Monday, February 2, 2015

Mereka membantu atau menjatuhkan ekonomi kita

Sabtu malam kami keluar menghantar Kak Reen ke terminal bas untuk kembali memulakan kuliah selepas tiga minggu bercuti. Sengaja keluar selepas Isyak walaupun tiket bas jam 12:00 malam sebab sepakat mahu singgah makan malam di restoran yang boleh dikatakan setiap dua minggu sekali kami pasti singgah. Sinonim dengan namanya Singgah Selalu. 

Mereka - Melihat mereka yang bertugas di sini aku rasa 100% yang bertugas sebagai pembantu bukan rakyat Malaysia. Bermula dari tidak faham dan tidak tahu berbahasa Malaysia sehingga mereka sudah boleh berinteraksi dengan pelanggan. Kalau dulu mahu memesan makanan menggunakan gambar dari menu, tetapi sekarang tidak lagi. Pendapatan mereka mencecah RM2,000 sebulan. Bekerja dari lebih kurang jam 2:00 petang sehingga restoran tutup. Letih, tapi kelihatan mereka puas hati.
Cacatan - Menggunakan kertas NCR mudah buat kami membuat rujukan pada salinan yang diletak di atas meja kami dan melihat apa yang kami pesan. Berbanding dengan catatan yang pernah menjadi viral di FB sedikit masa dulu aku rasa yang ini jauh lebih baik kerana kita boleh faham walaupun mereka bukan rakyat Malaysia. Ejaan diberi usah dihiraukan tetapi aku rasa chef yang menerima catatan ini faham apa yang diminta pelanggan sebab aku pun boleh faham.
 
Lihatlah contohnya M.H itu adalah mee hailam, D.L.M merah adalah daging lembu masak merah, K.T kantenis adalah kwee-teow Cantonese, N.P - nasi putih, A.S - air suam. Hanya yang hujung kanan itu aku tidak dapat tangkap apa maksudnya.
 
Makanan kami - Sebahagian yang kami makan pada malam itu.
Licin - Setiap apa pun yang kami makan tidak pernah kami tinggalkan. Apa pun yang tidak habis akan kami bungkus melainkan kuah sate sebab anak-anak makan sate tidak perlukan kuah.
Biarpun ada ketikanya sakit mata kita melihat terlalu ramainya golongan mereka yang bukan rakyat Malaysia tetapi rata-rata jika ke restoran yang memerlukan ramai tenaga pekerja, kita tidak dapat lari dari senario begini. Kelihatannya cara mereka bekerja bersungguh-sungguh. Hayunan langkah menghantar setiap hidangan ke meja begitu pantas. Senyuman mereka biarpun tidak diminta tetap terukir atau mungkin sebab bimbang diambil tindakan. Dari pemerhatian aku juga ada di kalangan mereka sudah pun menjadi supervisor tetapi masih tetap membawa pesanan. Supervisor biasanya beruniform putih-hitam berbanding waiter biasa beruniform merah.

 ~~ Ada dari kalangan mereka yang datang, tinggal dan bekerja di sini sehingga mampu membuat keluarga di negara asal hidup lebih mewah dari rakyat di negara kita sendiri. Terlalu banyak sudah pengaliran keluar Ringgit Malaysia sebenarnya.~~



54 comments:

  1. tuh la kak.. mmg nmpk sgt sekarang bangsa2 lain yg dok kerja di kedai mkn.. huhu.. kat kilang2 kompom la mereka jew yg kerja..

    ReplyDelete
  2. Ada dengar dlm radio IKIM mengenai warga asing sekarang terlebih-lebih memiliki premis perniagaan...entah la salah keadaan ke apa...yang pasti warga asing ni lebih pandai mencari peluang untuk majukan diri.

    ReplyDelete
  3. hakikat yg kita kena terima di negara kita sekrang.. sedikit demi sedikit mereka sudah mula mendominasi.. mana rakyat kita???

    ReplyDelete
  4. salams kak

    bg saya anak muda kita yg tak sanggup nak berkerja emm...mlm td kami pon keluarkan topik yg sama mcm akak, semua tempat makan dekat Percint 16 Putrajya rata-rata bangla & indon....sedih tgk....esok lusa dia pulak jd tokeh nasi ayam...

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat kak zakie..negara kita memang terlalu dilambakkan dengan pekerja asing.ada antara mereka bekerja dengan baik tak kurang ada juga yg datang bawa jenayah..tu belum lagi tengok warga asing yg hidup mewah,ada banglo berbijik di negara kita.rakyat kita sendiri hidup merempat..org Malaysia memilih kerja,majikan pula lebih suka warga asing.

    entah nak salahkan siapa.Entah macam mana nasib anak cucu kita nanti

    ReplyDelete
  6. orang luar bermati2an mencari kerja di tempat kita ... kadang2 terasa kita seperti dianaktirikan di negara sendiri. Tapi kadangkalanya ada yg berpunca dari kita sendiri, terlalu memilih kerja.

    ReplyDelete
  7. Betul kak...Saya kan pergi makan kat foodcourt aeon jusco terkejut dengan perubahan tu..Dulu ramai pekerja melayu sekarang ni orang asing pulak yang ramai, pulak tu diaorang pulak yang masak mengalahkan orang kita..Lama2 nanti diaorang akan monopoli bines negara kita..Orang kita memilih kerja sangat, tapi macam akak cakap la diaorang kerja sungguh2 sebab nak cari rezeki..

    ReplyDelete
  8. melayu ramai yg malas kak..
    hari ni hari isnin...
    setiap isniin ramai yg cirit...pening kepala...sakit badan...

    ReplyDelete
  9. Warga asing tidak.memilih kerja, gaji yang diperolehipun tidaklah terlalu besar, lagipun niat mereka menang untuk.mencari rezeki, penat lelah letak ketepi.

    ReplyDelete
  10. oh kak Reen dh balik u ke kakzakie...anak saya 22hb nnti.
    Ialah kakzakie pendatang asing ni buat kerja sungguh2 dan brbudi bahasa....spt pekerja2 yg buat rumah kami ni susah nak lihat mereka bercuti atau berbual2 masa bekerja .

    ReplyDelete
  11. rakyat Msia ni double standard.. kadang kalo keja kedai makan kang, malu katanya..

    ReplyDelete
  12. Org kiter baru penat sikit terus tunjuk muka masam...hmmmm...

    ReplyDelete
  13. teh o ais limau kot kak zakie..kegemaran imm tu hihihi

    ReplyDelete
  14. Sebelah kanan tu teh o ais limau kot kak Zakie ..
    sekarang ni orang orang kita malas kak .. sebab tu banyak bidang ni di pelopori orang orang luar ..
    kerja kerja macam ni orang anggap tak ada standard, walaupun rezeki halal dan pahala banyak..
    anak2 kita sekarang manja... rela menganggur dari buat kerja2 mcm ni takut di perlekehkan kawan, takut di cemuh masyarakat umum...

    ReplyDelete
  15. Tenaga asing lebih mudah dan tak banyak kerenah, sebab tu dorang betah tinggal lama kat negara kita. Itu belum campur mereka yang tiada document perjalanan yang sah.

    ReplyDelete
  16. memang ramai pun pekerja asing dekta negara kita ni kan akka. nak nak kedai makan dengan stesen minyak

    ReplyDelete
  17. susah nak cakap kak zakie, adik saya pernah kerja di parkson grand, pembantu butik ni lepas spm, sampai sekarang saya ingat beraninya dia, saya takut dan segan.. susah nak cakap suruh orang lain pula buat.. mmm

    ReplyDelete
  18. Jangan tak tahu, yg masak kat dapur tu mostly non muslim..pengalaman bekerja di old town..old town suka hire nepal. mujur menjaga kebersihan dan kemas. tapi itulah, apapun dia ttap non muslim.

    ReplyDelete
  19. Ada baik dan buruknya kak..pengaliran wang kita keluar itu sudah pasti..yang PC agak ralat tahap kebersihan..ada dikalangan pekerja dari negara luar ini tidak begitu mementingkan kebersihan..itu yang sangat menyedihkan..secara tidak lansung anak muda negara kita wajar menyahut cabaran ini..pandang dah pandang..cuma belum bertindak..

    ReplyDelete
  20. Rata-rata pekerja restoran sekarang ni Kakzakie kebanyakan warga asing , sikit sangat nak cari warga tempatan.. seperti yg babypose tulis tu.. takut juga mereka yg tukang masak nonmuslim.. setakat ambil oder makanan ni okey lagi lah kan kak...

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah enaknya semua juadah..
    ngendap juga kak sesekali kat dapur.. sapalh plk tukang msknya...

    ReplyDelete
  22. salam,

    kak zakie, dulu sy penah dtg agak kelam kabut juga layanannya... maybe, skrg dh bertambah baik... tp, bila dtg sini dah rs mcm bkn di negara sendiri hihi... siapa pengurusannya skrg ye? dulu, tkde dorang2 ni...

    ReplyDelete
  23. orang thai ye kak..
    akt tempat saya banyak kedai siam ni
    diorang siap ada kursus masak kat negara diorang sebelum tiba ke Malaysia.

    ReplyDelete
  24. teh o ais limau tu kak
    hehehehehehe

    ReplyDelete
  25. Lama tak singgah kat Singgah Selalu. Tengok menu kakzakie terliur hehe....

    Dimana2 kalau kita masuk restoren memang ramai warga asing. Mereka lebih rajin dan tidak memilih berbanding orang tempatan.

    ReplyDelete
  26. tak ramai org kita yg nak bekerja lama2 dari pkl 2.00 ptg hingga 12 mlm, 1,2 pagi..saya pun tak sanggup..tapi mereka sanggup demi mencari rezeki utk keluarga di kpg..

    ReplyDelete
  27. Betul tu kak. Baru jer dengar kat IKIM last week. Lambakan premis warga asing. Apatah lagi pekerja yg berbangsa asing. Mungkin sebab dorang ni rajin bekerja dan tak memilih kerja.

    Masa saya balik umah mertua sabtu baru ni. Budak dalam lingkungan 7-8 tahun. Anak myanmar. Mungkin ada UNESCO kad. Tolak keta sorong yg penuh dengan barang² utk dijual. Sedih sangat tgk keadaan dia kak. Terbayang anak sendiri yg buat mcm tu. Kudrat sekecil tu boleh bekerja. Yg dewasa, lebih suka mencuri, meragut dan melepak.

    Atas belas ehsan, saya drive balik umah mertua dan husband tolong tolak sambpai kat umah dia dan belanja dia air. Soalan pertama saya tanya dia. Berat tak keta sorong tu bang? boleh tahan berat jawabnya :-(

    ReplyDelete
  28. kadang kala bila melihat anak sendiri yang tak lekang dengan permainan ipad di hujung jari membuatkan saya ingin hempas di meja makan ketika makan diluar! diri masih tak boleh tahan, saya rampas dan mereka menjerit...sekeliling memandang saya...

    heran saya melihat aksi org ramai yg memandang saya memarahi anak (belum lagi dirotan) sedangkan mereka tak nampak siapa yang ambil order makanan mereka...

    mungkin tiada kesinambungan cerita saya tapi ada tersirat yang masih boleh difikirkan...tapi saya setuju dengan apa kak zakie cakap :-)

    ReplyDelete
  29. mereka sedar yang kat sini memang boleh buat duit sebab tu mereka masuk dalam setiap peluang tersebut..

    Orang kita pulak kalau kerja tak bertali leher,terus tak mau..paling2 nak kerja dengan kerajaan..

    setakat kedai makan boleh la untuk isi masa selepas SPM..

    ReplyDelete
  30. tak dinafikan dorang ni sgt la rajin dan tak berkira keje..pulak tu kat negara masing2 susah nak cari keje...kdg ada yg ada masters degree sume..dtg malaysia semata2 nk cari keje sebb ssh sgt nk cr rezeki negara dorang...tp kan kak di masa skrng ni..kalo la takde dorang ni sume, agak macam susahhh aje kan

    ReplyDelete
  31. mewahnya kakzakie makan..hehe..tapi bgus la xmembazir..dorang mmg bekerja bersungguh2...

    ReplyDelete
  32. Ramai orang luar yang berminat nak keje kat M'sia...
    Bila kawan2 kat sini tahu saya dari M'sia, mereka kata, "M'sia is a good country." Kadang2 saya tanya mereka, "Kenapa negara mereka tak bagus ke?".. mereka pun mula lah cerita pasal negara mereka... Ya Allah, sedih tau kak bila mereka cerita tu... Ada masa nak tulis juga kat blog.. Insya Allah....

    ReplyDelete
  33. salam,
    bagus juga, kemakmuran dan mudah
    mencari rezeki memberi tempias kpd insan2 dari negara lain ..
    moga keluarga mereka di sana mendoakan keamanan yg berkekalan dibumi Malaysia ni..

    ReplyDelete
  34. ada baik buruk nya ..

    pandangan saya tak salah jika proses kemasukkan mereka dari cara yang sah.

    moga kita sama-sama membantu antara satu sama lain :)

    salam perkenalan .jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  35. Disebabkan tanggung jawab mereka di Kampung atau negara mereka. Mereka mempunyai komitment pada kerja yang tinggi dan kuat kerja lebih masa itu yang membezakan mereka..Kitapun mungkin jadi seperti mereka jika kita berada dinegara asing..sapa tahu...

    ReplyDelete

  36. Tahniahhhhh kerana menjadi TOP 10 COMMENTATOR January di blog saya :)

    Blog anda sudah tersenarai dalam bloglist February di http://diarymissnick.blogspot.com

    ReplyDelete
  37. bukan takde orang2 kita kerja macam ni..ramai tapi ada sesetengah pandangan mak bapak..tak sudi bermenantukan orang kerja kat kedai makan..

    ReplyDelete
  38. itulah hakikatnya sekarang.. kadang-kadang,kita sendiri nak cari kerja x dapat.. sbb mereka dah ramai..

    ReplyDelete
  39. boleh tahan mahal jugak gaji mereka2 tu ek kak

    ReplyDelete
  40. betul kak..isu ni saya selalu terfikir bila setiap kali terserempak dengan diorang ni. kat mana2 kita pergi pun memang memenuhi ruangan dan bidang kerja di Malaysia ni.. yang lagi hebat bila diorang ada perniagaan sendiri, sebagai kontraktor, sebagai tauke kedai runcit, sebagai tauke kedai dobi.....kedai jahit dan kedai gunting rasanya dah lama... macam mana dapat lessen meniaga tu? agak merisaukan tu....bebas berniga di tempat kita ni, dah naik taraf

    ReplyDelete
  41. wah...pendapatan sgt lumayan tu..
    lg satu mrk x malu bekerja sprti tu.. syg org kita.. terlalu memilih kerja.. mmg kbyakan pnuh warga asing ajer bekerja kat kedai makan mahupon dimana..kat psaraya pon camtu...

    lya percaya gaji y mrk perolehi sgt lumayan utk mnanggung famili di negara asal.. sbb lya ada la knl2 jugak dgn seorg warga asing y kerja kdai makan.. katanya setiap thn balik kmpung, naik flight dlm 2k++ atau lebih.. siap bwk buagh tgn n kiriman duit setiap bulan..

    ReplyDelete
  42. anak muda warga asing sibuk bekerja..anak muda kita sibuk buat apa yer ?

    ReplyDelete
  43. Pak-pak menteri ni tak pernah makan kat luar kot...sebab tu tak pernah nampak betapa ramainya bangsa asing ada di negara ini... atau, buat2 tak nampak sebenarnya...huhu

    ReplyDelete
  44. Saya selalu makan di restoran mamak yang banyak pekerja Bangla ini. Apa yang saya lihat mereka cukup rajin cepat bekerja dan mesra pelanggan.Kalau orang kita tidak manja,tidak memilih dan bisa menghargai pekerjaan saya rasa masalah lambakan buruh asing ini tidak mungkin terjadi..

    ReplyDelete
  45. betul tuh kakak..ade yg balik tmpt sendri yg jd kaya raya padahal keje buruh je kat malaysia..

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum kakzakie...betul tu pengeluaran wang kita ke luar mmg byk...warga asing yg bekerja di sini semakin ramai....kita org2 tempatan ni jer yg x reti nak menaikkan taraf hidup sendiri...rakyat asing je yg semakin pandai...:)

    ReplyDelete
  47. Teh O Ais Limau kot, kak :) Sekarang ni jarang sekali kita nampak warga tempatan yang bekerja di restoran. Mungkin gaji murah tak setimpal dengan tenaga yang harus dicurahkan. Berbeza dengan mereka, asal ada kerja, ada gaji untuk tanggung keluarga di sana sudah mencukupi.

    Saya pun biasa nampak pekerja asing di Hero berhampiran rumah. Sejak dibuka mereka bekerja di sana sehingga kini dah naik pangkat supervisor. Betapa tekunnya. Kadangkala susah juga nak disalahkan pada mereka saja!

    ReplyDelete
  48. kak.. kadang2 orang malaysia ni memilih kerja..

    ReplyDelete
  49. mereka memang rajin tidak boleh dinafikan...

    ReplyDelete
  50. Diorang ni sambil membantu ekonomi negara kita, turut sama membantu ekonomi negara mereka. Situasi macam ni wujud mungkin disebabkan sistem pendidikan dan pemahaman masyarakat kita yang memandang lekeh kerja-kerja yang dianggap tak standard seperti yang dijawat oleh para pendatang.

    Padahal, kerja-kerja sebegini penting untuk orang-orang muda menimba pengalaman supaya kelak nanti mampu mengusahakan perniagaan sendiri seperti mana golongan Bangla dan Pakistan yang membuka kedai sendiri di Jalan TAR.

    ReplyDelete
  51. tak ramai orang kita yang sanggup kerja susah macam ni...lepas tu merungut tak dapat kerja..

    ReplyDelete