Tuesday, September 3, 2013

Suasana yang menagih kesabaran tinggi

Jumaat pagi selepas ke Tabung Haji kami ke Majlis Bandaran sebab mahu mengambil tong sampah yang diwajibkan pihak Majlis. Bermula 01-09-2013 rumah yang tidak menggunakan tong sampah tersebut terpaksalah mencari jalan membuang sampah sendiri. Oleh kerana sewaktu pengambilan tong sampah kami semua bekerja terpaksalah kami mengambil cuti dan pergi pada hari akhir iaitu Jumaat lepas.

Hubby dan adik - Kasihan hubby belum sembuh betul terpaksa beratur sama. Adik memang telah kami mohonkan cuti sebab jam 12:00 tengahari mahu mengambil kakak-kakak balik sama ke kampung. Kami menunggu dari jam 9:30 sehingga jam 11:00 pagi.

Panas - Dengan keadaan cuaca panas semua terpaksa beratur. Kami pula terpaksa mengambil 3 tong sebab dua lagi untuk rumah yg kami sewakan. Itu pun tanggungjawab kita sebagai tuan rumah.

Lambat - Sedihnya dengan penduduk yang beratus-ratus tiba di tempat pendaftaran hanya seorang pekerja yg menyemak dan seorang saja yang key-in data. Dokumen pula tidak sama sebab penduduk dibenarkan membawa bil api/air atau cukai pintu. Jenuh menanti sehingga ada auntie India duduk di atas tanah keletihan.

Dalam pada berasak-asak ada yang memedihkan mata dan hati bila ada juga yang mengambil kesempatan menggunakan wang sebagai penyelamat dari beratur panjang. Kalau ikutkan aku pun mahu begitu sebab hubby pun belum sembuh sepenuhnya dan mengejar waktu untuk solat jumaat. Tetapi hubby tidak benarkan.


~~ Harapnya dengan tong yang ada serial nombor ini jangan pula satu hari ada yang membuat aduan ke Balai Polis atau majlis kerana tong sampah hilang sebab ada yang tidak pergi mengambilnya.~~

69 comments:

  1. Lamanya kak menunggu ambik tong sampah tu...cuma 2 pekerja utk melayan penduduk yg ramai tu mmg tak sistematik langsung kan.

    ReplyDelete
  2. Thn lps sy pon diwajibkan amik tong smph tu..kami pegi waktu nk tutup dah..takyah beratur..amik awal2 mmg ramai org..setakat ni takde lagi kecurian tong smph tu..kami spray kt tong smph no umah..so, takde sape blh amik..haha...

    kesian hubby akak kena beratur lama2..dh la x sehat...tak pg complain kt pekerja tu ke? sian dia...

    ReplyDelete
  3. Thn lps sy pon diwajibkan amik tong smph tu..kami pegi waktu nk tutup dah..takyah beratur..amik awal2 mmg ramai org..setakat ni takde lagi kecurian tong smph tu..kami spray kt tong smph no umah..so, takde sape blh amik..haha...

    kesian hubby akak kena beratur lama2..dh la x sehat...tak pg complain kt pekerja tu ke? sian dia...

    ReplyDelete
  4. penantian suatu penyeksaan.. x kisah la Q utk ape pn.. hehehe..
    *mlm td masing2 dok sibuk Q amik minyak :)

    ReplyDelete
  5. sepatutnya dipermudahkan..memang x sistematik langsung..nasib baik somo kak zakie jenis penyabar..kalau somi sura..x tau la..mesti kena sound...hehehe..

    ReplyDelete
  6. laaaa mcm tu jadinye kak....tang hulur duit tuk cepat tu tak bagus tu...dah dikire rasuah tu kak....ishhh buat malu jek...

    kak, nanti tong sampah tu kene jaga or ikat ke sbb mmg akan ade kes kehilangan nanti....

    ReplyDelete
  7. bgusnya disiapkan tong smph...yg x bgosnya..servisnya....sian asben akak kene berdiri lama tu...patutnya..ada tmpt yg lebih selesa mungkin...

    ReplyDelete
  8. sepatutnya kene tambah pekerja bg lebih efisyen..kesian kat makcik pakcik kene beratur panjang semata2 nak amik tong sampah

    ReplyDelete
  9. kalau bab nak bagi free ni gitulah kak...sedih..

    ReplyDelete
  10. Kalau ramai pekerja pasti mudah urusannya.

    ReplyDelete
  11. Ohhh dah dikuatkuasakan yeh kanda kat sana...kat sini belum lagi nampaknya ...Semua humban dalam tempat sampah kat pagar tu hehe

    ReplyDelete
  12. Panjangnya que tu kakzakie....sabar pun kena panjang ni ;)

    ReplyDelete
  13. Alahai kesiannya, memang penat dan letih menunggu ni apatah lagi dalam keadaan cuaca panas, dah tu berdiri pulak tu.

    ReplyDelete
  14. kemain panjang beratur tu...kesian hubby akak...kalo saya pun geram kita dah la ramai pekerja cuma sorang alahai...

    ReplyDelete
  15. panjangnya kena beratur tu kak zakie. kami kat sini pun dah ada tong sampah macam ni. masa balik raya hari tu kami cuci bersih2 tongsampah tu dan simpan kat porch. takut juga kena curi ke apa kan.

    ReplyDelete
  16. Sampai kena pegi amek sendiri kak?? aduhh parah.. dah lah kena beratur panjang.. ada plak yang mengelat tu.. hurmmm sedehhh

    ReplyDelete
  17. panjangnyer Q,,, owhh..,memang diwajibkan ambil tong sampah ye..

    ermmm.. pttnya buka 2 line ke.. camner ada sorang je nak urusakna..

    ReplyDelete
  18. Lama juga menunggu yer kak dgn Q lagi...sabar jer la kan.....

    ReplyDelete
  19. nape plak buat cmtu....kt sni dlu...org majlis perbandaran kt sni...dorg yg hntarkan dr rumah ke rumah...lps tu, penerima cuma perlu tandatangan jer...

    ReplyDelete
  20. alahai kesiannya kena beratur punya lama, patutnya bukak la kaunter byk sket utk kemudahan org ramai, tak abis2 nyusahkan org tau derang ni, buat sesuatu tu cuba fikir kebajikan org len!

    ReplyDelete
  21. sampai mcm tu sekali yek.... dah tau ramai yg nk dtg tu sediakan lah pekerja lebih2... apa lah diaorg nih... kadang diaorg mls nk pening kn kepala nk senang je tp kite la yg susah

    ReplyDelete
  22. Bagus dusiapkan tong sampah with serial number tp yg x bagysnya sebab 2 org je staf?patut siapkan beberapa kaunterkan.kesian org nak beratur pjg...dah hari kerja

    ReplyDelete
  23. nak amik tong sampah pon kena beratur panjang yer kak...hurmmm bagus jugak kalo ada serial nombor nih tapi kekadang ada gak yang gatal tangan nak cilok..tapi tak patut kot sorang jer yang jaga..kesian penduduk..

    ReplyDelete
  24. Salam K.Zakie..

    alahai..
    dgn penduduk yg ramai mcm ni,patutnya kena ada lebih dari 1 kaunter utk tiap2 urusan..
    Sabar betul akak ni.. alhamdulillah..
    hmm..kena mangga dgn solex la gayanya xnk tong sampah kena curi.. hihi.. :p

    ReplyDelete
  25. Aduss penatnya kalau kena beratur sampai beratus org dlm line gitu..tak efisienlah dorang nie buat keja kan ..kesian penduduk2...
    mungkin jgk kan kakak kecurian tong sampah blhberlaku .kena tulis no umah dan rantailah kalau gitu kan

    ReplyDelete
  26. Patutnya kita pohon online, majlis lah yang hantar kat rumah. benda besar tu. nak tunggu saya jadi yang dipertua dulu ke baru nak buat inovasi yang menyenangkan rakyat.

    ReplyDelete
  27. Akak salin siri nombornya nanti kalau hilang senang nak cari, pas tu buat tanda rahsia sikit yg kita je tahu.

    ReplyDelete
  28. x effektif langsung pengendaliannyer.... iskkkk

    ReplyDelete
  29. rumah nur dah lama guna tong sampah ni...mereka hantar kat rumah...
    kalau time tu habis..mereka suruh pula pergi tempat pemgambilan...memang leceh kena beratur macam ni kak..

    ReplyDelete
  30. JENUHNYA MENUNGGU. KLU MAMA DAH SAKIT KAKI TU!

    ReplyDelete
  31. Kat tempat saya ianya dibuka 2 hari (Sabtu dan Ahad) dah setahun dulu. Tong sampah lama Majlis dah angkut tapi baguslah mereka angkat juga sampah yang dalam plastik hitam depan rumah yang tak ambil tong baru

    ReplyDelete
  32. Salam Kakzakie,

    Kalau ada anaemia sure pengsan kalau berdiri lama-lama tu! Kalau beli tong sendiri tak boleh ker??? Macam-macam pulak peraturan pihak berkuasa tempatan ni ya!

    ReplyDelete
  33. Pernantian itu satu penyiksaan kak. X suka menunggu. Klw boleh sume nak xpress.

    ReplyDelete
  34. kalau aiza mesti dah lama melenting.. sekurang-kurangnya sediakan tempat duduk/kerusi untuk orang yang datang (tak semua orang sihat).. seharusnya juga mereka menambah staf yang dipecahkan kepada 3 atau 4 meja untuk melancarkan serta mempercepatkan urusan..

    ReplyDelete
  35. mak aiiii..lamanye kakak beratur..mmg skang nie procedure baru ke kakak?..tong sampah kene pakai dieorg punye?..

    ReplyDelete
  36. jadi iktibar utk diri sendiri, mcmana penantian di yaumul mahsyar?

    ReplyDelete
  37. Ya Allah kak zakie...kesiannya dengar auntie india tuh duk atas tanah semata tggu tong sampah bandaran...ya Allahhh...kesiann lah...dimana anaknya tika itu...x terbayang rasa yer kak zakie...kesian asben akak lum sembuh lg...harap sgt mereka perbaiki keadaan x jd mcm tuh lg...

    ReplyDelete
  38. kat melaka memang dah implement dr last year lagi untuk tong smpah baru ni kak..so bulan 3 masuk rumah baru developer terus suruh ambil. takdela kena beratur semua. yg haritu tu pun swm dtg ke setiap taman untuk agihkan tong sampah masing2. senang sikit

    ReplyDelete
  39. Kesian plak kena beratur panjang ye Kak.. nasib baik dpt juga tong sampah tu..lepas ni senang skit...

    ReplyDelete
  40. ramai yg berbaris tu.. patotnya ramai yg bertugas.. kalo sorg je mmg jenuh la nak tggu tu.. ish..

    ReplyDelete
  41. kat Seremban dah agak lama pratikkan penggunaan tong sampah macam tuh...

    ReplyDelete
  42. alahai kena beratur ker,
    kat kawasn umah masz rasanya tong sampah tu baru diberi masa kami baru pindah umah ujung taun lepas, masa kami masuk umah tu, tong ada 2 biji, tapi dua2 pon penutup x der, so terpaksa buat lubang kat bawah nak elak air hujan bertakung.. dalam tong tu..

    ReplyDelete
  43. Kak zakie, anak teruna tak ikut hari tu sebab dia ikut makcik dia ke tmpt lain.. maklumlah budak2 kalau ada kawan2, mak bapak dia tak heran dah.. hehehehe

    ReplyDelete
  44. tong sampah ada serial number.. maknanya tong sampah berdaftar la ni ye kak?

    ReplyDelete
  45. susah juga bila depa tak work smart kan kak. kesian kat penduduk yg menunggu giliran. kat sp pun kena ambil tong sampah ni tapi takdelah beratur panjang. lagipun tak buat sehari. 3 hari bagi setiap taman.

    ReplyDelete
  46. Tak patut lah. Dah tau penduduk ramai, kenalah sediakan staff yg ramai. Kan kesian kat penduduk yg kena beratur panjang.

    Bagusnya ada disediakan tong sampah sendiri.

    ReplyDelete
  47. assalam kakzakie..ditempat acik dah lama ambik tong ni..sebelum pilihan raya..dua kali suami acik pergi..pergi mula2 ramai sangat dia balik..kemudian pergi lagi..baru dapat

    ReplyDelete
  48. peraturan yg pada dasarnya utk memudahkan jadi susah klu sistem tak sisteatik..penatnya menunggu kan..bukan semua org sihat, bukan semua org dalm keadaan senang n bukan semua org kuat utk beratur panjang.sabo jer la..

    ReplyDelete
  49. Kenapa pihak tersebut tidak prihatin, kita yg membayar cukai dan membayar gaji mereka sepatutnya di layan dengan mesra, cepat dan tidak menyusahkan...ini dah macam pengemis pula. Kalau lambat bayar...cepat ajer kita didenda dan disaman.

    ReplyDelete
  50. alaaahhh..siannya.. bertong sampa baru lah gamaknya kita yee..

    ReplyDelete
  51. Assalammualaikum kak..alangkah indahnya andai sediakan sedikit kemudahan tempat duduk pada yang datang berurusan..terubat sedikit kecewa dihati..tak apa kak..kalau kita guna cara yang betul..walau pun sedikit perit..tapi ada keberkatannya..amin :)

    ReplyDelete
  52. Kawan IM tadi pun bercerita lebih kurang sama. Dia ambil imbuhan RM500 dari RISDA. Orang ramai beratur tapi yang uruskan cuma seorang.

    IM tanya kenapa RISDA tak bankin saja?

    Kawan IM tu datang dari Penanag ke Gopeng semata-mata nak ambil RM500.

    Memang tak sama cara kerja pihak swasta berbanding kerajaa...

    ReplyDelete
  53. betullah...takder sistematik...patutnya tambah staff dan bahgi beberapa barisan supaya cepat pengurusannya..

    ReplyDelete
  54. Sebenarnya telah sebulan diberi notis untuk pengambilan tetapi hari yang dibuat adalah Isnin & Jumaat yg mana kita semuanya bekerja. Tetapi dek kerana keluar notis sampah tidak akan diambil jika tidak guna tong sampah mereka maka terpaksalah kakak dan abang cuti. Kami pula ada tanggungjawab pada penyewa rumah-rumah kami itu yg kena lunaskan juga sebelum tarikh kuatkuasa.

    Terima kasih atas semua komen diberikan:-

    Mia Kassim, mama_ka0ri, aizu's life, Sura Mohd, lieyalatif, Asyifa Mustaffa, NoEn, Knor, Ummi Iman, hainom OKje (kanda rasa tak lama lagi satu M'sia buat macam ni nak bagi business yg tukang buat tong sampah tu hihi....),:: Mrs.Eady ::, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), ummiross, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Izan Ishak, ZazaMyMoon, LYAfrina, Wanieys a.k.a IbuQalief, HeNRieTTa JoSe (kalau macam tu lagi baik kan Rietta), elly nadyra (ramai yg kata macam tu elly), norhidana miswan, Tuan Juhaida, Zee Suhaini, ♥ Cmª shIemª ♥ (bukan sabar Cma tapi dah terpaksa), ummuaidan (spray no. rumah ummu), Cikli (bilalah Cikli jadi YDP senang sikit hihi...), @lfidah @dim, JunAina (ada copy dari majlis tunjuk sirial no. tong Aina), lia, izan mama mia, Qhaifa Nur, Juhariah Johari (lenguh juga Kak Ju), Empayar Utama (kalau hari mengambil hari cuti bagus dik, tempat kakak hari bekerja), Ummu Madihah (kakak rasa auntie India tu tak sihat sebab itu dia duduk ahe MakJi), Ibu Lala, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Falsya (entahlah Sya... nak bagi business yg buat tong sampah agaknya hihi....), Nor Azimah, Umi Qi (kakak rasa dia tak sihatlah Ju. Nasib baik dia pergi dgn anak dia), amirah (oh ye ke?), aTieYusof Family, Deqla Manjew, Papa Mifz, maszmadi, ZazaMyMoon (patutlah dia tak ada), QueeN TerataI, ANIM (hairan kan macam tak boleh nampak keadaan masa tu), Fiza Rahman (lagi kesian bila dan jejak pintu pagar yg baru dtg kena duduk selonggok tempat lain), Acik Erna (dah ada legalah acik), Puan Kutu (betullah Murni, nak bagi org kemudahan tapi tak ada sistem), Bin Muhammad (memang ada yg balik BM sebab ada yg kena kejar masa utk ambil anak balik sekolah dan solat jumaat masa tu), Azian Elias, PeRdU cINta (begitulah sepatutnya kan... tapi mereka bagaikan tidak melihat sinario itu), insan marhaen (kakak setuju sangat apa yg IM kata tu..)dan BUNDA a.k.a KN.

    Terima kasih sekali lagi semuanya..

    ReplyDelete
  55. kene beratur tengah panas... adui sian hby akak.. dengan keadaan x sihat lagi tu ye..

    ReplyDelete
  56. Ni Majlis Bandaran mana kak? Kalau pakai tong sampah sendiri, majlis tak bagi ker?

    ReplyDelete
  57. ishhhlahmenyusahkan org jer, kalau iyer pun sediakanlah ramai kakitgn mcm nak mengundi tu kan senang.. kesian org beratur panjang dan lambat...

    ReplyDelete
  58. kesiannya kalau yang beratur tu dah berumur kan....mesti letih....beratur pun panjang...maybe untuk next time, pihak berkaitan kena prihatin dalam hal ni

    ReplyDelete
  59. Bagus jugak rasanya sistem pengurusan sisa pepejal yang macam ni. Tapi sistem menyerahkan tong sampah tu pulak yang tak berapa nak bagus dan sistematik.

    ReplyDelete
  60. sampai kena beratur gitu sekali....

    ReplyDelete
  61. aduhai panjang barisannyer tu kak !

    ReplyDelete
  62. assalamualaikum kakzakie...ramainya beratur jenuh kena tunggu...;)

    ReplyDelete
  63. Padanlah tong sampah Nur yg lama dah hilang @ lesap.. Alih2 ada tong ni depan pagar rumah beserta borang.. Masa tu tak dapat nak ambil tong ni sebab ada urusan peribadi..

    ReplyDelete
  64. bab beratur panjang pastu tunggu lama-lama mcm ni mmg sakit tapi nak buat mcm mana lagi,kan

    ReplyDelete
  65. patutnye kene ada staff yg ramai handle kan...tp bagusle bile tiap rumah dapat tong sampah ni..

    ReplyDelete