Thursday, December 3, 2015

Muliakan mereka di sekeliling kita

Mengapa Imam Ghazali berkata muliakan kanak-kanak bila kita bertemu mereka? Mereka adalah golongan yang tidak ada dosa. Kita memang selalu menutup sifat kanak-kakak tapi diri kita ini jangan pula jadi macam kanak-kanak. Akal pemikiranan kanak-kanak tidak sama dengan kita. Begitu juga bila dengan orang tua pun kena kita muliakan sebab mereka lebih  dulu beramal berbanding kita. Dengan orang yang alim pun sama bila jumpa mereka minta nasihatnya kerana dia punya nasihat yang sangat berguna. Bertemu dengan orang jahil pula sekalipun kena muliakan sebab mereka jenis orang yang tidak tahu. Orang tidak tahu perlu diajar bukan disisihkan. Jika bertemu orang jahat pun sama juga sebab mana tahu sebelum mati dia sudah bertaubat sedangkan kita tidak tahu lagi Tidak tertinggal dengan orang bukan Islam juga sebab kita tidak tahu andai dia sempat bertaubat sebelum mati dia pergi tanpa dosa. Mudah kata sebaik mana pun kita ada yang lebih baik dari kita. Setiap yang Allah jadikan pasti ada yang tersirat dan tersurat. Hormati siapa juga yang ada di keliling kita.
Budak - Hasil mewarna Doraemon ketika pergi shopping katanya. Ini pun mahu ditunjukkan kepada mama. Itu dikatakan kanak-kanak. Golongan yang tidak ada dosa. Orang kata pakai inai sunnah dia pun ikut pakai juga. Lihatlah kukunya semua berinai.

Gantung - Tidak puas letak di atas katil dilekatkan di almari. Mahu membuktikan ia boleh melekap di cermin. Juga mahu mama menyaksikannya. Akhirnya satu malam Doraemon tertinggal di rumah mama kerana masa balik berebut dengan sepupu Doraemonnya sudah dilupakan. Malam nanti kalau datang mesti ini yang akan ditanya dulu.
Sayangi yang di bawah kita yang di 'atas' (bukan orang yang kuasanya ditentukan kita - tapi DIA Robbuljalil yang ahad/wahid) akan menyayangi kita juga. Dalam kererendahan hati ada ketinggian budi. Orang yang paling tawadhuk adalah para rasul dan nabi. Siapalah diri kita ini. Orang pandai ibarat tin penuh tidak sombong. Syaitan memang suka orang sombong. Abawastakbaro - takbur. Kenapa orang tua-tua kita pesan perlu tunduk bila berjalan di hadapan orang? Semua ini mendidik kita jangan sombong. Tidak boleh sembrono termasuk bila membuat teguran. Fikir dulu sebelum membuat teguran. Buat aktiviti untuk mendidik dan membersihkan hati. Ada ustaz tempat aku menghadiri majlis usrah ini katanya mencuci tandas salah satu cara untuk kita membuang sifat riak. Mengikis sifat sombong. Tandas yang dimaksudkan bukanlah tandas di rumah sendiri tetapi tempat yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Sama-sama kita renungkan.

~~ Biarpun semua orang punya satu akal namun tidak semua mampu menggunakan akal 100% untuk kebaikan semata-mata. Ingatan untuk diri sendiri dan anak-anak mama juga.~~

39 comments:

  1. Jangan dipandang pada fizikal sahaja. Tak semua orang yang kita nampak serabai aje tu, peminta sedekah atau mungkin tarafnya lebih rendah daripada kita. Anak-anak pun walau dari segi usia, jauh berbeza kematangan dengan kita yang dewasa ni tapi ada juga perkara yang boleh kita pelajari dari sifat mereka kadang-kala.

    ReplyDelete
  2. kanak2 ibarat kain putih yg belom bercorak...bersih dan luhur...Allah...pepagi lagi jiwa saya dah dapat makanan...tunjuk ajar yg memang sudah tahu tapi selalu je lupe...cantik lukisan doraemon tu mana la bebudak tak suka...akak ni mesti berjiwa penyayangkan...rapat betol dengan anak2 yg dtg mengaji...beruntung anak2 tu...selain dapat ilmu dapat tumpang kasih sayang jugak...

    ReplyDelete
  3. Oleh kerana anak-anak kecil tak ada dosa. Sebab itu kita rasa tenang aje bila bersama mereka. Kena muliakan setiap insan yang berada bersama kita.

    ReplyDelete
  4. kanak-kanak juga seorang yang jujur kan..

    ReplyDelete
  5. Saya setuju sis...muliakan anak2 ni...tapi kan kak saya masih rasa tersentak dengan budaya sesetengah mak ayah ni tak endahkan anak kecil ini mahu berkawan dengan anaknya wpun berlainan jantina (anak kecil)...hanya membiarkan anaknya dengan dunia ipad...langsung tak mahu berkongsi lihat bersama2...kalau julia, julia suka nasihatkan Qi kalau tengok kartun melalui ipad...kalau ada kawan nak tengok sekali...biarkan...biar mereka juga rasa sama2 enjoy...kesian sis...

    ReplyDelete
  6. Dikawasan kejiranan saya ni dah tak ramai kanak2, yang berhampiran ni pun yg paling kecil Iman...tu yang jiran2 suka menyakat...

    ReplyDelete
  7. setuju sgt setiap perkataan yg kakak tulis..terkesan falsya bile baca..

    ReplyDelete
  8. anak2 kecil menggembirakan yg tua tanpa mrk hilanglah seri dunia.

    ReplyDelete
  9. sepatutnya pun kita muliakan sesemua orang kerana kita semua makhluk Allah

    ReplyDelete
  10. Pendek kata, muliakanlah semua org. Bersangka baik..cari yg positif yer kak..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak..
    renungan bersama...

    ReplyDelete
  12. saya setuju dengan kata-kata akak tu...terkesan dan bermakna

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak sebab bagi teguran secara tidak langsung pada saya..kdg2 saya terlupa utk memuliakan anak waima anak sendiri dek kerana tuntutan diri..huhuu...

    ReplyDelete
  14. datang membaca...informasi yang memberi rasa kesedaran

    ReplyDelete
  15. ye kak..kadang2 bila nak menegur penuh dengan sikap sombomg sampai yang ditegur tak de rasa insaf, yang ada rasa meluat nak dengar teguran dia..

    ReplyDelete
  16. Peringatan yang bagus ni Kak.
    Betul sentiasa ingat ada yang lebih baik dari kita.

    ReplyDelete
  17. Setuju kak.ikut sunah
    Rasulullah sgt berbudi bahasa dgn anak2 kecil...
    Suami nor sgt2 penyayang dgn ank2 kecil..skrg nor jaga anak saudara yg berpntang sunat..mcmmana lyn mmd mcm tu juga lyn anak sedara..usap kpla rutin hari2..yg besar pun sama..so anak kakak ni lbih mndgr ckp nor dgn suami..dr I nak dgr ckp mak dia....

    ReplyDelete
  18. kanak2 tau nyer nk main seronok3 jr kan kak.... bt apa pun tak salah tp kite dewasa ni lain otak dh blh pikir mana yg baik buruk

    ReplyDelete
  19. tapi ada jugak sesetengah orang tua yang suka nak membeza-bezakan anak2 atau cucu2 diorang tu kak..

    ReplyDelete
  20. Betul tu kak zakie..
    Yang tua dihormati, yang muda disayangi..
    Anak-anak jujur jadi suka kita menghargai apa yg dikatakan.

    ReplyDelete
  21. Kalau kita memuliakan semua orang kita juga akan dipandang mulia.

    ReplyDelete
  22. Satu masa semuanya bakal ditinggalkan juga kan kak..setuju..
    Mesti anak2 tu happy bila dapat atau berjaya tunjuk pada mama zakie mereka..hihi...baru lena tidurnya...budak2 bersih hatinya lurus tulus niatnya..

    ReplyDelete
  23. Saya suka nasihat Kak Zakie ni....dalam setiap keadaan, siapa pun yg kita jumpa, hormati dan muliakan mereka. :)

    ReplyDelete
  24. sgt setuju kak...mmg patut kita muliakan kanak2 nih...diorg tidak berdosa...kdg geram dgn org yg aniaya kanak2... :)

    ReplyDelete
  25. Sweeet sgt entri ni... hihi...

    ReplyDelete
  26. slmt malam kakzakie
    betul sngt apa yg ditulis tu
    kanak2 jugak seorang manusia kan jdi wajib kita menghormati mereka ..

    ReplyDelete
  27. Yg muda di sayangi..yg tua di hormati..

    ReplyDelete
  28. Memuliakan kan ak-kanak kerana akanak2 tidak berdosa...lahir seperti kain putih bercahaya..subahanallah...rugilah hambaNya yang sombong terhadap kanak-kanak

    ReplyDelete
  29. Terpana....! Sanggupkah saya cuci tandas awam? Masha Allah...terasa diri ini amat hina di sisi-Nya dengan pertanyaan itu! Tq for sharing.

    ReplyDelete
  30. Salam Jumaat..syukran brkongsi nasihat ini..manusia yg serba kekurangan mmg tak layak utk sombong, mninggi diri..

    ReplyDelete
  31. Betul tu kak. Mekaasih atas perkongsian dan peringatan.

    ReplyDelete
  32. Kena tazkirah free nampaknya dinda pagi ni hihi.....
    Terima kasih kanda, betul apa yg kanda tulis tu.

    Tak rugi memuliakan orang orang disekeliling kita, walaupun pengemis sekali pun. Tiada siapa yg tahu pengakhiran mereka mungkin lebih baik daripada kita. Ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk tak gitu kanda....

    ReplyDelete
  33. Sedih tengok orang yang tak ada adab dengan orang tua. Lebih sedih bila tidak ada adab dgn budak2. Suka tanya hal2 keluarga yang tak berapa eluk dekat mereka sampai budak2 terkial-kial nak jawab..

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum kakzakie...kanak2 mmg tak pandai menipu apa yg terlintas difikiran itulah yg dikatakannya...:)

    ReplyDelete
  35. peringatan yang baik....
    terbaca juga dari blog seorang photojournalist yang ke rusia...orang rusia amat menghormati orang tua yang dipanggil datuk.

    tetapi kita juga dulunya amat menghormati orang tua. cuma remaja sekarang ini seakan hilang rasa hormat pada orang yang lebih tua

    ReplyDelete
  36. perkongsian dan peringatan bersama
    terima kasih kakak :)

    ReplyDelete