Thursday, October 16, 2014

Ujian melanda tanpa di duga

Petang Sabtu sebelum anak-anak menduduki peperiksaan minggu ini. Balik dari tuisyen mahu makan Domino. Masalah di Domino menunggu sangatlah lama sebab dikatakan kekurangan staff. Gadis yang mengambil order itulah juga yang membuat pizza. Tetapi kerana anak-anak kami tunggu juga. Tidak makan di situ memandangkan masa sudah tengahari. Kemudian kerana hubby ada barang mahu di ambil dari kedai elektrik untuk projek dia kami teruslah ke kedai tersebut. Jam sudah hampir zuhor itulah kami keluar dari kedai. 

Pepatah mengatakan 'malang tidak berbau' sungguh itulah yang terjadi pada kami. Oleh kerana kecuaian seorang pemandu kereta proton yang keluar simpang secara tiba-tiba membuatkan penunggang motosikal cuba mengelak dan terjatuh lalu menggelongsor menuju ke arah lane kereta kami. Kedudukan jalan adalah jalan dua hala. Sebenarnya kereta kami sudah berhenti sebaik nampak situasi itu. Kereta kami dari JB menuju ke Skudai. Kalaulah kereta kami bergerak pasti pemandu motor itu akan terperesok ke bawah kereta kami. Tetapi oleh kerana kereta kami sudah berhenti motor yang tumbang dengan penunggang itu manggelongsor terus menghentam depan kereta kami.  Kejadian pula waktu hujan lebat. Pemandu proton dan motosikal bergaduh kerana kemalangan adalah di antara mereka cuma kami yang menjadi mangsa sama. Hubby diam seketika sementara mereka bertekak.
Hujan lebat - Pemandu kereta yang berpayung tidak luka langsung tetapi pemandu & penunggang  motosikal itu luka parah. Kasihan sehingga aku berikan tuala dalam kereta untuk membalut lukanya. Lihat kereta yg bersalah tidak mengalami kerosakan. Tetapi motor dan kereta aku di lane sebelah yang rosak teruk. Dia mohon maaf pada hubby tapi nama pun kemalangan hubby faham. Aku yang sedih kerana itu kereta aku untuk pergi kerja.
Penyelesaian - Atas nasihat hubby buat report polis sebab mereka tidak mampu membayar ganti rugi kereta kami yang rosak teruk. Cermin depan retak kerana pemuda itu terlambung atas bumper depan kereta kami. Bahagian depan hancur dek kerana hentakan motor yang kuat. Memandangkan waktu solat kian berlalu kami solat di bangunan Pejabat Polis Trafik pada hari itu. Itu pun sudah hampir jam 3:00 petang. Sudah terlalu lewat.
 
Kini kereta aku berada di bengkel untuk diperbaiki. Pihak insurance pula agak perlahan menjalankan tugas. Kami claim under motosikal punya insurance sebab yang melanggar kereta kami adalah motor itu walau disebabkan kereta proton tadi. Valuation belum lagi dibuat sehingga hari ini. Sudahlah harga minyak naik, aku pula terpaksa memandu MPV untuk pergi kerja. Bila tangki besar isi minyak pun kena lebih. Ujian dunia kenalah tempuh. Menagih kesabaran betul. 

 ~~ Selagi nyawa Allah bagi pinjam pasti ada ujian yang diberikan.~~


62 comments:

  1. inilah dinamakan ujian kak kak zakie..malang tidak berbau..
    kerana kecuaian satu pihak, pihak lain yg ditimpa musibahnya..
    mujur kak zakie ada transport lain untuk digunakan..

    ReplyDelete
  2. Ya ALLAH kak..nasib akak smua xde apa2...tapi tu lah kerana kecuaian org lain..kita yg jadi mangsa keadaan...ujian kak..bersabarlah ye..

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar..nasib baik kakak satu keluarga xde ape..syukur..

    ReplyDelete
  4. aduh kak...mujur takde kemalangan jiwa yg teruk....

    dah tu kak kereta proton tu selamat laa insurans die....die bersalah patut di pertanggungjawabkan... aduhhh takpe gak setiap kejadian ade hikmahnyer...akak byk2 bersabar key...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. nasib baik x de nyawa yang melayang. kesian kepada penunggang dan pembongceng motosikal. luka atas kecuaian orang lain. mudah2an cepat selesai urusan claim insurance kete kakak.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah kak! Nsb baik takde apa2 berlaku. Bila jdk mcm ni, sbr jelah jln penyelesaian. Pelik betul bila pesalah msh mahu bertekak sdgkan terang2 mrk yg slh. Haih....

    ReplyDelete
  7. malang memang tak berbau.. malah tak ada angin pus2 langsung.. kasihan pemandu motorsikal tu lebih2 lagi keluarga Kakzakie yang menjadi mangsa di atas kecuaian orang lain.. semoga Allah swt menggantikan dengan yg lebih baik. Sy pasti Kakzakie bersabar dengan ujian ini.. salam takziah kak

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...mujur xde kemalangan jiwa

    ReplyDelete
  9. Kakak, claim di bawah insuran motor, bajetnya agak ciput. Tapi ok lah daripada tiada claim langsung. Dapat juga membantu.

    Makan masa yang agak lama juga tu. Ada bawa ke court ke nanti, yer?

    ReplyDelete
  10. Malang memang tak berbau.. tapi benda dah terjadi kan kak..sabor je lah.. kesan nya terasa jugak tu..disebabkan org lain, akak pula yg menanggung..harap kereta akak cepat lah baiknya.. boleh jimat minyak klu keta dah ok..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Selamat walau kereta cedera.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah akak sekeluarga tak ada apa2..hrp akak bersabar dgn ujian Allah...moga cepat la dapat repair dan claim insurans untuk kereta akak tu..

    ReplyDelete
  13. Mujur tak ada kecederaan yg serius..
    Dugaan demi dugaan...tanpa Allah sedang menguji kita...

    Semoga pihak insurans cpt buat claim akk..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kakzakie....bersabar menghadapi dugaan ini yer..:)

    p/s malang tak berbau kn...

    ReplyDelete
  15. Ya Allah kak, nasib baik tak apa2 yea...Semoga urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  16. Allahu Akbar...
    syukur kakzakie n famili terselamat..
    moga dipermudahkan segala urusan...IN SHAA ALLAH

    ReplyDelete
  17. Subhanallah...nasib baik akak sekeluarga tak ape-ape dan tiada nyawa yg melayang sama...

    ReplyDelete
  18. Subhanallah...nasib baik akak sekeluarga tak ape-ape dan tiada nyawa yg melayang sama...

    ReplyDelete
  19. Syukur alhamdulillah kakzakie dan family xde apa2,nasib baik ada 2 keta boleh buat gilir2.

    ReplyDelete
  20. innalillah,,
    syukur akak n family xde pape..dugaan Allah untuk uji kesabaran kita..semoga tabah n sabar ye kak

    ReplyDelete
  21. Syukur alhamdulillah akak sekeluarga selamat..

    Bila terjadi perkara mcm ni memang marah jugak jadinya. Kita yg x bersalah menjadi mangsa. Lagi2 kalau mereka yg berkaitan tdk bertanggung jawab.

    Muhasabah diri, pasti ada hikmahnya kak.

    Senyum :), part minyak tu mmg pendam dlm hati jerla..hii

    ReplyDelete
  22. bila dah guna insurance ni kak,memang lambat la kan dapat baiki kereta secepat mungkin..syukur,nasib baik akak takde pape

    ReplyDelete
  23. Yg paling utama kak dan kekuarga selamat...cumanya....Geram betul tgk kecuaian Proton tu...habis tu dia lepas tangan jerlah...walhal semua ni berlaku sbb kecuaian dia...geram pulak saya...

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah kakzakie dan keluarga selamat begitu juga penunggang motosikal

    ReplyDelete
  25. cermin depan retak memang bahaya,kena ganti baru..

    waktu hujan lebat, memang pandangan agak kabur sikit..tapi Alhamdulillah, semuanya selamat..

    ReplyDelete
  26. saya pernah jadi macam ni.

    remuk dan pecah derai cermin belah kanan.

    tp tak smpai hati nak amek insurance motor sebab tau tak cukup utk support.

    hurm.

    ReplyDelete
  27. betul2 malang tak berbau kan kakzakie...walaupun kita memandu dgn cermat tapi dek kesalahan orglain terkena juga.apapun syukurlah kakzakie dgn keluarga takde apa2...lagipun skg ni cuaca pun tak menentu..smlm ambil anak kat jb balik hujan lebat separuh2 jalan tak hujan ..tiba rumah hanya gerimis je.

    ReplyDelete
  28. Mujur tiada kemalangan jiwa, semoga selamat dan dimudahkan urusan berkaitann dengannya

    ReplyDelete
  29. Salam Kakzakie,

    Alhamdulillah tiada nyawa yang terlibat. Walaupun begitu, kereta Kakzakie yang teruk, tak pasal2 menanggung susah dek kerana orang lain!

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah akk & family tak apa². Sebab kecuaian orang lain, orang lain yg kena tanggung. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA. Kalau claim insurance memang lambat prosesnya.

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah akak dan family selamat walaupn kereta yg cedera... moga akak kuat utk hadapi ujian ni.. :)

    ReplyDelete
  32. Tahun lepas pernah acc. ngn motor tp claim kereta sndiri sbb ktnya insuran motor x cover, ntah.. sy tak faham bab2 insuran ni..

    ReplyDelete
  33. syukur alhamdulillah akak sekeluarga tak ada apaa-apa
    saya tumpang simpati dengan kerosaka kereta tu
    harap akak dan suami tabah hadapi dugaan ni

    ReplyDelete
  34. Ngeri tuh kakak kalau tercampak atas bumper depan keta gitu..kalo sy trauma kejap...alhamdulillah Allah tiada kehilangan nyawa..eksiden cam ni memang malang tidak berbau..wpun kita tak bersalah, tp dugaanlah bg kita kan..:)

    ReplyDelete
  35. syukur akak tak de apa2
    kalau tak nak bayar gantirugi kena claim insurans la kak
    semoga tabah kak

    ReplyDelete
  36. Kalau dinnda dah seram sejuk seluruh badan tu kanda... Tak kiralah kita salah ataupun tidak, kalau dah namanya eksiden....
    Apa pun moga urusan kanda dipermudahkan yer....betul kanda selagi masih bernafas ujian tak akan sunyi dpd kita . Bersabar ajelah

    ReplyDelete
  37. Ya Allah kak nasib baik akak sekeluarga tak apa-apa. Saya baca entry ni pun dah seram sejuk.. syukur akak sekeluarga selamat.

    ReplyDelete
  38. ya allah kak, pobianya.....alhamdullilah akak dan hubby serta budak motor tu tak apa-apa.......hujan-hujan memang bahaya.....

    ReplyDelete
  39. kasihannya. Alhamdulillah Kakak dan keluarga tak ada apa-apa. Semoga dimudahkan urusan Kakak.

    ReplyDelete
  40. itu lah kak..saya kan selalu bila tengok ada pemndu tak beretika gini selalu tertanya2 ..diaorang ni rasa bila dok dalam kereta tu maknanya dah kebal ke?/boleh je sesuka hati nak keluar simpang,masuk simpang.tak pikir ke orang lain kat luar kereta diaorang tu..Bila dah jadi gini mula nak bertekak..

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah kakzakie sekeluarga tidak mengalami kecederaan. Malang yang tidak disangka2.

    ReplyDelete
  42. Kita yg hati2 tapi org lain yang punya sebab.. Tak pe semua tu ujian..

    ReplyDelete
  43. allah hu rabbi.. sabar ye kak dengan dugaan Allah.. macam saye hari tu.. nak buat report orang yang langgar kami tu lari.. nak tak nak kene pakai duit sendiri..

    ReplyDelete
  44. inalillah....
    alhamdulillah akak sefamily takde apa2..... itulah kadang kite terleka skt tp yg jd teruk sgt...

    ReplyDelete
  45. Ya Allah...sabar kak...
    Alhamdulillah...akk dan family takde pape...

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum kak,
    semoga kakak tabah dan bersabar.

    Ujian itu adalah rukun hidup, Sesiapa pun akan diuji menurut kesanggupan dan kemampuannya. Sesungguhnya ujian yang menimpa itu adalah tanda kasih sayang Allah yang bersangatan kepada para hamba-Nya.

    Rasulullah saw bersabda: “Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa).” (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  47. mujur akak buat report..apa2 eksiden pon..better buat report.. utk apa2 hal dikemudian hari..esspecially klo kt nk wak tuntutan

    ReplyDelete
  48. saya tahu ayat saya yg bakal ditulis sekejap lagi bunyinya agak cliche kakzakie.. tapi ye lah.. bersabarlah kakzakie, sememangnya ada hikmah di balik tiap2 ujian..

    terkesan sungguh dengan kata-kata terakhir penutup entri kakzakie.. :')

    ReplyDelete
  49. Takpa la kak inshaAllah Allah ganti dengan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  50. Moga disebalik musibah ini Allah tingkatkan lagi keimanan pada diri..insyaAllah amin..akak sabar ye..

    ReplyDelete
  51. Ya Allah... lucky akak sekeluarga tak apa2, tu la ngeri kan kalau kit aberhati2 macma mana sekali pun, malang tu tak terbau.

    ReplyDelete
  52. hehehe...nak buat valuation insurance memang slow kan kak? cuma nak kena bayar pada depa jer depa nak cepat.... hahaha

    ReplyDelete
  53. dah komen..x masuk lah pulak huhuh tulis panjang lebar dh..menguji kesabaran tul

    ReplyDelete
  54. itulah yg di katakan alang tidak berbau..sesuatu yg x d undang dan x di jangka...alhamdulillah..kak Zakie dan keluarga selamat..org lain yg buat salah kita terkena tempiasnya ek..sabar ye kak zakie..Allah nk uji sikit tu kesabaran kak Zakie

    ReplyDelete
  55. Salam Jumaat KZ..betul tu KZ malang tak berbau. Kadang-kadang apa yang berlaku pada kita bukannya salah kita pun. Hanya kebetulan kita yang berada disitu. Itulah yang dinamakan ujian kan..Alhamdulillah KZ sekeluarga tak apa-apa...

    ReplyDelete
  56. syukur akak takde apa2, mama juga baru lepas kemalangan 2 hari lepas. lori cendolah rolla mama dilanggar orang... mama anggap itu dugaan mama dalam berbisnes

    ReplyDelete
  57. ujian allah dtg tanpa di duga . bila dah berlaku kena lalui juga . bertabahlah ... ada sebab kenapa Allah berkehendakkan ianya berlaku . kereta klu masuk wshop under insurance mmg boleh jadi pekasam ... sabar ya ...

    ReplyDelete
  58. Takziah kak... setiap yang berlaku pu ada hikmahnya

    Kalau bab claim insurance ni..paling cepat sebulan..

    Masa kereta saya accident dulu..dekat sebulan lebih baru clear semua...patah kaki juga la dibuatnya..

    ReplyDelete
  59. Mujur Kakzakie dan keluarga tak apa-apa. Alhamdulillah. Kerosakan kereta tu memang dugaan sungguhlah, kak. Bukan salah kita tapi nak buat macamana. Ini yang saya tak suka memandu. Dek kerana perangai sesetengah pemandu yang cuai, kita yang takda kena mengena pun tetiba terbabit sama.

    Moga segala urusan akak dipermudahkan.

    ReplyDelete
  60. Syukur kak azie dan suami selamat. Tapi respect lah, akak dan suami yang menjadi mangsa keadaan tetap cool jer.

    ReplyDelete
  61. ujian dari Allah swt yer kak. Bnyak yng kita belajar , erti sabar juga kan !

    ReplyDelete
  62. sesungguhnya malang tidak berbau kan.
    ooo..ini kesahnya ye kakak kenapa kakak perlu gunakan kerta hubby pergi kerja..

    smga dipermudahkan hendakNya aamiin

    ReplyDelete