Tuesday, November 4, 2014

Tazkirah bersama Ustazah Norlaila Aniza

Rutin biasa selepas solat maghrib setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad masjid di tempat kami ada majlis tazkirah. Sabtu lepas kami jemaah perempuan sangat beruntung kerana dapat mendengar dua tazkirah dari dua ustaz/ustazah berbeza dalam satu malam. Selepas maghrib berkongsi mendengar tazkirah ustaz dengan jemaah lelaki tetapi selepas isyak tazkirah khusus untuk kami jemaah perempuan sahaja. Jemputan kami adalah Ustazah Norlaila Aniza Zakaria. Aku pasti ramai diantara kita mengenali wajah ustazah ini.

Ustazah Norlaila Aniza - Aku sengaja captured dia sendiri selepas santai berbual sebelum sessi ceramah. Manis dan lembut bicaranya tetapi tegas orangnya.
Tajuk pilihan kami adalah Transformasi Keluarga Menuju ke Syurga. Tazkirah disampaikan berlanjutan sehingga jam 11 malam tanpa jemu disamping sessi soal-jawab seperti di dalam rancangan televisyen itu.

Wanita biasanya suka berfantasi - mudah kata berangan-angan tinggi. Mahukan suami yang serba-serbi sempurna. Sebelum menikah membayangkan semua yang indah belaka lalu apabila berumahtangga tidak seperti apa yang difantasikan mulalah membandingkan suaminya tidak sebaik suami orang lain. Bagaimana mahu menuju ke syurga kalau sentiasa kekurangan yang difikirkan tetapi kelebihan yang ada bagaikan terlindung dari pemerhatian.  

Sifat perempuan yang lebih suka bercakap berbanding dengan lelaki yang banyak mendengar juga disentuh sama. Contoh diberi ketika dalam perjalanan menuju ke majlis kenduri. Memenuhi undangan seandainya tidak ada halangan adalah wajib sekiranya tidak ada masalah/alasan yang menghalang. Oleh sebab itulah perjalanan menuju kenduri adalah perjalanan yang barokah. Seandainya memohon doa pada Allah inilah salah satu masa terbaik. Namun sekiranya sepanjang perjalanan yang sebenarnya Allah memayungi rahmat buatnya akan terhalang seandainya isteri asyik membebel dan akhirnya masing-masing bermasam muka hanya kerana sesat jalan.

Sesungguhnya menjadi tanggungjawab semua ahli dalam keluarga untuk mencari jalan menuju ke syurga. Alangkah sedihnya sekiranya sepanjang berada di dalam rumah yang mewah tetapi tiada nur/cahaya iman di setiap penghuninya. Rancangan televisyen pula rata-rata adalah hiburan yang membawa kepada maksiat mata. Oleh itu jangan disalahkan andai suami atau isteri melihat pasangannya tidak cantik. Mereka yang merasa begitu bermakna ada masalah maksiat mata. Fikir-fikirkanlah.

Begitu juga amalan untuk melakukan kegiatan secara bersama. Makan bersama. Membaca buku bersama. Menonton yang membawa kebaikan bersama. Solat berjemaah (kalau suami ke masjid - tidak salah isteri/anak besar memikul tanggungjawab menjadi imam di rumah). Boleh juga riadah bersama. Selitkan setiap malam membaca hadith dan maknanya sekali bersama-sama. Membaca hadith ini boleh dibaca bergilir-gilir pada setiap ahli keluarga. Petua untuk awet muda adalah membaca hadith kerana bahasa hadith yang indah selalu menenangkan hati itulah yang membuat awet muda. Ramai wanita yang bimbang kelihatan tua, cepat mati dan tidak punya harta tetapi tidak terfikir untuk berusaha membantu membawa semua ahli menuju ke syurga. Jadi mulakan hari ini membaca hadith bersama semua ahli keluarga mana yang belum memulakannya. Mahu awet muda kan hihi...

Sebenarnya panjang lagi tazkirah diberikan tetapi diringkaskan untuk entri hari ini sebagai wanita/isteri/anak perempuan kenalah sentiasa bersedia untuk membimbing diri dan keluarga untuk menuju ke syurga. Andai sayangkan kepada diri sendiri dan ahli keluarga janganlah diri sendiri membuat dosa. Kena sentiasa ingat bahawa setiap apa yang terjadi di dalam keluarga kita pasti ada hikmahnya. Istiqamah untuk sentiasa bermuhasabah tanpa rasa jemu.

~~ Menjadi wanita solehah sebenarnya mudah seandainya mampu mengikut sepenuhnya apa yang garispanduankan di dalam Islam.~~



49 comments:

  1. tazkirah yang menarik...petua awet muda yang mudah ,hanya perlu makann minda ...kakzakie terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
  2. itu matlamat yang betul, menjadi ahli syurga, jalannya perlu diingati selalu, thanks kak zakie atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak atas peringatan tazkirah ini..terima kasih atas perkongsian ini..terima kasih atas teguran secara tidak langsung ini..

    terjaga saya dari tidur kak..

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak zakie kongsi tazkirah yg ringkas tp maknanya cukup mendalam..
    Suka jgk dgn ustazah Norlaila Aniza..lemah lembut je orgnya :-)

    ReplyDelete
  5. Majlis ilmu yang berturutan. Seronok baca perkongsian Ilmu Kakak ni. Petua yang bagus untuk diamalkan. Siap dapat pahala lagi kan jika macam ni.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak zakie berkongsi ilmu ...saya akan make sure wife saya pun baca entry ini

    ReplyDelete
  7. Tazkirah utk saya..terkesan jugak sbb terkena batang idung sendiri. Terima kasih kak zakie!

    ReplyDelete
  8. thanks 4 sharing...cantiknya ustazah tu...ikhlas je dia senyum :)

    ReplyDelete
  9. banyak ilmu yang saya dapat arini..kak zakie memang rajin dengar kuliah ye..

    ReplyDelete
  10. tq atas perkongsian

    memenuhi undangan tu mmg perlu
    so far saya akan cuba mai kalau dijemput
    tapi kalau dah tak bleh mai
    apa nak buat

    ReplyDelete
  11. syukran berkongsi disini..wanita solehah penghias dunia, di rumah dia isteri, di jalanan kawan..

    ReplyDelete
  12. salam
    terkesan membaca takzirah diatas...mudahnya wanita menjadi ahli syurga andai segala syariat islam dipatuhi..

    ReplyDelete
  13. Suka dengan ustazah ni.. Tazkirahnya best.

    ReplyDelete
  14. suka sgt dgn ustazah laila ni kak...tazkirah dia pun menarik ni..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..terima kasih kakak atas tazkirah nie..terkesan sungguh falsya..

    ReplyDelete
  16. Mudahnya petua awet muda. Bila dengar pasal awet muda, serta-merta nak amalkan membaca hadith dalam keluarga. Dah tersalah langkah pulak, nak muda punya pasal ^_^

    Yalah kak, kalau tak sungguh, memang senang nak cari gaduh waima hal remeh je. Nak jadi isteri mithali memang banyak cabarannya tapi bukannya susah pun kan, kak :D

    ReplyDelete
  17. wahhh tazkirah drpd ustazah laila..top tu ustazah ni...tp yg penting pengisiannya lg yg the best!

    ReplyDelete
  18. Terima kasih kakzakie kongsi tazkirah ini. Wanitalah yang paling senang untuk mendapat pahala dan masuk syurga kalau betul haluan yang dipraktikan.

    ReplyDelete
  19. salams akak,

    tksh daun keladi kerana berkongsi ilmu:) suka tang awetmuda tu...kena selalu mengamalkan membaca hadis ya...:):)

    ReplyDelete
  20. Ilmu yang kita perolehi..besar pahala nyer berkongsi dengan org lain kan.. :) thanks akk...byk ilmu dapat bler singgah kat blog akak nie...

    ReplyDelete
  21. seronoknye akak dapat pergi majlis ilmu macam tu.. fifi masih takde kekuatan untuk mengheret anak yg 8 bulan ke masjid.. kan best kalau mase selalu di habiskan di rumah Allah..

    ReplyDelete
  22. seronoknye akak dapat pergi majlis ilmu macam tu.. fifi masih takde kekuatan untuk mengheret anak yg 8 bulan ke masjid.. kan best kalau mase selalu di habiskan di rumah Allah..

    ReplyDelete
  23. seronoknye akak dapat pergi majlis ilmu macam tu.. fifi masih takde kekuatan untuk mengheret anak yg 8 bulan ke masjid.. kan best kalau mase selalu di habiskan di rumah Allah..

    ReplyDelete
  24. patut la wanita ni kreatif, suka berfantasi...hehehe...

    ReplyDelete
  25. Bagus entry akak nih.. sedikit sebanyak ada jugak ilmu dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  26. bertuahnye kakak dapat jupa live ustazah tu. Zura pon suka dia.. wajahnye manis sangat kan~

    ReplyDelete
  27. bertuahnye kakak dapat jupa live ustazah tu. Zura pon suka dia.. wajahnye manis sangat kan~

    ReplyDelete
  28. Perkongsian yang menarik.. saya suka dengan entry ni kak.. ;)

    ReplyDelete
  29. masjid akak uztazah pun ada ye..kat sini memang ada tpi dia ajar tajwid je.tu pun siang..malam semua ustaz je

    ReplyDelete
  30. angah pun tak lepas daripada kuat berangan-angahn!...ahai...

    ReplyDelete
  31. Terima kasih berkongsi ilmu kakzakie, terbuka minda di ptg hari ni.. rindu rasanya nak mendengar ceramah ustazah Dan ustaz.. dgr kat TV jer skrg, bila kesihatan masih tidak mengizin kan ni..

    ReplyDelete
  32. Berseri muka ustazah tu...hihihi

    ReplyDelete
  33. Ustazah Norlaila pernah pi ceramah di Masjid Andalusia, Laguna Merbok tidak lama dulu.

    ReplyDelete
  34. salam kz ..
    perkongsian yg menfaatkan ..
    tk perlu tambah apa2 lg ..
    sume yg diperkata adalah betul ..

    ReplyDelete
  35. terkesan sungguh dengan tazkirah tu. T_T
    terima kasih kak zakie.

    ReplyDelete
  36. Terima kasih sharing kat sini... sangat bermanfaat..


    Jemput ke blog saya ye... http://www.cintaviamin.com

    ReplyDelete
  37. Salam Rabu KZ...Thanks for the tazkirah ya..

    ReplyDelete
  38. terinagt satu kisah yg dibaca, seorang isteri zaman bani Israel punya seorang suami yg sederhana rupanya, sedangkan isteri itu seorang yg cantik, kerana bosan dengan asyik kerja di dalam rumah, isteri meminta izin utk keluar membeli daging setiap hari di pasar, kebetulan si penjual daging seorang yg tampan, kerana selau singgah membeli daging si isteri tadi terpesona dengan ketampanan di penjual daging, tapi isteri ni seorang yg solehah, akhirnya menyedari kesilapan hatinya, tidak mahu lagi keluar ke pasar, hingga menghairankan hati suaminya, tapi si isteri tidaklah bercerita lebih lanjut kenapa sebabnya...tapi bandingannya dengan kita hari ni, adakah kita berusaha menjaga hati kita dalam usaha menuju title isteri solehah ini..?

    ReplyDelete
  39. terimakasih Zakie..berkongsi tazkirah ini..yg memberi manfat buat kita bersama..

    ReplyDelete
  40. Tazkirah yang menyeluruh. Memang banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama.... Dan kalau inti patinya menyekluruh, memang banyaklah soal jawab tentang perinciannya....

    ReplyDelete
  41. baca entry ni semalam, tapi tak sempat tingal komen
    benar apa yang dikatakan oleh ustazah tu
    bila isteri mengharapkan sesuatu yang mustahil
    itulah yang mendatangkan kekecewaan, lebih baik sentiasa gembira
    kunci kebahagian =)

    ReplyDelete
  42. Thanks atas perkongsian ilmu ni kak.

    ReplyDelete
  43. perkongsian yg menarik.tima kasih kakak ats peringatan ini..

    ReplyDelete
  44. bukan senang nak jadi muslimah solehah sejati kan, yg penting ada usaha ke arah itu in shaa allh, seronok kalau dpat join mjlis2 ilmu macma ni kan kak

    ReplyDelete
  45. Alhamdulillah, tazkirah yg baik utk diri ini yang dahaga ilmu agama. kadang2 buat keputusan tanpa mempedulikan yg lainnya. ada masa tak sedar sang keluarga juga terkena tempiasnya juga.. thanks kak zakie.. :')

    ReplyDelete
  46. Ohhhh Ustazah ni...best....
    Terima kasih berkongsi ilmu kanda....bab sesat jalan tu mmg kekadang boleh jadi gaduh lebih lagi kalau rumah pengantin tu kawan kita bukan kawan cik abang hehe

    ReplyDelete
  47. seronok nya menjadi wanita dan seterusnya bergelar isteri, kemudia menjadi isteri Solehah. JM? huhuhu...tunggu lah kalau ada yang sudi

    ReplyDelete