Friday, November 14, 2014

Bacalah wadah iman seluruh umat

Selepas solat maghrib seperti biasa anak-anak akan mula memberi salam masuk rumah untuk mengaji. Hari Jumaat lambat sedikit sebab mereka tahu hari Khamis biasa orang berbuka puasa dan membaca Yasiin dahulu. Tetapi ketika anakanda Haziq hampir habis mengaji Hafiz, kakak dan adiknya datang membawa hidangan untuk dijamu kepada rakan-rakan sempena dia baru khatam membaca Al-Quran hari Rabu minggu lepas. Jadi malam tadi hanya Haziq seoarang saja yang belajar mengaji manakala yang lain balik rumah semula mahu tukar baju cantik-cantik seperti Hafiz. Gelihati juga sudah macam beraya anak-anak.

Doa - Muhammad Hafiz sedang membaca doa Khatam Al-Quran yang telah aku berikan sejak minggu lepas agar pembacaan lebih lancar.
 
Ada pulut kuning yang lengkap dengan rendang, kek marble minyak warna-warni dan pau inti kacang merah. Mak Zah keluarkan air sarsi dan air oren sebagai pelangkap. Aku tidak menyediakan apa-apa sebab tidak diberitahu lebih awal. Niat dihati mahu sediakan bunga telur buat anak-anak sebab banyak bunga telur yang aku perolehi ketika balik dari majlis kahwin aku simpan rapi. Tahun ini maulidurasul tidak digunakan jadi masih terkumpul banyak. Makanlah mereka apa yang ada. Syukur rezeki buat anak-anak.

Alhamdulillah - Lega bila anak-anak menjadikan Al-Quran sebahagian dalam hidup mereka. Moga ilmu yang dipelajari terus diamalkan dalam kehidupan seharian mereka sehingga akhir hayat. Itu yang diharapkan.
Menurutnya sebagaimana dijanjikan cuti sekolah ini akan dilangsungkan majlis khatam sebelum ia akan dikhatankan. Mama Zakie tidak dapat pergi sebab majliskan diadakan dikampung neneknya di Sabak Bernam. Moga semuanya berjalan lancar dan Hafiz cepat sembuh. 

Ceria - Mak Zah sibuk mengarahkan buat love betul-betul tetap tak menjadi. Macam-macam gaya anak-anak bila Mak Zah melayan buat  mereka tambah ceria. Melihat kembali gaya-gaya mereka buat aku senyum sendiri.  Sekadar tepek beberpa keping di sini. Ada yang sudah main badminton pun.
Adik-beradik - Inilah Muhammad Hafiz bersama kakaknya Yana  dan adiknya Caca.
Membaca al-Quran dengan tartil dan fasihah iaitu tajwid, memahami serta mengamalkan ajaran yang ada di dalam al-quran adalah digalakkan dan mendapat pahala. Sebagai umat Islam berusahalah membaca, memahami dan mengamalkan al-quran dengan baik walaupun tidak mengkhatamkannya. Sekiranya membaca sehingga khatam , itu adalah yang lebih baik.
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ 
~~ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.~~


53 comments:

  1. AlhamduLILlAH.. seronoknya dapat melayan anak-anak.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ..umi imm pun ajar ngaji kak..bile ade murid dah habis khatam, nnt dapat pulut kuning, kami adik beradik yg terlebih seronok hahaha..
    teringat pulak dulu kalau minggu umi datang bulan, imm la yg amek alih mengajar kawan2 baca muqaddam :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... mmg nampak mcm hari raya. hehe

    moga terus menjadi anak soleh dan solehah. aamiin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah khattam... Tahniah ye... Semoga menjadi anak2 yg membanggakan ibu bapa dunia akhirat...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah meriah siap ada mkn2 lgi...

    dh khatam tu, teruskn membaca ye adik2..fahami maksudnya sekali..
    celik Al-Quran.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. kak.. saye teringat rumah mak mertua.. ada yang baru naik quran.. mak buat pulut kuning dengan gulai telur.. seronok budak2 tu makan..

    ReplyDelete
  7. Algamdulillah.. majlis khatam quran simple mcm ni pom dh ckp baguskan. Alahai..semua sporting bagi pose LOVE tu..

    ReplyDelete
  8. Moga mereka (dan kita) terus semangat meletakkan Quran di hati kita.

    Seronok dgr..tengok hal camni..

    ReplyDelete
  9. seronok bila dah khatam al quran..hrp lepas khatam pun selalu baca

    ReplyDelete
  10. salams kak,

    terharu tgk anak-anak didik akak....dapat merasai kegembiraan mereka....alhamdullilah dah khatam quran:)

    ReplyDelete
  11. bila baca entry akak ni teringat saya kisah masa pertama kali saya khatam al-quran, mesti bawak pulut kuning dengan sambal ikan bilis dan telur rebus dekat rumah tuan guru...makan ramai2 memang seronok sangat :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dan tahniah.

    Semoga membaca Quran dijadikan amalan harian.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah seronok nyer baca entry akak nie..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..khatam..ada majlis macam ni memeriahkan suasana..buat bentuk love eh..comel

    ReplyDelete
  15. sorang lagi anak didik kakzakie dh khatam quran...syukur n bangga sekali diraikan dlm mjlis yg mnggmbirakan mrk.

    ReplyDelete
  16. khatam alquran mmg ada pulut kuning..rasa x lengkap klu x de..dulu daya pun gitu..mak buat besar2..

    ReplyDelete
  17. Teringat zaman kak mengaji dulu. Tok guru guna rotan panjang. Kalau datang awal, budak perempuan selalunya digalakkan menolong/membantu apa yang patut drumah tok guru sebelum mula membaca.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah semoga hafiz menjadi penghafal al quran satu hari nanti.

    ReplyDelete
  19. maşaAllah sister, harikasınız! selamlar, sevgiler Türkiye'den! :))

    ReplyDelete
  20. Ramai jugak anak murid akak..saya ajar anak sendiri je kak.kat sini memang ada ajar bebudak mengaji tapi saya tengok anak orang depan rumah saya ni pi mengaji tak sampai sepuluh minit dah balik.hari2 gitu..tu yang saya ajar sendiri je..lambat lagi anak saya nak khatam quran..sebab baru tahun ni dia mengaji quran pun..Rasa nanti dia dah khatam nak buat majlis jugak la ..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah. Tahniah hafiz...dah khatam al-quran. Seronok tengok gelagat mereka ni kak ☺

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah dan Tahniah. Semuanya comel-comel aje.

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.... dh khatam al Quran pastu berkhatan lak... dh dewasa boleh jd imam....

    ReplyDelete
  24. ahah la kak macam raya dah
    bagusnya anak2 mengaji quran
    saya ni payah betul nak cari guru mengajar quran utk anak2

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah dan tahniah... seronok dpt khatam mcm ni... moga anak2 ros pun berpeluang sebegini..

    tq kak masih sudi jenguk blog ros..salam sayang.... :)

    ReplyDelete
  26. Bagus kalau kite baca skali penterjemahan ayat Al-Quran kan kak Zakie, InshaAllah kak, time ngandung ni elok byk baca surah2 yg berkaitan supaya anak lahir kelak, elok sifat dan akalnya..

    ReplyDelete
  27. Tahniah Hafiz....seronok tengok budak2 ni...ceria..
    Acara yang disambut walaupun simple ...tapi ini tetap menceriakan mereka apa lagi acara Qatam Alquran yang mereka tunggu2 selama pengajian mereka...

    Ini dapat mendorong mereka agar lebih rajin lagi mengaji dan menghayati bacaan Al Quran.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  28. malu saya dengan anak anak ni kak.. lama betul saya ambik masa nak khatamkan al quran T_T

    ReplyDelete
  29. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah kak zakie...saya tumpang gembira dgn majlis penuh keberkatan tu...

    ReplyDelete
  31. Allhamdulillah...tahniah. saya yg baca ni pulak senyum2, boleh imagine excited dorang tu nak meraikan kawan yg khatam kan.

    teringat pulak masa kecik2 pergi mengaji kat surau, ada satu group ni cepat betul dia "alih mukasurat"... tebal2 dialihnya sendiri walau tok guru tak suruh..nak cepat habis katanya. adoi macam2.

    ReplyDelete
  32. salam kak...

    ingat sy lg tak...?moga anak2 sy sok mmbesar camni gak...

    ReplyDelete
  33. untungnya rumah sentiasa berkumandang ayat ayat suci kan kak....rumah nekcik di kampong pun camtu...sebab mak muda nekcik ngajar ngaji..dekat 30 org anak anak tak termasuk yg dewasa mngaji.....alhamdulilah

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah...ummi tumpang seronok membaca entry Kak zakie ni, bertuah Kak Zakie dapat mengajar Al Quran.

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah. Moga dia nanti jadi hafiz. seronoknya KZ dpt mengajar budak2..


    ReplyDelete
  36. tahniah buat hafiz..kawan2 lain pun tumpang gembira tu pasal pakai baju cantik2..meriah nmpk majlis khatamnya..

    ReplyDelete
  37. salam kz ..
    bungah ndelok bocah2 cilik khatam quran, sedikit sebanyak poholanay pun pun tempias mareng wong tuo kan ..
    apopun ..
    moga kak istiqomah nurunkay ilmu neng bocah2 ..

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum kak,
    Nampak seronok dan meriah. Mudah-mudahan kakak dan semuanya sentiasa di dalam kebaikan...generasi a-Quran insya-Allah

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah moga anak anak memanfaatkan ilmu yang diperolehi..amin..

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah kakzakie,ramai yg dah khatam kakzakie ajarkan,klu rumah nurul dekat,nak jgk htr rumah kakzakie anak2 nurul.

    ReplyDelete
  41. Teringat zaman ngaji Quran dulu kalau ada yang berkhatam, ada peluang makan pulut kuning kari ayam dan telur dadar, makan berebut-rebut..best masa tuu....

    ReplyDelete
  42. Betui tu sud@is...tetunggu2 majlis khatam Qur'an dapat makan best2...hehehe
    moga kita termasuk dalam golongan orang yang mencintai AL - Qur'an..
    Sekalung tahniah buat kakzakie...berjaya mengasuh anak-anak menjadi celik Al-Qur'an..

    ReplyDelete
  43. alhamdulillah.. budak khatam al-quran semangat nak buat pulut kuning jamu kekawan. Tradisi patut diteruskan bagi semangat pada kawan2 lain agar cepat2 khatam dan boleh jamu pulut kuning juga. Zaman Hana dulu siap kumpul ramai2 sekali arung khatam semasa majlis ihtifal.

    ReplyDelete
  44. Alhamdulilah sejuk mata sejuk hati tengok adik2 kecik ni dah khatam Quran. moga Fateh Uwais nanti pun celik hati belaja mengaji amin

    ReplyDelete
  45. Seronok tengok dorang ni kak.. sambil membayangkan kalau saya jugak berada di sana.. pasti anak2 akan mengaji di rumah kakzakie.. ;)

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah, tahniah buat Hafiz yang dah khatam Al-Quran. Kalaulah akak ni tinggal dekat dengan saya, memang dah saya hantar anak-anak ke rumah akak. Terima ke tidak, saya tetap juga hantar. Nasib baik jauh. Si Adik tu dah lancar berceloteh, saya memang nak hantar dia pergi mengajilah, kak.

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum kakzakie...tahniah buat adik2 ini ...;)

    ReplyDelete
  48. Tahniah buat anak anak yg dah khatam.......cikgu ngaji pun kenyang dapat makan pulut dgn rendang ye kanda haha....
    Siap tukar baju yg tak tahan tu memasing....tau cikgu dia sure suruh selfie hihi

    ReplyDelete
  49. saya pun kalau akak dekat saya akan hantar anak saya
    mungkin saya juga perlu ikuti pengajian tu
    appaun tahniah buat anak-anak yang khatam

    ReplyDelete
  50. sejuk je hati bila tgk si hafiz danadik beradik beliau

    ReplyDelete
  51. alhamdulillah
    tahniah buat anak anak yg dh bjaya khatam.
    tak sabar tunggu permata hati besar.nk ajar ngaji.dah lama menanti

    ReplyDelete