Petang semalam ketika sedang bersiap sedia untuk balik dari pejabat telefon berdering lagi mohon diangkat. Kedengaran di hujung talian suara adik. Keputusan SDKA (Sijil darjah khas agama negeri Johor) sudah keluar. Tetapi sebab adik berada nun di asrama dan hanya akan balik pada cuti semester bulan Mac kelak, pastilah dia mahu juga tahu keputusannya dulu. Waktu untuk sekolah agama tempat adik menduduki peperiksaan biasa berakhir pada jam 6:00 petang. Terus saja aku meminta bantuan hubby untuk ke sekolah mengambil keputusan peperiksaan adik.
Alhamdulillah adik mendapat pangkat satu, walaupun pembelajaran adik banyak tersekat sebab adik tidak dapat belajar penuh setiap sabtu. Ini kerana apabila balik JB sebulan sekali baru dapat ke kelas yang hanya diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh sebab itu walaupun aggregat adik berbelas kami tetap bersyukur. Al-Quran adik dapat 1. Lain-lain banyak 2 dan 3. Ada satu mata pelajaran adik iaitu Faraidh adik dapat 9. Kena ketawakan kakak😀
Selain membawa slip keputusan peperiksaan pihak sekolah juga menyampaikan surat jemputan untuk kami menghadirkan diri di hari konvokesyen yang akan dilangsungkan pada 22 Mac akan datang. Pembayaran dan keputusan kehadiran perlu diserahkan sebelum akhir bulan ini. Cantik perancangan sekolah adik sebab rata-rata yang mendapat keputusan seperti adik semuanya berada di sekolah berasrama penuh. Tiga kawan baik adik semuanya juga sama. Seorang di MRSM Pontian, seorang di Sek Tun Fatimah dan seorang lagi di Maahad Mersing.
Aku tahu adik lega sebab mendapat keputusan yang sama dengan dua kakak-kakaknya dulu. Tidaklah rasa rendah diri jika pencapaian tidak sama. UPKK pun adik dan kakak mendapat 8A. Semoga menjadi pemangkin semangat untuk adik terus gigih dalam pembelajarannya. Pihak sekolah adik sudah tentu lebih gembira lagi apabila diwartakan sebagai sekolah terbaik tahun ini untuk zon kawasan kami,
~~ Anak gembira ibu-bapa dan guru-guru berlebih lagi gembiranya.~~
Alhamdulillah, tahniah adik tahniah kakak sekeluarga ;)
ReplyDeleteHari ni saya bekalkan Eady je sebab cukup 1 bekal je..hehee..selamat menjamu selera nanti ye kak.
Alhamdulillah, tahniah adik..semoga adik terus cemerlang..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah adik sedapnya nasi ayam tu..berselera tgknyA..hihi
ReplyDeletealhamdulillah dan tahniah adik..sejuk perut ibu mengandung..
ReplyDeleteTahniah adik jugak tahniah buat kakzakie
ReplyDeletetahniah Adik! Anak2 kakzakie ni memang kategori cerdik, jarang2 dapat masuk kelas pun boleh berjaya dgn baik...
ReplyDeleteUPKK Amirah baru2 ni dpt 7A1B saja.
SubhanAllah..alhamdulillah...syukur..syukur..syukur...tahniah kak Zakie dan suami..kerana ibu bapa tunggak utama anak-anak di rumah..disokong dengan guru-guru disekolah..dan untuk adik juga...sangat-sangat tahniah acik PC ucapkan ya..selagi mana adik bawa Allah..mama papa dalam kehidupan selagi itu inshaAllah kejayaan bersama adik..
ReplyDeletealhamdulillah tahniah adik dan kak zakie pun sama. semoga terus cemerlang
ReplyDeleteAlhamdulillah Adik berjaya dpt Pangkat 1.. Tahniah kepada Kakzakie juga sbb didikan akak hingga adik berjaya dgn cemerlang.. :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah adik... tahniah kak zakie.
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang :)
tahniah adik.. semoga berjaya dunia akhirat yea
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeletetahniah kak
Alhamdulillah.
ReplyDeleteTahniah untuk seisi keluarga. Smeoga terus menempah kejayaan di dunia dah lagi penting di akhirat.
Tahniah adek dan KZ... salam jumaat..
ReplyDeleteTahniah adek dan kakzakie juga...Alhamdulillah semua dah lega dan gembira .Selesai sudah debar Kakzakie anak2 menghadapi peperiksaan2 sekolah peringkat rendah,saya ni masih ada Iman lagi bakal menempuh saat2 itu...dah sibuk juga dia mwnghafal untuk UPKK skg ni.
ReplyDeleteTahniah buat dak Adik.. ;)
ReplyDeleteTahniah buat dak Adik dan Akak juga.
ReplyDeleteSemoga terus berjaya.
tahniaah adik... moga trs maju jaya lg
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah buat anak akak. semoga terus cemerlang lagi :)
ReplyDeleteAssalammualaikum..
ReplyDeletewahh Alhamdulillah. dpt pngkat 1 ye..
bguih nye la..
tahniah adik walau banyak masalah mengganggu penumpuan adik belajar tapi tetap raih jaya cemerlang
ReplyDeleteTahniah adik.
ReplyDeleteHati ibubapa yang paling lega.
Tahniah kak.
ReplyDeleteSemoga mereka menjadi anak2 yang solehah.
Pelajaran agama menjadi bekal seumur hidup mereka.
tahniah adik dan juga tuk kak zakie sekeluarga...
ReplyDeletemoga adik terus cemerlang ..
alhamdulillah adik, tahniah 😄 semoga adik terus cemerlang dunia akhirat dlm mempelajari ilmu dan menyebarkan ilmu yg dipelajari 😉
ReplyDeleteTahniah.. ibu bapa juga banyak memberi support kat anak-anak tak bergantung sepenuhnya kepada guru :)
ReplyDeleteTahniah adik... memang bijak la.. walaupun jarang ke kelas tapi masih dapat keputusan cemerlang
ReplyDeleteTahniah adik dpt pangkat 1...tahniah kak zakie...
ReplyDeleteSedap nasi ayam tu...
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletetahniah adik atas kejayaan yang cemerlang, tahniah akak sekeluarga atas didikan yang baik. Moga ilmu yang diperolehi memberi manfaat dan menjadi anak solehah...aminn
alhamdulillah tahniah buat adik
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah Adik.
ReplyDeletesemoga sentiasa berjaya dalam ape jua bidang yang di ceburi. Amin~
Tahniah adik..
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang dunia akhirat..
Alhamdulillah dah tahniah dik. Wahh kak sedapnyaaa bekal tu
ReplyDeleteWah...tahniah adik. Keluarga kakak Zaki memang keluarga cemerlang. Semoga terus cemerlang....amiin...
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah adik. :)
ReplyDeleteSemoga terus maju jaya. Ameeennn :)
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah n tahniah2 yer dik...semoga terus berjaya...
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah buat adik dan keluarga terutamanya buat mama dan papa kerana berjaya mendidik adik dan kakak kakak..
ReplyDeleteTahniah adik, tahniah kanda....
ReplyDeleteDinda dulu dpt pangkat dua kalau tak silap hihi...
Alhamdulillah syukur... tahniah adik... 😁 dapat berita gembira, makan pun berseleralah kan... hehehe
ReplyDelete