Tuesday, January 3, 2017

Ubi kemili - hodoh di luar cantik di dalam

... mari kita lihat apa yang diperolehi en hubby sewaktu balik dari outstation.

Sepcies ubi keledek - Ubi kemili ini dulu almarhumah mak ada menanam hingga jemu-jelak kami adik-beradik makan. Tapi dek kerana kesempitan hidup, mahu tak mahu kami makan juga sebagai hidangan sarapan pagi.  Tetapi kali ini apa yang kami dapat ini bukanlah hasil tanam sendiri tapi hubby membelinya di Air Hitam ketika dalam perjalanan balik dari kerja luar baru-baru ini.
Cara masak - Setelah dibersihkan (tanpa buang kulit), direbus (letak sedikit garam) dan dikupas beginilah jadinya. Bermacam bentuk ubinya boleh didapati. Biasanya dimakan dengan kelapa parut yang diletak sedikit garam dan gula. Kepada anak kampung seperti aku sudah pasti dapat merasai nikmatnya tetapi tidak pada anak-anak. Mungkin sebab sudah lewat memperkenalkan kepada mereka.

Keratan - Jika dilihat bahagian dalamnya beginilah texturenya. Usah dilihat luaran asalnya yang kelihatan hodoh tetapi cantik bersih di dalamnya. Begitulah juga kita sebagai manusia jangan dilihat luarannya kerana hati manusia tidak siapa mampu menilai/membacanya.

~~ Selain manggis yang selalu dikaitkan hitam di luar putih di dalam, Ubi kemili juga punya sifat yang sama. ~~

35 comments:

  1. Kami panggil ubi keling...tanpa merujuk kpd elemen rasis...hahaha

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah makan ni kak..walaupun saya anak2 orang lama juga tapi tak berpeluang nak rasa ubi ni..buat kerepek pun boleh kot ni..kan kan??

    ReplyDelete
  3. Acik tak pernah makan ni kakzakie..zaman acik dulu ubi kayu dan keladi telur jadi hidangan

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ubi ni. Cicah nyoq . Masak gulai campuq udang pun sedap betul. Sekarang nak jumpa ubi ni pun macam cari jarum dalam jerami.

    ReplyDelete
  5. Lagi budak2 dulu selalu juga makan tapi takde lh tanam sendiri...kdg2 jiran2 beri.Sekarang ni kalau nak makan kenalah membeli kat Air Hitam kan...tapi makan sorang lah jawap nya.

    ReplyDelete
  6. dah lama makan ubi ni...dlu masa kecik ada makan d rumah nenek...xigt pula ditanam sendiri atau diberi jiran...

    ReplyDelete
  7. Biar hodoh dipandang orang, asal mulia di sisi Ilahi... :)

    ReplyDelete
  8. sedap..lps makan rasa manis2 kat mulut hehe
    kat utara ni dia org masak gulai campur dgn tulang atau ayam atau ikan keli..mcm2 boleh masak..

    ReplyDelete
  9. kak! 1st time saya tengok ubi ni kak. Tak pernah makan pun. Sure buah macam ni banyak kenangan akak adik beradik semasa kecik kan?

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaa...tetiba terasa nak makan ubi rebus dgn ikan kering dan sambal....haishh terliur hehe

    ReplyDelete
  11. Kak..PC tak pernah nampak apatah lagi makan..comel-comel pulak tu..mesti sedap ni kak..orang jawa sebut pulen ya kak..

    ReplyDelete
  12. Dulu2 ini juga sarapan pagi saya kak..
    Skrg susah nak jumpa ubi kemili ini..
    Kami panggil ubi telor..
    Sebab lembut dimakan mcm telor..
    Pastu licin bersih ubi nya..
    Nak juga mencari benihnya..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    nieyl tak pernah jumpa lagi...
    Klu jumpa teringin jugak..nak rasa...

    ReplyDelete
  14. sedapnya ubi kemili mudah ditanam n rajin berubi..dimasak gulai sedap tu.

    ReplyDelete
  15. salam kak..

    selamat tahun baru..

    rasanya pernah makan ubi ni tapi masa kecik dulu kot... cam susah jer nak jumpa kalau kat kpg kitorg kat Swk... maybe x ramai yang ade tanam..hihi

    ReplyDelete
  16. SA x pernah makan..kalau satu hari nanti jumpa akak kat johor..boleh la kenalkan pada SA..nak jugak rasa walau SA mmg org kg maybe x pernah jumpa di tempat SA

    ReplyDelete
  17. Kakzakie, hari ni saya datang! hihi
    Saya tak pernah dengar ubi kemili ni. Tengok hasil sudah direbus macam ubi kayu. Sedap tak?

    ReplyDelete
  18. haah la, lawanya dalam dia! nampak menyelerakan plak tu! mungkin tengah lapar jgak sekarang ni. haha

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kakzakie...biasa mkn ubi yg biasa tu jer...yg ni masih tak pernah merasa lg kak...nampak mcm sedap jer ni...

    ReplyDelete
  20. first time dengar dan nampak.. sedap ke?

    ReplyDelete
  21. Sedap x kak ubi ni? Reen belum pernah makan lagi.. Tertanya2 juga bagaimana rasanya..

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  22. sy tak pernah makan, tapi rasanya macam pernah nampak dijual di pasar

    ReplyDelete
  23. Orang jawa JDT panggilnya 'kentang jembut'.
    Nilah diantara diet sarapam WP masa kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  24. sedapnya..time-time hujan lagi lah syok makan ni.

    ReplyDelete
  25. ubi keling dan ubi kemili ni sama ke?? ke lain??nampak macam ye..huhu

    ReplyDelete
  26. Inilah juga makanan ky masa kecik dulu. Lama dh tak makan. Rasanya ubi ni ada di jual di air hitam saja. Tak pernah nmpk di jual kat tmpt lakm..

    ReplyDelete
  27. Cam tk pernah makan. Nama pun tk pernah dengar.
    Bak peribahasa omputeh..dont judge the book by its cover.

    ReplyDelete
  28. Macam pernah tengok tapi tak pernah makan. Heheh.

    ReplyDelete
  29. ofismate ada dua tiga kali bawa ubi kemili rebus ni..gen Y mmg pelik sikit nak makan, kita yg veteran ni makan je...dah lama tk jumpa..

    ReplyDelete
  30. Yang nampak hodoh di luar, cantik di dalam ini banyak kandungan nutrisi baik untuk badan kita kan Kak.

    ReplyDelete
  31. ore kelate pangil ubi k*ling...
    Peberet saya hingga skrang..
    Kalau Aisyah, suka sgt kalau dapat makan ubi ni...

    ReplyDelete
  32. Saya pun panggil ubi k3ling juga.. Sedap rebus makan masa hujan..

    ReplyDelete
  33. kali pertama tengok ubi ni... mmg buruk rupanya...

    ReplyDelete
  34. First time falsya dgr ubi kemili..xsama dengan buah berangan nyeah kakak..ngeee..

    ReplyDelete