Thursday, January 26, 2017

Warna merah di sana-sini

Jika di negara saudara kita merah kerana darah berhamburan kerana perjuangan yang tiada kesudahan. Tetapi di negara kita ini lain pula merahnya. Masuklah di mana-mana mall atau shopping complex kini warna merah di sana-sini. Bukan saja pakaian yang dijual berwarna merah, bahkan banner, karpet, ruang legar masuk, perhiasan di lobby semuanya merah belaka. Ketika menemankan anak dara aku membeli barang pencuci muka kami bertembung dengan persediaan kumpulan yang mahu membuat persembahan Lion-dance. Bergema seluruh bangunan dengan muzik rancak mereka. Dulu masa usia muda aku tidak kisah tetapi bila sudah berusia kini entahlah mengapa boleh rasa bingit dan pening pula.

Bersedia - Mereka sedang membuat persiapan. Ini di kawasan lobby mall. Niat mahu makan di tingkat ini aku batalkan. Anak dara aku pun tahu mama dia sudah tidak tahan.
Wrap - Naik ke atas sedikit lega bolehlah menikmati makan. Niat asal mahu makan nasi terpaksa dibatalkan dek bunyi bingit tidak tertahan
Kak Reen punya - Setelah didigit inilah wrap pilihan anak dara mama
Kenyang - Mama makan ini. Lengkap juga sebab  ada semua keperluan samalah dengan nasi dan lauk-pauk.
Kami sekeluarga tidak ada cadangan untuk makan angin. Tapi tetap ceria menghirup udara pinjaman Allah buat kita. Mengharap baik-baiklah semuanya. Sementara dapat berkumpul bersama seisi keluarga syukuri nikmat yang diberikan. Buat anak-anak di Johor hari ini merupakan hari akhir persekolahan sebelum bercuti sempena Tahun Baru Cina. Selamat bercuti buat semua.

~~ Bersusun kotak oren di pejabatku sekarang. Aromanya berlawanan dengan air-freshner yang sedia ada.~~

45 comments:

  1. nampaknya Angah juga sudah dipanjat usia 'tua' kerana Angah juga tidak lagi tahan telinga dengan bunyi don don chenggg...yang melatari tarian singa kat one utama mall minggu lepas..

    ReplyDelete
  2. nieyl pun x sabar nak tggu CNY nie..
    sebab nieyl nak pergi raya umah uncle dan aunt nieyl (bangsa cina)

    ReplyDelete
  3. Mesti akak byk dpt limau kan...mlm nti bisinglah bunyi bom.hihi

    ReplyDelete
  4. bukan selalu ada tarian naga, setahun sekali kan..tapi mcm mn diornag boleh jump another batang besi ke batang yg lain, org terlatih je boleh buat

    ReplyDelete
  5. bandar KK ni pun dah merah sana sini hehe

    ReplyDelete
  6. Kalo di pasaraya mmg begitulah keadaannya, meriah dgn sambutan cny. Suka juga tgk kelincahan tarian singa tu, tergedik-gedik matanya, lenggok tariannya real je., Kalo ada rezeki dpt buah limau dr mulut singa tu.

    ReplyDelete
  7. Dah nak dekat CNY kan kak, meriahhh sangat. Heheh. Limau pun berkotak kotak dapat

    ReplyDelete
  8. Betul kak..tanglong pun berjuntai juntai sana sini...limau jangan cakap..sedari 2 minggu lepas lagi sudah kelihatan..PC bila nampak kepala singa atau naga tu gerun pun ya juga..lagi kalau kelopak matanya digerak2kan..

    ReplyDelete
  9. CNY yang meraikannya disambut bersungguh riang n riuh suasananya..yg tinggal di bandar terasa nk lari pula dari kebingitan yg memeningkan kepala tu

    ReplyDelete
  10. cny ni saya tak gi mana-mana. rasa macam nak keluar nak bawak anak tengok lion show tapi fikir balik, duduk umah lagi best kot layan movie. hehehe

    ReplyDelete
  11. betul tu kak ... memang merah sana sini ... iklan kat youtube pun banyak merah sana sini. Hehehe. Kami sekeluargapun cuti ni cuma berkampung di JB, bawak anak anak buah g mandi manda jer

    ReplyDelete
  12. CNY ni cuti sekolah panjang tp saya kerja, tak boleh cuti. Kami sekeluarga duduk rumah sajalah!

    kat tempat saya tak terasa sangat nak CNY ni kak sbb belum lagi bergema bunyi bingit2 ni. Lagipun daerah kecil kan.

    ReplyDelete
  13. acik dah lama tak masuk shopping mal kakzakie..ada hlkmahnya kan

    ReplyDelete
  14. musm cny mmg merah merata tmpt..

    btoi. nikmat yg ALLAH beri.

    ReplyDelete
  15. CNY datang lagi,biasa la negara berbilang bangsa,memasing nak memeriahkan perayaan.cuti sekolah pun dah bermula.ogy pun dah ada sekotak limau pemberian majikan suami..selamat bercuti ye kak zakie..

    ReplyDelete
  16. sini pun dah merah sana sini. warna 'ong' untuk orang2 Cina. sekali setahun ja kak. layan jer. :)

    ReplyDelete
  17. kami takde kotak oren buat masa ni.. mungkin sebab harganya semakin naik kot sekarang ni..

    ReplyDelete
  18. #Ayamcoming...puas makan oren..hihihi..

    ReplyDelete
  19. Best dapat kotak oren banyak2. hehe

    ReplyDelete
  20. Best kan dapat makan buah oren. Penuh sana sini buah oren. Tapi Nany tak beli pun kak. Beli yang kecik-kecik tuh ajer. So far, manis bangat..hehehe. Selamat bercuti yer kak. Lepak rehat rumah pun BEST kot~~~

    ReplyDelete
  21. hehee lagi dekat CNY lagi selalu lah makan buah oren. Teringat masa di pejabat lama, memang setiap hari bawa balik buah oren sampai tak larat nak makan dah.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum kakzakie...sana sini penuh dgn warna merah...CNY ni memang banyak la oren..:)

    ReplyDelete
  23. hehe betul tu kak..kat bank ni semua berbaju merah sbb ada event...huhu..dahlah kerusi pun merah..baju staff pun merah

    ReplyDelete
  24. Warna mereh dah sinonim dengan mereka. Mana-mana ada warna tu sekarang.

    ReplyDelete
  25. memang bingit bunyk ketang ketung..nak makan memang tak selesa hawa telinga..biarpun yang makan kat mulut...hehehe... baru teringatlah, tak dapat buah oren pun tahun ni...huhuhu

    ReplyDelete
  26. Kat sini pun tengok lah sikit hari lagi sure banyak singa2 ni buat persembahan even shah alam majority nya Melayu.

    Happy holiday kak.

    ReplyDelete
  27. Dinda balik kg kanda. Nampaknya kena hadap jem ajelah sepanjang jalan kalau dah cuti cuti gini.

    Kebab ke tu kanda...

    ReplyDelete
  28. tahun ni kurang meriah oren di rumah...
    gawat kot...depa cut kos..

    jb..memang meriah. area taman saya kurang sikit

    ReplyDelete
  29. Huhu..xpe la sana sini merah kak jnji bleh mkn wrap 2..

    ReplyDelete
  30. Dah lama tak buat wrap! Nampak sedap sangattttttt ;)

    Jemput baca entry baru psl adik kak..

    ReplyDelete
  31. Kat Terengganu xsemeriah luar akk.. D sini merahnya hanya sikit2 jer.. Hihi

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Hmm, kecur air liur tengok wrap tu.
    Saya pun sebenarnya tidak selesa juga dengan bunyi bingit seperti itu, tapi nak buat macamana tahan jela hehe...Setahun sekali kita menghormati budaya kaum lain...Yang bagusnya part limau tu...memang berkotak-kotak yang dihantar.. Sampai tak termakan...hehe

    ReplyDelete
  33. yg saya tak tahan bunyi mercun
    dari pukul 12 malam hingga ke awal pagi
    sampai chap goh mei ni..mcm tu la tiap kali depa raya

    ReplyDelete
  34. tahun ni x nmpak lg tarian singa naga, sebab rietta x ke mall...thun lepas ada la juga...

    ReplyDelete
  35. Anak2 yg suka tengok lion dance ni kakzakie..
    Saya dah duduk jauh..
    Mereka yg kedepan..
    Ye la kakzakie bila dah berumur ni tak tahan bunyi bising..
    Menyesak kepala ajer..

    ReplyDelete
  36. CNY kak mesti kene merah, baru ada ong

    ReplyDelete
  37. Untungnya kita sebagai rakyat Malaysia, ada pelbagai kaum dan perayaan.
    Yang pentingnya setiap perayaan kita sambut sebagai cuti umum. Yang untung cikgu cikgi dengan murid2nya, 9 hari cuti. Hari raya ke dua WP turun JB, balik ke Simpang Renggam meredah jem Xde kaya. Berejam2.

    ReplyDelete
  38. dah lama tak tengok tarian singa secara live
    lagipun anak dara takut kalau tengok dekat haha

    ReplyDelete
  39. agaknya Kakzakie ngilu dgr bunyi drum dorg, hehehe

    ReplyDelete
  40. Tahun2 sebelum ni suka betul dengan limau mandarin tuh.. tp tahun ni ada 3 biji hubby bawa balik, tak abih pun, masuk tong sampah jer. Membazir jer rasa.. tp dah buruk, nak buat camna kan

    ReplyDelete
  41. tahun ni tak beli sangat limau mandarin. rasanya harganya agak mahal berbanding tahun sebelum ni. lagipun stok pun macam tak banyak skrg ni

    ReplyDelete
  42. ya ampun kak...adakah saya juga sudah memasuki alam veteran sebab saya pun sekarang ni dah tak boleh dengar hiruk pikuk macam tu kak...orang pasang mercun pun saya dah terkejut separuh mati dah sekarang ni...dulu2 tak mcm tu pun...huwaaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  43. Kalau dulu masa kerja kat proton, setiap tahun cny mesti panggil lion utk dance..skang nie dh lama falsya xtgk live dpn mata..hehe..sedapnye kakak..falsya suke makan wrap gitu..kalau buat sendri timun mesti penuh..falsya suke sebab rangup..ehehe

    ReplyDelete