Monday, May 25, 2015

Gala Kokurikulum kebangsaan 2015

Kem Tekali, Hulu Langat menjadi tempat Kak Meen bersama-sama peserta terpilih untuk menyertai Gala Kem Kokurikulum Kebangsaan pada tahun ini. Seramai 16 orang pelajar mewakili kontinjen negeri Johor untuk tahun 2015. Berlangsung pada minggu lepas dari hari Isnin sehingga Jumaat. Balik rumah suara serak dan muka gelap. Namun raut di wajah Kak Meen terpancar suatu kepuasan walau dapat dilihat keletihannya.

Kontinjen Johor - Kak Meen bersama-sama mereka yang dipilih sebagai mewakili negeri Johor. Bukan semua dari Johor Bahru kerana ada juga perwakilan dari  sekolah di luar daerah Johor bahru. (Kak Meen bertenggong tiga dari kanan)
Selain kegiatan kokurikulum, semua kontinjen juga dibawa untuk membuat lawatan seperti ke Putrajaya. Kegiatan kokurikulum mereka seperti biasa seperti rock climbing, memancing, scuba, kawat pakaian beruniform, persembahan pentas dan sebagainya. Mereka memperkenalkan budaya negeri masing-masing. Semua negeri-negeri seluruh Malaysia terlibat termasukklah wilayah persekutuan Labuan.

Aktiviti terakhir - Menurut Kak Meen ini aktiviti terakhir sebelum pulang ke Johor. (Kak Meen berdiri no. 2 dari kiri)
Terbaik ! - Siapa sangka tidak pernah memegang joran, tidak pernah mengikuti acara memancing pada hari itu Kak Meen menjadi wirawati pemancing terbaik apabila dia mendapat tiga ekor ikan untuk dijadikan BBQ. Hanya berbekal doa Al-fatihah katanya.  Selain memancing Kak Meen juga hero berenang sebab anak mama ini memang pandai berenang.
Pusat di JB - Malam Sabtu semua kontinjen Johor berkumpul semula di sini. Jam 8:00 selepas solat maghrib mama/papa dan adik menjemput Kak Meen di sini untuk pulang.
Lapar - Balik dari pusat Kokurikulum kami singgah mengisi perut. Dengan cuaca yang gerimis dan sejuk, perut pula lapar, nampak sedap betul melihat anak-anak makan. 
Cerita seronok apabila Kak Meen bercerita kumpulan mereka tidak makan nasi malam itu apabila kawan kumpulannya masak nasi tidak menjadi ketika kumpulan lain pergi memancing. Gelihati sebab mereka yang kena memasak mungkin tidak pernah ke kem sebelum ini. Makanlah mereka ikan bakar yang Kak Meen tangkap dengan roti. Apa pun itu sekadar satu aktiviti saja kerana segala kelengkapan termasuk makanan yang disediakan sangat sempurna. Sehari mereka diberi makan 5 kali. Sehari lengkap mereka diberi sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan akhirnya supper sebelum tidur. Apa yang pasti mereka yang turut serta ke Kem Kokurikulum itu semuanya pulang dengan gembira.

~~ Saudara Rohingya kita kian mendapat perhatian sebaik saja kerajaan Turki memberi bantuan besar-besaran.~~


42 comments:

  1. Hehehehe kak meen dah sediakan ikan..
    Nasi pulak tak masak ye..
    Tak pe lah pengalaman tu..

    p/s negera yg tinggal jauh di sana yg dtg membantu.. baru yg didepan mata terkial-kial nak membantu.. kesian mereka itu :(

    ReplyDelete
  2. Minggu ni pun Danish akan mengikuti kem motivasi...tengok diorang seronok, kita pun tumpang seronok..

    ReplyDelete
  3. Bestnya pengalaman Kak Meen ni.. kem tekali ni memang menyeronokkan.. murid2 yang berkhemah kat sana memang rasa seronok.. lagi2 orang jauh, mesti pengisiannya bagus belaka.. ai paling syok berjaya tangkap ikan tu..ai, siapa sangka kan? Usaha tangga kejayaan..

    Apa2 pun kita tumpang syukur, lambat ke cepat ada yang menolong..

    ReplyDelete
  4. waaaahhh hebat nya meen... pandai memancing, pandai berenang.
    sangat talented in KO-Q.

    Ahkak huda ni "main-main" je time koQ buat cukup syarat nak isi borang masuk universiti dan minta scholarship je.

    ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  5. beruntung meen dapat pi buat aktiviti tu semua..yan tak merasa buat :-))

    ReplyDelete
  6. seronoknya kak meen...teringat zaman sekolah dulu..

    ReplyDelete
  7. Singgah pagi...
    nieyl tak pernah lagi pergi kem..
    sampai keje lah...:P...
    mesti best kan... :)

    ReplyDelete
  8. aktif kak meen bercamping n pandai juga mancing tu..Allah telah mendatangkan pertolongan kpd rohingya syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Nmpk sonok sgt kak meen..pasnie kakak kene be prepared..mana tau kak meen ajak mancing pulak time weekend..sebab sekalj mancing 3 ekor lak tuh..terrorrrr!!!!..;)

    ReplyDelete
  10. bila baca kisah kak meen nih ttetiba trimbau kisah zaman sekolah dulu cukup suka kalau pg berkhemah... pandai kak meen pancing ikan nampak mcm besar jgk hasil tangkapan 2... hehehe

    ReplyDelete
  11. mase sekolah dulu imm paling tak suka camping2 haha.. sbb kite kulit alergi, habis camping menggaru je la kejenya ☺

    ReplyDelete
  12. hebatnya kak meen.. tahniah.. saya pun tak pernah memancing.. haha

    ReplyDelete
  13. seronok nyer tgk aktiviti k meen kt sana... seronok sbb dia mmg suke aktiviti lasak ye kak...

    bkn main panjang joran nyer tuh...

    ReplyDelete
  14. tak perasan yg mana muka meen..bila tunjuk gambar sorang baru namapak...tiga ekor ikan..cayalah..puas hatikan..
    anak kita tak pandai berenanglah..kalau kat kolam renang kat tepi2 jer...
    azhan pun baru pandai jer...lawaklah.
    tahniah aadik meen.

    ReplyDelete
  15. wahh syabas kerana boleh mengiringi pelajar..bukan senang walaupun nampak mudah..pergorbanan masa itulah paling susah...

    ReplyDelete
  16. cantik baju KOntigen Johor tu :)
    Makan ikan bakar dgn roti pun ok..hahaha

    ReplyDelete
  17. bagi sy org yg boleh memancing ni mesti ada deria ke 6.. kalu tak jadi macam sayalah, umpan habis ikan terlepas, haha

    ReplyDelete
  18. tergelak baca entry nie ;) senyum senyum dibuat nyer..

    ReplyDelete
  19. Wah, nampaknya tangan Kak Meen memang hanyir. Pemancing memang perlukan tangan hanyir....mudah dapat ikan katanya. Untunglah kak...

    ReplyDelete
  20. hebatlah kak meen ...takde pengalaman pun boleh jadi pemancing terbaik.Seronoknya dapat ikan dari usaha sendiri.
    SK Tekali tempat kwn karib(30th xpernah jumpa) sya mengajar.

    ReplyDelete
  21. Saya pun suka aktiviti macam ni kak.. best.. ;)

    ReplyDelete
  22. sungai tekali buat piknik pun dah seronok. apetah lagi buat aktiviti mcm kak meen tu.

    boleh la kak meen geng dengan Lokman kalau nak memancing nnt.

    huuuhuu.

    ReplyDelete
  23. Bestnya kak meen!!!


    Sian pulak baca kak meen mkn roti dgn ikan bakar. Yg memasak nasik tu pun.. Apa salahnya ngaku x reti masak awal2.. Hehehe

    ReplyDelete
  24. hehehe.masak nasi tak menjadi.xpe lain kali boleh cuba lagi

    ReplyDelete
  25. bes nya kak meen dapat mewakili johor...hebat kak meen...

    itu semua pengalaman berguna utk kak meen n kawan2...mesti jadi kenangan terindah tuk mereka yg pergi..

    ReplyDelete
  26. ada pertandingan ko-kurikulum jg sekarang ni..hehe..dah lama tinggalkan alam persekolahan..

    wahh..hebat Kak Meen..all-rounders, it is good for you..aktiviti sihat..

    kesian kat saudara seIslam kita, yg dekat tak mau tolong, yg jauh dtg membantu..

    ReplyDelete
  27. Beso gak ikan yg berjaya dipancing ...dalam famili saya ni sorang pon tak pandai berenang

    ReplyDelete
  28. Tahniah kak meen.juara renang rupanya..lucky pulak jadi juara joran.Terpancar wajah suka kak meen.Alhamdulillah Kak Meen suka,mama happy..kan!hehe

    ReplyDelete
  29. Terror kak Meen juara memancing dan berenang. Makan ikan dengan roti pun sedap juga kan...

    ReplyDelete
  30. Pengalaman yang meen dapat sangat berharga..alhamdulillah..rezeki 3 ekor ikan..mesti seronok..

    ReplyDelete
  31. hehehe....masak nasik tak menjadi?

    ReplyDelete
  32. Pengalaman yg cukup berharga untuk anak2 zaman sekarang bila masak nasik tak menjadi..

    ReplyDelete
  33. salam kz .
    tahniah utk kak meen, kz dan huby skali ..
    apa2 pencapaian baik anak2 pasti dari sokongan ibu bapa juga ..
    kita pun iso tumpang bungah angger anak2 entok penghormatan seng ipik2 kan

    ReplyDelete
  34. 5 tahun dulu, sebelum kami pindah ketempat baru ni...kami tinggal area Hulu Langat sana...

    Rasanya tahu tempat kem tu...Tahniah Kak Meen.. KZ...dalam semiggu lepas kan...KN mimpi kita bersua muka tau...adek pun ada...tapi tak berapa jelas sangat...

    Ini kah petandanya Kak Meen bercamping kat sini?

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah..jauh kak meen berjalan menimba ilmu dan pengalaman..pengalaman memancing lagi tu.

    Saya sangat terharu dan rasa sangat2 bersyukur kerana akhirnya datang pembelaan buat saudara seislam kita yg tertindas.

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum kakzakie...bestnya da xtvt mcm ni...:)

    ReplyDelete
  37. seronok ea memancing? sy tak pernah memancing. sebab ramai kata bosan

    ReplyDelete
  38. Nampak ceria kak meen dengan kawan2 dia kat dalam gambar tu..mesti seronok diaorang masa kat sana..

    ReplyDelete
  39. rasa nak balik zaman kolej, haha...
    part juara memancing tu le, awesome..
    leh join [ertandingan joran kak meen ni..

    ReplyDelete
  40. Baca cerita Kak Meen, teringat pulak zaman skolah dulu2... mmg best bila dpt camping dgn kwn2...

    wah, pandai kak Meen menjoran...

    ReplyDelete
  41. Dari jauh dah nampak senyuman Kak Meen. Mesti seronok sangat ni. Anak-anak perempuan Kakzakie ni memang aktif semuanya ya. Bagus betul! Sangat sesuailah kalau mereka dapat pelajar cemerlang. Semua pun boleh *_*

    ReplyDelete
  42. Teringat perkhemahan zaman sekolah dulu. Seronok buat aktiviti macam ni.

    ReplyDelete