Thursday, October 2, 2014

Airmata dan naluri perempuan







Airmata dan perempuan dikatakan tidak boleh dipisahkan walaupun tidak kurang ramai juga lelaki yang mengalirkan airmata. Tetapi aku dapat merasakan semakin kita berusia semakin mudah mengalirkan airmata. Bercerita dengan anak-anak kisah susah dulu-dulu pun boleh mengalirkan airmata. Membaca blog ibu yang bersalin bayinya demam tidak ada siapa membantu pun mengalir airmata. Menonton televisyen yang memaparkan kisah hamba Allah yang diuji dengan penyakit dan kesusahan juga mengalir airmata. Apalagi melihat anak-anak kecil dan wanita saudara seIslam yang dianiaya dengan rakusnya pastinya mengundang airmata yang tidak boleh dikawal lagi.

Sewaktu anak-anakku kecil sering aku melihat airmata mereka. Bila bergaduh salah satu menangis maka berjuraianlah airmata. Bila kena marah juga airmatalah yang menjadi penepis untuk mama berhenti dari memarahi. Tidak dapat apa yang dikehendaki juga menangis. Berbeza bila mereka sudah remaja. Susah untuk melihat airmata anak-anak sekarang. Kalau ada pun adik sajalah. Itupun sekadar airmata yang mengalir tapi bunyi menangisnya tidak kedengaran langsung. Anak-anak aku semuanya perempuan. Bila mendapat keputusan peperiksaan kurang baik pasti airmata yang menjadi peneman. Bila ada cerita sedih mereka juga mudah mengalirkan airmata. Apakah ini genetik warisan dari aku yang mana sebenarnya tidak aku suka atau lumrah sebagai seorang perempuan. Aku mahu anak-anak menjadi lebih kuat. Mereka hidup tidak dibelenggu kesusahan seperti mamanya ini.
Hasil carian imej untuk gambar airmata
Dari google - Airmata dengan kehidupan yang tidak boleh dipisahkan
Bagaimana mahu mengawal diri dari tidak mengalirkan airmata?  Apakah orang yang menangis menandakan ianya insan yang lemah? Aku tidak mudah menangis ketika berada di tempat kerja hatta menanggung masalah besar.Tetapi jika sesuatu yang melibatkan keluarga tersayang mudah benar airmata luruh.

~~ Apa yang pasti bila seseorang menghadapi ujian berat pasti akan menangis ketika merapak sujud dan memohon doa kepada Allah agar ujian segera dileraikan olehNya.~~



58 comments:

  1. Salam kak .... mia kalau mengenai keluarga mmg akan cepat menangis ... tp hal2 lain yg menyentuh kemanusiaan juga, cth bilamana melihat orang tua sedang mengangkat barang dgn hanya berjalan kaki juga Mia akan mengalirkan air mata ....

    ReplyDelete
  2. nor tgok apa saja yg sdih2,pasti mngis kak.. thok drma pun ngis....


    ReplyDelete
  3. salam akak..bile kita menangis juga boleh redakan kesedihan..tp sy juga seorg yg mudah mengalirkan air mata...

    ReplyDelete
  4. Tengok kawan menangis, macam berjangkit boleh menangis...boleh cerahkan mata

    ReplyDelete
  5. tu la kak..kadang penangan drama yang tak hape2 pon beriya menangis sekali..memang mudah sangat apatah lagi yang bebetul real depan mata..

    ReplyDelete
  6. air mate mmg peneman hidup kan....jgn kate menangis ketika di rundung sedih...tgh tgk citer hindustan pun boleh nangis heheheehe.....

    ReplyDelete
  7. pagi ni pun saya dah mengalirkan airmata bila melihat si ibu salwati yang memeluk anaknya.bila melibatkan anak2 dn keluarga hati ni memang mudah tersentuh tapi biasanya kalau menangis tak mau ank2 nmpk.

    ReplyDelete
  8. kalo drama sedih menusuk kalbu tu berjaya juga airmata menitis..kisah anak2 didera, bayi dibuang, pon airmata mengalir..
    kalo pasal lain..cam tak je..

    ReplyDelete
  9. jiwa wanita ini sgt lembut..dan sensitif..

    ReplyDelete
  10. Jiwa perempuan mmg sensitif.... Tapi ad juga yg hati kering sanggup buang dan dera anak

    ReplyDelete
  11. saya ni pun senang menangis
    kata orang, benyeh la
    tapi takde la sket2 nak nangis hihi

    ReplyDelete
  12. sy mmg cepat keluarkan air mata... terutama melibatkan keluarga...

    ReplyDelete
  13. teringat satu quote 'jangan menangis di bantal kerana bantal itu tak dapat menolongmu. Menangislah di atas sejadah, moga dukamu dibantu Allah'... :)

    ReplyDelete
  14. Salam kak.. dulu2 sy agak kental juga..jarang menangis..haha..tapi sejak dah jadi Ibu ni, memang mudah air mata mengalir.. ntah lah, mudah tersentuh...:)

    ReplyDelete
  15. menangis dalam sujud, senyum pun dalam sujud syukur, dapat ganjaran pula, saya tengok Faiq berkelip-kelip menahan menangis, rasa kesian ja.. tarik nafas dan
    lepas sambil menyebut Allah dengan lepas nafas dapat menolong..inshaAllah.

    ReplyDelete
  16. baca tulisan zakie pun ky dah melilih airmata.teringat zaman kecil dan zaman memulakan hidup dirantauan yang susah.pandai-pandailah nak hidup camne..

    ReplyDelete
  17. saya...susah nak mengalirkan air mata..menangis dalam hati tu mungkin..:)

    mungkin dulu dah banyak menangis..sekarang ni mungkin dah lali dengan urusan dunia..

    tapi bila sentuh pasal ayah & ibu juga family...saya kalah....

    ReplyDelete
  18. Kakak, saya berpandangan yang air mata itulah kekuatan kita. Bukannya kelemahan. Bila kita rasa break down, kita mengalirkan air mata, seolah2 membuang toksin2 dari jiwa. Kering air mata, bersih hati dari anasir negatif. Maka kita kembali kuat bertapak. Biarkan ia mengalir, kakak.

    ReplyDelete
  19. saya adalah orang yang paling payah nak menangis tapi sekali saya dah menangis itu adalah perihal yang betul2 buat saya terluka dan terguris.

    ReplyDelete
  20. saya ms muda2 dulu mudah menangis..sensitif..nanges lak teresak2 tuh..hohoh..tp sejak kawen beranak skrang nie hati makin keras lak ..jrg nak nanges wpun kecik/ terasa ati camaner pun..agaknya kekuatan seorang ibu kot..heheh

    ReplyDelete
  21. salam kakzakie;
    menangis sekali sekali baik untk kesihatan...dipercayai dapat mengeluarkan toksid dari tubuh melalui air mata...
    tapi jgn plk asyik dok mennagis pasni...hehehe

    ReplyDelete
  22. rasanya bila umur dah bertambah..sifat sensitif pon bertambah..sura pon cam akak jugak..senang mengeluarkan air mata...huhu..

    ReplyDelete
  23. Pagi ini kak zai menangis bukan kerana sedih, merajuk dan sebagainya. Tapi terharu tengok anak yang susah dilahirkankan lepas tu ketika bayi sakit tapi sekarang sudah besar. Adik seorang anak yang manja. Kak zai nak dia menjadi seorang yang serba boleh tidak hanya dalam akedemik.

    ReplyDelete
  24. tak kakzakie..dengan air mata kalau boleh buathati tenang..biarkan..boleh cuci mata..
    selamat menyambut hariraya eiduladha kakzakie

    ReplyDelete
  25. Ros pun jenis yang mudah mengalirkan air mata. tapi tak bermakna lemah kan :)

    ReplyDelete
  26. lya mmg jns mudah mgalir air mata..lg2 hal y sedih n sensitif.. serta hati tersentuh..mmg naluri lya sgt lembut..

    ReplyDelete
  27. kak rasanya menangis tu satu perkara normal...tak normal pulak kalau tak menangis..cuma satu ekspresi emosi bukan kelemahan...tnda kesedihan kegembiraan...pndapat amie..

    ReplyDelete
  28. Saya susah nak nangis tapi nengok keadaan jugak..Kadang laju je nangis, bila baca kisah sedih memang laju je nangis terutama kisah yang membabitkan anak kecik dan orang tua..Rasa sayu je hati, nangis bagus kak untuk bersihkan mata..

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum kakzakie...betul tu perempuan ni mmg x lepas dr air mata dan dikatakan juga air mata itu adalah senjata bagi wanita...:)

    ReplyDelete
  30. suami saya kata saya orang yang susah nak menangis.tapi sebenarnya dia tajk tahu saya susah nak menangis di depan orang terutamanya depan suami...kat belakang dia,kalau sorang2 saya menangis la..jehhehe

    ReplyDelete
  31. Betul tue akak..kita nie orang pompuan mmg cepat btl tersentuh.. farah pn sama..nak kata lemah tue tak.. tapi mmg cepat tersentuh.. lebih2 tgk mayat baby yg dibuang..:(

    ReplyDelete
  32. Saya rasa, makin berusia kita, makin mudah kita menangis..

    Contohnya pakcik saya, yg umurnya dah masuk 55...dia sendiri tergelak bercerita kepada kami anak anak buahnya, bagaimana dia boleh menangis sedih tgk cerita Hindustan! Padahal dia lah yg dulu hati keras..macho...hahahaha

    ReplyDelete
  33. Betul tu Kakak. Air mata akan mengalir dengan sendirinya bila kita bersedih. kadang-kadang ianya boleh meluahkan segala yang terpendam di hati ini.

    ReplyDelete
  34. kita kaum wanita/perempuan mempunyai hati yang lembut, sangat mudah tersentuh :)

    ReplyDelete
  35. Air mata dan perempuan tidak dpt dipisahkan.. kalau ada yang menyentuh emosi otomatik akan ngalirlaah airmata.. nie

    ReplyDelete
  36. Perempuan dan airmata memang tak dapat dipisahkan. Baca entry akk ni pon dah rasa sedih. Bila melibatkan anak² dan keluarga, memang senang nak luruh airmata nih.

    ReplyDelete
  37. uwwaaaa...saya baru jer beriarmata tadi baca belog sis Bijen cerita pasal anak dia cabut gigi. huk huk huk...

    ReplyDelete
  38. rasanye pompuan dengan air mata x dpt di pisahkan.. gembira pon menangis.. sedih apatah lagi kan~ hehehehe

    ReplyDelete
  39. salams kak,

    menangis kawan terbaik kita dikala kita dalam kesedihan atau kegembiraan...

    saya kalau dapat berita gembira pon dah nangis apatah lagi kalau berita sedih...huhuhuhuh....



    ReplyDelete
  40. Saya takkan menangis depan anak2 sebab nanti dorang pun turut sama menangis yang akhirnya saya akan ketawa sebab tengok anak-anak menangis.. huhuhu..

    ReplyDelete
  41. nyong kan angger karo hal keluarga memang sensitif..
    tambahan sejak mak meninggal,
    kami adik beradik jadi sangat rapat..
    jadi kalau sorang sedih, yang lain turut sedih kak

    ReplyDelete
  42. Sy ni pun jenis kuat meleleh! HEpi ke, sedih ke...sng je nak nanges!

    ReplyDelete
  43. Jenis payah nak menangis sampai arwah mak & pak panggil hati kering. Sebenarnya masa remaja teringin nak menangis-nangis macam kawan. nampak manja tapi tu lah..sedih tapi air mata tak mau keluar. Dah tua begini baru perasaan sensitif tu datang.

    ReplyDelete
  44. Idah nie jenis orang yang keras hati kak... tapi malangnya... mudah menangis... air mata mudah betul nak jatuh... tengok kucing mati pun boleh merebehh.... huhuhu...

    ReplyDelete
  45. bila menangis, terasa ringan beban emosi..

    mata yg menangis kerana bertaubat kpd Allah, takutkan azab2 Allah..jarang dpt buat mcm ni..

    ReplyDelete
  46. Saya pun sama kak... lagi mudah menangis bila dah makin berumur ni...

    ReplyDelete
  47. Saya pun sama kak... lagi mudah menangis bila dah makin berumur ni...

    ReplyDelete
  48. Saya boleh dikategori kan mudah menangis tapi susah nak meluahkan...tapi sekali terluah...mmg berjujuran air mata tanpa henti...lagi2 melibatkan org yg kita sayang...

    ReplyDelete
  49. Kakak..falsya nie kan mmg senang sgt as in mmg terlampau senang nak mengalir air mata..kadang dgr lagi kat radio, dgr org nangis tetibe je mengalir air mata nie tanpa dipaksa..huwaaaa..

    ReplyDelete
  50. Bukan lemah kak..tapi lembut hati..mudah tersentuh..tidak semua apa yang kita rasa mampu terucap dek jata kata..namun air mata itu penggantinya..sedih berair mata..terlalu gembira juga berair mata..

    ReplyDelete
  51. tangisan adalah wajah hati kita...

    ReplyDelete
  52. jiwa perempuan sensitif dan mudah tersentuh..punya anak2 yg kesemuanya perempuan mg air mata menjadi peneman kak zakie..samalah kita, cengeng!hehe

    ReplyDelete
  53. air mata mmg kawan baik perempuan...tapi walaupun kita mengalirkan air mata...x semestinya kita lemah...semangat kita kuat kak zakie...lagi diuji lagi menjadikan kita kuat...

    noe pun mudah sangat mengalirkan air mata....

    moga kita terus tabah kak

    ReplyDelete
  54. Dinda mmg mudah mengalirkan air mata kanda..... tak kira apa jua keadaan pun....perkara kecil kadang tu pun boleh mengalirkan air mata .....tengok keadaan jugaklah.... Nak kata sensitif tak jugak....tau ajelah dinda ni kadang kadang tukan meroyan tak pasal haha

    ReplyDelete
  55. Salam K.Zakie..
    huhu..cma ratu air mata..
    tatau kenapa menagis...tp rasa lega bila dpt menangis.. huhuhu

    ReplyDelete
  56. JM pun mudah mengalirkan airmata ketia mendgr berita sedih, event yg meninggal bukan saudara sendiri..nonton tv citer sedih pun nangis..aduhai

    ReplyDelete
  57. Kak, saya ni memang murah airmata. Kadangkala bila menonton cerita komedi dan tetiba terselit situasi sedih tak semena-mena boleh berderaian air mata walaupun baru lepas gelak besar. Sekarang ni, si Abang terikut perangai Mommynya. Sikit-sikit mengalir air mata. Marahlah si Daddy. Apapun saya salahkan diri sendiri kerana tak mampu mengawal diri drp menangis depan anak-anak.

    ReplyDelete