Tuesday, December 6, 2016

Cenderahati dari pengantin

Kertas coklat bereben dan kertas alas kek
ada tertera ucapan terima kasih 
pasti mendapat sentuhan tangan kreatif
pandai mengolah dalam ekonomi yang kian menekan
biasa digunakan membungkus pisang goreng
bila sudah dihias begini cantik jadinya


Di dalamnya ada sebiji muffin coklat
juga sekotak miuman enak
sebaik salam kaut dihulur
cenderahati pun diberikan
sama-sama gembira😃


Di tempat lain pula, lain cenderahatinya
cordial dan kicap jalen di dalam kotak
adik mengintai kicap di botol kecil
mahu dibawa balik ke sekolah
tapi cuti sekolah masih panjang lagi
sebotol sudah mama bawa ke pejabat


Sana-sini undangan diterima untuk meraikan mempelai
bermacam bentuk cenderhati diberikan
telur pindang dalam raga comel pun ada
diletak reben yang cantik dipandang mata
bila telur sudah dinikmati
sayangnya mahu kemana raga ini diletak?
simpanlah untuk sementara waktu 
sayang sebab mahal nilainya
boleh letak brooch tudung dan penghias almari

~~ Apa yang pasti setiap hujung minggu, dapur sendiri sepi dari  agenda memasak.~~


33 comments:

  1. Ye kakzakie dah musim kenduri kahwin..
    Gantung periuk kuali kan..
    Kena pandai kreatif kak utk jimatkan kos..
    Tambahan dgn mata wang kita yg kian jatuh :(

    ReplyDelete
  2. Start last week dah penuh weekend nieyl dgn kenduri kawen..
    minggu nie pun sabtu ahad ada kenduri kwen dekat area umah...
    Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  3. salam kak zakie..musim org kawin ...setiap minggu ada je undangan...kalau dekat insyaAllah akan dikunjungi...cenderahati pun macam2 dah sekarang ni...kalau yg raga tu mmg sayang nak buang...tp nk letak kat mana tu yg leceh

    ReplyDelete
  4. oohh kak zakie..saya belum pernah dapat lagi kicap sebagai cenderahati majlis kawen..sangat unik.,,

    ReplyDelete
  5. Musim cuti banyak la terima jemputan kahwin kan kak..dan banyak juga la dapat doorgift yang comel2 dan cantik.

    ReplyDelete
  6. Musim cuti banyak la terima jemputan kahwin kan kak..dan banyak juga la dapat doorgift yang comel2 dan cantik.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya kak zakie, penuhi jemputan kawin..

    ReplyDelete
  8. Bagus banyak jemputan kawin ni kak, ada alasan cuti masak.

    ReplyDelete
  9. seronok dapat makan makan kenduri setiap hujung minggu kak :D

    ReplyDelete
  10. Bila pergi jemputan ni kak..itu yang seronok..boleh tengok kreativiti orang lain..

    ReplyDelete
  11. musim cuti sekolah mmg musim jemputan kawin...

    zmn gst nih, zmn barang semua naik harga, nk bt kenduri mmg kene bajet betul2 kan kak...
    tkt terlebih bajet kang menanggung hutang

    ReplyDelete
  12. HADIAH CENDERAHATI DARI PENGANTIN KPD TETAMU PUN PERLU KREATIF MENARIK...MUSIM KENDURI KAWIN DH MERATA YG ADAKAN MAJLISNYA.

    ReplyDelete
  13. Bulan doblas, bulan gantung kuali kan kak.. heheheh

    ReplyDelete
  14. da musim orag kwin2, kawan2 Unni pun ramai yang kawin tapi xda rezeki nak datang

    ReplyDelete
  15. Bile musim cuti sekolah maknenye akan byk la kenduri kendara..hehee..falsya dh berbulan2 gantung periuk dh kakak..dh lama sgt dh xmasak..hihihi

    ReplyDelete
  16. hujung tahun cuti sekolah memang banyak kenduri kawen kan. :)

    ReplyDelete
  17. musim kenduri sana sini ni kak.. tutup kejap la dapur kakak tu, bg dia rehat..hihi

    ReplyDelete
  18. Cenderahati tu mmg elok bagi benda yg boleh di manafaatkn ye kak

    ReplyDelete
  19. dah musim orang kawen kan.. hee~ saya pun dapat jemputan sabtu dan ahad nih.. tak sabar nak makan nasik minyak !!!! lama tak makan..

    ReplyDelete
  20. zmn sekarang jarang dah bagi telur rebus...cuma2 kdg2 tetamu istimewa, sedara yg dekat2 je dpt bunga pahar..

    best jg mcm2 dpt..plg byk dapat gula2..kicap blm pernah dpt lg..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Dah masuk cuti sekolah, bermakna banyaklah jemputan majlis perkahwinan. Kalau kena 3, 4 tempat sehari haru juga jadinya..hehehe. Tapi yang bestnya bila dapat cenderahati yang berbagai-bagai. Beza sangat dengan masa dulu-dulu, cuma telur sahaja yang dibalut kadang-kadang dengan tisu sahaja..

    ReplyDelete
  22. Makin kreatif dh cenderahati zaman skrg kan kak...kat umah mak Nur dah penuh 1 almari..dah x tahu mna nk simpan

    ReplyDelete
  23. Amboi...1st time dengar orang bagi hadiah kicap ....hahaha...rasa lucu pula.

    ReplyDelete
  24. betul tu, 1st time dengar orang hadiah kicap.. tak lama lagi ada lah yang ngikut buat gitu.

    ReplyDelete
  25. byk betul undangan perkahwinan. btw mmg kreatif dan unik hadiah2 nya ;D kicap pun kicap lah. hehe

    ReplyDelete
  26. kali pertama dkna tengok cenderahati cordial dan kicap jalen .. good idea ni kak

    ReplyDelete
  27. Dk musim kondangan sekarang.
    Hujung minggu boleh cuti masak.

    ReplyDelete
  28. saya suka bagi goodies yang DIY - buat sendiri. goodies yang balut kertas brown yang gambar first tu paling saya suka. sangat win!

    ReplyDelete
  29. dah musim orang kawen tapi kali ni kurang dapat jemputan nampaknya..

    ReplyDelete
  30. cantiknya bekas bunga telur yang picture last tu

    ReplyDelete
  31. dok kl x byk jemputan blk kg ada lah jemomputan hihi

    ReplyDelete