Tuesday, June 2, 2015

Berkat hujan yang turun

Tidak bermodalkan walau sesen aku kutip benih bunga di tepi jalan. Mungkin tuan asalnya sudah tidak memerlukannya lalu dibuang bersama dengan pokok-pokok lain dan menanti pihak majlis bandaraya mengambilnya. Tetapi sebelum pihak majlis mengaut dan membuangnya aku terlebih dulu mengutip sedikit untuk aku memeriahkan halaman secoet aku, memandangkan pokok orkid aku sudah lama mogok dari berbunga.

Kongsi sepasu - Hampir kembang ketika aku mahu keluar berjogging hari Ahad lepas.

Pink - Balik jogging sudah kembang meriah

Kuning - Tidak mahu kalah dengan si pink dia pun kembang sama walaupun baru sekuntum saja.
Pagi tadi - Sebelum masuk kereta jam 6:50 pagi tadi aku terpandang ia sudah mula meriah dengan tiga kuntum. Kalau seperti hari Ahad lepas dalam jam 8:00 pagi sudah kembang seperti gambar di atas. 

Baru lebih kurang sebulan aku semai kelihatannya sudah berhasil. Mungkin disebabkan sekarang di Johor Bahru boleh dikatakan setiap hari ada hujan yang turun. Tidak di waktu pagi hujan akan turun di tengahari. Ada juga waktu petang dan malam.  Keriangan yang tidak boleh digambarkan buat mereka yang punya kegemaran seperti aku ini.

Renungan - "Dialah yang menurunkan hujan dari langit, sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok tumbuhan untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternakan makan padanya." (Suroh An-Nahl: ayat 10)


~~ Ramadhan kian hampir tetapi pasu-pasu belum dikemas lagi.~~


49 comments:

  1. Assalammualaikum kak zakie.. Selamat menyambut Ramadhan ye..

    ReplyDelete
  2. sukanya tengok bunga-bunga ni berkembang mekar..

    ReplyDelete
  3. Meriah halaman rumah kakak kan... :)

    ReplyDelete
  4. Singgah pagi...
    tangan akk nie mcm mak nieyl laaa...
    tanam je la ape pun..mesti segar..mesti hidup :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..kegembiraan dan kepuasan yang tidak terluah dengan kata kata..

    ReplyDelete
  6. Berseri-seri halaman rumah akak dengan kuning dan pinky ye kak..
    Lagi 15 hari lagi Ramadan menjelang kan ..
    Rasa tak sabar menanti ramadan mubarak ini..

    ReplyDelete
  7. Cantik kak....sy pun dh lama x membelai pkk bunga kt dpn umah tu.

    ReplyDelete
  8. cantik-cantiknya, tangan akak memang sejuk...

    ReplyDelete
  9. memang cantik dan meriah kakzakie..berwarna warni

    ReplyDelete
  10. begitulah....tak berguna di mata kita tapi bermanfaat untuk orang lain

    ReplyDelete
  11. kembang mekar di waktu pagi.... sesegar pagi yg muncul

    ReplyDelete
  12. HUJAN RAHMMAT DARI LANGIT YG TURUN MENYUBURKAN TUMBUH2AN KAK ZAKIE..MERIAH SEKALI BERBUNGA CANTIK.

    ReplyDelete
  13. samalah dengan pokok bunga kat rumah nie...bila dapat air hujan ..alhamdulilah semua menjadi...pokok cili pun lebat bunganya :-))

    ReplyDelete
  14. Seronok tengok orang tanam pokok menjadi, kalau saya tanam, dijamin... dijamin mati hahahaha...

    hanya tanaman dalam game jela yang selalu menjadi

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah atas rahmat Allah.. pokok2.makchaq pun mesti seronok sebab sekarang selalu hujan..
    Cantik... mesti pokok2 tu suka ada yang masih sayangkan depa.. tu yanh dihadiahkan bunga2 untuk tuan baru...

    ReplyDelete
  16. yg kaler pink 2 xprnah tgok lg.. cantiknya...

    ReplyDelete
  17. nanti boleh buat raya bunga-bunga tu..berseri-seri lah laman rumah akak..hihi

    ReplyDelete
  18. wah dah berbunga.. bunga pink tu tak kenal la... yg kuning tu kalau tak silap pokok lidah kucing kan?

    ReplyDelete
  19. rajinnya Kakzakie ni buat itu buat ini.. macam2.. berjalan pun sempat.. heran saya, hahaha

    ReplyDelete
  20. kulim jugak hujan memanjang sekarang ni..tak payah siram pokok dah...

    ReplyDelete
  21. Kena kemas cepat pasu2 tu kak...time Ramadhan nanti letih..hihih

    ReplyDelete
  22. kak lepas ni selalu bajakan pokok bunga akak tu time raye mesti meriah berbunga bertambah cantik garden akak nanti kan...saya baru nak semai benih pokok taik ayam yg saya amik dari rumah makcik saya mintak2 meriah la berbunga time raya nnti...hehe

    ReplyDelete
  23. Orang yang tahu menghargai pokok walau sudah dibuang akan kelihan cantik. Seminggu dua lagi tentu taman kakzakie lebih meriah dengan warna pink dan kuning

    ReplyDelete
  24. Singgah tgok tmn kak hari ni..mendung jer kt sini...

    ReplyDelete
  25. ya Allah..cantiknye bunga..kat sini baru lps ujan lebat kak..

    ReplyDelete
  26. Seronoknya saya tengok kaler pink tu kak. Kalau bercucuk tanam malam2 boleh ke kak? Saya nak tanam bunga la juga kalau menjadi.

    ReplyDelete
  27. Tu dia...hanya ambil dari buangan orang tetapi dah subur dan cantik berbunga. Tangan sejuk nih! tanam apa pun senang menjadi!

    p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai

    ReplyDelete
  28. cantik berbunga pokok2 tu kak...alhamdulillah

    ReplyDelete
  29. Cantik bunga-bunga akak tu..:)

    ReplyDelete
  30. kat sini baru turun hujan. pest bunga lak kat sini, tak tau macam mana rupanya bunga tu..

    ReplyDelete
  31. Makin meriahlah laman akak, cantik dan menawan.

    Boleh geng dengan mak saya, suka benor tanam bunga. Siap bertukar-tukar bunga dengan saudara mara dan jiran-jiran...hehe

    ReplyDelete
  32. tenang dan damai tengok bunga-bunga kembang segar kan~ kat perlis pun duk ujan jugak

    (^___^)

    ReplyDelete
  33. Mama Tukang Kebun pun suka selamatkan pokok-pokok yang dah dibuang oleh orang lain jika pokoknya tu tiada dalam koleksinya.
    Ya kan Ramadhan dah nak tiba.

    ReplyDelete
  34. sejuk mata memandang bunga2 ni kak..

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum kak
    maafkan saya dah lama tak berkunjung ke sini
    cantiknya gambo bunga tu, saya suka tengok bunga
    tapi tanam tak reti =)

    ReplyDelete
  36. dah mcm saya je . pantang nampak pokok bunga cantik , mau saya mabil bawa balik ... heheheee

    ReplyDelete
  37. cantik..Alhamdulillah, hujan turun membawa rahmat..

    ReplyDelete
  38. cantiknya...walau bertahan x lama kan kak?

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum kakak!!
    rindu3.. lama dh x singgah cni.. huhu..

    ReplyDelete
  40. cantiknye kak..warna warni laman....sejuk tangan akak....

    lieya kat laman tanam pokok pukul 10 tu atau rose jepun org panggil.... tu jek la pokok yg senang jaga dan berbunga cantik heheehehehe

    ReplyDelete
  41. Abah saya dulu suka tanam pokok bunga keliling rumah. Tapi tidak pada anak anaknya termasuk saya...

    ReplyDelete
  42. Abah saya dulu suka tanam pokok bunga keliling rumah. Tapi tidak pada anak anaknya termasuk saya...

    ReplyDelete
  43. Cantik² bunga tu kak. Bestnya dapat berkebun.

    ReplyDelete
  44. kat sg Petani ni pun Alahamdulillah lately memang hujan sejuk sikitlah kak zakie..bunga pun suka nak kembang bila hujan..cantik bunga kak zakie.suka tengok

    ReplyDelete
  45. Dekat KL pun sama, kak. Hujan tengahari membawa ke petang. Sejuk pulak rasanya sekarang ni. Kalau musim puasa macam ni bagus juga.

    Akak ni ambil benih bunga orang tinggalkan dan main campak semai pun menjadi. Memang tangan hijau sungguh!

    ReplyDelete
  46. Assalam Kak Zakie, cantik2 bunga kak zakie... berseri2...segar2... eh...!! kak zaki nak kemas apa lagi, dah nampak cam kemas je... tapi kalo nak kemas juga, sebelum puasa la kak.. wat skit2..takde la penat nak kemas... tapi pasu2 laman umah akak dah cantik n kemas tu...

    ReplyDelete
  47. hujan itu rahmat daripada Allah...makin mekar laa bunga tu nnti heheheh

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum kakzakie...cantik bunga2 tu kak...:)

    ReplyDelete
  49. sejuk tangan...
    saya teringin juga banyak bunga di rumah tapi suami saya tak percaya..
    takut mati dan layu tak disiram, huhu

    ReplyDelete