Hujung minggu yang agak bercelaru. Berkejaran melakukan setiap yang sudah terpahat di minda. Selesai satu agenda berkejar buat yang satu lagi. Bermula bangun pagi dengan menggoreng nasi sebagai hidangan sarapan pagi dan Hubby pula mencuci baju. Selesai itu mengambil bawang-bawang, ikan bilis dan cili untuk diolah sebagai kegunaan seminggu. Hubby pula berkejar melihat rumah yang belum siap untuk direnovation. Tuan rumah memberitahu sebelum hujung bulan perlu disiapkan semua kerana si anak sudah mahu berpindah rumah tersebut.
Selesai yang satu berkejar pula ke hospital memenuhi temujanji untuk fisio jari aku yang tidak ada perubahan lagi. Selesai fisio hantar Mak Zah pergi mengambil ubatnya. Kemudian terus berkejar ke Tabung Haji menguruskan pusaka allahyarham bapak. Selasai di sini memandu pula terus ke TM Point untuk upgrade wifi di rumah yang sudah semakin lembab taliannya. Seringkali bila surfing tiba-tiba hanging. Jalan terbaik ikut kata anak-anak upgrade sajalah. Berjam juga berada di TM Point. Mujur juga masuk waktu solat sekarang agak lewat. Makan tengahari itu kami di warung saja.
Masak untuk makan malam badan sudah letih. Untuk defrost ikan yang beku di peti ais pun malas. Cepat saja tangan mencapai ikan di dalam tin ๐kerana inilah kerja paling cepat dan mudah. Makanlah ala kadar apa yang ada.
Hidangan 1 - Sardin letak cili dan bawang-bawang saja. Bukan sambal tumis pun. Sayur kailan juga tumis-tumis saja. |
Hidangan 2 - Telur dadar letak bawang dan cili saja. Daging beryani seketul ini baki semalam punya hidangan tidak habis dipanaskan. |
Betapa dunia akhir zaman ini manusia termasuk aku sendiri ini sentiasa berkejar dengan masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Merenung dalam diri sendiri betapa aku berkejaran ke sana-sini semua kerana duniawi. Azan berkumandang masih duduk berurusan dengan TM Point. Selesai urusan sibuk mengisi perut hingga pembersihan rohani dikemudiankan. Hampir jam 2:45 petang baru mendirikan solat zuhor selepas makan. Lihatlah makan diutamakan. Allahuakbar!!
~~ Sering terjadinya insaf dalam diri setelah ianya berlaku baru tersedar.~~
simple je masakan, tapi must be sedap kak
ReplyDeletebtl la kak..kadang2 sengaja dilewatkan waktu solat sedang kerja xbanyak pun..huhu
ReplyDeleteyg simple tu la yg sedap kak...
ReplyDeletesaya pun sering terleka, dlm sedang azan berkumandang pun masih nak menghabiskan kerja duniawi. lepas habis kerja baru terkejar2 solat pulak.
ReplyDeletedah ada keperluan..kerja yang melewati waktu nak buat macam mana kan kakzakie
ReplyDeleteLauk simple pun sedap tu kakzakie....
ReplyDeleteBetullah biasanya kita lebih urusan duniawi dari segera menyahut panggilan nya.Kami selalu hadapi masalah ini tika menunggu giliran di hospital.
semoga jari akk cepat sembuh...inshaaAllah, byk kali fisio akan bertambah baik..solat dlm keadaan lapar akan sedikit terganggu konsentrasi..
ReplyDeleteMenu simple tapi sedap :)
ReplyDeleteTerkejar-kejarnya .. kalau Amy memang tak larat, pengsan.
Zura pon sama kak~
ReplyDeletesentiasa berkejaran. kalo kat opis tenang sikit nak solat awal. lepas makan trus ke surau tunggu azan zohor.
tapi kalo kat rumah. bersilat berperang, tau2 dah pukul 3.
kadang2 letih mengejar masa. hehehehe
itu pun dh alhamdulillah tu kak, menyelerakan
ReplyDeleteitulah, bila seharian sibuk... mmg terkejar2 kita
Assalam kakak
ReplyDeleteSelamat pagi
.
Betul tu. Dah jadi rutin sebegitu kdng kala.
Makan dlu di cari huhuhu
Peringatan bersama..
banyak hal yang boleh diuruskan dalam satu hari,tapi kalau dah satu urusan tu memakan masa yang lama,terbatas jugak urusan lain
ReplyDeleteBetul kak. Rasa sangat bersalah bila.sedang azan tu kita sedang makan. KPI solat masih belum achieve cemerlang.
ReplyDeleteWalaupun hidangan yang ringkas, tapi ia tetap sedap...
ReplyDeleteMasa terlalu pantas berlalu kini dan bila-bila sahaja akan ternoktah langkah kita nanti.
Kalau kita tak berkejaran dgn masa bnyk urusan kita yg tergendala xpalh abaikan sdkt keperluan diri dgn berselera sdrhana saja...tapi sedap n kenyang juga
ReplyDeleteSaya juga berkejar2 dgn masa skrg ni kak..
ReplyDeleteBelum lagi anak diasrama telefon..
Mama.. nak ini tinggal yg itu..
Aduhai.. penyudahnya makan dikedai juga..
Sebab nak masak yg simple pun tak sempat kak..
Dunia semakin pantas masanya..
Semoga kita tidak menjadi orang2 yg rugi ye kak..
Urusan seharian memang x pernah habis Kak.. Mudah2an kita pandai bahagi masa antara urusan dunia dan akhirat, in sha Allah.. Memang terkesima bila menghayati maksud surah al-asr..
ReplyDeleteKak, lauk simple pun nampak sodap.. ;-)
Apapun moga dipermudahkan semua urusan kak. Sedapnya lauk sardin tu ^^
ReplyDeleteBegitulah kita ini kak..termasuklah PC...tapi nanti bila semua urusan dah selesai...tengah duduk2...kita boleh ingat semula apa yang kita buat dari awal bangun tidur..ha masa tulah istighfar banyak2...niat dalam hati esok nak lebih baik..
ReplyDeleteSimple2 pun sedap tu kak..sardin..telur dadar..kalau PC pun dah cukyp bertambah nasi..hikhikhik..
betul tu kak..kita bekejar-kejar masa untuk menyiapkan hal duniawi..saya yang sendirian menguruskan hal rumahtangga hari bekerja memang mengejar masa..bila hujung minggu hubby balik baru rasa lega sedikit.
ReplyDeleteBegitu la kak zakie putaran masa dirasa semakin singkat...ada masa kita lupa dan alpa...
ReplyDeleteBetul tu kak, kadang kadang rasa semput bila nak settle kan semua benda dalam sehari
ReplyDeleteurusan duniawi lebih penting dari akhirat skrg ni
ReplyDeleteMenu yang simple pun tapi sedap ni. Boleh tambah banyak kali kak hehe.
ReplyDeletebetul tu..betapa kita berkejaran mengurus hal dunia hingga lupa dunia ini hanya persinggahan..
ReplyDeletesardin itu paling win!
ReplyDeleteRahmat Allah ada di awal waktu solat. Moga kita tak terus disibukkan dgn dunia.
ReplyDeleteSimple-simple pun tetap juga masak sendiri ya kak.
ReplyDeleteRushing sana, sini, situ alhamdulillah dapat diselesaikan juga.
Betul kakZakie.. makchaq pun selalu terkejar2. Dah pencen ni pun ada hari rasa kalut sangat.
ReplyDeleteklau menu mcm ni pon nasi bleh tambah2 ni hihi...
ReplyDeletetu la bz benor sejak tukar unit
x dan nk edit blog
semlm sempat la edit tu semua tb jer.. hihi
sedap juga tu..
ReplyDeletemasa mmg cepat la nie..
Busy itu indah..
ReplyDeleteJari kebas2 ke Kak Zakie?
Get well soon.
Biasalah kanda....dah katanya hari cutikan, hari itulah jugak semua benda nak diuruskan haruslah berkejaran mcm tu.
ReplyDeleteAlhamdulilah, berbaloi, semuanya dah settle. Oklah jugak tu, rajin jugaklah kanda masak, lauk simple gitulah selalunya lagi bertambah nasi, kanda weyh...
assalamualaikum kakzakie...nampak sedap menu walaupun simple kak...sekarang ni masa berputar mmg pantas...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Zakie... biasa menu yang simple tu la yang akan habis licin...
ReplyDeleteBetul cakap Kak Zakie, saya pun selalu juga dahulukan urusan dunia... Astaghfirullahala'zim... ๐
Sedapppp nyer lauk!
ReplyDeletedulu time study sy selalu lewatkan solat, masa jadi terasa cepat ja. tapi bila solat diutamakan, dikerjakan awal waktu, terasa macam panjang betul masa. semoga jari akak cepat sembuh, ameeen.
ReplyDeleteSaya suka sayur khailan tu.
ReplyDeleteBetul kak.. lebih2 lagi bila terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalanraya.. lahai.. penatnya rasa.
haritu ke JB rasa begitu congested.
ReplyDeletesaya sudah tidak mengenali JB.
Berubah seribu percent...
jari kak kenapa tu ya? semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteikut tips orang2 yang dah berjaya, kalau nak ada banyak masa, solat awal waktu, banyakkan baca AlQuran. Bila kita ikhlas buat ni, masa tu jadi berkat. Kita akan rasa panjang masa utk buay macam2. Try la kak. Saya pun dalam proses lagi. Kejar akhirat, dunia yg akan mengejar kita. :)
(muhasabah diri saya sendiri jgak ni)
Betul tu..sentiasa rasa kita tak cukup masa. Sekarang saya banyak kurangkan masa berkebun sebab saya memang ralit kalau duk tengok pokok bunga & sayur...kerja banyak yang tertangguh. Mula kelam kabut kalau dah lewat nak buat kerja segala. Padahal jam berputar dan berdetik tak lari sesaat pun...kita je suka berleka.
ReplyDeleteYa kak Zakie, saya kekadang jadi celaru dan pelupa mana kerja nak siapkan dahulu bila asyik mengejar masa sahaja.
ReplyDeleteSince ada anak kecik ni memang terkejar-kejar kak. Rasa macam tak cukup masa jer.
ReplyDeleteTapi semua urusan dunia kita pun ibadah kan kak zakie
ReplyDelete.
Asalkan niat kerja kerana Allah
.
Amanah. Jujur. Itqan. Pahala tu ๐