Tuesday, December 2, 2014

Beriadah sambil melihat pokok pecah beling

Hujung minggu lepas. Selepas selesai solat subuh aku sudah bersiap-sedia untuk keluar. Telefon berdering tanda masing-masing sudah bersedia menanti di depan pintu pagar untuk menuju ke padang. Keluar seperti biasa. Keadaan sudah agak cerah walau jam baru menunjukkan jam 6:30 pagi. Itulah sebabnya kami gigih menghayun langkah untuk menuju ke padang. Tiba-tiba dua ekor anjing menderam-deram di belakang kami. Oh... kami sama-sama penakut. Kawan aku tepuk tangan berkata syuh! Aku pula libas tuala lap peluh yang ada di tangan sehingga mengeluarkan bunyi. Tidak lama baru tuan empunya anjing datang. Anjing ini menjaga tuannya berjogging. Lega... walau sebelum jogging kami sudah berpeluh. Peluh dingin sebab ketakutan:)

Pertemuan - Boleh pula satu dari anjing itu mengikut kami terus ke padang.  Pokok ini pula menarik perhatian kami kerana kelihatan seperti pokok pecah beling yang kami google sebelum ini.  Bila tiba di rumah aku bandingkan dengan pokok yang hubby beli, nyata bukan.
Lebah -  Baru perasan segugus lebah ada bergayut di sini. Sewaktu kami lalu di bawah pokok ini cuaca masih agak gelap.  Balik jogging jam 8:00 pagi baru kami terlihat ini. Nasib baik tidak ada apa yang terjadi.

Pokok Pecah Beling - Ini baru betul pokok pecah beling (Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus - Acanthaceae) yang hubby baru beli di nursery herba baru-baru ini. Daun yang berkilat lonjong bukan yang bulat.  Belum sempat dipindahkan ke belakang rumah. Masih berkongsi dengan taman mini kami di depan rumah.
 
Menurut apa yang kami sekeluarga menggoogle, daun pecah beling mampu mengatasi masalah diabetic, darah tinggi, batu karang dan agen diuretic. Mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Itu yang kami pun mencari dan cuba untuk dijadikan salah satu tanaman di rumah kami seterusanya akan kami aplikasikan dalam kehidupan kami.

~~ Berhati-hati ketika beriadah di waktu subuh gelap sebab apa-apa kemungkinan boleh saja terjadi.~~

56 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik ni enatah bila nak start berjogging. Nak pergi seorang diri - takut! Anjing banyak juga berkeliaran...

Acik Erna said...

pengusaha herba di opis acik pun ada tanam pecah beling ni kakzakie

Mar Mansor said...

saya gemar berjogging di awal pagi sebab raas segar berbanding wktu petang cam malas je sebab seharin dah penat..tapi tulah pagi2 ni kena berjaga2 pula

Izwa Kamaruddin said...

ye kak..paling takut di gigit anjing dan disengat tebuan la pulak!

Aisy Nasiha said...

Ooo pokok ni nama macam ni ya. Saya pernah tengok dan memang dikatakan ada banyak khasiat..

Bestnya dapat jogging beramai-ramai anak beranak.. mujur tak apa-apa pada hari tu ya.. Allah dah buat sesuatu tu baik, ada benda yang Allah nak kita berfikir dan ambil pengajaran. Kalau tak, tak ada jumpa beberapa benda baru pula ya..

Nor Azimah Ali said...

Ada juga hasrat nk berjogging dgn anak dara saya tu,entah bila agaknya nk mula..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak..bahaya tu ada sarang lebah!
Bestnya jogging pg2..dyulu atie rajin g ngan jiran kat taman ni...skrg udah malas..hihi

ewanthology said...

kalau boleh jgn awal sgt berjogging..pukul 7 pagi tu ok lah sebab dah cerah.

saniahibrahim said...

berbagai dugaan kakzakie berjogging ya...xpe kuatkan semangat...tapi sya pun dh lama tak buat ...
pokok pecah beling? ..nk google lah nanti

zmarl (ibu) said...

boleh tahan besar sarang tebuan tu..susah sangat panggil jer bomba setelkan kak..risau kot kena anak2..budak kadang tak tahu or sengaja carik pasal..kang dibalingnya batu, naya..

sud@is said...

Banyak kita lihat dan baca pokok-pokok herba baik untuk penyakit diabetic, darah tinggi dan batu karang kan...kalu yakin dan rajin tak payah makan ubat hospital...boleh ka cam tu kak....

Dr Singa said...

ha ah..
cuba call bomba.
pasal sarang lebah tu
bahaya tu..
boleh mati kalau kena sengat!

Lynn Huraiza said...

mujur la x der apa apa yg serius terjadi...lynn memang tak boleh tengok anjir mengekor nie...sbb pernah ada tragedi dikejar anjing dulu...

cahayahidupku.blogspot.my said...

hihihi bila kakzakie cerita pasal anjing masa berjogging ni.. teringat pulak saya kena kejar anjing waktu nak pergi kerja pagi-pagi dulu.. boleh terus panjat tembok yg tinggi .. pastu tu tak tau macam mana nak turun.. penyudahnya menangis atas tembok tu hahha..
Tu yg tak berani nak jogging sorang2 takut kena kejar anjing..

Banyak kelebihan pokok pecah beling ye kakzakie.. elok juga ditanam dirumahkan boleh buat kegunaan harian..

Anonymous said...

kalau nmpk anjing dekat-dekat.

baca surah tabbat yadda.

hehe.

paridah said...

rajin berjogging pagi2 ya...tapi hati2 dgn keselmtn diri...

BinMuhammad said...

Respek lah dgn akak... Masih punya semangat untuk berjogging. Tahniah...kesihatan mesti diutamakan. Jgn jogging sorang2 ye...

Mummydearie said...

Kak, nak bukan sesi beriadah kaki je ni. Tangan pun sama riadah, dok snap foto sana sini ^_^

Dahlah tak keluar awal pagi pergi jogging. Rasanya sejak jadi Mak ni memang null je memori part ni :D

Akak cakaplah apa pun nama daun, saya memang terkenal tak tahu tumbuhan. Eh, macamana saya boleh ambil subjek botani dulu yerk! Macam pelik pulak!

Mummydearie said...

Apalah typo error pulak. Sebenarnya saya nak tulis 'ini bukan sesi beriadah...'

'Dah lama tak keluar awal pagi...'

Adoi, penyakit apa saya dapat pagi-pagi ni! Ni mesti kes lapar lagi!

Nieyla Nadia said...

wow!besar nyer sarang tuh...
sekali serang tuh...mau masuk spital tuh... bagus la kan klu tanam pokok2 yg boleh bagi manfaat untuk kesihatan sekeluarga..:)

Ujie Othman said...

tak penah dgr nama pokok tu kak.

sarang lebah ke? besarnya..takut je.

Fifi Nadhrah said...

bahayenye sarang lebah tu akak.. alhamdulillah.. takde ape yang berlaku..

aizamia3 said...

Minggu ni genap sebulan saya tak jogging..
Balik kerja dah penat dan sekarang pulak musim hujan.. bila tak hujan rasa malas pulak nak jogging.. eemm..

norhidana said...

org kata kalu kite anjing tu blh tau kalu kite tkt ngn dia, itu yg dia lg nk dkt ngn kite...

seram lak nengok lebah nyer sarang tu kak, bahaya klu ada bdk2 yg usik or baling ngn batu, klu kt tmpt yg org tak ramai takpe lah...
sbb tu kalu nk jogging tu biar ada kwn kan kak, klu jd apa2 mudah

ini kisahnya said...

lebah tu kalau dah sengat mau bengkak badan.. ade kolam tak kat situ?? bahanya ni.. alise joging dalam bilik jelah.. tak penah jogging kat taman..

suka suka said...

Pecah beling ni kalau pasunya letak atas tanah akar pokok akan terus ke dalam tanah bila dia makin rimbun.. susah nak alih2 pasu.. teringat pula lebah depan rumah adik di Ipoh..

eMMe said...

wah kak Zakie jogging yea..bagus2 utk kesihatan tu.. saya de dpt skotak teh kaca Beling... tapi dah expired.. tau khasiat dia, saya bagi org huhuuhuh.... sayang laaa plak... nnt saya update kat blog la, heeee~

Kamsiah yusoff said...

saya geli geleman tgk lebah yg bergayut tu hehe..

husnalalink said...

anjing tu scarry lah...xmcm org bela...hehe..
ilmu baru arini..hehehe

musang said...

bahaya tu..sebelum terjadi perkara yg tak diingini kena panggil bomba utk hapus sarang tebuan tu

Unknown said...

ngeri jugak sarang lebah yang bergayut tu.. harap2 takde yang dicederakan nanti.. rumah kami dulu ada lebah bersarang dekat bumbung.. ayah saya biarkan katanya rezeki mudah masuk.. alhamdulillah takde pernah kena serang.. cuma kadang2 terpijak bangkai lebah mati, bengkak bengkak kaki kami adik beradik.. hehehe

Nastyna said...

anijng besar tu dibiarkan gitu jer? tak letak leash pun? bahaya la, jinak2 orang bela pun, sini yg ceninet saiz tikus pun orang letak rantai bawak jln2.

Unknown said...

Zura pon takut nak berjoging awal pagi kakak. banyak sangat tengok tv dan dengar berita. bukan takut pada anjing tapi sesama manusia yang mempunyai niat jahat. minta di jauhkan dari manusia seperti itu. Amin~

Fiza Rahman said...

Banyak khasiatnya yer kak. 1st time dengar.

Ngeri plak tengok sarang lebah tu.

Hana Syed said...

Kak call jpa ke bomba musnahkan sarang lebah tu. Ke boleh settle sendiri??

Suria Amanda said...

Sekarang ni sekeliling kita x selamat kan kak...bahaya ada di mana2...so kena letak extra carefull la nampaknya...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...wah !! ada tebuan rupanya nasib baik x ada apa2 tadi kn..;)

Zaitun said...

Kak zai tak tahu nama pokok ni tp pernah tengok.

Masa kak zai pergi MAHA ada pokok nama dia belalai gajah bagus untuk merawat cancer. Tak sangka pokok tu ada kat laman kak zai sampai lupa sebab tak tahu nama hehe...

Ann Ishak said...

memang betul, lebih lagi kalau awal pagi. saya selalu pegi taman tasik sekitar 630am untuk joging :)

nadia rashid said...

akak pokok pecah beling palsu tu ada tumbuh dalam pasu bunga umah sy ni...sy dulu tertipu ingatkan pokok bunga siti zubaidah..daun nya seakan-akan

Qaseh Vee said...

nasib baik lebah tu selamba jer kan ... lebah ni biasanya klu x terusik , mrk tak mengejar ... baru pertama kali dgr nama pokok pecah beling ...

Falsya said...

naik bulu roma falsya tgk sarang lebah tuh kakak..adehhh..

first time falsya dgr nama pokok tuh kakak..byk jugak khasiatnye kan..

Normala Saad said...

Memang bagus pokok pecah beling tu..terutamanya untuk orang yang ada batu karang.

Kak Vit said...

whoaaa... info menarik ni kak zakie.. :))

zila norazila said...

sbb anjing tu lah melemahkan semngat org nk jogging..aritu ank zila balik semula kak..x jd jogging..anjing punya hal..he he heee

eelobor said...

bahaya tu sarang lebah.... dah boleh panggil bomba. hehehe, takpun pegi ambik madu

Nurulhidayah said...

bahayanye lebah tu kakzakie.. kene panggil bomba buangkan, sama mcm pokok depan rumah Nurul ni dulu..

Julia Johari said...

Pertama kali dengar pokok pecah beling ya Allah byk betul khasiatnya kak zakie...terima kasih berkongsi...insyaAllah nak cerita kt mama abah pasal khasit pokok ni kak zajkie

kakrose said...

Geli pulak KY tengok gugusan lebah tu Zakie.Sib baik juga tamna tmpat KY berjoging takde anjing. Klau tak haru berpeluh dulu sebelum berjoging..

kakrose said...

Geli pulak KY tengok gugusan lebah tu Zakie.Sib baik juga tamna tmpat KY berjoging takde anjing. Klau tak haru berpeluh dulu sebelum berjoging..

OKje said...

Amboiii kanda....diam diam berjogging yeh....nak ikut!!
Pecah beling?....kanda tau tak beling tu dlm bahasa jaws adalah kaca

Unknown said...

Meriahnya sarang lebah tu. Salam kenal. Saya follow sini

BungaTulip said...

Salam Kak Zakie..lama tak dengar perkatan pecah beling tu. kalau kat kampung saya pecah beling bermaksud.. pecahan kaca (botol kaca yang pecah)

ellynadyra said...

tetiba jadi geli geleman tgk sarang lebah
dulu ada depan umah saya tau kak
saya panggil pertahanan awam kak
memalam depa mai buang

Jari Manis said...

nasib baik anjing tu x ganaz..kalau JM pun peluh jantan semua keluar heee

Yana Yani said...

saya dah lama tak berjogging dan nama daun tu pun
saya baru tahu, tak pernah dengar sebelum ni
mujur anjing tak paksa akak buat marathon ye =)