Saturday, March 1, 2014

Nasib baik...

Bila berlaku kemalangan akan dikatakan
NASIB BAIK  tidak apa-apa walaupun kereta mengalami kerosakan. 

Namun bila kereta rosak teruk dan yang terlibat dalam kemalangan tercedera
NASIB BAIK cuma cedera walaupun kereta habis teruk. 

Begitu juga andai kereta dan yang terlibat kemalangan sama-sama teruk
NASIB BAIK masih boleh diselamatkan. Kereta di bengkel dan dia kini di hospital.

Hinggalah kereta punah dan yang terlibat meninggal pun masih tetap di gunakan lagi
NASIB BAIK dia meninggal kalau hidup pun tidak boleh buat apa-apa.

Hatta sehingga yang meninggal tangan terlerai dari tubuh pun
NASIB BAIK tangan yang terputus ada dijumpai dapat dikebumikan bersama janazahnya.

Bila mayat telah dikebumikan pun
NASIB BAIK dia meninggal kalau hidup pun bagai bangkai bernyawa.

Aku tamatkan di sini sebab kebarangkalian nasib baik masih banyak lagi selalu diguna-pakai. Banyak senario lain yang terjadi akan menggunakan perkataan ini dalam kehidupan seharian kita.


~~Mungkin kita diasuh untuk sentiasa redha dan bersyukur oleh itu setiap apa yang terjadi dapat dirasakan masih bernasib baik disebalik apa juga ujian yang melanda.~~

48 comments:

  1. Salam sabtu kak......betul tu kak, redha dengan apa sahaja dugaan yang melanda...:-)

    ReplyDelete
  2. Nasib baik sempat baca dan komen entry akk pepagi ni ..hehehe..

    ReplyDelete
  3. salam sabtu kak.. erm per kataan nasib baik tu sslu di gunakan... tukar pd perkataan Alhamdulillah kot...

    ReplyDelete
  4. Betul tu KZ..Tanpa sedar kita sebenarnya redha dan bersyukur dengan musibah yang diberikan..Salam Sabtu KZ..

    ReplyDelete
  5. tersedar sendiri baca entry kak zie ni..penggunaan perkataan NASIB BAIK tu sering digunakan kita semua ketika berbual..
    setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..

    ReplyDelete
  6. tanpa sedar kita bersangka baik dan redha ketentuan yg terjadi... :-)

    ReplyDelete
  7. Salam Sabtu kak. Oh, semuanya daripada Allah SWT. Kita haruslah bersangka baik.

    ReplyDelete
  8. kita guna perkataan nasib baik sebab nak sedapkan hati bila ditimpa sesuatu musibah...apa-apa pun yg berlaku kena redha dan bersyukur. ada hikmahnya setiap apa yg terjadi.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kakzakie... antara nasib baik dan syukur alhamdulillah, yg mana satu orang selalu gunakan kan...

    ReplyDelete
  10. ylh kak, selalu sebut nasib baik..

    ReplyDelete
  11. Mardhatillah yg kita cari dlm kehidupan ini kakzakie... bersangka baik lah terhadap apa yg terjadi... ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete
  12. salam pagi...nasib baik sentiasa disebut...seolah budaya kita mengajar kita begitu n menyebutnya juga adalah doa...apa2pun kita tetap bernasib baik sentiasa kan...

    ReplyDelete
  13. ni jelah jalan nak positifkan diri kan?

    ReplyDelete
  14. bila sesuatu berlaku kita kena positifkan diri dan fikir perkara yang positif di sebalik sesuatu kejadian tu...

    ReplyDelete
  15. apa beza 'nasib baik' dengan 'mujur'?

    ReplyDelete
  16. nasib baik tu mungkin juga kita sentiasa diajar redha,tp kadang2 boleh jadi macam terlalu ambil mudah..:)

    ReplyDelete
  17. salam k.zakie..

    huhu...
    nasib baik.. :p

    ReplyDelete
  18. kan..nasib baik atau mujur. Bagus kan still positif thinking walau malang yang menimpa, jangan duk sumpah seranah.

    ReplyDelete
  19. Saya dididik untuk tidak mengutarakan perkataan nasib baik ini. Kalau "bernasib baik" memang boleh tapi "nasib baik" as in a stand-alone words memang tak digalakkan.

    Tukar jadi alhamdulillah. Kan lebih molek kan?

    ReplyDelete
  20. saya ni kadang-kadang terguna juga nasib baik tu..dalam hati tetap syukur alhamdulillah, Allah punya kuasa :)

    ReplyDelete
  21. hari nih dapat tahu yang anak saudara biras kemalangan teruk , sekarang sedang menjalani pembedahan...huhu

    ReplyDelete
  22. disebalik nasib baik , kekuasaan Allah itu yang menyebabkan ianya menjadi takdir .

    ReplyDelete
  23. Yelah...Kakzakie, dalam bernasib malang pun masih ada nasib baiknya kan.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum kakzakie...betul tu kenalah redha dgn apa yg telah ditentukan buat kita...:)

    ReplyDelete
  25. Nasib baik, sempat juga komen disini... Rasanya lebih afdal kalau saya katakan, Syukur Alhamdulillah sempat juga komen di sini :)
    Salam manis dan selamat berhujung minggu. (sorang2 tu masak sardin lagi ke? hehe)

    ReplyDelete
  26. salam kakzakie, Alhamdulillah ada peluang singgah pagi hujung minggu...ada hikmah disebalik setiap kejadian....Wallahuallam

    ReplyDelete
  27. Kena sentiasa redha kan k.zakie :)

    ReplyDelete
  28. bersyukur di atas setiap apa yang Allah berikan kepada kita.. :D

    ReplyDelete
  29. salam, nasib baik tu sellau kite gunakan kn kak,,belajar utk lebih bersyukur lepasni peringatan utk diri sendiri,hehhe

    ReplyDelete
  30. salam kz ..
    nasib baik ada blogspot ..
    dapat kenal insan bernama kak zakie

    ReplyDelete
  31. alangkah baiknye nasib baik diganntikan dgn syukur Alhamdulillah kan

    ReplyDelete
  32. nampak sangat kita ni bergantung dengan kata2 nasib baik. walaupun nasib tak baik, di kira bernasib baik kerana kita percaya pada ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  33. Perkara yg sudah menjadi kebiasaan mengambil ms utk berubah..nasib baik/bersyukur kerna ada insan yg mengingatkan..

    ReplyDelete
  34. Perkataan yang telah nenjadi kebiasaan pada masyarakat kita sejak lama dulu lagi...

    Nasib Baik jerlah memanjang...bagus lah kan...nasib baik...hihi..

    ReplyDelete
  35. kalau di pandang ngn positif itu yg jd nasib baik... kalu ngn negatif... jd nsb tak baik kak heheheh

    ReplyDelete
  36. Apa pun lebih baiklah kita berkata nasib baik daripada menyesali apa yg berlaku kerana apa juga yg terjadi adalah qada' dan qadar Allah. Mahu kata syukur alhamdulillah bila mendengar berita disampaikan adalah berita malang pun kurang baik rasanya. Lain kalau pada diri sendiri kerana mungkin utk memuhasabah diri yg tidak ada upaya.

    Apa pun terima kasih dari kakak buat semua yg sudi membaca N3 kakak dan menitipkan komen di sini:-

    Mia Kassim, Knor, Ct NoArizah Aris, aTieYusof Family, RDZ Z, Mar Mansor, mama maman aka yana, Tetamu Istimewa, Aien Not Alien, ZalinZalina, umi alya, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), paridah, Rapunzel Cikilolo, Farah Waheda Wahid, Chot (lebih kuranglah kakak rasa Chot), Puan Kutu, ♥ Cmª shIemª ♥, Nastyna, t.a.t.a, Tihara (rasa kakak tak salah Tiha. Sebab bila dengar berita musibah tak kan kita nak kata alhamduillah pd yg memberitahu. macam suka pulak jadinya), ewanthology (betul), Papa Mifz (moga tidak ada yg membimbangkan PM), Qaseh Vee, ummiross (bermakna kita redha tu ummiross), Mas Zull (betul), Bin Muhammad (nakal ye BM - kakak tak masak sardin tau. Daging masak kicap dan ikan merah asam pedas tau tapi terus masak utk malam sekali), @na (terima kasih sudi bertandang sini @na), Ummi Iman, Mizz Aiza (Dunia Kecil), NORSHAHFEZA HAMSAN, aby (kakak pun sama kalau tak mana kenal aby yg jaun nundi sana hihi..), mummY daniSha, Kak Yon (dah jadi macam cara hidup kitalah Kak Yon), Muja.., BUNDA a.k.a KN (ye betul tu KN), norhidana miswan.

    Terima kasih semua yg memberikan komen N3 kakak ini.

    ReplyDelete
  37. aah la...memang dah jadi kebiasaan dah masyarakat kita ni ye..sikit2 nasib baikkk...sikit2 nasib baikkk

    ReplyDelete
  38. 'Nasib baik' ni digunakan untuk melegakan hati yang mengalami situasi dan yang mendengar cerita juga. Nasib baik berlaku bergini daripada begitu. Pendekata, kita redha ajelah apa yang berlaku, ya!

    ReplyDelete
  39. tulah,.. kena doa mohon perlindungan dari ALlah swt sentiasa kan !

    ReplyDelete
  40. Kita tengok bahagian positif dulu menyenangkan hati, nasib baik, Alhamdulillah Tuhan selamatkan dia lebih kurang macam tu kut, kereta bole beli lain, diri tu biar sihat.

    ReplyDelete
  41. Betul kata kanda tu Nasib baik ni memang permainan mulut kitakan kanda....tapi disebalik nasib baik ini ada terselit sikap redho dan bersyukur yang patut dipuji!

    ReplyDelete
  42. memang nasib baik selalu digunapakai kan...:D

    ReplyDelete
  43. Nasib baik meninggal.. kalau tak jadi bangkai hidup...
    (dalam erti kata lain kadang-kadang, tak payah belanja berubat mahal-mahal, buat nya lumpuh, kena jaga seumur hidup dia... Pon ada jugak nasib baiknya..)
    Allahualam bissawab... :)

    ReplyDelete
  44. nasib baik singgah sini...dapat kenal kakzakie...hehehe...sedar x sedar...kita sebenarnya sentiasa redha dan menerima segala yang telah ditentukan olehNYA

    ReplyDelete
  45. Bagus sekirannya dapat kita ubah perkataan "nasih baik" dengan Alhamdulillah.

    ReplyDelete