TITISAN NURANI
Wednesday, May 22, 2013
Tuesday, May 21, 2013
Bila saiz baju hampir sama
Apabila mempunyai dua anak remaja yang hampir sama besar dengan mamanya selalu membuat yang menjahit keliru. Sebaik memotong kain sebelum dijahit sudah kena tanda dengan cebisan kertas menanda dengan nama. Saiz badan dan ketinggian hampir sama. Anak sulung ketinggian sama dengan mama. Anak kedua lebih tinggi tapi saiz badan sama dengan kakak. Jadi bagi membezakan semua baju aku gunakan warna butang yang berbeza.
![]() |
| Butang warna jernih - Ini baju mama dan kak yasmien. Boleh tahu bila saiz badan besar sikit itu mama punya dan yang kecil itu Yasmien punya. |
![]() |
| Butang maroon - Kak Nurienne dan adik guna butang warna maroon. Untuk butang warna ini saiz baju yang kecil itu baju adik dan yang besar baju Kak Nurienne. |
Ini saja cara agar Nurienne dan Yasmien tidak salah baju. Buat aku dan adik memang mudah kerana yang paling kecil itu adik punya dan paling besar itu mama punya. Apa yang pasti papa punya tidak ada masalah.
~~ Peluang menjahit semakin cepat bila anak-anak sudah habis peperiksaan. Tidak perlu lagi duduk dengan adik membaca buku.~~
Subscribe to:
Posts (Atom)






