Thursday, December 11, 2014

Kasih-sayang seorang bapa

Salah satu majlis pengantin yang dapat aku raikan bersama, bahkan turut sama turun tangan membantu majlis adalah majlis keluarga yang menyewa rumah kami. Menikahkan anak ketiganya. Pernikahan berlangsung pada hari Jumaat petang dan majlis resepsi pula pada keesokkan hari Sabtunya.

Mempelai - Moga berbahagia dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang berlandaskan hukum-hakam agama
Apa yang membanggakan persiapan ini dijalankan dengan sederhana tetapi meriah. Dari hal-ehwal masak-memasak, barang hantaran, cenderahati tetamu dan khemah untuk tetamu semuanya dibuat secara bergotong-royong jiran dan sanak-saudara. Lihat pada singgahsana pelamin dan bilik nampak cantik sekali. Tetapi tahukah kawan-kawan bahawa yang melengkapkan keseluruhan persiapan bilik pengantin adalah si ayah yang usianya sudah melebihi 50 tahun. Beliaulah yang menjahit, memanjat dan menyusun bunga-bunga yang ada. Lebih membanggakan pilihan warna tepat sangat dengan warna pelamin yang dipilih oleh si anak. Ketika aku masuk ke bilik sebelum majlis si anak bertanya pada aku. "Cantik tak?" Mestilah aku kata "Cantik!". "Semua ni abah yang buat tau." Terharunya aku kerana tidak aku sangka abang itu pandai menjahit kemas dan cantik sekali. 

Tidak rugi andai ada kelebihan begini. Sekiranya isteri tidak mahir tetapi si suami yang mahir inilah kelebihan yang perlu dihargai. Selain berjimat mereka mendapat satu kepuasan yang sukar diucap dengan kata-kata. Menurut si pengantin selepas majlis selesai, kain tirai itu akan diminta si bapa untuk dijahitkan menjadi langsir rumahnya. Beruntunglah anak.

~~ Menjalin wayar pandailah papa anak-anak ku. ~~

61 comments:

  1. bertuah si anak kak...sentuhan ayahnye di hari bahagia....heheheeh...

    skrang musim org berkenduri kawin kan kak...cut sekolah lah kata kan...syok sgt dpt mkn nasi kenduri...dpt rewang pun best gak kan kak heheheheeh

    ReplyDelete
  2. kak, dulu masa majlis kawen adik saya yang no.2 (adik saya lelaki), Abah saya juga buatkan pelamin tau.

    Dialah yang carikan karpet, cari stage, paku sana paku sini, panjat sana, panjat sini. design dan idea semua dia yg bagi.. yg tukang jahit sikit-sikit tu pulak pakcik saya (pakcik tau bukan makcik)..

    Puas hati pelamin Abah buat, sebab luas dan besar, tak takut nak panjat ramai-ramai utk bergambar. Hahaha..

    Seronok. Ohya, bilik pengantin pun dialah yang tlg settingkan.

    Hasilnya takde la mcm lembut soft ke apa ke, tp ada la pelamin untuk diduduki.

    Kalau tgk pada paras rupa Abah yang garang, kitorang pun tak sangka dia betul-betul serius bila dia bgtau dia nak buat pelamin sendiri.

    Btw, selain daripada nak jimat kos, adik lelaki saya yang tu anak kesayangan dia. Haha

    :)

    ReplyDelete
  3. Cantik hasil kerja ayahnda nya. Beruntung ayah sendiri yang buatkan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, baiknya si ayah tu, bertuah sungguh si anak, kata org kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah berkrban apa saja.

    Tapi, sedih sgt kejab tadi baca katblog waazin, kisah haruan makan anak, nauzubillah..

    ReplyDelete
  5. teringat pula kat bapa saya, beliau masak ketam pada jemputan yang datang hantar tanda dan merisik, masak bila tetamu mula duduk,, hidang panas2, en hubby dan keluarga
    rasa dilayan baik walaupun tak biasa macam tu. eh tercerita pjg pulak, best mereka masih bergotong royong ye kak zakie, bagus.
    emak risau riuh rendah kat dapur :))

    ReplyDelete
  6. ayah imm keje kebun hebat la..balik kg cakap je nak mkn sayur ape, boleh kata semua ade dlm kebun..

    keje tukang2, kain2 gini mmg x tau lgsung kot hihih..

    ReplyDelete
  7. biras kakak saya (lelaki) dah berusia... bila saya datang ke rumahnya terpegun tengok langsir yang berlapis2 cantik designnya.. tambah melopong rupanya bila tahu dia yang jahit semua langsir2 tu...

    beruntung pengantin...

    ReplyDelete
  8. ye ke kak??waaaa kagumnya rasa...demi kasih seorang bapa kan..

    ReplyDelete
  9. Bukan saja sianak yg beruntung berbapakan seorang yg pandai menjahit..si isteri lebih lagi..tak perlu bersusah payah mengupah tukang jahit..

    ReplyDelete
  10. mesti seronok ayah pengantin kan, dapat menantu, tu yang sanggup memanjat pasang pelamin dan siapkan bilik pengantin.bilalah ada peluang nak bagi ayah saya rasa happy camtu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..bertuah anak sbb ayah punye tgn yg buat semua nie dihari bahagia die..beruntunf ssggttt..

    ReplyDelete
  12. Beruntungnya ada ayah yg pandai menjahit.. walaupun bkn semua ayah ad bakat mcm ni

    ReplyDelete
  13. bertuah si anak semua persiapan di buat oleh ayah sendiri.... ada kenangan yang tersendiri....:)

    ReplyDelete
  14. Untung anaknya, macam ayah saya dia terror gubah bunga dari mak saya dan saya..Tangan orang berseni memang lain sikit..:)

    ReplyDelete
  15. pandai si bapa menjahit..cantik dan kemas..kagum2..

    ReplyDelete
  16. seronok baca kakzakie..acik pun lebih rapat ngan arwah ayah..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah..terharunya saya. Si anak lagilah kan. Nampak beria ayah nak bahagiakan anak di hari bahagianya. Memori sepanjang hayat ni.

    ReplyDelete
  18. bertuah isteri n anak2 memilik suami bapa yg ada kemahirN BGITU...HIDUP NI SALING MELENGKAPKN...

    ReplyDelete
  19. Tahniah untuk pengantin..bertuah dia

    ReplyDelete
  20. Kadang2 tak mahir pun bila usaha jugak terus jadi kak..Adik ipar saya bukan tahu jahit menjahit ni tapi bila dia nak kawen semua dia buat sendiri je..

    ReplyDelete
  21. Jarang nak jumpa orang lelaki rajin menghias untuk majlis perkahwinan. Biasanya, orang lelaki kalau pasal persiapan majlis ni, asal ada je. Macam mana rupa, tak kisah, asalkan ada buat cukup syarat. Hehe

    ReplyDelete
  22. mmg cantik lah kak, beruntung anak tuh, kt johor msh ramai lg yg bt majlis kawin ada yg rewang membantu ye kak... klu kt kl nih mana ada rewang2 sume katering... semangat kerjiranan tu dh tak seseronok mana dh... klau rewang kan seronok bt keje sama2...

    ReplyDelete
  23. jarang org lelaki buat kerja tgn org pomouan..

    dh biasa bt kut..
    kemas kerja diorg

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum kakzakie...bestkn semuanya dibuat sendiri oleh bapa pengantin...mmg berbangga kalau dpt ayah yg boleh melakukan semuanya...:)

    ReplyDelete
  25. kak dari sekarang kenalah ajar cik abang menjahit bagai..nanti kaklong naik pelamin..semua dari sentuhan ayahnda tercinta..ha..ha

    ReplyDelete
  26. Tak ramai lelaki yang yang melakukan kerja2 sedemikian rupa beruntungnya sianak.

    ReplyDelete
  27. respek respek respek... jarang ada barapk yg serajin tu masa ni... tapi saya suka dengar yg pengantin bernikah pada petang jumaat... hari yg mulia tu...

    ReplyDelete
  28. Setiap insan pasti ada kelebihannya. Cuma kadang2 ditutup kerana tradisi dan pandangan masyarakat. Itulah yg kurang manisnya masyarakat Asia ni. Walhal kasih sayang itu boleh dilahirkan dalam berbagai cara

    ReplyDelete
  29. beruntunglah si anak yang mempunyai ayah yang berseni gitu,selain tu dapat juga jimat kan kos sewa2 bagai yang begitu mahal skg ni ...
    ayah anak2 sya nak jahit butang baju yang tercabut pun terkial2 kakzakie..

    ReplyDelete
  30. beruntunglah si anak yang mempunyai ayah yang berseni gitu,selain tu dapat juga jimat kan kos sewa2 bagai yang begitu mahal skg ni ...
    ayah anak2 sya nak jahit butang baju yang tercabut pun terkial2 kakzakie..

    ReplyDelete
  31. Bukan mudah nak cari lelaki yang pandai macam tu kan kak... bertuah ahli keluarganya... :)

    Cantik pengantin dan temanya... :)

    ReplyDelete
  32. Majlis kenduri secara gotong royong ni memang meriah. Tapi bakat di bapa sungguh terserlah! Menarik sekali hasilnya!

    ReplyDelete
  33. Beruntungnya ada bapa sangat penyayang menyiapkan segala dengan hasil tangan sendiri.

    ReplyDelete
  34. wah, bagusnya... Memang puas hati kalau dapat buat sendiri...
    Papa anak2 saya pun pandai menjahit...
    Sekarang duk tgk dia survey mesin jahit....
    Untunglah, tak perlu nak tempah langsir dah lepas ni :)

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum akak..
    pengorbanan seorang ayah sebagai rasa bertanggungjawab dan kasih sayang sebelum berpindah kepada orang lain. Tahniah!

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum kak,
    Hebatnya hasil tangan si bapa. Tentu ia menjadi kenangan-kenangan yang terindah kepada si anak. Semoga Allah memberkahi pasangan tersebut..

    ReplyDelete
  37. Untungnya dapat ayah yang menyediakan persiapan perkahwinan. Kalau sayalah ni, terharu sangat dah. Tak terucap dengan kata-kata rasa terimakasih pada lelaki yang bergelar bapa ni.

    ReplyDelete
  38. Istimewa untuk merealisasikan impian akak...

    http://relakssminda.blogspot.com/2014/12/satu-hari-satu-hadis-widget-hadith-sahih.html

    ReplyDelete
  39. betul tu kakak
    selain dpt berjimat
    tgk hasilnya blh dibuat langsit utk rumah pulak.
    selamat pengantin baru smga berbahagia hndakNya aamiin

    ReplyDelete
  40. subhanallah...bertuah beliau dapat ayah yg rajin seperti itu..terharu sgt..merai hari perkahwinan anak..semoga meeka bahagia hingga ke Jannah aminnn

    ReplyDelete
  41. sangat beruntungnya pengantin tu..terharu pulak rasanya..sangat menarik bila seorang lelaki berseni dalam jahitan..:)

    ReplyDelete
  42. menariknya..terasa beruntung jadi si anak dikurniakan bapa macamtu..kalau dh minat dicampur dgn seni yg ada apa2pun bole jadi kan kak..

    ReplyDelete
  43. bertuah pengantin ada bapa yang kreatif n berbakat..klu sy pun bangga kak zakie..tak semua org diberi kelebihan macam ni..lebih2 lagi lelaki

    ReplyDelete
  44. Selamat pengantin baru...abah dia tu mmg penjahit profesional kot...hee3...

    ReplyDelete
  45. wahh..! best ya dapat sentuhan ayah untuk majlis perkahwian.. :))

    ReplyDelete
  46. memang istimewa nie..sebab air tangan seorang ayah tue yang hias bilik

    ReplyDelete
  47. banyak dapat dijimatkan kalau buat sendiri.. :)

    ReplyDelete
  48. Suka dan Sedih juga baca entri ni... anak-anak saya dah tiada abah yang masak rendang paling sedap untuk raya tahun depan..

    ReplyDelete
  49. Salam hujung minggu.....

    beruntunglah bapa sendiri pun kreatif dan sumbang tenaga untuk perdiapan anak, sekurang2nya puas hati dengan hasil tangan sendiri dan jimat belanja....

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  50. http://zakiepurvit.blogspot.com/ ayah mithali..jengok blog TN ya

    ReplyDelete
  51. Terharu saya membaca entry ni.
    tahniah dan moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  52. Selagi saya belum kawin...semua kena buat sendiri. Hihihi.

    Moga pengantin kekal bahagia hingga ke syurga. Amin...

    ReplyDelete
  53. Untung nyer...
    bertuah si anak dapat seorang ayah yang pandai menjahit..mgubah kan...:)

    ReplyDelete
  54. bertuah si anak.. kasih sungguh ayah die pada die.. subhanAllah..

    ReplyDelete
  55. beruntunglah, kalau hasil ayah sendiri pasti yang terbaik untuk anak2 kan !

    ReplyDelete
  56. Betul kanda...barulah saling melengkapikan....ada lelaki yg minat benda benda gini. Memang tak salah, kat sini dah jimat cost kan kanda

    ReplyDelete
  57. eh sama
    ayah saya pun pandai menjahit
    dia jahit macam2
    barut saya masa kecik2 dia jahitkan dan buat sendiri
    skang saya ada anak, saya guna lagi barut yang mak ayah guna utk saya masa baby
    dah hampir 40 tahun kak
    elok lagi dalam simpanan saya
    selain dari tu ayah saya rajin masak, kemas umah, dan sangat pengemas orgnya
    mai umah saya pun dia buat semua tu
    hehehehehehhe

    ReplyDelete