Tuesday, December 17, 2013

Pengantin di rumah kami

Hari Ahad baru ini rumah aku bagaikan ada majlis kahwin. Tetapi yang ada hanya pengantin lelaki sebab pihak pengantin lelaki menjadikan rumah kami sebagai tempat mereka berehat sebelum majlis bersanding. Semua keluarga pengantin lelaki berkumpul di rumah kami sebelum ke rumah pengantin perempuan. Pasukan kompang juga berkumpul di rumah kami.

Pasukan kompang - Kumpulan Al-Ikhwan diundang untuk meraikan sama majlis. Waktu ini mereka sudah bersiap tetapi masih menanti keluarga pengantin lelaki semuanya sedia bergerak.
Sedia - Pengantin lelaki sudah bersedia untuk diarak mahu keluar dari rumah kami.
Berarak - Sedang bergerak dan dikompang menuju ke rumah pengantin perempuan.
Makan beradap - Gambar di atas pelamin aku tidak dapat peluang sebab terlalu sesak di depan pelamin. Hanya ini yang aku ada.
Aksi hebat - Hahaha.... semua teman surau gelak tidak terkata bila pak haji ini bersilat. Hubby tidak mahu memalukan majlis sebab pengantin duduk lama menanti untuk orang bersilat tetapi tidak ada, lalu hubby yang beraksi. Gelihati kami semua tidak terkata. Hinggakan ada teman surau berkata boleh jadi guru silat pengantin hahaha...

Begitulah kisah kesibukan aku sepanjang dua hari, di hari minggu yang baru lalu. Hinggakan bila malam mahu tidur baru sedar banyak panggilan telefon tidak berjawab. Mahu memanggil semula sudah larut malam. Sungguh meletihkan tetapi keseronokannya terpahat di hati.

~~ Jiran kita adalah saudara terdekat kita. Oleh itu tidak salah memberikan waktu kita buat mereka ketika mereka memerlukannya.~~

66 comments:

  1. salam. selamat pagi kakzakie sayang..hehe. wah nampak meriah sangatlah!..

    ReplyDelete
  2. bertuah dierang dapat berehat rumah akak tau...
    suka tema kaler purple cantik..selamat pengantin baru untuk mereka...
    betul tu kak Jiran saudara terdekat kita..tolong la selagi mampu esok2 mana tau kita pulak yang minta bantuan merekakan kak..

    ReplyDelete
  3. Meraiah.. pengantin pun cantik..

    ReplyDelete
  4. kalau ada video lg best tengok bersilat tu hehe

    ReplyDelete
  5. masa nie memang meriah kan kak...saya mmmg suka tengok pengantin..

    ReplyDelete
  6. KAK ZAKIE...lieya sukeeee...sbb purpleeeee...cantik sgt pengantin.... moga2 mempelai kekal bahagia till jannah dan dikurniakan zuriat yg bijak dan soleh-solehah....

    ReplyDelete
  7. jiran akak ke ni??
    untung dorang berjiran ngan orang baik2..
    amboi, hubby pandai bersilat tu..lepas ni abis la kak..ramai yang nak menempah ni..

    ReplyDelete
  8. Selamat pengantin baru buat mereka.

    ReplyDelete
  9. betul..saya pun busy minggu lepassebab jiran dpn rumah kenduri kawin guna pourch umh kami

    ReplyDelete
  10. nice clr.. cantik :)
    selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  11. Serba boleh suami akak... Bakat terpendam tu..

    ReplyDelete
  12. meriahnya kak, bestkan dapat tolong menolong sesama jiran

    ReplyDelete
  13. hahaha.. husband akak ya yang bersilat.. sepatutnya diorang plan awal awal siapa yang bakal bersilat supaya tak jadi kes memalukan pengantin sbb tak ada volunteer kan.. hehe..

    ReplyDelete
  14. betul..betul..betul..kalau tak meraikan jiran siapa lagi kan Kakzakie, susah senang, jiran terdekat dulu yang sampai sebelum ahli keluarga.

    Hehehe..hebat juga suami Kakzakie bersilat.

    ReplyDelete
  15. bila tgk org silat tu tingat dulu2 masa kahwin hehhe.meriah betul ye kak

    ReplyDelete
  16. meriah majlisnye....suka rietta tgk pasukan kompang, sekarang di tempat rietta, susah nak jumpa...

    ReplyDelete
  17. Meriahnya terasa di rumah kakzakie majlis pengantin ni...

    Pandai pak haji silat pengantin ye :)

    ReplyDelete
  18. nasib baik ada suami akak, bertambah meriah majlis tu

    ReplyDelete
  19. terasa kemeriahannya...tolong-menolong sesama jiran..

    dah lama tak tengok org bersilat pulut depan pengantin..mahal ni..limited edition..

    ReplyDelete
  20. Untung kakak dpt jiran yg okayh..meriah majlis..kalau dpt tgk husband akak bersilat mesti best..hehe

    ReplyDelete
  21. selamat pengantin baru buat mereka.

    ReplyDelete
  22. Meriahnya ye Kak..
    siap abg haji yang bersilat tu..hahaha...suka tgk tema ungu ni kak... Tahniah pd pengantin...:)

    ReplyDelete
  23. Nasibla ada asben akak...klau x..kesian pngantin dok mnunggu ajer.....

    ReplyDelete
  24. musim diri masjid sana sini sekarang ni..cantik juga tema color purple tu..

    ReplyDelete
  25. hamboi..hebat juga hubby akak tu atur silat..ehe...

    ReplyDelete
  26. Ooo.. pandai pak haji bersilat yerr... bakat terendam tu kak.. hehehe... :D

    ReplyDelete
  27. memang jiran itu kadang2 lebih dari sedara... sebab dia paling hampirkan... tahniah untuk pengantin baru.. pak haji berbakat rupanya...

    ReplyDelete
  28. Tengok gambar saja pun dah meriah. Memang betul, jiran adalah bagaikan saudara juga.

    ReplyDelete
  29. wah abang pandai bersilat yer kakak..heheh..untungnya..
    meriah jugak kan kenduri depa nie ngan kompang bagai..sib baik jiran2 rajin tolong menolong,.

    ReplyDelete
  30. Slm singgah membaca, saya suka warna purple tu cantik !

    ReplyDelete
  31. rumah akak jadi tempat bersanggah ya..camtulah tolong menolong sesame jiran kan.

    paling suka tengok org silat pengantin, mmg boleh ketawa besar. :D

    ReplyDelete
  32. Betul kak kalau di kampung kita berjiran dengan saudara-mara sendiri tapi sekarang ni jiran2 kita semua org asing tapi itulah yg jadi saudara kita sebab sekiranya ada apa yg berlaku jiranlah yg kita cari dulu berbanding adik beradik yg duduk jauh.

    ReplyDelete
  33. nasib baik ada tukang silat terjun ye kak...hehe...

    ReplyDelete
  34. Betul sgt.. jiran nilah pengganti saudara terdekat....seronok dpt jiran2 yg baik2 begini...tak berkira bila rumah dijadikan tmpt merewang atau tmpt persinggahan utk pihak lelaki...

    ReplyDelete
  35. Rasa dah lama tak g kenduri kawen camni..macam best pulak..hehe

    ReplyDelete
  36. Meriahnya kak.....nasib baik ada hubby akak jadi tukang silat klu tak sian pengantin duduk lama menunggu...hehe

    ReplyDelete
  37. fuyoo..mmg tersangat la sibuk kalau ada majlis kawin2, ni kan kak.tapi penat belakang kira..

    ReplyDelete
  38. Meriahnya kenduri kt sana..macam dh jdi tuan rumah..wakil pengantin lelaki.

    ReplyDelete
  39. hehehe ingat akak terima menantu dah ! neway nampak meriahlah kak!

    ReplyDelete
  40. wahhh meriah..

    hehe... bakat terpendam tu kak....

    ReplyDelete
  41. hihihi..nasib jugak ada hubby kakzakie pandai bersilat..tabik spring ngan suami kakzakie..:)

    ReplyDelete
  42. hebatla suami akak kalau boleh jadi pesilat bidan terjun mcm tu..hihi..lain kali boleh jd pesilat jemputan terus..meriah dgn kompangnya semua sekali..

    ReplyDelete
  43. Apa kabar?
    Wah dah ada hak cipta terpelihara!

    ReplyDelete
  44. MERIAH ..YE KE KAK..ADA BAKAT SUAMI AKAK BERSILAT..

    LPS NI BYK UDANAGAN SUAMI AKAK UTK ACARA SILAT..HEHE

    ReplyDelete
  45. kena praktis lagi silat ni...

    manalah tau boleh jadi acara rasmi taman...

    kannn...?

    ReplyDelete
  46. salam akak..
    wah tera gupanya hubby akak bersilat..:)
    betul tu kak zakie..jiran orang petama yang di tolong dan menolong :)

    ReplyDelete
  47. baik hatinya... normally sekarang kalau ada kenduri kahwin ke apa ke mesti org sewa homestay kan...

    ReplyDelete
  48. mesti meriah dan riuh rendah rumah KZ hari tu kannn...

    ReplyDelete
  49. betul kak, jiran terdekatlah yg akan tolong klu kita ada apa2 masalah, jadi memang wajib kunjung mengunjungi sesama kita, yg best dpt makan nasi minyak hehe

    ReplyDelete
  50. kira mcm umah bertanggak la akak ek.. hehehhe.. nmpk suasana meriah tu..

    Kak bukan men lagi langkah silat tu kak.. jaga2...

    ReplyDelete
  51. kat jb masih ada rewang wpun kat rumah taman . klu kat sini mmg dah tak hado ... hohohooo . pelik jer baca perkataan bertanggak sbb dah biasa guna sanggah .

    ReplyDelete
  52. Ingatkan kisah pengantin datang rumah rupanya jadi rumah bertanggak. Seronok tu...macam jadi pihak sblh lelaki pula...

    ReplyDelete
  53. asslamualaikum kakzakie...meriah juga majlisnya selamat pengantin baru buat pasangan...;)

    ReplyDelete
  54. kesimpulannya rumah kak zakie besar ! hehe. selamat pengantin baru kepada ahli keluarga kak :D

    ReplyDelete
  55. hehe..comel..hubby kak zakie tunjuk bakat ek..:)

    ReplyDelete
  56. meriahnya majlis perkahwinan, moga kekal hingga ke syurga, aminn


    seronoknya kalau saya yang berjiran dengan kzakie nih..

    ReplyDelete
  57. Dijohor pun ada silat depan pengantin ye kakzakie

    ReplyDelete
  58. assalamualaikum kak... dah tentu meriah jadinya kan... cantik warna baju pengantin.. maklumlah purple kan :)

    ReplyDelete
  59. Sebenarnya tradisi menumpang di rumah jiran dulu-dulu ada dipraktikkan di kampung-kampung. Tetapi sekarang sudah jarang kelihatan disebabkan banyak homestay di mana-mana. Taman kakak juga ada homestay dua buah tetapi kakak yg membuat majlis mahu menumpang di rumah kakak, rasanya tidak salah buat kami. Lagipun kami tidak ada program lain.

    Terima kasih buat semua yg memberikan komen:-

    Mimi Azirah, Sherwieyna Muzzawer, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Rinna, redza, Kisah Si Dairy, lieyalatif, Zee Suhaini (Ye, jiran kakaklah ni Zee), Fiza Rahman, :: Mrs.Eady ::, ::NureeN::, Nur-nba, Mila@Rimbun, Rai Ourkizuna (biasanya budak yg main kompang tapi tak tahu kenapa hari tu mungkin budak tu tak ada agaknya), ummiross, inazamri, HeNRieTTa JoSe, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), umi alya, nohas (itulah yg semua kawan do gelak hihi...), Falsya, NM03, aTieYusof Family, Mizz Aiza (Dunia Kecil), asyifa mustaffa (bidan terjun ni Syifa), Kasih Salina, izan mama mia, acik idah, Cho Zila, Aziela, ummuaidan (mengingat nostalgia masa mudalah tu ummu hihi...), PearlVelvet SueQys, Ujie (yelah Ujie tempat bersanggah aje), JunAina (jiran kakak alhamdulillah semuanya baik-baik), aanie, Eye_nee, Cheq Kaq, Mia Kassim, Sue Bee, Sarah Talib, Kesuma Angsana (belajar ni KA hahaha...), CikMoon Adnan, Sura Mohd (menyelamatlah ni konon sura), amirah (dulu abang memang belajar silat masa belajar), Juhariah Johari (eh... dari dulu memang adalah kak ju tapi dulu kecik sekarang besar gedabak - guna hp), Knor (tak adalah Nor, abang tak mahu pun ini sekadar nak cover kesian dah lama tunggu), Rapunzel Cikilolo, Roha, wantie (homestay taman kakak ada dua tapi dua-dua dah kena sewa itu yg dia tumpang rumah kakak tu Tie), BUNDA a.k.a KN, Aju Mohit, mysha, harumankasehvee (kalau kakak pun panggil bersanggah bukan bertanggak), Bin Muhammad, Mas Zull, syuk shusuke (rumah kakak tak besar tapi tak banyak perabut itu yg agak luas utk org ramai Syuk), mama_ka0ri (kelakar kan...), Nor Azimah (sesekali Azi), Acik Erna (ada Acik bahkan ada tu siap berzapin lagi).

    Buat semua teman kakak ucapkan terima kasih sekali lagi:)

    ReplyDelete
  60. meriah yer.. tema purple sama mcm tema kawen deqla dulu.. heee

    ReplyDelete
  61. Seronok tengok majlis kahwin yang meriah macam ni. Siap ada silat pengantin lagi tu. :-)

    ReplyDelete
  62. mmg meriah... kalau jiran tetangga buat kenduri kawain mmg kiter akan rasa tempiasnya kan..

    ReplyDelete
  63. salam k.zakie..

    alhamdulillah ada jiran & dikelilingi jiran2 yg baik hati kan?

    hehe.. en hubby akak ke yg bersilat tu? silat pulut ke silat gayung? :p

    ReplyDelete
  64. Ohhh...pandai brsilat rupanya hubby kanda yeh....seronok gak tengokkan org bersilat ni .....kalau yg suka bergurau tu siap main mainkan pengantin hehe....

    ReplyDelete