Friday, December 23, 2016

Tempuh segala ujian dengan tabah

Empat tahun lepas tiga orang anak bersekolah. Semua pakaian sekolah aku jahit sendiri dengan tabah. Cuba bayangkan jika seorang anak tiga pasang baju, ada tiga anak mestilah kena sembilan pasang. Untuk sekolah agama juga tiga pasang bermakna tahun sebelum ini berbelas pasang baju sekolah aku kena jahit. Belum termasuk tudung yang selalunya setiap seorang juga tiga helai. Sekolah kebangsaan dan pagi pula tidak sama warna. Pengawas sekolah pagi warna biru muda tapi pengawas sekolah agama warna pink. Masuk tahun 2014 tinggal Kak Meen dan adik saja. Ada yang aku jahit dan ada yang aku beli siap. Malangnya baju beli siap biasanya jahitan tidak kukuh/mudah tetas.

Tetapi untuk tahun ini hanya adik seorang, aku sudah jadi malaslah pula. Kalau dulu tabah menjahit sebab mahu berjimat. Tapi bila tinggal adik seorang mulalah terdetik beli saja baju yang sudah siap lebih senang. Untuk tudung sajalah aku jahit๐Ÿ˜ƒ. Dari dulu jika tudung anak-anak lebih suka mama jahit sendiri. Kenalah mama bertabah sebab tudung beli biasanya bahagian hujung depan akan terjongkit tidak sama jika jahit sendiri nampak terletak elok.

Ukur - Mudah saja jahit tudung. Selepas di segtigakan kain bertindan, gunting keliling dan pin paras mana untuk ruang muka. Macam kita buat telekung solat. Ini lagi mudah sebab kecil dan tidak perlu kekek di dagu dan pelapik atas kepala.

4 helai - Siap sudah bergunting dan berjahit untuk ruang muka tinggal jahit tepi keliling saja. Aku letih sebab baru balik dari menjenguk anak buah yang masih koma. Tetapi memandangkan sudah tidak ada masa aku gigih luangkan sejam juga buat ini. Hujung minggu ini kena balik Batu Pahat pula sebab ada kenduri aqiqah.
Mama Leha - Tabah dan cekal kakak aku seorang ini. Ujian terlalu besar buat orang yang baik sepertinya. Business Amway/shaklee/Avon/ serbanika/benih pokok bunga dan sayur semuanya terpaksa ditanggalkan untuk sementara. Mujur juga orang bawahannya cergas dan mampu menggalas. Duduk di hospital pun masih mendapat panggilan pelanggan yang mahukan produknya.  Untuk nursery pokok bunga pula jiran sebelah pun pandai tolong jual bila ada pelanggan datang. Abang ipar pula sentiasa ulang-alik ke HSI saban hari.
Sudah sebulan dan seminggu kini anak buah aku terlantar. Majlis pengantin anak buah pada minggu lepas Mama Leha sekeluarga saja yang tidak ada. Sewaktu di meja hidangan kami semua sama-sama teringat sehingga masing-masing mengalirkan airmata. Doa kami semua titipkan setiap waktu buat anakanda Muhamad Haikal ini. Anak yang baik, besar pula ujiannya. Walaupun Mama Leha punya kewangan yang kukuh tapi setiap bulan sebaik mendapat gaji tidak kurang RM700/- dia beri pada mamanya ini. Selepas solat maghrib setiap hari tidak lepas dengan Al-Quran, tetapi itulah apabila Allah mahu menguji siapa pun tidak mampu menepisnya. 

~~ Semoga keluarga kami mampu dan redha atas ujian ini semua.~~


35 comments:

  1. Allah menguji semampu kita...

    Semoga anakanda Mama Leha kembali pulih sepenuhnya. Hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik kejadiaan...

    ReplyDelete
  2. Ujian Allah dan dugaan pada manusia,Allah syg hambanya dan ingin menguji tahap kesabaran dan keredhaan pada-Nya.. Nieyl doakan semoga mama leha sabar dan tabah mengharungi ujian ALLAH ini,semoga anak buah akk juga terus diberi kekuatan untuk cepat sembuh..Ameen...

    ReplyDelete
  3. Semoga anak buah kembali sihat sebaiknya. Sayu tengok gambar beliau.

    ReplyDelete
  4. Semoga akak dan keluarga akak kuat, tabah, bersabar dalam mengharungi dugaan ini..

    ReplyDelete
  5. saat diuji memang sakit... berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul... semoga kuat dan tabah buat mama Leha

    ReplyDelete
  6. Wah kakzakie pandai juga menjahit ya bagus tu..semoga anak mama Leha segera sedar dari komanya. Ujian Allah mendepani kita sesuai upaya daya kita.

    ReplyDelete
  7. Sama lah dengan saya kakzakie..
    Sebaik mungkin saya jahit baju sekolah dan tudung utk anak2 ..
    Saya selalu jahit 5 pasang seorang kak..
    Senang hari-hari berganti tambahan sampai kepetang baju tu dipakainya..
    Saya pula jenis rajin pula nak menggosok hari2 hahaha..
    Senang sekali duduk menggosok utk seminggukan kan..
    Jahit sendiri kira jimatlah sikit..

    Baju lelaki jer saya tak pandai jahit..
    Jadi baju nabil saya beli ajer di kedai..

    Semoga anakanda Haikal segera sembuh ye kak..
    Bertabahlah keluarga Mama Leha dengan ujian ini kan kak..
    Mahu tak sedih kak..
    Selalu bila kenduri semua adik beradik ada berkumpul..
    Kali ini kurang pula satu keluarga kan kak..

    ReplyDelete
  8. saya tak pandai bab menjahit
    mak mentua saya yang selalu jahitkan baju anak saya
    tahun ni dia volunteer lagi nak buatkan

    maaf bertanya kak, kepada dengan haikal tu
    simpatinya saya tengok
    moga ALLAH ringan kan beban dia dna keluarga

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar, besar ujiannya. Semoga mama leha lebih tabah dan diberi kesabaran untuk menempuhi ujian ni.

    ReplyDelete
  10. Tulah kakzakie,dulu masa ramai yg sekolah saya pun rajin menjahit baju sekolah ni ,bukan saja nak berjimat tapi kerana minat juga .Tapi tudung jaranglah buat sendiri sebab kurang mahir.Skg ni dah tua agaknya dah malas nak menghadap mesin jahit apatah lagi nak cucuk lubang jarum pun dah kabur.:-)
    Semoga anak sedara kakzakie cepat sembuh....Semoga si ibu dan keluarga diberi ketabahan menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  11. Subhanallah. Moga mama leha tabah...

    ReplyDelete
  12. Ujian setiap orang berbeza kan kak..kadang kita rasa Allah beratnya ujian ini..namun tanpa kita sedari ada lagi insan lain yang lebih berat ujian yang perlu digalas...subhanaAllah..bila Allah memberi satu-satu ujian itu pasti tiada yang sia-sia..baik untuk diri sendiri mahupun insan disekeliling kita...moga Mama Leha terus sabar,,tabah dan redha..amin..kita sama-sama doakan..

    ReplyDelete
  13. sesungguhnya Allah datangkan ujian untuk hambaNya tidak melebihi kemampuan.

    Seperti juga keluarga saya yang diuji dengan abg no.2 kene serangan asma + darah tinggi tahun 2014 lalu strok dan sampai sekarang cuma terbaring tak kenal siapa disekeliling & kehilangan kakak meninggal secara mengejut (mungkin strok) tahun lepas betul2 menduga kami sekeluarga,.

    Semoga kita dijauhkan dari segala musibah dan dipelihara oleh Allah SWT. Amin2

    :'(

    ReplyDelete
  14. btl kak tudung sekolah kalau bt sndiri lain n cantik hasilnya dr yg beli, dana dan adik2 dulu pun mak jht baju ngn tudung, cuma adik lelaki yg bongsu je mak beli sbb mak tak reti nk jht seluar ngn baju kemeja heheheh...

    insyallah kak, Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuannya, sama2 kita doakan semoga mama leha kuat n tabah, moga anak nya juga kuat n cpt sembuh

    ReplyDelete
  15. Ujian dari Allah SWT. Kasihan tengok bila ada yang sakit-sakit. Semoga dipermudahkan urusan mereka. Semoga cepat sembuh sakitnya.

    ReplyDelete
  16. Pandai nyer akak menjahit..rugi saya takde kepakaran menjahit, nak belajar bnyk sgt alasan nyerr...

    moga mak leha tabah dalam ujian ini.

    ReplyDelete
  17. Saya tk pandai menjahit kak, kalau nak upah rasanya lagi mahsl, so better beli jelah, takpelah tak kemas pun. Bagi org yg pandai menjahit mcm kakzakie lbh baiklah jahit sendiri puas hati kan.
    Semoga mohd haikal segera sembuh, semoga ibubapanya juga tabah menghadapi ujian Allah ini..

    ReplyDelete
  18. Dulu dulu masa duduk asrama selalulah tengok kawan kawan jahit tudung macam ni. Hehe. Nani slow sikit bab bab menjahit ni. Moga diberi kesembuhan yang segera buat anak buah akak :)

    ReplyDelete
  19. Memang betul bila anak tinggal seorang saja dengan kita, mulalah malas untuk buat segala. Suami selalu cakap sekarang saya dah tak masak2 macam dulu. Asyik pokok bunga saja. Ya lah...nak masak apa kalau tinggal 2 beranak saja.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Beberapa blog yang saya lawati, kebanyakannya menulis entry yang hampir sama. Kos kelengkapan persekolahan yang agak tinggi dari masa ke semasa memang membebankan. Tapi apalah pilihan yang kita ada. Mahu tidak mahu kena sediakan juga walaupun tinggi kosnya. Moga anak-anak tidak lupa pengorbanan dan kesusahan ibu bapa untuk menyediakan keselesaan buat mereka...

    ReplyDelete
  21. semoga diberikan kesihatan yang lebih
    baik dari semlm
    in shaa allah
    amin

    ReplyDelete
  22. bila tengok akk jahit baju..sungguh kreatif akak..irda xpandai menjahit ni..
    bila tengok yg terlantar sakit...alangkah sabarnya oasangan yg menjaga...sayu hati membacanya..alhamdulilah boleh bagi mak 700 sebulan .rezeki murah..tp xlupa Allah.itu yg kita cari kan kak...

    ReplyDelete
  23. Saemoga mama leha kuat dan tabah menghadapi cabaran..aamiin

    ReplyDelete
  24. Ya Allah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. moga mama Leha kuat dan tabah... moga keluarganya juga bersemangat... moga anakanda Haikal diberikan kesembuhan yang mampu menceriakan semua orang.. Allah tidak akan menguji kita diluar tahap kemampuan kita...

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum kakzakie...Allah menguji n semoga dipermudahkan semuanya...in sha Allah...:)

    ReplyDelete
  26. Moga anak buah akak akan cepat sembuh. aminn. takziah buat keluarga

    ReplyDelete
  27. Semoga cepat pulih.

    Syukur Alhamdulillah masa saya seorang memang tak pernah mak beli baju sekolah.
    Semua mak yang jahit.
    Tapi baju anak-anak sendiri saya pun tak pernah jahit. Yang tolong alter baju anak-anak pun masih nenek yang buatkan untuk cucu.

    ReplyDelete
  28. beruntung kak leha punya anak yang baik seperti itu
    insyaAllah kak...anak yg baik yg masih punya ibu itu
    doa ibunya sangat mustajab...semoga beliau cepat sihat..aamiin

    kak...boleh nak copy n paste kisah yg bawah tu di blog ati tak?

    ReplyDelete
  29. InsyaAllah..akak sekeluarga tabah agar kakak akak dapat kekuatan dari ketabahan akak tersebut untuk menjaga anaknya...

    ReplyDelete
  30. Makchaq l ni tinggai nafisah sorang ja sekolah.. memang beli je la baju.. tapi nafisah ni x cepat besaq.. baju lama semua muat lagi.. mungkin beli sepasang la kot buat pakai masa naik sekolah.

    Semoga anak mamaLeha cept sembuh dan mamaLeha sekeluarga tabah dengan dugaan ni..

    ReplyDelete
  31. Setiap dari kita pasti ada ujian masing-masing. Dna yakin allah ada hikmah diseblik ujian tu..

    ReplyDelete
  32. semoga anak saudara akak kembali sembuh dgn limpahan kasih sayang dan doa ayah, ibu & keluarga..

    berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya, In shaa Allah, Kak Leha & keluarga tabah menghadapinya..

    ReplyDelete
  33. Semoga bertabah menghadapi ujian Allah.
    Didoakan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  34. Dinda ni entahlah kanda, semakin tua semakin malas pulak nak menjahit padahal ada aje masa sekarang ni. Dulu masa anak kecik buat jugaklah baju raya , la ni hancur terus haha....

    Dinda malasnya jahit sendiri ni bukan apa, nak kena hantar jahit tepi tu yg malas tu. Alasan sangatlah ek haha

    Yelahkan kanda, bila Allah nak menguji hambanya tu, tak mengira apa dan siapa. hanya Allah yg mengetahui hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete