Wednesday, September 23, 2015

Labbaikallahumma labbaik

Apabila tiba tanggal 8 Zulhijjah gemersik suara-suara jemaah mengalunkan talbiah - labbaikallah humma labbaik sepanjang menuju ke padang Arafah tidak dapat dilupakan kepada siapa juga yang pernah menunaikan ibadah haji. Jika berada di Mekah pada hari itu merupakan hari dimana kami semua akan bersama-sama bertalbiah ketika menuju ke Padang Arafah untuk berwukuf. Berwukuf merupakan rukun haji ke dua selepas niat haji dan ihram. Sebaik berniat ini secara langsung terpasang sudah 13 larangan yang perlu dituruti. Masa berwukuf adalah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah (hari ini) sehingga sebelum fajar 10 Zulhijjah. Boleh belajar kepada yang mahu pergi. 

Semoga para jemaah yang kini mungkin di dalam perjalanan menuju ke Padang Arafah atau mungkin waktu ini sudah berada di Arafah berada dalam perlindungan Allah. Terlalu banyak ujian diberikan buat jemaah tahun ini. Selain insiden kren tumbang, ribut pasir, hujan, ada juga kes seperti siling masjidilharam yang bocor. Melihat limpahan air turun melalu lampu cendeliar sedih terasa di hati walaupun sekadar dari whatsapp. Aku terkenang dulu ketika kali pertama masuk masjidilharam melihat lampunya yang cantik sudah menggamit mahu mempotretkan. Tetapi waktu itu kamera tidak dibenarkan. Selepas tahun 2009 bila pergi lagi barulah tidak ada larangan. Oleh sebab itulah ketika pergi bersama anak-anak untuk umrah tahun 2013 semuanya terakam menjadi kenangan indah.

Umrah 2013 - Anak-anak semua belum pernah lagi menunaikan haji. Sudah diregisterkan dari baby tetapi belum ada peluang lagi. Ini kenangan adik di Bin Dawood suap papa makan baskin robbin

Rukun haji ada 6:-
  1. ihram (niat haji)
  2. wuquf di Arafah
  3. tawaf ifadhah
  4. sa'i
  5. bercukur
  6. tertib
Apabila tidak melaksanakan salah satu dari rukun haji tersebut, maka ibadah hajinya tidak sah.

Wajib haji ada 6:
  1. ihram haji dari miqat
  2. mabit di Muzdalifah
  3. mabit di Mina
  4. melontar jamrah
  5. menghindari perbuatan yang dilarang selama ihram
  6. thawaf wada' bagi yang meninggalkan Makkah
Apabila meninggalkan salah satu dari wajib haji, maka ibadah hajinya tetap sah tetapi wajib membayar dam. Khusus untuk ibadah tawaf wada', apabila seorang jamaah ada halangan seperti haid atau sakit, maka jika meninggalkannya tidaklah dikenakan dam. Cukup sekadar melambaikan tangan ke arah baitullah. Kena ambil tahu bab dam dengan lebih lanjut untuk lebih faham apakah dam yang patut dibayar bagi setiap kesalalahan yang dibuat.

Kak Reen di Hudaibiyah - Salah satu tempat miqat. Ini juga ketika umrah.bukan Haji. Salah satu larangan sebaik berniat umrah /haji adalah menutup muka. Jadi kalau lihat di sini Kak Reen berpurdah, sebaik berniat kena buka penutup muka.
Musolla rijal itu utk lelaki (Rijal bermakna lelaki). Kak Reen sekadar mengambil gambar di tangga bukan solat di situ ye:)

Kenangan umrah juga - Makan di tepi Laut Merah berkongsi semangkuk kecil adik dengan Kak Meen
Bersama kita mohon kepada Allah semoga semua jemaah yang berlindung di bawah khemah-khemah di Arafah berada di dalam peliharaan Allah sebelum mereka bergerak menuju ke Muzdaifah dan seterusnya ke Mina. Harapan semua tiada lagi ribut pasir dan sebagainya melanda. Selesai melontar jamrah pada 13 Zulhijjah mereka akan pulang ke Mekah (jika buat nafar thani sebab jika nafar awal akan balik ke Mekah pada 12 Zulhijjah). Selepas itulah kepada jemaah yang sudah ke Madinah sebelum ke Mekah pasti akan bersiap untuk berkemas pulang ke Malaysia. Kepada yang belum ke Madinah akan ke sana dulu dalam lebihkurang seminggu selepas itu baru akan bertolak pulang ke tanahair.

~~ Melalui TITISAN NURANI ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa hari ini, selamat menjalankan ibadah qurban dan Selamat Hari Raya Aidil-Adha buat semua muslimin dan muslimat. ~~


50 comments:

  1. Allah...seronok nyer tgk akak sekeluarga berpeluang pergi ke tanah haram..
    Izwa sellau berdoa semoga izwa diberi peluang ke sana bersama ed dan anak-anak mcm ni jugak...

    ReplyDelete
  2. Moga satu hari saya jd tetamunya kak..ameen.

    ReplyDelete
  3. Kenangan yang sukar nak dilupakan dan pasti melambai-lambai untuk kembali ke sana..
    Moga kita semua antara yang dipilihNYA untuk ke sana satu hari nanti..

    ReplyDelete
  4. bila baca n3 ni lagi terasa nak sangat jejak kaki kesana..semoga suatu hari kami pula menjadi tetamuNya..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidil Adha, kak..

    kenangan di tanah suci..berwukuf,mabit dlm keadaan berihram mmg byk dugaan..

    ReplyDelete
  6. setiap kali akak update pasal ni mesti teringinnnn sangat sangat nak jejak kaki ke sana..
    buat yang dah pergi kenangan tu terpahat kukuh kan kak..
    yang baca ni pon seronok..

    selamat hari raya qurban buat akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. kak kita doakan yang tebaik buat mereka disana..
    Salam Aiduladha kakak

    ReplyDelete
  8. KENANGAN DI TANAH SUCI YG BERPELUANG MENGALAMINYA XMAMPU DILUPAKAN SENTIIASA MENGHARAPNYA UNTUK KE SANA LAGI BERIBADAH SEBANYAK MUNGKIN...
    SEMOGA JEMAAH HAJI DILINDUNGI ALLAH N DIPERMUDAHKAN URUSAN BERHAJI DI SANA...INSYA ALLAH.
    SELAMAT BERPUASA SUNAT ARAFAH...SALAM IDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN...

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilaha kak...doakan kami menyusul pula nt...Amin

    ReplyDelete
  10. Seronok anak2 kak zakie kecik2 lg dh jejak kaki ke Mekah..semoga semua jemaah haji dipermudahkan ibadah disana

    Selamat hari raya korban juga buat kakak zakie sekeluarga

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...
    rezeki anak² akk...pegi umrah mase kecik..
    InsyaƁllah semoga satu hari nanti,kita menjadi tetamu Allah...

    ReplyDelete
  12. alunan talbiah tu sangat syahdu kan kak...
    Selamat menyambut Aidil Adha buat kakzakie sekeluarga..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum kakzakie....seronoknya dengar cite akak ni...terasa hati ini masih belum dpt menjejakkn kaki ke sana...dengar cerita dr kawan2 jer...belum rezeki lagi agaknya...in sha Allah kalau Allah mengizinkn pasti dpt menjejakkn kaki ke sana...

    ReplyDelete
  14. Salam aidil adha kak. :)
    Teringin sangat nak ke sana.. Tp, masih mngumpul duit. Hihi

    ReplyDelete
  15. doakan semoga semua jemaah haji dilindungi oleh Allah swt dan dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna..

    ReplyDelete
  16. Seronoknyaa kak dah ejjak tanah suci. Nani masih berdoa diberi kelapangan untuk ke sana menjadi tetamuNya :) Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)

    ReplyDelete
  17. tq for sharing kak

    salam aidiladha buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  18. seronoknya kalau ada rezeki jadi tetamu Allah kak...bertuah akak ada rezeki pergi ke sana awal2 masa muda

    ReplyDelete
  19. Syukur kerana akak dah dapat merasa menjadi tetamu Allah. Hanya yg dah pergi dapat memahami keadaan dan suasana sebenar.
    Semoga satu hari nanti, saya dapat merasai pula pengalaman itu... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  20. Selamat hari raya haji kakzakie...doakan utk sya sekeluarga dapat menjejak kan kesana juga .

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat akak sekeluarga.
    Seronok dapat pergi ke Mekah menjadi tetamu istimewa Allah SWT.

    ReplyDelete
  22. ntah bila masa pulak giliran saya dan keluarga mendapat jemputan ke sana...memang sy dan cik boss ada perancangan nak pegi buat umrah anak beranak inhsaa Allah satu hari nanti...mak saya selalu cerita tentang kehebatan tanah mekah...dia kata air mata tak dapat di tahan2 bila dia di sana...hati sentiasa kagum dan sayu

    ReplyDelete
  23. Seronok tengok kengkawan dah sampai Mekah. Hati terpanggil untuk kesana juga. Moga Allah mempermudahkan urusan jemaah hati kita di sana..
    Salam Aidil Adha dr kmi di Sabah kak..:)

    ReplyDelete
  24. Selamat bercuti dan salam aidiladha untuk akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  25. Selamat berpuasa sunat.salam aidil adha kak..

    ReplyDelete
  26. Moga satu hari nanti saya juga akan menjadi tetamuNya kak... Amin... Salam Aidiladha kak...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum kak,
    `Aidul Adha Mubarak 1436H. Mudah-mudahan Allah SWT berkenan menerima setiap pengorbanan yang kita lakukan. Sesungguhnya DIA sebaik-baik pemberi ni`mat.

    ReplyDelete
  28. Kak Zai sudah melakukan umrah tapi haji belum lagi. Bilalah dapat peluang tu tak tahulah. Selamat hari raya haji buat kakzakie sekeluarga.

    ReplyDelete
  29. InsyaAllah suatu hari nanti anak2 KZ akan dapat peluang untuk mengerjakan haji pulak....

    Salam aiduladha untuk KZ seisi keluarga...

    ReplyDelete
  30. Salam AidilAdha.

    Seronok tumpang tengok.
    Belum ada peluang nak ke sana lagi.

    ReplyDelete
  31. Allah, seronoknya akak dah pergi.. Doakan wawa juga sampai ke sana ye..")

    ReplyDelete
  32. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  33. Bin Dawood cukp dekat dengan hati saya! Hahahahahaha...

    ReplyDelete
  34. baca entry ni.. teringat abah ummi dan atuk saya yang berada di sana skrg.. moga mereka selamat.. terlalu banyak tragedi di sana..

    ReplyDelete
  35. murah rezeki anak anak akak, kecil kecil dah sampai ke mekah..

    ReplyDelete
  36. Salam Aidil Adha kanda.....walaupun pernah belajar masa sekolah dulu tp dinda dah lupalah kanda nampaknya kena gi kursus haji ni walaupun lambat lagi.

    ReplyDelete
  37. salam idil adha buat kakzakie dan kluarga yang di sayangi....terharunya ketika Allah izinkan mnjadi tetamuNya pada 2006 dengan ilmu yang sejengkal...kerana kami hanya baru mendaftar..tapi Maha Kaya dan PemurahNya Allah semua urusan dipermudahkan. ..syukur alhamdulilah dan semuga Allah izinkan untuk ke sana dan ke sana lagi Allahu akbar

    ReplyDelete
  38. salam kz ..
    lamanya orak mampir ..
    satu entri yg baik, pengalaman dan panduan haji.
    klu baca kronologi kemalangan2 Haji tahun ni memang sesuatu yg menyentuh hati,
    ujian demi ujian jemaah hadapi.
    moga Allah mempermudahkan ibadat mereka sepanjang mereka disana.
    amiin

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah..mereka dah kesana..insyaallah ada rezeki nanti boleh la tunaikan haji pulak kan..Moga Allah swt memberikan kesempatan untuk kami sekeluarga menjadi tetamunya satu hari nanti

    ReplyDelete
  40. sedihnya baca entry kakzakie ni..
    tak pe...saya redha. haji tu hak Allah

    ReplyDelete
  41. Salam Kakak..
    lamanye x baca citer kakak.. rindu.. :)

    bila baca dan tengok n3 kakak nih.. teringin sgt nak jadik tetamu Allah jugak. mudah2an ade rezeki kesana.. Amin~

    ReplyDelete
  42. memang banyak ujian yang terpaksa ditempuh jemaah haji tahun ni..sekali gus menguji jiwa2 umat islam seluruh dunia..saya baca komen2 di laman2 web luar negara , ada yang memberi komen2 -ve tentang apa yang terjadi .Yang tak kuat jiwanya akan mengamuk2 membantah..siap keluar ayat2 yang tak sedap di baca..

    ReplyDelete
  43. memang banyak ujian yang terpaksa ditempuh jemaah haji tahun ni..sekali gus menguji jiwa2 umat islam seluruh dunia..saya baca komen2 di laman2 web luar negara , ada yang memberi komen2 -ve tentang apa yang terjadi .Yang tak kuat jiwanya akan mengamuk2 membantah..siap keluar ayat2 yang tak sedap di baca..

    ReplyDelete
  44. Bertuah nya anak2 kak zakie..dari kecil dah pi umrah..alhamdulilah

    ReplyDelete
  45. seronoknya baca pengalaman kaka anak beranak ke sana.
    mudah mudahan rezeki kammi juga ke sana selepas ini.aamiin

    untuk rania pon dah didaftarkan.. semoga dipermudahkan hendakNya buat anak bertuah kami itu nanti..

    ReplyDelete
  46. Memang banyak betul dugaan pada jemaah haji tahun ini. Untung akak sudah berpeluang mengerjakan haji dan juga umrah. Entah bilalah agaknya turn saya dapat pergi ni.

    ReplyDelete