Thursday, April 16, 2015

Amphawa Boat Noodle

Anak-anak bila ada masa terluang salah satu yang digemari menggoogle tempat makan yang belum pernah pergi. Apa lagi jika mereka menerima berita dari kawan sekolah masing-masing mengatakan makanan di restoran situ sedap atau di sini murah. Mulalah keinginan membuak. Mama-papa pula soal makan tidak cerewet. Janji anak-anak berselera kami ikut saja.

Sedikit - Mangkuk kecil-kecil makan dua-tiga sudu sudah habis. Kenalah membeli 5-6 mangkuk setiap seorang baru kenyang. Sebab itu pada anak-anak berkata murah kerana semangkuk RM 1.90 atau lebih sedikit. Walaupun murah tetapi semangkuk kecil hanya ada 2-3 sudu saja.  Oleh itu apabila membeli 5-6 mangkuk darablah dengan harga semangkuk.

Salad - Kalau yang begini sesuai untuk mama saja. Memang kenyang satu hidangan saja tidak seperti sup di atas. Anak-anak dan papa masing-masing makan mee sup dan mee tomyam. Lebih duapuluh mangkuk untuk membuat sekeluarga baru kenyang. Ada saja idea untuk buat business yang menarik perhatian pelanggan.

Ayam pandan - Ini pun sama comel benar. Dua kali gigit habis. Manalah cukup untuk makan sekeluarga. Setidak-tidaknya kenalah beli dua set.

Restorannya - Bertempat di Taman Sutera Utama. Tapi yang pasti hidangannya membuka selera anak-anak. Bila mereka berkata lain kali mahu ke sini lagi bermakna sedaplah pada tekak mereka.  Bila melihat mangkuk bertingkat-tingkat sebaik mahu meninggalkan meja makan bagaikan banyaknya kami makan. Jenuh tukang cuci mahu membersihkannya.
Semakin mahal harga makanan semakin rancak pula restoran dibuka di sana-sini. Adakah kerana peluang untuk meraih keuntungan lebih berbanding dulu. Dulu service charge 10% + government tax 5%. Sekarang pula 10% dan 6% jelas ada lebihan 1%. Aku sangkakan dulu bila ada GST cuma kena bayar 6% saja cukai tapi semuanya tinggal dalam anganan saja.

~~ Merenung masa depan anak-anak aku di masa depan yang tinggal di Malaysia.~~


49 comments:

  1. kan kak?
    seperti yang diterangkan sebelom GST ,kita hanya bayar 6% SAHAJA ..
    tidak lagi seperti 10%+5% tu
    bila dah dapat lancarkan GST lain pulak cerita dia ...

    ReplyDelete
  2. makin lama kos sara hidup makin tinggi kak..tak tau la kita tua besok camaner..anak cucu cicit kita plak? hadoiii memang tak boleh nak pikir..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak.. semua dah terasa kos kenaikan sara hidup..kat sini pun sama..harga makanan pun dah mahal..kadang peniaga suka hati naikkan harga.. sabor je lah..

    ReplyDelete
  4. ooo gitu sikit sangat yerk.. tpkan kalau datang berduajer oklerkot... makan ala pasangan baru bercinta malu2 gitu..
    lama tak mai sini rupanyer dah pun kembali.. syukran...

    ReplyDelete
  5. comel jer untk yg nak diet2 tu sesuai sgtlah..

    ayam pandan tu lama tak buat..iman minta hari tu..kena bt jugalah nti...

    ReplyDelete
  6. Sama macam anak2 kak zai dimana ada restoren yang special mesti nak dicuba.

    Hubby kak zai menggalakan anak2 utk migrate ke negara lain. M'sia mcm bukan tempat yang selesa terlalu byk tekanan.

    ReplyDelete
  7. Nak makan kat luar pon kena fikir banyak kali kak. Sekali sekala boleh lah kot.

    ReplyDelete
  8. Memang stress kak sekarang, nak buat camana..Pasrah ajelah.

    ReplyDelete
  9. LA NI KECUALI TERPKSA SAJA KOT..MKN DILUAR...JIMAT CERMAT SUNGGUH.

    ReplyDelete
  10. semuanya dah terasa naik harga sekarang

    ReplyDelete
  11. kak... bkn sepatutnya service charge tuh takde ke? tinggal 6percent je kan ptt nyer....
    ke????... dana masih tak paham... lain di terangkan lain jd nyer

    ptt tukar nama restoren... little boat noodle kui2...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah kak, dapat rezeki kita rasa sama-sama dengan orang tersayang..

    sup tu walaupun sikit tapi nampak macam sedap kak..

    macam suami saya kata, nak makan apa-apa order je..
    asyik menteri je makan sedap-sedap..
    kita pulak yang nak kena ikat perut dan bercucuk tanam kan kak.

    **syifa tu siapa kak?
    saya nak bw blog dia kak :)

    ReplyDelete
  13. lama dah tak makan boat noodle.. takut kena cukai.. hahaha

    ReplyDelete
  14. kak zakie!!
    ku rindu padamu...

    hihi..

    ReplyDelete
  15. sedapnye..kalau kat kl nie makan boat noddle kan kakak mau bersusun mangkuk2 kecik..hehehe..

    ReplyDelete
  16. betul tu kak..10% tu tetap ada..tambah pulak barang semua makin mahal harganya..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kakzakie...nak buat mcm mana lg kak kena juga ikutkn apa yg telah diberitahu...walaupun susah kita x ada pilihan lain lg kn...:)

    ReplyDelete
  18. alahai...strategi pemasaran yg berkesan..guna mangkuk kecik2 ja...

    ReplyDelete
  19. wana suka makan ayam pandan tu..mama wana selalu buat time raya atau majlis spesel :)

    ReplyDelete
  20. thanks akak, bila akak sebut macaron hijau terus saya teringat pernah bw blog dia..cuma tak ingat nama, random bw :)

    ReplyDelete
  21. As salam kakzakie,
    tengok ayam pandan ni teringat plk ayam pandan frozen datok keramat...mmg sedap

    ReplyDelete
  22. Salam Kakzakie..bayangkanlah kalau keluarga kakzakie pun bertingkek tingkek mangkoknya..keluarga nekcik mau selori gamaknya..karung makann semua saiz xxxl..huu..hu

    ReplyDelete
  23. Salam Kakzakie..bayangkanlah kalau keluarga kakzakie pun bertingkek tingkek mangkoknya..keluarga nekcik mau selori gamaknya..karung makann semua saiz xxxl..huu..hu

    ReplyDelete
  24. agak2 berapa banyak lah disediakan pinggan2 utk hidangan yang ciput2 tu ya kak zakie...
    nak buat cmna terpaksa ikut je telunjuk kerajaan ...hanya itu yg kita rakyat biasa ni mampu.

    ReplyDelete
  25. Kalau keluarga saya pulak, saya yang sibuk menggoogle tempat makan :)

    Tengok macam kalau dua mangkuk pun cukuplah tapi kalau kata Kakzakie, seorang kena 5,6 mangkuk baru puas makan, akhirnya boleh tahan juga harga.

    ReplyDelete
  26. yea..bercakap pasal cukai...memang kite rakyat selalu kene tipu...hahaha...

    ecah rasa nak mkn luar lepas ni kene bajet sebulan sekali je kot! huaaaaa

    ReplyDelete
  27. ada macam style ye sekarang ni nak tarik pelanggan..makan bermangkuk2 baru nak kenyang sudahnya mahal jugak harga.klu dua tiga sudu semangkuk ni gaya macam nak bagi baby makan.hehe..

    tulah kan..janji dicapati.huhu

    ReplyDelete
  28. bila dah ada gst ni, ramai yg takut nak mkn kat luar...huhu...

    tapi saya teringin nak mkn boat noodle ni...sana sini org dah try...mmg ramai yg ckp sedap...

    ReplyDelete
  29. Amphawa..apa maksud tu ya?

    Betul kak..kita ingat jadi byr 6% je caj..sekali makin tambah pulak. Rasa tertipu.

    ReplyDelete
  30. Pandai kedai ni...sepinggang mmgla murah tp dpt 2-3 gigit je ek...strategi tu...

    ReplyDelete
  31. saya pun mcm tu juga, tgk blog, tgk program JJCM, mula le nak gi try..

    sekali-sekala bolehlah nak makan luar..bertukar selera..ada le sikit enjoyment dlm hidup..hehe..

    ReplyDelete
  32. Tu pun masih ada yang menyokong GST,..saya rasa yang menyokong tu tak paham apa yang orang lain lalui..

    ReplyDelete
  33. Tulah kanda ....dinda ingat pun cuma 6% jer rupanya service charge 10% tetap ada huh... Ada ura ura kata nak digugurkan yg 10% tu. Tunggu jerlah decisionnya camne nanti ...

    ReplyDelete
  34. Ada geng blogger promote jugak gaya makan dlm mangkuk kecik kecik ni, tak ingat apa nama restoren dia.

    ReplyDelete
  35. salam rindu kak,
    lama x jengah sini..akk sihat ..klu fikir gst mmglh kan..kkdg bosan nak fikir..tp x fikir x bole jgk kan..nnt kita terjah situ plak kak..mcm best jew tu.

    ReplyDelete
  36. betul. memang rasa kena tipu.

    mula-mula murah katanya tapi setakat ni takde lagi la...

    adoi.

    akak, sedapnye la tengok sup tu.

    rasa ape ye?

    ReplyDelete
  37. kami laki bini pun pernah gak ada hobi mencari tempat makan baru yang tak pernah di cuba. kemudian berhenti untuk seketika...hampir 4-5 tahun. kini dah start balik hobi nie.... hahahaha

    ReplyDelete
  38. Walau ada gov tax..ada gst..org tetap akan mkn..maka byk la restoran yg tumbuh bagai cendawan dgn strategy pemasaran yg hebat...boat noodkes ni pun dah popular dah...

    ReplyDelete
  39. seronok tengok mangkuk tu bertingkat2 jadinya.. Kesian jenuh nak basuh tapi dah itu trademark dorang, nak kata apa kan.. ;)

    Penangan GST dalam barangan harian sangat mengecewakan.. selain harga dinaikkan juga dikenakan GST.. perghh.. memang dorang amik kesempatan ke atas GST.. yang menanggung beban rakyat marhaen jugak.. :(

    ReplyDelete
  40. macam sedap je. nak try lah jugak lepas ni. hehehe

    ReplyDelete
  41. ada jumpa restoran mcm ni kat damansara
    tapi tak pernah cuba
    kat kawan mmg kena order bermangkuk2 baru kenyang
    hehehehehe

    macam2 konsep ada skang ni kan
    utk yang sekadar mencuba, takut tak kena selera, sesuai la mangkuk2 kecik ni
    tak la membazir kalau makanan tu tak kena kat tekak kita

    ReplyDelete
  42. alahai cikit nya...kalau yan mau 4 mangkuk baru knyang :-))

    ReplyDelete
  43. Saya rasa, kos makanan senangkuk mungkin tak sampai singgit. Selebihnya, kos basuh pinggan.

    Saya fedup dgn kerajaan dah

    ReplyDelete
  44. Makanan tu nmpk sedap.. Menarik hidangannya kak

    Ooo br saya tau . Sy ingat kena 6 % je yg tax lain dah takda. Aritu mkn luar lupa nk tgk bil kat en z

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum kakzakie...kak nak tanya restoren ni ada sijil halal x...sbb pi tengok semuanya org2 bangsa lain...org melayu kurang masuk ke sini...was2 pulak nak masuk...

    ReplyDelete