Saturday, April 28, 2012

Masih berbau Mekah lagi

Bingkisan tiba - Nurienne anak sulung aku yang mengambilnya dari en. posmen
Berkali sudah membuat umrah
21-04-2012 baru saja kembali 
Juga tarikh ulangtahun cucunda tercinta
Hilang segala rasa resah
Pemberian Kakpah menyentuh hati
Berguna, cantik dan enak tidak terkira
Bau Mekah lagi - ada tasbih digital, fridge magnet, ada 2 jenis kurma dan kismis
Anak ramai cucu sudah dua
Menikah usia muda agaknya
Marilah teman kunjungi rumahnya
Gembiranya hati tidak terkira
Mendapat ini tanpa di duga
Dulu menatap kini memilikinya
Satu bekas penuh - kurma dan kismis besar-besar itu yang anak aku kebetulan semuanya ada dirumah jadikan kudapan mereka bertiga.
FM - Bersama teman-teman yang lain di dapur
Tadika Aulad tegak berdiri
Memberi manafaat anak bangsa
Secawan Kopi Panas nama blognya
Dikejauhan ini ucapan diberi
Jutaan terimakasih tidak terhingga
Moga ukhuwah terjalin selamanya

MAHU BERKENALAN KLIKLAH KAKPAH.


~~ Aku jarang memasuki contest dan GA. Tetapi memandangkan aku punya gambar yang agak sesuai untuk dijadikan N3 bagi contest tersebut itulah aku terpanggil memeriahkannya dan ternyata membawa bahagia.~~



35 comments:

  1. Mestilah bahagia kalau dapat hadiah tak dijangka kan kakzakie?
    Kita pun nak juga cuma tak pandai nak join contest.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak rezeki dari tanah suci kan kak

    ReplyDelete
  3. tahniah kak :D


    bertambah lagi koleksi fridge magnet.

    ReplyDelete
  4. Salam Kakzakie,

    Tahniah, pandai kakzakie menulis, akak ni bab2 GA ni tak berapa nak pandai sangat.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    pemberian rakan pasti dihargai ..
    berbunga dihati x terbayang lagi ..
    penuh lah peti pasti akk puas hati ..
    tersenyum jangan lah sendiri ..
    yuk kongsikan dengan kami semua disini .. ;)
    nak FM jugakkkkkkkkkk ;))

    ReplyDelete
  6. salam kak..cantik FM tu..join contest ker..nk terjah la blog kak pah..hihi..

    ReplyDelete
  7. weeee...seronoknyaaa...nak kurma mekah skit? hihi

    ReplyDelete
  8. tahniah kak...tp kan kak,suami yat baru je menang award staff terbaik,dapt pakage ke umrah..tp dia mcm berat hati nak ke umrah...boleh akak bg pendapat cikit?puas yat pujuk..tp xberjaya la kak.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki akak tu,sy pun ada satu tasbih digital, pemberian dr teman blogger juga.fm tu sgt cantik..:)

    ReplyDelete
  10. tahniah... pemberian yg indah

    moga makin murah rezeki KakPah

    ReplyDelete
  11. salam kak zakie. Alhamdulillah kak zakie suka pemberian itu. Saat mendengar suara kak zakie dapat bayangkan yang empunya suara itu pastinya comel tidak terperi. Kebetulan kpah baru nak baik dari batuk haha..
    Nice knowing you. I meant it...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Tahniah akak.
    best dapat hadiah tasbih :-)

    ReplyDelete
  13. tuah badan siapa yang tahu. tahniah kak..

    ReplyDelete
  14. sedap berbau mekah..seolah2 memanggil2 dan menyeru2..menjamu selera dengan kurmanya agar tempiasnya kena pada kita utk sama-sama mohon keberkatan berpanjangan. Amin

    ReplyDelete
  15. tahniah kak zakie, cik ina ada gak pegi blog kak pah. membaca blog kak pah, macam boleh agak yang kak pah tu kelakar orangnya. cantik fridge magnet tu kak zakie : )

    ReplyDelete
  16. cantik FM.. alhamdulillah rezeki.. nak terjah blog kak pah pulak :)

    ReplyDelete
  17. banyaknya FM kakak. sy baru ada dua

    ReplyDelete
  18. Tahniah Kak Zakie.. Akak memang bertuah. Nur memang jarang masuk contest. Busy memanjang.. :)

    Akak duduk Senai ye.. Dah dekat dah tu dengan Nur. :D

    ReplyDelete
  19. bestnye digital tasbih....mami hadiahkan rietta analog punya...pown best juga....

    ReplyDelete
  20. Fridge magnet tu macam baju tradisional Korea, Hanbok namanya. So cute!

    Ah, I wish I was in Makkah. Sesungguhnya, kita hanya boleh merancang, tetapi Allah SWT jua yang menentukan.

    Nisa'

    ReplyDelete
  21. Seronok tidak terkira kerana waktu tiba bingkisan anak-anak yg duduk di asrama keduanya waktu balik. Tidak perlu kakak simpan lama dua hari mereka makan ada sedikit kurma boleh buat berbuka puasa hari ini.

    Terima kasih kakak ucapkan kepada yang memberikan komen:-

    eelobor, zana@pb, Santri TPINI, Aju Mohit, Cikgu Tie, Aien Alien, Kunang-Kunang, ieda, cinnamon.com, Kasih Salina, Munnafendy, Yatzakie (moga dibukakan hati suami Yat utk pergi - sayang kalau tolak), Kayna, Puan Kutu, ibuintan, ibundo (sungguh kakak gembira dapat berbual dgn kakpah walau sekadar melalui telefon - terima kasih kakpah), Pokok Manggis Depan Rumah, dhiera, sal, Cik Ina DDC, syeila, eira eixora, nur-Nba (nur tinggal di mana ye?), Henrietta Jose, Cikli (tanamkan niat-selalu munajat insya-allah dapat), Khairunnisa' dan Cik Lyndawawa.

    Terima kasih sekali lagi buat semuanya.

    ReplyDelete
  22. kalau nak bertukar FM please buzz me eyh....saya pun giler FM heheh

    ReplyDelete
  23. Tahniah kak..cantik dan bertambah koleksinya

    ReplyDelete
  24. Tidak ketinggalan terima kasih juga buat: -

    ct rahani, ikatankasihku, c'axoera (suka bila lihat di dinding fridge penuh dgn FM kan), anitadiana, Mama Ema dan Adylia Qarissa.

    Terima kasih.

    ReplyDelete