Tuesday, October 7, 2014

Ibadah dan ukhuwah yang indah

Bagi mengelakkan kesuntukan masa di taman kami diadakan dua sessi penyembelihan. Empat ekor lembu disembelih pagi selepas solat Hari Raya. Manakala selepas solat Zuhor satu ekor kerbau, seekor lembu dan seekor kambing. Sessi pagi aku tidak pergi sebab korban keluarga kami kena pada sebelah petang.

Bersedia - Pasrah dan redha menanti giliran untuk dijadikan korban.
Lembu - Kelihatan garang tetapi mudah untuk menumbangkannya. Bagaikan sudah bersedia dan tahu ia adalah untuk ibadah qurban
Comel - Dijadikan korban juga. Milik persendirian. Menjadi tumpuan anak-anak kerana baru kali ini di taman kami ada qurban kambing biri-biri.
Allahukabar - Kerjasama mereka menjayakan semua ibadah kami berjalan lancar pada petang tersebut.
Adik dari Muar  - Tetamu terakhir yang menikmati juadah kami. Sendiri ambil di dapur sendiri makan sebab aku sibuk untuk menghantar Kak Reen ke Terminal bas Larkin, hubby pula seperti biasa selagi belum habis hari Tasyrik sibuk keluar untuk urusan penyembelihan.
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu Dialah yang terputus.” (Al-Kautsar :1-3)

~~ Moga ibadah kami diterima Allah dan diberi peluang untuk melakukannya selagi ada hayat~~


 

45 comments:

  1. Alhamdulillah, murah rezeki dapat buat korban yea kzakie.

    ReplyDelete
  2. kak zakie duduk di taman apa ye?nampak meriah dan muafakat..

    ReplyDelete
  3. ADUHAI..SRONOK TGOK..TAPI SAYA X PENAH GI TGOK ..TAK BERANI..COMEL PULAK BIRI2 TU KAK..SALAM AIDILADHA DARI SAYA & FAMILY

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak! Setiap tahun dapat buat korban. Syukur sangat. Saya? Kena tunggu dululah. Nak menabung. Hehehe!

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha kak zakie..
    Terasa kemeriahan bila tengok gambar2 tu..suka tengok gambar yg last tu..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdullillah dapat menjalani ibadah korban..

    Salam Aidiladha buat k.zakie dan family.

    ReplyDelete
  7. Murah rezeki kakzakie sekeluarga ..
    Nampak meriah sambutan raya haji kak zakie :)

    ReplyDelete
  8. Seronoknya ramai saudara datang beraya kerumah, meriah nmpak

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki daging qurban dan rezeki untuk tetamu yang datang kerumah kakzakie

    ReplyDelete
  10. bersatu tenaga mereka semua. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki dapat dikongsikan bersama. Walaupun sibuk dan penat tapi hati seronok dan puas ya kakzakie.

    ReplyDelete
  12. meriahnya ...
    selamat hari raya kak Z

    ReplyDelete
  13. Salam
    meriahkan.rumah emak korban satu lembu.org muda kg tolong sama. sekejap je siap. Hari ni dah keje ke?

    ReplyDelete
  14. Meriah tengok tapi saya tak join sebab balik kampung menjenguk saudara mara..

    ReplyDelete
  15. Salam aidiladha kak....semoga IBADAH Korban itu sampai ke penciptanya.....sy juga berkorban tapi dalam bentuk lain semoga ada rezeki sy untuk korbankan lembu/kambing di masa Akan datang.

    ReplyDelete
  16. Salam aidiladha kak....semoga IBADAH Korban itu sampai ke penciptanya.....sy juga berkorban tapi dalam bentuk lain semoga ada rezeki sy untuk korbankan lembu/kambing di masa Akan datang.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, murah rezeki kakak sekeluarga dapat buat ibadah korban kali ni. InsyaAllah, dipermurahkan rezeki pada tahun-tahun mendatang juga.

    ReplyDelete
  18. saya pun ada bawa anak-anak pergi tengok
    mereka paling excited
    maklumlah bukan selalu dapat peluang
    anyway, salam aidiladha kak =)
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. nampak sngt meriah lah ^^ Bestnya sambutan raya kalau ramai tetamu dtg ke rumah.. murah rezeki inshaaAllah

    ReplyDelete
  20. semoga ibadah semua diterimaNYA..
    rasanya baru sekali seumur idup ni tengok lembu disembelih..pastu tak gi dah sebab tak sampai hati..huhuuu rugi la kang takleh makan daging korban..

    ReplyDelete
  21. minggu ni minggu makan daging lah kak hihi

    selamat hari raya aidiladha buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah....semoga rezeki kakak sekeluarga sentiasa dimurahkan dan diberkati.

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah...syukur akak dapat buat korban tiap2 tahun...

    ReplyDelete
  24. salam aidiladha kakzakie....
    alhamdulilah ...rezeki untuk masyarakat setempat juga

    ReplyDelete
  25. Huhuhu saya tak boleh la tengok binatang korban, sebab lepas tu saya tak leh nak makan (hidangan korban tersebut). Udang segar my mom nak masak pun saya takleh tengok, gedik sangat ni. hahaha

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah.. meriah jugak bilangan binatang korban di tempat kakak.

    Zura x sempat pergi ke padang tengok sembelihan.. cuma Suami dan anak2 jer yang pergi ke padang. Kata Suami zura 11 ekor lembuh yang di korbankan haritu.

    ReplyDelete
  27. Selamat Hari Raya Korban Kak Zakie..All the best

    ReplyDelete
  28. penuh kesyukuran...Alhamdulillah, comel biri-biri tu..

    ReplyDelete
  29. perghhh....besarnya kerbau tu. hehehe, garang jer jelingan dia

    ReplyDelete
  30. jarang kak jumpa kat malaysia ni korban kerbau..: )

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah..ada rezeki..boleh buat setiap tahunkan kak..insyaAllah..amin..

    ReplyDelete
  32. Besar sungguh kerbau tu...aku tak pernah tengok kerbau disembelih lg....

    ReplyDelete
  33. 4 ekor?/banyak tu..Alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  34. salam kz ..
    meriah kt tempat kz ..
    kariah saya 13 ekor ..
    kesel juga ngelapah tekan sore ..

    UPSR farish dino khamis ..

    ReplyDelete
  35. Assalamu'alaikum kakzakie
    Gembiranya dapat menunaikan ibadah qurban yang dituntut itu. Semoga seronok-bahagia berhariraya qurban dengan anggota keluarga tahun ini.

    ReplyDelete
  36. ALlah hu akbar.. alhamdulillah.. ade rezeki lebih untuk laksanakan ibadah korban..

    ReplyDelete
  37. Gotong royong bersepakat membawa berkat. Jarang ada orang bandar buat camni..

    ReplyDelete
  38. Kak Zakie maaf lambat utk ucapkan salam AidilAdha..moga Ibadah kita diterima Allah swt. ade biri2 lagi.. kemain sihatnye dia... Alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik...

    ReplyDelete
  39. Kat bandar xde aktiviti ni kak...kat kg insyaallah madih amalkan...

    ReplyDelete
  40. seronoknya buat ibadah korban..JM x pernah merasai suasana begini lagi

    ReplyDelete
  41. Penuh satu meja nampaknya kanda....masak apa agaknya tu

    ReplyDelete
  42. Sy x berani nk tgk binatang yng bkal dikorbankn..

    ReplyDelete