Wednesday, December 21, 2016

Antologi Puisi - Nasihat Nikah Kahwin

Terserlah erti sebuah ukhuwah
kiriman diberi sebagai hadiah
Paridah Ishak mengirimkan naskhah
kandungan dihayati sangat indah
Nasihat Nikah Kahwin - Merupakan antologi puisi yang sarat dengan panduan buat yang mahu berumahtangga. Tidak kurang sebagai renungan buat yg sudah mendirikan rumahtangga. Memberi ilmu buat yg masih tercari-cari semua ada dipaparkan di naskhah ini. 
Hasil nukilan - Selak terus ke muka 144-148 adalah hasil nukilan sahabat kita Puan Paridah Ishak yang amat kreatif dalam menghasilkan karyanya. 
Muka 145 - Syair mengalu-alukan pengantin
Muka 146 - Syair pengantin bersanding
Muka 147 - Syair makan beradab
Muka 148 - Syair terima kasih penghargaan
Bersyair sesekali  indah terasa
bagai berada di dalam istana
penangan Paridah Ishak teman blogger
klik di sini boleh mengenalinya

~~ Jazakallahukhairon buat Puan Paridah Ishak.~~


23 comments:

  1. wahh! ini terbaik! hadiah yg sangat bermakna kan!

    ReplyDelete
  2. seronoknya...dapat hadiah yg sungguh bermakna.....

    ReplyDelete
  3. Kagum dengan semua karya2 PI ,berbakat sungguh.Hadiah antologi puisi ni tentunya lebih bermakna.

    ReplyDelete
  4. wow.. tak sangke ade kwn blogger akak seorang penulis.. syair pulak tu..

    ReplyDelete
  5. suka baca syair, madah dr kak PI nih...
    tulisannya indah2 btl kak... nasihat nya lembut betul

    ReplyDelete
  6. Pernah terbaca tulisan Pridah Ishak.best..

    ReplyDelete
  7. Wahhh. Memang kagum dengan orang yang jenis puitis macam ni :)

    ReplyDelete
  8. Singgah di blog kak PI sudah cukup buat hati girang kak Zakie...bila sebut satu persatu patah perkataan yang dikongsi..puitis..halus..mendalam..

    ReplyDelete
  9. kak Pah mmg berbakat ..

    sonoknyer kahwen, nak jaga perkahwenan tu yg x brape nak sonok, mkcik purvit kann., kannns

    ReplyDelete
  10. wahh..menarik puisinya..detail sungguh gambaran suasana kenduri..

    ReplyDelete
  11. Sungguh puitis susunan bahasa kak PI tu..

    Bestnya kakzakie dpt hadiah buku sajak tu..

    ReplyDelete
  12. lama tak dengar orang bersyair ni..hehe

    ReplyDelete
  13. menarik puisi-puisi tu. Kagum betul dengan bakat orang yang mengarangnya.

    ReplyDelete
  14. saya selalu bersyair dengan syair2 karya kak paridah ni..dia selalu update syair kat blog..anak saya pun dah pandai bersyair sekarang ni..haahah

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kak zakie siap ada n3 detil cuma kerana hadiah yg sederhana saja...tksh kawan2 semua yg memberi komen pusitif n menyokong kak PI untuk terus berkarya selagi terdaya.

    ReplyDelete
  16. indah dan puitis bahasa sastera nih...tahniah pd penulis

    ReplyDelete
  17. wah tahniah kak PI, memang kagum dengan bakat kak

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tahniah akak di atas hadiah tersebut, saya menumpang gembira. Akak Paridah memang seorang amat yang berbakat dalam penulisan puisi, sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Bolehlah minta beliau turunkan ilmunya nanti kepada kita semua...

    ReplyDelete
  19. Mesti puitis orangnya...kreatif dan berseni

    ReplyDelete
  20. Memang PI pengkarya yang hebat.
    Semoga ia terus bersemangat menulis.

    ReplyDelete