Friday, September 12, 2014

Bersangka-sangka

Sekadar renungan apa yang dikirim di group WhatsApp keluarga kami:- 

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada sangka baik, ada sangka buruk
orang beribadah disangka riak
orang relaks disangka malas
orang berpakaian baru disangka menunjuk
orang berpakaian buruk disangka hina
orang makan banyak disangka pelahap
orang makan sikit disangka diet
orang yang senyum disangka mengejek
orang yang masam disangka merajuk
orang yang berbincang disangka mengumpat
orang yang diam disangka menyendiri
orang yang menawan disangka menggoda
orang yang ceria disangka mengada-ngada
orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya mana tahu

Orang yang senyum itu kerana bersedekah
yang masam itu mengenang dosa
yang berbincang memberi pendapat
yang diam itu kerana beribadah
yang menawan itu bersih wataknya
yang ceria cerdas mindanya
yang bertanya itu prihatin orangnya
 
Justeru itu apa yang kita lihat

Jangan suka bersangka-sangka
sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
kerap sangka-sangka mengundang celaka
jauhi sikap sangka-sangka

~~ "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya kebanyakan dari sangkaan itu adalah dosa" (Suroh Al-Hujurat:12)~~





55 comments:

  1. tenung diri sendiri dulu..
    tu penting

    ReplyDelete
  2. peringatan yang bagus untuk saya jugak ni kak..

    ReplyDelete
  3. Haha... memang sesuai ni. Saya dh 3 hari sakit perut cirit birit ...doktor kata keracunan makanan.. tapi tetap juga pegi sekolah walaupun banyak kali ke tandas. Dlm masa rehat semalam, baru je nak makan beberapa suap, ada mulut yang perli saya , " patutla sakit perut, tak berhenti mengunyah".. menarik nafas panjang saya. Terus bhenti makan. Dia tahu ke apa saya banyak makan sepanjang hari tu.. manusia ni.....

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ini...untuk pedoman kita bersama kak...:)

    ReplyDelete
  5. peringatan untuk diri sendiri juga ni.selalu sangka pasangan kita yg bukan2..hehe
    mohon share ye Zakie..

    ReplyDelete
  6. xbaik bersangka-sangka sbb sebenarnya apa yg disangka jauh dari disangka..

    ReplyDelete
  7. Betul tu Kakak. Sebab tu dalam Islam kita di anjurkan supaya bersangka baik kan. Indahnya Islam.

    ReplyDelete
  8. lebih baik xyah bersangka-sangka...
    relax..cool..hihi~tapi mustahil la kan..sbb kita nie manusia..x sempurna mana pun..sedikit sebanyak tak lari dr sikap sangka-sangka nie..btl tak..:) singgah pagi...:)

    ReplyDelete
  9. cuba bersangka baik dalam setiap situasi..muhasabah diri..nice sharing kak..:)

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat, kakak. Sebab tu lah saya sedaya upaya paksa diri untuk pusingkan semula mind setting untuk sentiasa mempositifkan fikiran

    ReplyDelete
  11. Salam Jumaat Kak..
    InsyaAllah selalu bersangka baik & cuba utk positif.. :)

    ReplyDelete
  12. Salam jumaat kak.

    Mekasih atas perkongsian dan peringatan. MEmang ramai manusia ada penyakit ni kak. Bersangka baik jer lah.

    ReplyDelete
  13. BETUL KAK..SELALUNYA BERSANGKA BURUKLAH..BERSANGKA BAIK JARANG SEKALI...HA TGOK NI BERSANGKA-SANGKA LAGI...

    ReplyDelete
  14. Seringkali ingatkan diri..Berprasangka yg baik2...terkdg mampu terkdg tidak kakzakie...Tkasih atas perkongsian...harap2 timbangan prasangka BAIK menjadi semakin BERAT setiap hari....

    ReplyDelete
  15. mmeng senang sgt hati nak terpengaruh dgn sangkaan buruk ni kak...belum kenal pun lg dgn org tu tp dh brsangka buruk mcm2...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Hjh,

    Bersangka-sangka BAIK je lah selepas menempuhi bulan RAMADHAN & SHAWAL nie......

    ReplyDelete
  17. salam kakzakie;
    manusia ni sgt kreatif kan kak...tu yg penuh sangka2...
    tp sayang kdg tu kreatif tk bertempat, ni yg rugi nya...
    Wallahuallam

    ReplyDelete
  18. terima kasih sbb ingt kan saya...

    ReplyDelete
  19. terima kasih kakak atas peringatan ini

    ReplyDelete
  20. As salam kakak...
    Peringatan utk diri sendiri jugak... Perkongsian ilmu yg baik dr kakak.. Tq ya...

    ReplyDelete
  21. Salam Hari Jumaat Kakak~
    Terima kasih atas cadangan kakak di n3 zura hari nih.. kenapa lah x terlintas langsung nak beli kamus bahasa Arab tuh. buntu betol zura nak ajar anak bahasa arab nih. terima kasih sekali lagi kakak~

    masih lagi cuba mendidik diri sendiri untuk sentiasa bersangka baik. walaupon kadang2 terdetik jugak prasangka tidak baik dlm hati.. InsyaAllah.. akan terus mencuba.. Terima kasih atas renungan bersama ini.. :)

    ReplyDelete
  22. bersangka baiklah wahai hati..
    positive thinking

    ReplyDelete
  23. perkongsian yang baik. Semuanya itu ada pada setiap orang. Tak banyak sedikit. Kalau boleh hapus 30% darinya pun rasa dah cukup baik...

    ReplyDelete
  24. Peringatan yg sangat berguna untuk diri sendiri jugak ni..

    ReplyDelete
  25. Ya Allah jauhkanlah
    kami dari bersangka2!
    Doakan perjalanan kami balik kg di kelantan ( ptg ni)dlm keadaan baik pergi balik, moga kita sama2 dlm lindungannya. Amin.

    ReplyDelete
  26. sudah menjadi kebiasaan org2 kita bersangka2 walau hakikat sebaliknya...
    moga jdi peringtan utk diri kita juga

    ReplyDelete
  27. Kalau dah namanya manusia, memang begitulah sifatnya. Tanpa usul periksa, sekali pandang je dah mula bersangka buruk. Moga dijauhkan sifat ini dalam diri kita.

    ReplyDelete
  28. Kakak..falsya suke sgt ayat2 tuh..itulah yg falsya kene skang nie kakak..

    ReplyDelete
  29. salam Jumaat...ya, betul, jauhi sikap bersangka-sangka..tidak mendatangkan faedah, buat menambah dosa shj..

    ReplyDelete
  30. Smile setuju sangat kakzakie... jauhkan prasangka... maka akan tenangla hidup kita kan... moga kita semua sentiasa positif.. in syaa Allah ;)

    ReplyDelete
  31. manusia mmg suka bersangka2 dan menilai ikut keselsaan saja..muhasabah diri..:)

    ReplyDelete
  32. Susah nak memenuhi dan memahami sikap dan kehendak seseorang....
    Susah juga nak menyelami hati sanubari seseorang sama ada ikhlas atau tak...

    Yang bersangka buruk dan buat pelbagai andaian memang ramai...
    Apa yang kita lihat kadang tak sama apa yang kita rasai dan alami nya sendiri...
    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  33. betul tu kak..terima kasih atas peringatan..:)

    ReplyDelete
  34. betul sangat kan kakzakie.memang selalu macam tu

    ReplyDelete
  35. betul sangat kan kakzakie.memang selalu macam tu

    ReplyDelete
  36. Orang zaman sekarang ni ramai yang perasan bijak, so lebih mudah untuk bersangka-sangka. Nak pulak, dah ada facebook. Lagi cepat nak mudah salah sangka.

    ReplyDelete
  37. Selalu ingatkan hati agar berbaik sangka tp sentap gak bila org selalu sangka buruk kat kita

    ReplyDelete
  38. Muhasabah diri...ermmmm...apa2 pun ... kena cermin diri dlu kan kak...

    ReplyDelete
  39. Husnudzon itu lbih baik
    Thnx share entry yg mantopp
    Jemput ke blog sy www.hanasihat.blogspot.com

    ReplyDelete
  40. Bersangka sangka biarlah bersangka baik..

    ReplyDelete
  41. Terima kasih atas ingatan. Kita ni memang mudah alpa, sampai kat Allah pun kadang-kadang kita bersangka buruk. Doa, tapi tak yakin dengan doa sendiri, rasa macam takkan makbul. Kalau dah sangka macam tu, memang takkan makbul, lah kan. Mari didik hati, bersangka baik sentiasa. Aminn :)

    ReplyDelete
  42. Hanya salah sangka boleh gaduh jadinya & kadangkala memalukan diri sendiri bila apa yang disangka tu sebenarnya tidak seperti apa yang kita sangkakan.

    ReplyDelete
  43. TQ FOR SHARING..
    sentiasalah bsangka baik

    ReplyDelete
  44. Sukar mengawal hati utk tidak bersangka2...namun boleh diajar agar sentiasalah bersangka yg baik sahaja.

    ReplyDelete
  45. manusia mmg sukar dijangka apa yg ada dlm hati dan dlm fikiran mereka...
    yg penting kita jgn suka buruk sangka dengan sesiapa..

    ReplyDelete
  46. Memang betul sgt tu kak!! Harap sentiasa bersangka baik pd org..

    ReplyDelete
  47. orang makan sikit disangka diet ok lagi kak... ada tu diakatakan TAK ADA DUIT KERR??? JIMAT SANGAT KE?? NAK BELI RUMAH BESAR? haishhh manusia kan kak... moga kita tak buat macam tu...

    ReplyDelete
  48. Terima kasih kakzakie.. Perkongsian yg bermanfaat.. selalu lah bersangka baik.. think positive ;)

    ReplyDelete
  49. assalamualaikum kakzakie...menarik info ni...peringatan utk diri sendiri juga semuanya...

    ReplyDelete
  50. Moga Allah pelihara hati ini daripada bersangka sangka yang buruk hendaknya

    ReplyDelete
  51. marilah kita sentiasa bersangka baik, Jm pun ada terima msg ni dlm group :-)

    ReplyDelete