya agak kureng...
gambar resto takde ke kak?? sekrg kt ofis tengah demam 'suri hati mr pilot'..
ReplyDeletemakanan sedap, suasana resto ok, mmg layan..
Betul tu Zakie..menu tu kadang2 sama saja rasanya tapi suasana pun memainkan peranan yang penting juga. Macam suami saya bila2 masa kalau nak makan kentucky mesti nak makan di kedainya walaupun orang penuh. Dia kata baru rasa selera nak makan. Sedangkan saya kentucky ni adalah pilihan terakhir mungkin...tak suka tapi terpaksa ikut sajalah.
ReplyDeleteMesti feeling mcm dlm flight kan masa makan tu.. Hehe..
ReplyDeleteMacam2 skg ni, masing2 nk menampilkan kelainan.. Menu biasanya, sama je dgn tmpt lain..
Air limau tu...hmmmm teringinnya....nak tengok empunya nya....hehehe...
ReplyDeletesalam kak zakie...
ReplyDeletemcm2 idea org kan...nak mencari kelainan...tapi hidangan tu nampak menyelerakan...
Alhamdulillah...boleh makan berkumpul anak beranak sama-sama..kadang persekitaran yang menrik tu membangkitkan mood luar biasa kan kak.. :)
ReplyDeleteSampai ada pilot dan pramugari yang hidang makanan.. kreatif sungguh pengusaha sekarang..
ReplyDeleteSenang anak2 kakZakie, semua makanan suka mencuba.
Anak2 makchaq suka makan nasi.. kalau makan macam ni depa kata.. tak boleh lawan la sedapnya makan nasi campur..
Innovasi kan, mencari kelainan bg memastikan dpt terus bertahan dlm keadaan tk menentu skrg ni.
ReplyDeleteYang pentingnya dapat makan sekali anak beranak.
ReplyDeleteMengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.
kalau menu ni my family mmg xmakan. orang kampung..
ReplyDeletesejak zaman RM merudum ni dah krg abam kie n family mkn di luar. sekali sebln tu ada la..
ReplyDeletepandai ownernya mengabil hati pelanggan utk singgah makan direstorennya dgn kelainan dekonya ..
ReplyDeletewahhh..sedap2 semuanya kak :) siapa dia tu kak? cunnya :D
ReplyDeletemesti menarik keadaan dalam restoran tu
ReplyDeletecafe rupanya. ingatkan betul2 makan atas flight?
ReplyDeletekat mana ni kak? harga ok tak?
ReplyDeletehihihi...
ReplyDeleteingat2 lupa taman desa tebrau ni kat mana.
Kat area jusco tu ke kak?
kalau dpy tgk keseluruhan restoran ni mesti teruja juga.
ReplyDeleteitu lah kelainannya kan