Monday, February 1, 2016

Nikmat sihat sebelum sakit

Mengemas rumah dengan keletihan saling berkaitan. Bila keletihan pula ada berkaitan dengan dapur yang pastinya akan sunyi seketika. Maka berehatlan dapur apabila seisi rumah semuanya melangkah kaki ke tempat terdekat dengan untuk mengalas perut yang menagih untuk diisi. Selepas membuat pilihan halatuju, masuk kereta terus saja ke tempat tersebut. Tidak ada menoleh ke tempat lain. Selepas makan angkat kaki balik rumah.
Pertama - Pizza pepperoni
Kedua - Pizza apakah ini? Mama pastinya lupa sebab yang membuat tempahan anak-anak. Super Supreme ke?.
Ketiga - Deli-wings chicken
Ke empat - Side-dish ada tiga ketul dan salad. Sedap juga
Mushroom soup - Dalam set yang kami pesan ada 4 mangkuk 
Adik punya - Baked rise with cheese. Selalu betul adik pesan yang ini. Minggu ini adik balik lagi sempena CNY pula. Beruntung juga sebab banyak hujung minggu adik dapat bersama kami walaupun hari-hari biasa tidak dapat bersama.
Garlic bread - Padanan lengkap kalau dengan mushroom soup
Teh lemon - Anak-anak minum coke, mama minum lemon tea. Papa biasalah kopi dari dulu hingga kini.
Biar penat mana pun selagi Allah masih memberi nikmat kesihatan baik, maka peluang untuk tekak menikmati juadah dengan berselera masih ada. Salah satu nikmat inilah dia sihat sebelum sakit. Oleh sebab itulah selalu kita diingatkan supaya beringat sebelum datang ujian yang lima sebaiknya lakukan lima nikmat yang diberikan olehNya.

~~ Denggi masih belum reda, ada pula virus Zika. Bukan Zakie:)~~

41 comments:

  1. Betul tu kak zakie, nikmatilah nikmat makan selagi masih ada selera, sedap nampak semua pilihan makanan tu..

    Hehehe...mujur virus zika ye, bukan zakie

    ReplyDelete
  2. mmg musim tak sihat agaknya ... nak jamah makanan pun tak lalu... risau je mcm² vairus skrg.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..tk pernah try lg baked rice with cheese..

    ReplyDelete
  4. gebu betul gambar pizza yg mula2 tu...
    eyh.. entry sy pun ala2 ni jugak.. tak sempat nak post lagi.. hihi

    ReplyDelete
  5. wahhh kak..tapi memang betulkan biler dah penat rase nak order dan terus makan je dari bersilat kat dapur..kikikiii...tetibe lapar pizza kak :)

    ReplyDelete
  6. Sedap tu kakzakie...


    Kalau penat mmg kena rest. Rehat cukup2 agar x jatuh sakit.

    Best kot nasik tu sbb tu adik suka order.

    ReplyDelete
  7. Betul tu kakzakie..
    Nikmat sihat sebelum sakit..
    Hargai lah masa sihat ni kan..
    Macam saya ni , bila doktor kata Tiroid saya dah Normal..
    Saya masih berhati-hati..
    Kalau penat saya berehat secukupnya..
    Kekadang pun saya makan diluar kakzakie..
    Tak nak paksa badan untuk masak dikala kepenatan..

    ReplyDelete
  8. sedapnya makan pizza...tetiba macam nak gi ni...

    ReplyDelete
  9. sedapnya sekali sekala menikmati kesedapan pizza... hehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnya makan pizza kak, lama tak makan. Saya ni pun tak sihat sangat sebenarnya, satu keluarga semua sekarang demam, batuk dan selsema kak..

    ReplyDelete
  11. kalau ke pizza, saya makan mushroom soup atleast 3 mangkuk dan tak tinggal thousand island punya salad.

    lately dah jarang makan pizza. mungkin takde berteman nak makan.

    huhu.

    ReplyDelete
  12. sedap tu kakzakie. betul tu nikmat sihat perlu dinikmati. cegahlah penyakit

    ReplyDelete
  13. Adoi kak...lawak statement last tu..bkn Zakie :D

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Meriahnya makan reramai

    ReplyDelete
  15. waaaa...bestnyaa...sedap2 belaka..

    ReplyDelete
  16. Pilihan terbaik klau kepenatan atau tetamu dtg tanpa diberitahu lebih awal.

    ReplyDelete
  17. telan air liur tengok deli chicken wing...sedap ja

    ReplyDelete
  18. Kakzakie.. bila perut lapar sebab belum lunch.. yang ditunjuk sume nampak sedap.. hehe..

    ReplyDelete
  19. samala kita kak zakie..hari sabtu non stop mengemas umah..hari ahad terus tak larat..dapo terus tak berasap..makan kt luar la jawabnya..

    ReplyDelete
  20. Teringin pulak nak rasa mushroom sup tu.. ;)

    ReplyDelete
  21. Tahan gelora hingga ptgni kak..sabaq sabaq

    ReplyDelete
  22. dah lama tak makan baked rise with cheese ni..

    ReplyDelete
  23. Alhamdulila..sedapnye kak..moga kita sihat selalu disamping org tersayang..amin

    ReplyDelete
  24. Betul kak setuju...sementara nikmat sihat ada manfaatkan sebaiknya..

    ReplyDelete
  25. sungguh silap langkah ke sini malam ni, makin lapar pula rasanya. hehehe. bulan lepas adalah sekali ke pizza hut selepas berkurun tak pergi. tiba-tiba dah tak reti nak order macam mana. nilah akibatnya asyik online dominos je.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum KZ, adik pandai pilih. Betul bila letih idea mencari lebih cepat dari idea nak buat :) belum breakfast ni, lapar tengok hidangan tu :)

    ReplyDelete
  27. sedpanya kak mushroom soup dan garlic bread.saya baru minggu lepas baru makan rasanya

    ReplyDelete
  28. Syukur Alhamdulillah awal tahun ini banyak juga cuti long weekend. Boleh bersama-sama kumpul sekeluarga :).

    ReplyDelete
  29. betul..jika nikmat di tarik nak makan pun sudah..huhu

    ati paling suka dpt makan di luar n cuti memasak..hehe

    ReplyDelete
  30. Nikmat sihat yg jarang di syukuri...mudah2an kita sentiasa beringat...
    Takut dengan kemunculan pelbagai penyakit pelik skrg ni.. Zika ni mcm pelik ..moga di jauhkan..

    ReplyDelete
  31. Sedapnya. Semoga sis dan keluarga terus sihat dan bahagia. :-)

    ReplyDelete
  32. Allhamdulillah... kak zakie perut pun perlu di isi, jangan di tunggau hingga lapar... sedapnya... dh lama sy x makan pizza hut...

    ReplyDelete
  33. Telan ailio tgk gambar2 mknan ni.. nmpk menyelerakan betul...

    ReplyDelete
  34. betul tu kakak
    semuanya membuka selera

    ReplyDelete
  35. Kak, Zika aje, kak! Virus 'Zakie' belum muncul lagi ^_^

    Selagi boleh makan, kita makanlah janji makan berpada-pada. Jangan pulak dok makan macam tiada esok lagi. Saya sekarang ni pun dah mula terasa apa yang kita suka makan dulu-dulu, dah kurang nikmat kesedapannya sekarang. Mungkin juga usia dah tua kot ...

    ReplyDelete